nuffnang

Saturday, March 5, 2011

Budak Kecik Ni Tak Sihat

Kesian hero kitorang yang sorang ni. Kena kuning. Pic bawah ni time hari yang ke 4. Doc pun dah cakap awal2. Kalau baby kena kuning hari ke 3 dah boleh nampak. Hari ke 4 tu dah nampak kuning dah sikit2. Baby yang kena kuning memang akan tido je sebab lemah. Memang risau sangat la tengok dia hari2.

Dah anak jadi camni orang nampak nak salahkan aku je lah kan. Salahkan aku sebab tak bagi susu badan yg cukup. Lepas tu sume nak risau lebih2 macam aku ni tak risau lansung. Aku ni mama dia lagi la risau yang amat. Orang lain risau cakap mulut je. Aku ni siang malam gigih bagi susu sampai tak tido malam.


Kadang2 tu bukan aku tak nak bagi susu. Biasanya sejam sekali dah bagi. Sekali bagi pun dekat setengah jam. Tu pun bercinta jugak la nak kejutkan dia coz tido nyenyak sangat. Basuh muka, goncang2, geletek kaki, telinga sume tak bangun jugak. Mau sampai setengah jam jugak nak kejut bagi susu. Tu pun nurse suruh bagi selang 5 minit....huhhh...tak mampu kot. BF memang dah cukup memenatkan. Tapi jadi lagi stress sebab baby dah kena kuning. Susu badan je yang dapat kurangkan kuning tu.

Ni pic time baby hari ke 5....Sekarang ni dah tak nampak kuning sangat macam ni kot...Kesian betul anak mama ni...Siap kena jemur panas sebab nurse cakap boleh kurangkan kuning. Datang nurse lain cakap tak bole jemur pulak...haiihhh....dah tak pasal2 anak aku jadi gelap....huhuhu...


Sekarang ni tak kurang2 lagi level kuning tu. Sian budak kecik ni hampir hari2 kena pegi klinik cucuk amik darah. So far just dapat maintain kan level kuning tu sebab level tu depends on baby dah bape hari. Kalau tak dapat maintain and terus naik memang baby kena warded. Risau tak payah cakap la kan. Mintak2 la level kuning tu cepat turun. Korang tolong doakan baby kami cepat sembuh ye...

6 comments:

nor shuhada said...

alalala cian irfan. semoga cepat sembuh and be tough tau. xmo yellow2.amin..(eh nama die irfan ke?aku baca label ni je.sedap nama)

cuna said...

tenkiu aunty adda :) aah nama die irfan. perasan jgk ko kat label tu ye :P

fawwaznuha said...

semoga baby boy cpat sihat..pe nama penuh nye? perit jugak rupanya nk BF eh

cuna said...

fawwaznuha: thx azy :) name penuhnye ade kat entry kat ats. mmg nk publish tp terlambat sket ;) awl2 nk BF mmg sgt2 mencabar. tmbh2 bb pulak tak sihat plus diri sendiri still xbrape nk ok lg. tp pape pun kene la jgk bkorban kan

cerita said...

cuna...sabar ek.. Imran dulu pun kena kuning lama..lagi² dia g6pd. dekat sebulan gak baru hilang betul kuning dia.. Memang perit..lagi² anak sulong kan..Nurse kat hospital memang tau marah je.. Cuna kuatkan semangat ek. Bf ni mmg banyak cabaran..tapi banyak manfaat&ganjarannya pada baby nanti.. Kuatkan semangat tau..mesti boleh..Semoga Allah permudahkan:D mmg susah nak kejutkan dia..teruskan usaha! cuna boleh!!!

cuna said...

Kak Nurul: thx kak nurul. hanya org yg melaluinye yg btl2 phm keperitannye...huhuhu...tak sabar nk tunggu irfan recover