Dah nak abis pantang ni baru la nak buat entry ni kan. Dok set dalam kepala je tapi tak ada masa nak update kat blog. Well, orang dah ada anak kan. Gini la. Bukan macam dulu boleh nak update blog hari2 ;)
Selalu makan epal je. 2 buah ni je yang doc sebut. So 2 jenis ni je la aku berani makan ;) Kalau ikutkan style mak aku berpantang memang no buah2 dah. Sebab tu la mak aku sihat sampai sekarang kot. Badan pun maintain. Pantang memang strict woooo....Tak macam aku :P
Makan pun tak boleh nak main redah je time pantang ni. Silap haribulan mau nya sakit balik. Especially time awal2 lepas deliver tu. Luka pun dok pedih2 lagi. Perut pun tengah sengkak. Yang penting kena jauhkan makanan yang sejuk2 or boleh nyebabkan gatal cam telur or seafood.
Time berpantang part yang paling tak best of coz la part makan. Nasibla time preggy dulu dah puas makan macam2. So bila time berpantang tak ada la kempunan or nak ngidam macam2 sangat. Kalau ada pun orang tak koser nak layan kot...huhuhu...Time preggy boleh la nak manja2 request macam2. Tu la untungnya ibu mengandung ;) Time pantang kalau aku nampak orang makan sedap2 pun pasrah je la kan T_T
1st day lepas bersalin memang aku tak makan lauk2 yang Naluri kasi. Tunggu mak aku bawak kan makanan. Lagipun aku dah biasa tengok lauk2 orang pantang time akak aku berpantang dulu. Memang kirim salam la nak makan yang sedap2.
Mak aku bawak nasi kosong yang kering kontang tak ada kuah ngan ikan haruan bakar. Tu je. Kalau bagi aku makan time peknen dulu memang aku pandang je la. Tapi dah lepas bersalin tu hadap kat aku makanan macam tu pun aku selera. Dari pagi sampai petang kot tak makan. Pukul 5 baru dapat makan.
2nd day still lagi kat Naluri. Kali ni mak aku upgrade sikit bawak sup. Kalau mak aku dulu memang makan je la nasi kering ngan ikan goreng sampai abis pantang. Aku je yang tak tahan...huhuhu...Orang dulu2 pantang kan memang strict. Kalau boleh apa2 yang berkuah memang kena letak tepi. Air masak pun tak boleh minum banyak2. Takut nanti urat2 kembang. Tambah2 baru2 lepas beranak tu.
Seminggu lebih jugak la aku ngadap lauk ikan haruan ngan sup ni. Ikan haruan mak aku cakap untuk sembuhkan luka2 luar n dalam. Luka di hati je tak boleh nak sembuhkan...hiks! Sebab tu la awal2 bersalin tu ikan ni je yang mak aku kasi makan. Nak makan pati ikan haruan lagi la tak lalu kot.
Lepas seminggu ada appoinment kat Naluri lagi. Time jumpa doc dia cakap jangan berpantang sangat. Takut nanti tak cukup vitamin dalam badan. Nak kena ada vitamin C nak sembuhkan luka. Dia suruh makan banyak sayur2 hijau ngan buah2.
Apa lagi aku pun laju je bagitau mak aku. Esoknya mak aku masak brocolli campur carrot. Dua2 sayur yang aku selalu asing2kan kalau jumpa dalam makanan aku :P Tapi time pantang ni tidak lagi. Sedap ohhh tetiba dapat makan sayur. Bertambah selera haku ;)
Kadang2 makan lobak putih jugak...Sume sedap je kat tekak aku...Makan nasi sepinggan penuh memang tak pernah tak licin la senang cerita :P
So ni la lauk lepas masuk minggu ke 2. Tahan seminggu je lepas tu selera dah kurang T_T
The following week mak aku masak sawi pulak ngan tempe goreng. Ikan pun dah tukar ngan ikan selar. Nyum nyum....Ohhh aku memang sangatla tak suka sawi. Sayur lain ok je. Sawi je sayur hijau yang paling susah nak telan. Again time pantang tetiba sawi tu jadi sedap yang amat...hahaha....
So kuah aku sampai ke sudah sup je tak tukar2. Ok la kan dari makan nasi kering...huhuhu...
Kadang2 dapat la makan bawal putih goreng. Tu la ikan yang paling sedap kot. Mahal pun mahal....Kadang2 ada la selit2 ikan tenggiri or ikan senangin. Semua pun goreng biasa je. Tu je la lauk aku. Rotate2 yang tu jugak.
Nak hujung2 pantang mak aku upgrade lagi ngan ikan bilis campur bawang goreng. Tu je la pembuka selera kot lepas dah sebulan makan rotate2 lauk sama. At least dapat la aku bertahan sampai abis pantang. So tu je la menu yang aku kena hadap sampai la minggu depan. Tak sabarnya nak tunggu...huhuhu....Kira ok la kot kena bertahan 44 hari control dari makan yang sedap2. Nasib baik upgrade sikit2. Kalau 1st day dah hadap makan yang sedap2...sampai separuh jalan tak lalu dah kot :P
Lepas makan nasi dapat la makan oren sunkist. Heaven je rasa dapat makan. Tu pun berani makan sebab doc suruh. Kalau tak aku pun tak berani makan takut tajam. Makan pun 2 or 3 slice je. Tak bole banyak2.
Selalu makan epal je. 2 buah ni je yang doc sebut. So 2 jenis ni je la aku berani makan ;) Kalau ikutkan style mak aku berpantang memang no buah2 dah. Sebab tu la mak aku sihat sampai sekarang kot. Badan pun maintain. Pantang memang strict woooo....Tak macam aku :P
Menu minum pagi, petang ngan malam memang makan biskut lutut ni je la. Geli2 tak nama dia? Aku dah tak rasa pape sebab memang kat rumah dah biasa panggil nama tu. Tak tau la orang lain panggil apa. Ni je la yang aku makan in between sementara nak makan nasi tu n before tido. Biskut ni cicah ngan milo panas. Habis sedap la tu kot :P Air memang aku minum air kosong ngan air milo sampai la sekarang. 3 hari lepas je aku berani nak minum air nescafe separuh cawan :P
Macam aku ni memang lansung tak makan mende pedas or panas macam halia, lada hitam or jamu2 semua sampai la sekarang sebab Irfan tak baik kuning lagi. Takut melarat. Harapkan telan vitamin B kompleks ngn asik folik yang aku makan time preggy dulu je. Tu pun nurse yang suruh.
Jamu pun aku tak berani nak amik. Setakat apply yang luaran je macam mandi air akar kayu n untuk luka2 pakai air manjakani. Dalam seminggu lebih macam tu dah ok. Kalau tak dok pun senget2...jalan pun terkepit2....huhuhu...Uhhh still boleh terbayang2 kepedihannya T_T Sekarang alhamdulillah semua dah ok. Just tunggu masa je nak merdeka nih...hehehe...
6 comments:
nampak menarek lagi juadah2 tu.... uhuhuhuh.. tp yg psti, kurang satu benda, sambal belacan! hahahaha... confirm2 la takleh makan masa pantang! hikssss!
Rose: dah sebulan lebih dh xjd menarek dh rose...hehehe...rindu nk mkn yg pds2. kalo mkn smbl belacan menggelupur la satu bdn nnt T_T
cuna mkn gk yg goreng2. mak sy mmg x bg lgsg yg goreng2 ni.uhu
cuna lg 6ari ln.sy lg.8ari.can't wait.uhu
cuna.. sorry asna tanya nie.. sbb ada jugak ibu2 lain kena sakit nie.. cuna mkn lauk2 nie kena sembelit x? huhu ada org kata kena sembelit time pantang. But, if mkn lauk2 pntg mcm nie xkena kan?..
sorry if soalan nie kurg enak ya =)
Yanie: kira hebat la tu yanie dpt bthan xmkn grg2 smpai ujung2 pntg ni. sy xmkn grg2 1st week tu je. lps tu mak dah bagi mkn sbb bdn pn cm dh ok sket ;)
yay!next week kita dh abs pntg. meh sama2 countdown...hihihi
Asna: so far lauk2 tu ok je. xde problem. just milo je la kalo nk buat sembelit. sy buat pn milo paling cair dh. xblh nk pekat2.
kalo tak silap hmpr sume org yg lps deliver ada problem sembelit ni. even doc sy pn dh bg siap2 ubat sembelit soh makan after discharge aritu. tu yg kene mkn buah2 jgk kot. nk bg lawas ;)
Post a Comment