nuffnang

Friday, March 11, 2011

Pengalaman Bersalin: Full Version

Lambat sket nak siapkan entry ni. Irfan still tak sihat lagi n aku sedang gigih berusaha siang malam BF budak kecik ni. Sambung balik previous entry. Kali ni aku story sampai habis la kot. Kesian korang baca cerita sekerat jalan :P Before tu aku nak ingatkan yang entry ni tak ada niat untuk nak menunjuk2, menakutkan or memburukkan sesape. Just nak share pengalaman aku yang tak sebarapa :)

Malam 21hb tu aku sakit2 perut biasa je. Boleh ditahan lagi. Boleh tahan pun still cam biasa tak boleh tido ngan selesa. Pusing kiri kanan last2 pukul 4 pagi baru boleh tido. Tu memang standard time aku tido la time pregnant dulu. Lambat kan?

6.30 pagi - Tengah sedap2 tido tetiba terasa nak kencing. Memang sangat normal la sikit2 rasa nak kencing time preggy tambah2 time 3rd trimester tu. Kadang2 agak2 malas aku tahan je dulu :P

Pagi tu pun cam malas je nak bangun. Tetiba rasa satu macam. Nape aku rasa cam banjir je? Tetiba rasa basah. Kencing dalam seluar kah? Terus lari pegi toilet pegi cek. Tengok2 dah keluar air tanda campur darah. Ok aku dah cuak. Tapi lansung tak rasa sakit. So cam confuse. Aku dah nak bersalin dah ke ni?

Keluar toilet terus cepat2 kejut Myo. Apa lagi Myo pun sama2 gelabah ngan aku. Terus amik n campak barang apa yang patut dalam beg. Beg aku n baby memang dah siap. Tapi tinggal kat umah parent aku kat Gombak.

7.00 pagi - Well aku tak ingat sangat pukul berapa sume. Memang tak sempat nak tengok jam lansung dah. So aku agak2 je la lebih kurang eh. Dekat2 pukul 7 jugak la kitorang keluar rumah sementara nak kemas2 barang and tunggu Myo solat Subuh sekali.

Sampai je kat main road depan rumah dah start jem. Danggg! Elok pulak keluar time orang bersesak2 nak pegi kerja. Biasa kalau kitorang nak pegi kerja time pukul 8 lebih jarang la nak jem camtu.

Time2 jem tu la aku dah start rasa contraction. Call mak aku tanya camne. Mak aku suruh singgah Gombak dulu. Lagipun kalau nak pegi Naluri memang akan lalu situ jugak. Kalau hari2 biasa memang akan lalu MRR2. Tengok dah jem macam hape Myo menyimpang masuk NKVE. Nasib baik sempat lagi menyimapang celah2 kereta yang banyak tu.

Ingat NKVE tak ada orang nak lalu ke? Sepanjang jalan tu jem hokay. Dari Sg Buloh sampai kat Jalan Duta jalan slow je tapi still jalan. Kalau merangkak memang teruk la. Tak pernah aku tengok jem kat NKVE camtu sebab kitorang tak pernah lalu situ time2 gitu.

So sepanjang jalan tu la aku tahan sakit. Mengerang jugak la dalam kereta. Tak boleh dok diam. Susah nak describe sakit perut time tu. Ada rasa mengeras, menyucuk, senak semua sekali satu pakej....huhuhu...Time tu ada la dalam selang 15 minit kot aku sakit.

Lepas je tol Jalan Duta tu terus masuk Duke. Kat situ la yang boleh memecut sikit pun lepas all the way dari umah tu jem semedang. Before sampai umah parent singgah beli nasi lemak dulu buat breakfast. Ye...itu la makanan last aku makan before bersalin T_T Nasi lemak fevret pulak tu. Kena tunggu lagi sebulan ni baru boleh makan :(

9.00 pagi - Baru sampai umah. 2 jam jugak la nak sampai. Kalau biasa2 tak sampai setengah jam pun. Bukan main sakan lagi nak jem. Sampai2 terus breakfast dulu ngan Myo. Makan tak sampai separuh terus aku lari naik bilik sebab dah tak tahan sakit perut. Nak kena baring jugak.


Mak aku pun suruh rehat2 dulu. Lagipun mak aku cakap kalau turun tanda bukan terus nak beranak. Maybe malam or pagi esoknya baru baby keluar. So aku golek2 je la dulu.


Sempat lagi on Sametime (instant messenger yang kena online time kerja). Aku rasa cam boleh lagi kot kalau nak kerja time tu. Sempat jugak melayan soalan team mate aku even dok tahan2 sakit. Tapi still aku tak bagi Myo pegi kerja. Nak jugak suruh dia temankan aku. Tak ada la nak kena mengerang sorang2 kan.

10.15 pagi - Lepas puas berguling2 tahan sakit perut mak aku suruh siap2 n turun bawah. Aku pun dah start rasa sakit selang 5 minit time tu. Just aku cam tak confident betul ke camtu sakit perut nak beranak.

Kakak aku cakap pegi je hospital dulu suruh doc cek. Aku cam teragak2 jugak nak pegi sebab tak nak la nanti kang pegi rupa2nya false labour. Nak2 kalau pegi private. Tak pasal2 kena induce. Dorang nak cepat je. Kalau boleh aku nak la baby keluar naturally. Tak mo paksa2.

So angkut beg2 masuk dalam kereta lepas akak aku cakap camtu. Aku n Myo pegi la Naluri. Tak sempat nak bagitau bos kecik before keluar sebab time tu dia pun tak online lagi. Nak bagitau team mate lagi sorang pun malas sebab dia laki...hahaha....So aku biarkan je Sametime tu on. Lagipun aku bajet nak pegi cek kejap je nanti balik la semula ;)

11.00 pagi - Dekat2 pukul 11 tu sampai Naluri. Boleh pulak tak ada parking. Myo drop aku kat depan tu dia pusing2 cari parking. Aku sanggup tak nak masuk dulu. Nak jugak tunggu Myo sambil duduk2 kat luar tahan sakit.


Then bila masuk terus pegi kaunter cakap nak jumpa doc nak cek. Nurse tanya "Ada contraction tak?" Aku cakap "Ada". "Bleeding tak ada lagi kan?" Aku cakap "Ada". Bulat terus mata nurse tu. Dia suruh aku duduk dulu.

Tak lama lepas tu nama aku kena panggil. Nurse tu cakap ok terus admit. Aku dah terkezut. Cuak pun ada. Aku cakap la nak jumpa doc dulu sebab tak sure nak bersalin lagi ke tak...huhuhu...Duduk balik tunggu turn.

Time tunggu turn muka dah kelat2 tahan sakit. Agak2 sakit sangat aku pusing belakang pejam2 mata tahan sakit. Segan kot kalau orang nampak muka aku time tu :P

Pic: Time ni tengah tunggu turn nak jumpa doc ngan pregnant ladies yg lain. Tak sedar pun bila Myo snap pic sebab dok tahan sakit sambil cuba maintain kan muka :D


Tak lama lepas tu nama kena panggil. Kitorang masuk bilik doc. Doc cek blood pressure lepas tu terus kena baring. Elok je baring terus doc seluk. Pergghhh....1st time rasa kena seluk. Ngeri la jugak tapi boleh tahan lagi.

Tetiba doc cakap "Eh yang! Dah 8 cm ni!" Aku "????" Biar betul ni. Macam tak percaya pun ada. Aku dah nak bersalin ke jap lagi ni??? Doc siap cakap "U nampak relax je". Aku pun sengih2 je la. Relax la sangat kan. Sepanjang jalan aku dok tak diam kot dalam kereta. Doc: "So u terus kena admit la ni ye. Naik tingkat 2...terus pegi labour room"

Time keluar je bilik doc tu rasa seram sejuk je nak jalan pegi lif. Berdebar terus. Time tu dah pikir macam2. Rasa nak keluar jap pegi kereta tak nak naik lagi ...huhuhu....Tapi nurse dah ikut dah kat belakang nak bawak pegi waiting room.

Waiting tak berapa nak waiting jugak la. Naik2 terus dia bagi baju n kain nak tukar. Siap tukar terus inject kat bawah tu bagi rasa nak membuang. Lepas je kena inject tu terus mencicit pegi toilet. Tu pun time dalam toilet nurse sibuk dok ketuk2 pintu cakap jangan lama2 sangat. Risau kot aku terberanak kat dalam tu. Tapi serius sakit giler perut time tu. Nak membuang sangat2. Keluar je toilet terus nurse bawak pegi labour room. Tak ada nak tunggu2 dah.

11.30 pagi - Masuk je labour room terus kena baring. Nurse inject kat pergelangan tangan nak bagi drip. Lepas tu terus pecah kan air ketuban. Aku tak rasa pape pun. Rasa banjir je. Just sakit tetiba bila ada contraction. Still tak ada rasa nak meneran. Time tu bukaan dah 9cm. Kat luar dengar nurse dah bising2 "Eh Nurul Husna kat dalam tu dah 9cm" huhuhu....

Pic: Ni pemandangan yang aku nampak time nak menge'push'. Masuk2 je nurse dah cakap siap2 "Ni orang luar tak boleh nampak. Jangan risau". Tu kalau orang boleh nampak mau aku balik beranak kat umah je T_T Time nak push tu aku pandang awan je. Tak sanggup kot nak pandang bawah...huhuhu...Muka pun memang muka paling buruk dalam dunia la kot time nak meneran tu. Ada ke orang nak teran muka ayu2?

Tak lama lepas pecahkan air ketuban tu nurse dah suruh letak kaki kat tepi katil tu. Memang dah ada macam tempat nak gantung kaki. Siap ada tali nak pegang sekali kat situ. Waaaa ngeri kot time tu. Sebab semua jadi dalam sekelip mata. Terus nurse suruh start push. Pelik jugak aku sebab aku tak ada la rasa nak push sangat. Tapi dah dia suruh aku push je la kan.

Banyak kali jugak la aku try push tapi tak berjaya. Lebih 5 kali jugak la try. Tiap kali nak push jugak nurse akan seluk dulu. Banyak kali jugak la seluk sampai aku pun dah tak kuasa nak kira. Siap nurse cakap "Ha dah nampak kepala baby tu" Sikit je lagi. Sempat lagi ajak Myo join tengok kepala baby pastu motivate aku nak push kuat lagi.

Aku memang dah tak ter'motivate' dah time tu. Penat kot. Dah la aku tak boleh tahan nafas lama2. Tido pun 2 jam je. Makan pun sket je pagi tu. Bilik yang ber'air cond' tu pun dah tak terasa sejuknya. Berpeluh2 a ku time tu. Nurse tu pun macam dah fed up ngan aku agaknya. Tu kalau kat gomen harus la aku kena sound sebijik dua kalau tak bernasib baik. Kalau kat private bengang2 pun boleh lagi nak cakap lembut2. Orang cakap kalau beranak kat mana pun kalau dah sakit tu sakit jugak. Sama je sakitnya. Pada aku lain sebab aku dah pernah warded kat HKL. Nurse asik nak menengking je. Dah la sakit. Bertambah2 sakit lagi ada la.

Tapi i kut nasib jugak. Nasib tak baik kat private pun boleh dapat layanan ala kadar. Apa2 pun aku puas hati la ngan treatment dorang kat Naluri tu. Berbaloi jugak aku keluarkan duit sendiri. Just tak boleh terima style nurse tu suruh push. Patut tunggu la time betul2 aku dah rasa nak teran. Ni asik la suruh aku push even aku tak rasa sangat nak teran.

12 tgh hari - Lepas dah puas push aku dah lembik. Nurse suruh rest dulu sambil mengiring. Elok je aku mengiring terus rasa nak meneran yang teramat sangat. Boleh rasa kepala baby nak keluar sangat2. Terus aku suruh Myo panggilkan nurse sebab dia dok keluar masuk labour room tu. Nurse masuk je soh aku baring balik n push lagi. Time dah baring terus ilang rasa nak push tu. Nurse suruh mengiring balik. 2 or 3 kali jugak la camtu. Aku dah pegang tangan Myo kuat2 nak tahan sakit.

Time tu aku dah cakap kat Myo macam dah tak larat nak push. Dah give up pun ada kot. Risau jugak kot2 kena caesar kan sebab dah banyak kali push tak keluar2 jugak. Aku pernah baca tak boleh push lama2 takut baby nanti lemas. Nurse pun dah siap bawak masuk mesin nak tengok heart beat baby. Lepas tu push lagi. Time nak push tu siap dengar pompuan jerit kat labour room sebelah tengah push2 jugak. Tak lama lepas tu dah dengar suara baby dia nangis. Huhhh lagi la aku stress time tu sebab baby aku tak keluar2 lagi. Berpeluh2 sakan dah aku.

12.30 tgh hari - Dah penat2 push baru Dr. Kamaria masuk. Siap2 pakai phua chu kang ngan gloves semua. Letak kain yang ada lubang tu kat atas aku. Time tu makin berdebar la rasa. Nurse dok terpacak tunggu kat tepi doc. Doc suruh push lagi. Time ni aku dah tarik tali yang kat tempat gantung kaki tu sekuat2 hati. Rasa cam nak tercabut jugak la tali tu.

1.00 tgh hari - Myo tolong support belakang aku sebab nak kena tunduk kepala. Time tu susah giler nak tahan punggung tak nak bagi terangkat sebab cam dah sakit sangat kan. Susah nak control. Nasib baik la tak ada pape. Time tu aku tahan je nafas selama yang boleh. Tup tup dengar suara baby. Bila pandang bawah nampak doc tu campak baby gedebushhh atas perut aku.....huhuhu...Tapi aku nampak punggung baby je sebab muka dia ngadap belah lain. Memang sangat tak percaya baby dah keluar time tu sebab tak rasa pun bila baby keluar. Tau2 dah ada atas perut aku. Memang satu keajaiban lah aku rasa. Time baby keluar je dorang pasangkan azan kat luar tu.

Lepas nurse dah bersih2 kan sikit baby, Myo azan kat telinga baby. Then baru nurse hulur baby kat aku. Sempat la aku kiss pipi Irfan time tu dalam mabuk2 tu. Mabuk sebab penat sangat. Memang melepet terus. Lepas dah settle semua bukan dapat masuk ward terus.

Bertapa kat situ sampai pukul 3 lebih nak make sure tak ada bleeding pape. Nurse siap tekan2 perut aku lagi time tu. Pejam mata je la kan tahan sakit. Tak kan nak marah nurse tu pulak kan :P Meor pun sempat pegi lunch kat kedai mamak sementara tu sebab dah lapar sangat. Settle je part tu nurse bawak katil lain nak tolak aku masuk bilik.

Pic: 'V' for Victory. Peace tu Myo yang suruh buat. Aku nak senyum pun tak mampu dah. Rasa nak pitam kejap je time tu. Still in labour room tunggu nurse tolak aku masuk bilik.

Ni beg aku. Main amik je beg balik kampung kat umah parent aku. Gambar ni aku dah amik lama dah. Baru ingat nak update kat blog minggu tu listkan barang2 aku nak bawak. Sekali tak sempat n aku dah terberanak dulu :P Bila bagitau nurse aku bawak 2 beg dia cam terkejut sebab bawak barang banyak sangat. Semua hospital dah sediakan. Towel, baju aku, baju baby, toiletries, maternity pad semua dah ada. Aku just kena bawak baju aku n baby nak pakai time balik je. Tapi alang2 dah packing Myo angkut je la bawak naik.

Beg baby. Sampai penuh aku sumbat :P Last2 yang pakai baju je sepasang. Lain2 sume nurse yang siapkan.


4 ptg - Akhirnya aku masuk bilik dalam pukul 4 lebih. Elok2 je baring parent aku datang. Nurse pun datang sekali bawak baby. Aku mintak bilik single bedded. Senang sikit ada toilet sendiri plus dalam tu ada sofa. So Myo boleh tido situ temankan aku...hehehe...Tu motif utama sebenarnya ;)


Mak aku datang bawak nasi kosong ngn ikan goreng. Nikmat betul dapat makan even makan nasi kering je. Lauk orang pantang la kata kan. Bayangkan lah dari pagi aku makan nasi lemak sejemput lepas tu push tak benti2. Pukul 4 lebih baru makan.

Dekat pukul 5 tetiba baru teringat lupa nak inform orang ofis aku dah bersalin. Dah la tak offline Sametime. Memang ramai la orang cari. Siap office mate call tanya aku tak sihat ke apa. Bos kecik dah siap assign task, team mate pulak list kan mende2 yang dia nak suruh aku ajarkan, colleague tanya aku dah buat appraisal ke belum sebab bos dah suruh dia datang ofis esoknya, bos besar pun ping aku tapi tak tau nape sebab aku tak reply...rasanya dia nak suruh aku datang ofis jugak buat appraisal....huhuhu...tapi semuanya dah selamat....tak sempat dah coz aku dah terberanak dulu :P

Pic: Makanan hospital sediakan tapi semua aku pass kat Myo. Geram je tengok makanan sedap2 tapi tak berani la aku nak makan sesuka hati. Kang jadi pape diri sendiri jugak yang susah. Sedap la kalo time pantang boleh makan lauk camni. Tu bukan berpantang kot. Melantak namanya :P



Lepas2 tu tak benti2 adik beradik aku n family Myo datang melawat sampai ke malam. Nasib la aku mintak bilik single bedded sebab aku tau family kitorang memang ramai. Adik beradik aku datang sekali 2 family je dah penuh 1 bilik. Meriah hokay. Tak sempat aku nak sakit2. Sonok orang datang melawat. Orang dah balik semua baru la aku kerut2 tahan sakit. Satu hari tu tak tido lansung. Dekat pukul 12 baru tido kejap lepas tu asik terjaga sebab tak selesa. Nasib la Myo ada teman kan aku kat situ.


Esoknya kitorang bertapa sampai petang lepas tu baru dapat discharged. Seronok betul dapat balik ngan baby. Macam tak percaya dalam sekelip mata aku dah ada anak sendiri. Rasa macam semua tu jadi cepat sangat. Sedar2 dah lepas...Rasa baru semalam bawak baby dalam perut sekarang dah ada depan mata...huhuhu....

Kalau nak suruh aku push sekarang confirm aku dah terer kot. Lepas setahun dua confirmmm aku dah lupa skill2 nak menge'push' :D Tu je la pengalaman bersalin aku. Tak tau la nak kata senang ke tak time nak bersalin tu. Sakit tu memang la sakit. Kalau tak sakit bukan bersalin la namanya kan. Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Nya n tak ada sebarang complication :) Balik tu bermula la sesi berpantang yang sebenar sampai la sekarang ni. Tak sabar nak habiskan pantang ;)

14 comments:

Yatie said...

best n excited dengar pglaman bersalin awak.....puas sudah hati ku...Thx sudi berkongsi cerita yer.

Jessying said...

Wow congratulation on your new birth!!! Very details about you blog about!! Bravo bravo !!

fawwaznuha said...

bestnye hubby teman n xde complication apa2..so xkna induce kan? kena jahit x?

Rosie Rose said...

cuna, thanks a lot for sharing! tp baca citer cuna, cam senang je... selain drp penat push la kan. ada kawan2 yg terpaksa bertahan sampai 18 jam lar, seharian semalaman lar... isk isk... mudah2an kite senang gak nanti.

is-nanie said...

thanx for sharing... aku sebenarnya dah baca masa weeknd.. tp ada mslh nk komen ms tuh.. huhuh...

cuna said...

Yatie: u r welcome :) sonok jgk dpt sharing2 ngn sume org yg sudi singgah kat blog ni ;) tq 4 dropping by :)

:: unexistance :: said...

hebat ah, pantang pun blogging :D congrats anyway ...

cuna said...

Jessying: thx jess :) Just sharing my experience with others ;)

cuna said...

Fawwaznuha: nasib baik la hubby ade skali. kalo x meroyan jgk la kat situ sorg2...huhuhu...xkene induce pun sbb dtg2 dh 8 cm. dh nk terberanak sgt dh. yup kene jahit. normally kalo beranak ank sulong kene jahit doc ckp. ntahla betul ke idak :P

cuna said...

Rosie Rose: u r welcome rose :) alhamdulillah....agak sng jgk la time nk beranak tu. baru perasan :P sakit pn xlama. dok dlm labour room pn xlama sbb dh lama sakit kat umah...huhuhu...banyak2kn berdoa. semoga Allah permudahkan sumenye time nk bersalin nnt :)

cuna said...

Is: no problemo ;)dh lame ko xkomen kt sini. igtkn dh xbace blog aku...huhuhu

Aija said...

walaupun baby dah kuar, tapi saya still suka baca pengalaman orang bersalin. tak tau nape...

Aija said...

saya suka baca pengalaman orang bersalin. walaupun baby dah selamat kuar. Mcm addicted plak.

cuna said...

tu la kan. cam best plak baca cite org. mcm2 cite. lain org lain pengalamannya