nuffnang

Friday, March 25, 2011

Rindu Nak Shopping

Hari ni gaji bulan mac dah masuk! Sukernya aku bila tengok amount dalam account. Bukan la selama ni tak suka. Kali ni sukanya lain macam. Ye la kan. Sebulan dah aku tak pegi keje lepas tu duit masuk. Annual leave pun tak jalan. Masyukkk! Time maternity leave je la nak merasa gini kan. Nak suruh aku beranak lagi? Bawak2 la bersabar ye kawan2 ;) Nurse pun suggest kan ada jarak at least 2 tahun kalau nak peknen lagi. Lagipun morning sickness aku teruk hari tu. Plus time peknen pun ada problem tak cukup darah merah. So for now just focus nak besarkan si Irfan ni je dulu. Nanti2 kalau ada rezeki boleh la kasi Irfan adik.

Owhhh...bulan ni sebab dok diam2 kat umah aku adalah lansung tak menyopping. Tapi aku adalah 'terbeli' mekap thru online. Geram sangat dah kot :P Nanti bila dah dapat barangnya aku tepek la kat sini. Lepas ni aku pencen la kejap beli mekap sebab nak simpan duit beli barang2 for Irfan je. Kata dah ada anak. Tak boleh la pikir pasal nak beli barang sendiri je kan. Agak2 korang boleh caye tak? :P

Yang aku tau gaji bulan ni maybe akan banyak spend kat makanan....hohoho...awal2 tak kesah lagi makan tak sedap pon...dah nak ujung2 pantang ni mula la pikir nak makan macam2. Aku dah siap list ni nak makan apa ni...hahaha...

2 comments:

Yan said...

Cuma tak kuar shopping. Online shopping tu lagi bahaya..hee

cuna said...

Kak Yan: Aah la kan. Patut tuka title. Rindu Nak Kuar Shopping...huhuhu...online shopping tak se'best' real shopping kot. Kalo kat luar boleh pegang belek2 brg dulu :P ni pun sy baru 1st time shopping online ;)