nuffnang

Friday, April 29, 2011

Bawak Irfan Balik Kampung

24/04/2011 - Sun

Ahad hari tu akhirnya berjaya bawak balik Irfan ke kampung. Kampung kat Shah Alam je pun...hiks! Bunyi cam jauh je. Umah mertua. Dah banyak kali plan nak pegi lepas pantang tu tapi asik tertangguh jek.

Ohhh...before tu nak cerita aktiviti hari Sabtu dulu. Kitorang keluar berdua. Bukan nak ber'dating'. Tapi nak keluar cari barang Irfan. Kalau bawak Irfan sekali jangan harap la aku dapat dok depan. Sure dah kena sound setepek dah ngan Myo T_T

Hajat di hati nak pegi Pureen warehouse clearance sale tu. Gigih pepagi tu keluar menghala ke PJ. Jem teruk giler. Ngan air cond kereta buat hal. Aku pulak cam time tu seram sejuk rasa nak demam la pulak. Tapi alang2 dah keluar n dah nak sampai tu...redah la jugak jem pun.


Sekali bila dah masuk tempat sale tu ya rabbi....ramai giler orang...sampai nak jalan pun tak nampak nak pegi mana. Banyak2 warehouse sale aku pegi tu la yang paling ramai orang aku penah tengok. Last year aku dah pegi dah sale ni. Tapi tak ada la ramai sangat orangnya. Still boleh nampak lagi la nak beli apa. Ni barang pun aku tak sempat tengok. Nampak orang je.

Bila tengok queue nak bayar terus aku rasa macam tak lalu dah. Terus ajak Myo balik. Tak pasal2 derma RM5 kat orang jaga parking tu tau. Parking tak sampai 10 minit je kot dah blah. Lupakan je la niat nak shopping tu. Actually nak beli wipe tissues banyak2 buat stok. Plus nak topup towel n baju2 yang besar sikit untuk Irfan. Kalau dah gitu ghopernyer...cancel je la.

Balik tu singgah ofis kejap nak amik pay slip yang dah 3 bulan tak amik ngan EA form. Kena jugak amik since minggu ni pun dah last nak buat e-Filing tu. Tak nak aku bayar tax tak pasal2 kat LHDN tu. Next week dah nak start keje. Waaaa....cam malas je nak start keje balik lepas dah lama bersantai2 kat umah. Sampai je umah Gombak terus aku fengsannn....Terus kelubung berlapis2 siap tindan2 bantal2 lagi kesejukan. Kena demam panas.

Ok2 sambung cerita balik kampung balik. Time nak pegi Shah Alam tu aku still demam lagi sikit2. Irfan tido je sepanjang jalan nak pegi tu. Siap angkut tilam kasi dia tido. Tak larat aku nak pangku lama2. Setakat keluar dekat2 umah tu ok la lagi. Kira ni paling jauh la bawak Irfan keluar so far.



Kitorang keluar dah 6 lebih. Sampai2 of coz la pak cik nya yang paling kecik yang paling hepi sekali. Siap pakai baju cantik lagi nak main2 ngan Irfan. Tapi Irfan bukak mata kejap2 jek. Lepas tu tido sampai la ke sudah. Agaknya penangan Panadol yang aku makan before tu. Terpaksa la jugak makan kan. Kalau tak memang tak boleh bangun. Demam2 pun kena nyusukan Irfan. Tu yang dia terkena tempias Panadol. Mata aku berat2 mamai jugak la. Dia lansung terus tido 1 hari...huhuhu...



Dah malam dekat pukul 10 baru kitorang balik. Kampung dekat jek. Nanti2 boleh datang lagi. Weekend ni plan nak balik kampung kat Perak pulak. Bawak Irfan jumpa moyang dia kat sana. Hopefully Irfan tak ada la tido je. Kesian orang ramai2 dapat tengok dia pejam mata je. Memang anak aku bukak mata pepagi buta je. Nak buat camne kan...huhuhu

Wednesday, April 27, 2011

Hadiah2 Irfan

Gambar2 dalam entry ni since tengah pantang lagi aku dah upload tapi terbiar je dalam draft. Tapi nak jugak publish even dah lambat. Untuk peringatan di hari tua...huhuhu....Hadiah2 yang Irfan dapat sejak dia lahir ke dunia ni. Kot2 dia dah besar sikit dia nak tau hadiah2 tu saper yang bagi ke kan. Sekarang ni aku ingat la lagi. Nanti2 i dunno lah kan.

Time 1st day lepas bersalin n still kat hospital lagi dah ada orang kasi hadiah time lawat aku n Irfan. Best pulak bila dipikir2 balik perasaan time orang datang lawat ramai2 time tu. Meriah je bilik aku. Yang femes nya of coz la Irfan kan. Rasa bangga sungguh dapat lahirkan Irfan. Cam satu kejayaan yang luar biasa lah...huhuhu...Ada jugak yang kasi hadiah time kitorang dah kat umah.

Jom tengok apa Irfan dapat. Yang set hijau2 ni Pak Teh dia (abang aku) yang kasi. Set yang ada seluar, baju ngan mitten n booties. Sempat pakai sekali dua je lepas tu simpan sebab Irfan kena kuning hari tu. So mak aku suruh simpankan je dulu.


Set Pooh ni pulak Tok Imah (mak cik Myo) yang bagi. Ada seluar, baju, mitten n booties ngan wash cloth. Selalu aku pakaikan baju ni sebab cute. Just mitten dia je yang ketat. So kalau pakai tu kena cari mitten lain.


Set Anakku ni spesel from Aunty Iza n hubby nya. Baju ni pun selalu aku pakaikan. Ada baju, seluar, mitten n booties ngan topi.


Tadaaaa....n ni la hasilnya....huhuhu...kebetulan ada gambar time Irfan pakai baju ni. Time ni Irfan cenonet lagi. Aku pun tak habis pantang lagi...Baju ni bukan untuk new born pun. Tapi aku nak jugak pakai kan. Topi pun longgar je. Sekarang dah padan. Ngam2 :) Thanks Aunty Iza n Uncle Kamal ;)


Ni sepupu2 Irfan, Amirul Hakimi, Ainal Mardia Hany ngan Izzul Taufiq yang kasi. Semangat tulis nama masing2 kat belakang kotak. Lupa nak snap pic. Kebetulan set Pooh ni tersama pulak ngan yang Tok Imah nya kasi.


Hadiah yang meriah ni family Papa Irfan yang kasi. Ada set baju n seluar Fiffy, romper, toys, mittens n booties ngan toiletries.


Set Pureen lagi from Tok Chik (mak cik aku) nya. Ada baju seluar, mittens n booties ngan bib.


Hadiah dari Pak Long (abang aku) Irfan. Mama bag. Boleh pakai letak barang2 Irfan kalau nak balik kampung or travel jauh2 nanti ;)


Mama bag lagi. Pak Ngah (abang aku jugak) Irfan kasi. Ada baju n seluar sekali. Irfan dah ada 2 beg dah nampaknya.


Baju Fiffy ni Mak Tok nya yang kasi. Seluar sekali ngan stokin. Ni tepek gambar baju ngan model nya sekali...hiks!


Baju ni pun Mak Tok jugak kasi. Baju Fiffy.



Kat baju n seluar ada tulis "I Like to Eat". Memang betul pun. He likes to eat....huhuhu...n kena tambah "I Like to Eat and Sleep" :P



Hamper Tolly Joy yang comel ni Uncle Palee ngan Aunty Yan (kawan UiTM kitorang) yang kasi. Dalam tu ada toiletries, wipe tissues, cawan ngan pinggan. Bila tengok cawan ngan pinggan tu rasa tak sabar betul nak tunggu Irfan besar. Boleh makan2 pakai mende2 tu =)



Set Tolly Joy from Aunty Dee n Aunty Adda. Kuning you. Ada baju seluar, mitten n booties ngan topi. But sori la korang. Aku tak pakai kan lagi baju ni kat Irfan sebab color kuning. Kena simpan dulu. Even baju2 yang kitorang beli n color nya kuning, hijau, oren semuanya aku simpan dulu.


Tapi yang paling tak boleh blah nya kad ni la. Kak Dee n Kak Adda??? Helloooo....korang dah jadi aunty ye kawan2. Sila la terima kenyataan itu. Ini betul2 bukan cobaan...hahaha....Anyway thanks aunties :)


Aku? Tak ada orang nak kasi hadiah even aku dah bersusah payah melalui saat2 yang genting itu...hihihi....Ehhh...Naluri ada kasi tau. Tak kisah la pape pun asalkan ado...Ni ha...New Mom Bag :P


Ni isi dalam nya. Pic ni jadi terbalik pulak. Pandai2 la korang tengok yek. Aku pun jadi pening nengok nyer...huhuhu... Ada voucher ayamas, sample PetPet, Pigeon baby wipes, Johnson's travel size toiletries n sabun Dettol.


Ada dapat Pigeon breast pads n liquid cleanser jugak.


4 pieces new born petpet. Lepas2 tu terus jadi pengguna tegar PetPet ;)


Lepas tu dapat beg Mamil Mama kaler pink ni. Pink pun pink la kan even aku ni bukan peminat pink pun. Beg kosong je. Tau la aku nak sumbat apa dalam ni nanti ;)


So tu la hadiah2 nya. Time Irfan baru2 lahir dulu memang seronok giler. Hari2 pakaikan Irfan baju baru. Mostly orang banyak kasi hadiah baju new born. So kena la pakai selalu sebab jap2 lagi tak muat dah. Baju kitorang beli pun dah agak banyak jugak hari tu. So sekarang ni pakai rotate2 je baju yang dah ada kat rumah ni. Nanti dah besar sikit boleh cari baju jalan2 pulak ;)

p/s: To mama Aleesya, mama Razin n mama Rifqy...sori tak dapat join contest yang korang tag. Mama Irfan nih tak tau nak tag saper dah kalau join pun T_T

Tuesday, April 26, 2011

Makan2 @ Rodeo Steak House

11/04/2011 - Mon

Cerita makan lagi. Actually ni cerita last week punya last week. Dah berapa kali ngadap entry ni tapi tak habis2 update jugak. Dah 2 kali update separuh jalan lepas tu buat keje lain...huhuhu...Patutunya semalam aku dah start kerja. Tapi memandangkan tido Irfan yang tak tentu hala tu maka aku apply je la annual leave untuk minggu ni. Kang ngan aku2 sekali jadi tak tentu hala kan...hiks!

Hari tu pegi makan kat Rodeo Steak House kat Prima Sri Gombak. Teringin nak try lepas tengok JJCM tu. Kebetulan dekat je ngan umah. Since kat umah ada mak aku je, maka kitorang bawak la Irfan sekali. Tak sampai hati nak tinggalkan Irfan ngan mak aku sorang2. Cam rasa bersalah pulak nanti. Ni 3rd time bawak Irfan keluar makan.


Sampai2 memang ramai betul orang. Penuh kedai. Rupa2nya mak aku dah pernah datang dah sini dulu. Aku je yang baru nak tau. Tapi mak aku cakap dulu datang lengang je kedai ni. Agaknya dah masuk JJCM sume pun serbu nak try kot. Tambah2 tengok Qi tu makan. Sume nampak sedap je. Tengok pulak time tengah lapar....haihhh...


Cam biasa Irfan tido ngan nyenyaknya even orang dok kelentung kelentang bising lansung dia tak peduli. Nasib baik kitorang dapat port baik. Meja hujung lagi. So tak ada la orang nak lalu lalang sangat. Kot ada yang nak tersepak stroller dia tu kan... memang saje je la...


Ni air aku minum malam tu. Air sirap bandung suam...huhuhu....pandang kiri kanan orang sume minum air ais...blended juice bagai...telan air liur aku nengok T_T Memang air sejuk kena pantang sangat2. Mak cik urut hari tu cakap pantang sampai lepas 50 hari, mak aku cakap 3 bulan...ada jugak orang pantang sampai 100 hari. Setahun pon ada....tapi tak pe la...aku amik yang 3 bulan tu je...hikhikhik...

Ekceli bukan air sejuk je kena pantang....Ada jugak a few makanan lain yang sejuk or berangin kena pantang. Kalau geram sangat boleh la merasa sikit. Aku dah pernah try makan lepas tu badan rasa seram sejuk macam nak demam. Makanan sejuk cam mi kuning, kobis, kang kung, tembikai, soya, kelapa, teh sume tu nak kena elakkan sekarang ni. Ada lagi makanan lain...tak hengat dah.

Orang cakap jangan makan yang sejuk2. Tapi kadang2 aku pun tak perasan pun mende tu sejuk. Macam mi kuning tu. Orang lain tak payah beria sangat kot berpantang cam aku ni. Aku kan tak makan jamu2 time pantang hari tu. So badan ni tak cukup panas nak terima mende2 yang sejuk walaupun sikit. Makanan lain2 tu aku bole tahan lagi. Tapi air sejuk yang ais2 tuuuuu....huwaaaaa....sedapnyerrr....tambah2 keluar time tengah2 panas haus giler2 tu....meroyan jugak la rasa nak minum air ais....tapi akan ku tabahkan juga hati ini T_T


Myo order black pepper steak. Biasa jek aku tengok. Kat Chop n Steak Kg Baru nampak lagi menarek. Sekali rasa dagingnyer ya rabbi liat sungguhhh. Nasib aku tak order ni. Memang aku tak suka makan daging pon :P


Mak aku order fish n chips. Boleh la. Ikan pun aku tak berapa suka. Dah la time pantang pun hari2 ngadap ikan. Sudah2 la kan...ahaks!


Ayam yang ku dambakan lain yang haku dapat. Aku order Chicken Cordon Bleu. Memang fevret tu kalau makan kat Kg Baru. So nak try la yang kat sini kot2 lagi sedap. Tengok dalam JJCM tu bukan main selera lagi si Qi tu makan.

Dah order tetiba orang tu cakap ayam baru sampai n tengah beku. Kalau nak tunggu lama lagi. So dengan berat hati nya aku order je la spagetti ni. Cam biasa of coz la spagetti aku masak sendiri lagi sedappp...huhuhu...Dah kempunan nak makan cordon bleu kat situ T_T


Esoknya besday kakak aku. Husband dia beli sebijik blueberry cheese cake secret recipe ni. Sedappp. Sempat la makan 1 slice lepas tu Irfan dah ngamuk nak susu. Tapi berjaya jugak makan 1 slice lagi sambil nyusukan Irfan ;) Minum susu perasa blueberry cheese la Irfan malam tu...heee...


Habis dah 1 cerita basi. Nantikan cerita2 basi yang lain di entry yang akan datang :D

p/s: Semalam masih lagi tak berjaya nak tangkap gambar buah hatiku yang 2 orang tu. Papa Irfan pukul 1 pagi baru balik keje. Nasib baik la tak kena tido kat ofis tu terus...haihhh...Irfan pulak malam tadi dah start demam lepas kena cucuk tu. 1st time kasi dia makan ubat. Meronta2 jugak la dia tak nak makan. Menyucuk kalbu sungguh bila tengok anak sendiri sakit nih. Alhamdulillah hari ni dia dah sihat :)

Monday, April 25, 2011

Irfan Cucuk 2 Bulan

Penattt...Tadi baru balik mengah2 tengah hari buta dari KKIA. Pusing2 je rasa coz dah 2 hari aku demam panas. Hari ni baru ok sikit. Lega akhirnya dah hantar Irfan cucuk 2 bulan. Ekceli appoinment nyer esok. Tapi balik baru perasan salah date rupanya....hahaha...belasah je lahh!

Hari tu time Irfan baru lahir dah cucuk BCG ngan Hepatitis B 1st dose. Checkup sebulan cucuk Hepatitis B 2nd dose. Tadi baru je settle cucuk DTP (difteria, tetanus, pertussis)... perghhh...kua segala nama saintifik sume. Aku tau tetanus jek :P Nurse tu cakap cucuk untuk 5 penyakit. Aku pun dah lupa apa mende. Kepala ku pusing loh. Demam tak habis lagi ni.

Time nak cucuk cam biasa Irfan tido ngan sedapnya. So kena kejut2kan dia before kena cucuk. Still tak bukak mata jugak. Sekali nurse masuk jarum terus terkeluar suara jantan nya itu. Holohholohholohhhh...shiannyer anak mama....Dalam betul dia cucuk...aku yang tengok pun jadi berdebar. Tapi lepas je habis cucuk anak aku yang bertuah ni terus sambung tido balik...hihihi

Pic: Budak kecik yang kena cucuk kat paha kiri. Tido je dia. Agaknya efek panadol yang aku makan kot...huhuhu...Irfan dah 5kg! Naik 1.2 kg dari bulan lepas ;) Patut ler diapers pun dah kena tukar saiz S...hehehe


Nurse cakap biasanya kalau baby lepas kena cucuk DTP ni akan kena demam. So dah dapat siap2 ubat demam ni ha. Tak tau la Irfan camne nanti. Risau jugak. Mana la pernah handle baby demam lagi kan. Harap2 Irfan tak demam la nanti. Tak payah la aku nak kasi ubat ni. Ni baru DTP 1st dose. Ada lagi 2 dose dok tunggu lepas ni. 3 bulan cucuk 2nd dose. 4 bulan break kejap. 5 bulan cucuk 3rd dose pulak.


Banyak betul entry aku dok dalam draft. Semua terbengkalai. Komen kengkawan yang menyinggah pun tak sempat nak reply. Ngan kena tag join contest pun tak join2 lagi T_T Sekali kena tag ngan 3 orang utk join contest yang sama la pulak kan...wahhh koranggg...ramai2 pakat tag mama Irfan ni yek...huhuhu....ni jap lagi aku nak tag sape pun dah tak tau...hiks! Pape pun petang nanti harus la tangkap papa Irfan kejap kasi posing2 ngan Irfan. Baru la boleh tepek gambar utk join contest nyer =)

Friday, April 22, 2011

Irfan Dah 2 Bulan

Dah 2 bulan dah anak aku ni. Dah 2 bulan jugak la aku jadi mak budak. Banyak jugak mende yang aku blaja dalam masa 2 bulan ni. Patut hari ni ada check up kat KK...cucuk 2 bulan pulak. Tapi since nurse tu cakap ari Jumaat nurse tak ramai ada so postpone buat Isnin depan.

Tak sabar sebenarnya nak tau kuning Irfan dah clear ke belum. Nak tau berat dah berapa jugak coz tangan aku dah naik lenguh2 lepas nyusukan dia...huhuhu...Ohhh lupa nak update perkembangan Irfan so far.

  • Yang paling best dia dah pandai respond kalau orang cakap2 ngan dia. Bila kita cakap2 nanti dia uuu aaa uuu aaa...konon paham la apa yang kita cakapkan n respond ngan bahasa dia. Comel sangat2 ;)

  • Dia dah pandai senyum bila orang senyum kat dia. Tu pun kadang2 je. Before ni memang dah boleh senyum tapi time dia tengah sorang2 je. Tu pun aku curi2 tengok. Dia termenung sorang2 lepas tu senyum2. Kadang siap gelak mengekek2 lagi ;)

  • Dah boleh nampak apa2 yang dekat ngan dia. Before ni dia akan pandang kalau dengar suara or bunyi je.Baby time baru lahir kan tak boleh nampak terus even mata dia bukak pun. Cam slow2 nampak sikit. Tak boleh nak fokus sangat. Sekarang ni kalau dia dah start nampak 1 mende tu dia akan tengok lama2. Kadang2 dah ngantuk pun tahan jugak mata tu tak mo tido

  • Dah boleh angkat kepala kalo tertiarapkan dia. Dah keras sikit tengkuk dia. Even kalau time mandi pangku dia dalam bath tub pun dia boleh nak dongak2 lagi. Semalam tiarapkan dia pun dah pandai pusing balik =)

  • Memang sangat kuat minum susu sekarang ni. Nak membesar kan. Tambah2 susu mama dia dah ada rasa macam2 sekarang ni. Ayam goreng la, tom yam la, coklat la. Macam2. Dulu susu rasa sup kosong ngan ikan goreng jek...hiks!

  • Even dah 2 bulan masa tido dia still tak berapa nak betul lagi. Pagi buta tu memang mata dia bulat je dari pukul 2 pagi sampai la 7 pagi gitu. Lepas tu bila tak ada orang nak layan apa lagi. Ngamuk la dia...huhuhu...
Pic Irfan 2 bulan enggak ada coz dari pagi tadi Irfan asik tido je. Tak best la tepek gambar tido. Tunggu malam sikit time mata dia tengah bulat baru nak amik gamba ;)

Meor Irfan Naufal yang dah 2 bulan :)


Thursday, April 21, 2011

Tidurlah Wahai Anakku

Time buat entry ni Irfan tengah termenung melayan perasaan...huhuhu...Bagus jugak dia tak tido lagi dekat2 pukul 11 malam ni. Kalau tak memang dari lepas mandi petang pukul 5 tu dia akan tido sampai la pukul 1 or 2 pagi. Lepas tu buntang terus mata tak mo tido sampai Subuh. Time tu memang mencabar habis la nak stay up ngan dia sekali.


Kalau time dia tak tido tu mula boleh la nak termenung sorang2. Lama2 tak ada orang nak layan dia bosan la kan. Lepas tu dah start gawang2 kayuh2 sume...makin lama makin tinggi n laju tangan n kaki tu gawang2...nanges tu of coz la...dah sekali 1 pakej...kekadang macam menari agogo dah aku tengok...hehehe...gigit kang baru tau :P

Mana tak nya...dua2 mama n papanya mata dah layu. Nak bangun pun rasa berat je kepala. Kadang2 gilir2 jugak la dodoikan budak kecik ni ha. Tapi time kena bagi susu dah sah2 la aku yang kena bangun kan. Dek tak sampai hati dengar dia nanges dengan suara yang cumil itu...maka aku kena la bangun jugak. Kesian pulak.


Sekarang ni time cuti lagi boleh la tahan2 lagi mata ni. Penat berjaga malam siangnya boleh join sekaki time dia tido. Tu la seronoknya cuti tak habis lagi. Dok ngulit anak siang malam. Kang aku dah start keje camne la agaknya.

Dekat2 nak habis pantang hari tu letak dia dalam rocker fisher price ni ha. Berkesan jugak la biasanya. Goyang2 sikit benti la nanges tu. Kadang2 terus tertido kat situ sampai pagi sebab orang yang dodoikannya tertido sekali kat sebelah :P

Time tido Irfan memang dah tunggang terbalik dah. Actually minggu ni cam dah ok sikit. Kalau tak memang pagi buta tu susah sangat dia nak tido sebab time siang tido tak sedar2. Time nyusu pun pejam mata. Agak lambat sikit dia nak tune time tido tu coz hari tu kan kena jaundice agak lama. Baby kena jaundice kan tido lama especially time siang. Hopefully sempat la masa tido Irfan tu tune before aku start keje next week. Kalau tak tersembam atas meja la jawabnya nanti T_T

My handsome boy ;)


Actually rocker ni abang Ammar Yasir, cousin Irfan punya. Memang akak aku tinggal kat umah parent aku ni ha since hari2 memang dia hantar Ammar kat sini. Aku kan bertapa kat Gombak ni lagi. So kadang2 kidnap la rocker ni bawak naik atas time dah malam. Tapi nampaknya sekarang macam dah jadi harta sendiri jek :D

Akak aku beli rocker ni last year lepas dia abis pantang hari tu. Sekarang Ammar pun dah 8 bulan kot. Mana nak lekat kat rocker sangat dah. Tengah syok bergolek2. Tak lama lagi dah nak merangkak. Aku pun dulu ada jugak plan nak beli mende ni. Tapi nak tunggu Irfan lahir dulu. Sekarang tak tau nak beli ke tak. Jap2 lagi kitorang dah nak pindah. Tak boleh dah la nak pinjam rocker ni dah....hurmm...

Pic: Tengah pandang slack la tu. "Nak paksa2 saya tido pulak kan. Baru nak ajak mama ngan papa main2. Orang tengah fresh nih. Mata pun tak boleh nak tutup. "....huhuhu...gitu la agaknya dia cakap dalam hati. Jenuh jugak la beratib sampai kering anak tekak nak tunggu dia tido kadang2 tu.


Kadang2 hayun2 rocker ni pun tak jalan jugak. Letak mainan gantung2 kat situ mula2 jalan la kejap sebab dia khayal2 dengar bunyi lagu twinkle twinkle little star tu terus lelap. Tapi lama2 mainan tu pun dah tak laku. So kasi bungkus dulu letak balik dalam rocker n pasang mende vibrate kat rocker tu...so bole feeling ala2 kena massage gitu...huhuhu....


Kadang2 jugak time siang ada masukkan Irfan dalam buai. Tu pun kejap2 je. Dah lepas pantang hari tu baru buaikan dia. Malam no buai2 sebab tempat sangkut buai tu ada kat bilik parent aku ngan kat bawah je. Tido dalam buai pun dia tak lelap sangat. Ok jugak. Taktik tak nak bagi dia tido lama2 time siang.


Ni ha raja tido korang. Before ni start pukul 2 or 3 petang gitu memang nyenyak betul tido sampai la ke malam. Bawak la pegi tempat bising mana pun memang tido camtu jugak. Ni pic last week time kitorang pegi Hospital Selayang. Ada appoinment ngan doc kat situ nak cek kuning. Macam dah ok je. Nanti cek 2 bulan cek darah lagi sekali tengok dah clear ke belum kuningnya. Yang penting lepas ni tak ada appoinment kat Hospital Selayang dah.


Suka betul aku tengok Irfan tido. Kadang2 tu dok ngadap dia tido semata2. Gerammm! Time tido tu muka tulus mulus suci murni sangat. Rasa nak cubit2 =) Sekarang ni tengah2 malam buta aku pulak yang dok kacau cium gomol2 dia kejut nak bagi susu...hehehe...

Tuesday, April 19, 2011

Irfan dan Strollernya

09/04/2011 - Sat

Sambung previous entry. Boleh pulak kan main sambung2. Ater entry semalam kan dah berjela kemain. Camtu la aku. Tak reti nak update sikit2. Sekali update blog dah macam essay daaa....Al-kisahnya siang tu kan kitorang dah ber'dating' berdua. Malam tu abang aku n family datang bertandang. So nak la keluar makan2. Kami pun nak jugak join. Dah semua pun nak pegi maka angkut la Irfan sekali. Lagipun kesian dia dah kena tinggal siang tu. Kitorang makan2 kat Syed Bistro Taman Melawati.

Keluar pun dah lepas Isyak. Ni 2nd time bawak Irfan keluar. Memang time tido Irfan la tu. Letak dalam stroller sedap je tido. Meja pun amik port baik punyer. Amik meja paling hujung jauh dari orang ramai2 ;)


Tapi tidonya tak lama. Lepas tu dah start gawang2 nak ngamuk...huhuhu. Mula2 Myo pegang kejap time aku makan. Last2 ayah n abang aku gilir2 tolong pegang kan. Nak orang pegang je budak ni. Nak kata lapar pun on the way pegi tu memang aku dah kasi susu siap2.


Tak sempat nak snap gambar makanan. Makan kedai mamak je kot. Aku makan bihun tom yam yang pedas giler. Makan sikit lepas tu tumpang nasi goreng ayam Myo...huhuhu...makan satay 3 4 cucuk...makan laju2 lepas tu terus balik. Sejam je kot kat situ. Dah dekat nak balik tu elok pulak Irfan tido nyenyak sampai la balik umah =)


Entry ni saje je nak tepek gambar Irfan ngan stroller merah baru dia ni. Actually bukan stroller baru pun. Pak cik Myo yang bagi since anak2 dia dah tak pakai dah. Siap kasi car seat sekali. Time kitorang dapat 2 mende tu aku baru tengah preggy 3 bulan gitu. Dah la time tu still tengah antara percaya ngan tak aku dah preggy...tup tup dah ada stroller ngan car seat...Alhamdulillah...rezeki Irfan...orang nak kasi kami terima je la =)

Monday, April 18, 2011

1st Time Shopping Lepas Pantang

09/04/2011 - Sat

Waaahhh....suka betul aku bila sampai part2 nak shopping2 ni. Lama bebenor tak shopping. Dah ada anak ni of coz la shopping barang anak dulu kan pape pun. Actually Sabtu lepas memang plan nak bawak Irfan round2 kat shopping complex. Dah siapkan dia ensem2 dah. Barang2 dia pun dah siap packing dalam beg. Tinggal nak masuk kereta je. Last2 mak aku suruh tinggalkan je budak kecik tu. Cam kesian kat dia pulak sebab kecik sangat lagi nak bawak rata2....huhuhu...

Maka kami pun pegi la ber'dating' berdua tanpa dirancang :P Bila dah tinggal Irfan tu niat nak jalan jauh sikit terpaksa la di'cancel' coz aku tak ada stok susu pun untuk Irfan kat rumah tu. So kena balik cepat2 sebelum dia lapar balik.

Mula2 tu kitorang singgah kat One Baby World kat Taman Permata. Teringin nak jenguk2 apa ada kat situ since Myo dok ulang alik pegi situ time aku pantang. So aku dapat tengok hasil rembatan je la. Nak jugak cuci2 mata ni kan :P

Boleh tahan jugak kedai ni. Macam2 ada untuk baby n mak baby. Kalau tak reti nak control diri sendiri mau dah aku beli macam2. Last2 decide nak beli 3 barang ni je. BabyLove Baby Bath Support RM 16.90 after less RM13.50. Since dah habis pantang ni kena la bawak2 blaja mandikan Irfan sorang2 kan. Tak lama lagi pun dah nak pindah dok umah sendiri balik. Lagipun dulu time pantang boleh la nak santai2 semua orang tolong buatkan. Sekarang dah habis dah sesi memanjakan diri sendiri T_T


Actually memang mak aku dah ajar camne nak mandikan tu. Tak susah mana pun. Tapi kalau time Irfan ngamuk memang susah jugak la nak control. Habis tangan kaki semua gawang2. Dah la licin kan. Tu yang rasa nak try pakai bath support ni tengok ok ke tak.

Lepas tu beli Autumnz nursing cover RM 43.90 after less RM 37. Bajet kalau jalan2 or pegi umah sesaper nanti boleh la pakai mende ni time nak nyusu Irfan. Entah la berjaya ke tak sebab so far bukan keluar umah sangat pun. Dan beli boto susu Avent ni RM43 after less RM34.40. Before ni pakai botol Baby Kiko. Ok je. BPA free jugak. Tapi saje nak try Avent ni sebab orang cakap bagus. Puas hati aku dapat beli barang even 3 ketul je pun. Tak suka nak beli online. Macam tak puas hati. Aku ni kan kaki shopping. Kalau boleh nak jugak belek2 barang tu before beli ;)

Lepas pegi One Baby World tu kitorang gerak ke Wangsa Walk. Macam tak percaya selama aku dok kat Gombak dulu tak pernah pun terpikir nak pegi sini. Ni baru nak jejak. Pusing2 sikit aku dah bosan. Kaki lenguh pun ada. Maklum la...dah lama tak round2 gini since lepas bersalin ni kan ;)

Keluar je Wangsa Walk kitorang plan nak pegi makan kat kedai Four Happy Seasons yang masuk2 JJCM tu. Tengok kat TV cam sedap pulak la si Qi tu makan. Dah la time tu tak habis pantang lagi...hiks!

On da way nak pegi tu ternampak kedai Manjaku. Singgah jap nak beli diapers. Stok kat rumah dah nak abis. So far dah try Huggies, Pureen Basic Dry 5, Drypers n Pet Pet. Sume ok je except Pureen tu. Cam senang bocor pulak. Lepas tu pelekat dia tu sekali nak tanggal zrekkkk bising kemain. Abis terjaga Irfan kalau nak tukar diapers time dia tido.

Sekarang kitorang stick to Pet Pet je. 1 Pek Newborn tu RM26.90 64 pieces. Paling murah dah la tu. Kalau mahal2 sangat tak larat la kot. Dah la time2 gini Irfan memang rancak membuang :P Yang penting Irfan selesa n tak senang bocor. Dari aritu kitorang asik beli newborn size je. Sedar2 hari tu tengok2 macam dah kecik je bila Irfan pakai. Dah besar rupanya anak aku ni :P Lepas ni kena beli size S pulak...


Rembat barut Tenderly sekali. Banyak pulak nak pakai kadang2 tu especially kalau asik terkena kencing or berak.


Keluar Manjaku terus hala ke kedai. Sampai2 tengok2 kedai tu tutup rapat serapat2nya. Siap ada signboard to let lagi. Padahal signboard logo Four Happy Seasons tu ada lagi. Bukan setakat kitorang. Ada lagi 2 or 3 group pun dok tercengang2 kat luar kedai tu pelik. Ye la kan. Dah la baru kua kat JJCM. Tetiba orang datang tengok2 dah tutup. Apa kes.

Terus masuk balik Wangsa Walk nak cari kedai makan dalam tu. Pusing2 tak tau jugak nak makan kat mana. Last2 singgah Secret Recipe beli Choc Indulgence ngan Marble Cheese cake. 2 slice je. Teringat aku makan Choc Indulgence malam last before aku bersalin hari tu. Sempat jugak makan 1 slice time birthday aku =) Lepas beli kek terus cabut balik. Keluar tak sampai 2 jam pun kot. Last2 balik makan kat rumah jugak...huhuhu...

Kelmarin Myo pegi lagi One Baby World tu. Aku tak ikut pun.Nak beli BabyLove Anti-Slip Bath Mat ni. RM12.30. Patutnya beli yang ni bukan bath support tu...huhuhu... Alang2 Myo dah pegi situ aku mintak tolong belikan Fisher Price Roller Shades ni. RM56.90 Actually aritu dah nampak tapi teragak2 nak beli. Bila dah pikir2 balik nak jugak rembat yang ni letak kat cermin kereta tu.

Dah habis cerita shopping. Mula2 macam nak wusha sale kat Sogo. Tapi jauh sangat kan. Aku kalau kat area KL ni cam malas sikit. Tambah2 dah ada anak ni kan. Berkira2 jugak la nak pegi2 tempat gitu. Nak tinggalkan Irfan lama2 pun tak sedap hati. Kesian pulak kat mak aku kena tolong jaga kan. Tak sabar nak tunggu Irfan besar sikit. Boleh bawak ronda2 tengok dunia (^_^)

p/s: Harga tu aku letak untuk reference aku. Senang nanti nak compare2 kalau singgah kat tempat lain pulak ;)

Friday, April 15, 2011

Sehari Lepas Habis Pantang

07/04/2011 - Thurs

Last week kan aku dah merdeka. Maka keje aku adalah makan siang malam....hehehe....Tipu je. Just selera makan of coz la makin bertambah. Memang rasa nak makan sume mende je. Tapi cam takut2. Sikit2 nak tanya mak aku. "Boleh ke makan ni mak? Boleh ke makan tu?" Sampai mak aku pun tak larat dah kot nak jawab soalan aku :P

Alhamdulillah so far apa yang aku makan tak menjejaskan kesihatan aku. Irfan pun nampak ok je. Yang penting kalau nak makan pape pun tak boleh nak makan banyak2 sangat. Still kena berpada2 la kan. Kang orang cakap dah beri betis nak paha pulaks ;)

1st day lepas habis pantang Khamis tu malamnya kami pegi makan kat Khan Baba. Nak try makanan Arab kat situ. Ni akibat tergoda ngan review Asna kat blognya ;) Dah la time preggy memang aku dah tersangkut ngan roti2 ni. Biasa makan kat kedai mamak je. So nak try la cheese nan kat sini. Lagipun tak jauh sangat dari umah. Ok la kot tapi tak terasa sangat cheese nya.


Makan ngan mixed dhal. Order 2 cheese nan n share dhal ni ngan adik aku. Kitorang pegi berlima sekali ngan mak n adik bujang aku. Irfan tido dendiam dalam stroller. Boleh pulak aku lupa nak amik gamba dia yang dah rasmikan stroller barunya malam tu =)


Myo order nasik ni. Emmm...Chicken Rajasthani Pulou ke mende tah namanya. Aku bantai je lah. Sedappp. Kitorang makan sorang sikit merasa. Aku bab2 makan nasik ni memang laju.


Mak aku order Mandi Chicken. Tu pun aku yang suggest kan order tu. So nanti boleh la tumpang sekali ;) Sedap jugak. Tapi nasi yang Myo order lagi sedap kot. By the time kitorang dah nak abis makan Irfan dah start nak ngamuk lapar. Terus makan laju2...bayar...naik kereta terus bagi susu....fuhhh...nasib baik sempat ;) Sepanjang kitorang makan tu memang tak ada orang lain. Staf dorang je lepak2. Cam agak pelik la jugak mula2. Tapi alang2 dah sampai makan saje laa...Last2 kan...adik aku yang belanja ;)


So far kitorang tak bawak Irfan keluar jalan2 sangat lagi. Just keluar kejap makan2 lepas tu balik. Dah 3 kali jugak bawak dia keluar makan. Tunggu dia besar sikit la kot baru bawak pegi ronda2 ;)