nuffnang

Monday, May 30, 2011

Kenduri Kesyukuran + Cukur Jambul Meor Irfan Naufal

22/05/2011 - Sun

Nak update jugak laju2 pasal kenduri Ahad lepas2 before jadi basi dan terus basi. Kitorang buat kenduri kesyukuran, tahlil ngan cukur jambul Irfan sekali. Akikah tak buat lagi. Hold dulu la kot. Out of budget dah. Nak tumbangkan sekor kambing biri2 kat KL ni pun dah terbang RM600. Anak laki nak kena tumbangkan 2 ekor...hurrmm...kenduri aritu pun makan n doorgift pun dah standby untuk 200 orang. Insya-Allah kalau ada rezeki lebih boleh la buat akikah before hujung tahun ni.

Doorgift recycle paper bag yang pakai time kenduri kawen kitorang last year. Banyak berlebih. Bunga telur pun ada sikit. Dalam paper bag tu letak telur, yasin ngan muffin. Sume ni siapkan ari Sabtu tu. Muffin je yang aku baru hegeh2 nak letak pagi Ahad tu :P


Ni ha muffin coklat ngan vanilla yang ada filling strawberry. Order kat officemate aku yang tengah sakan buat business segala muffin, cupcakes, tart ngan coklat. Order pun last minute. Khamis baru nak bagitau. Kesian dia huru hara petang Sabtu tu baru nak start buat 200 muffin. Last2 dekat pukul 11 malam baru kitorang keluar pegi amik muffinnya. Balik nak melayan Irfan pulak. Tu yang pagi esoknya baru nak nak masukkan dalam paper bag.


Pepagi siap2 kan Irfan n kasi dia kenyang2 dulu lepas tu baru turn kitorang pulak siap. Susah tau nak amik gambar budak kecik ni. Tangan tu asik nak dok kat mulut je. Sibuk nak masukkan tangan dalam mulut....hehehe...


Pastu bila aku alihkan tangan dia dah start gawang2 dah...Geram2...Nak cubit :P


Ok dah. Ni je gambar paling ensem yang aku dapat tangkap. Baru nak dok diam. Sekarang ni dah pandai jelir2 lidah :) Time ni tengah sakan sembang2. Suka ye pakai baju cantek =)


Kat luar pasang 2 khemah. Theme of coz la biru kan. Bukan default color sebab Irfan boy. Tapi aku kan giler biru. Harus la nak biru jugak. Banyak jugak la belanja kenduri ni. Total damage lebih kurang time kenduri tunang aku je. Bezanya kenduri ni tak ada hantaran ngan mini pelamin :D


Cam biasa barang2 dalam rumah kena angkut keluar. Kalau tak mana la nak muat orang masuk ramai2 kan. Tapi bab2 angkut2 barang of coz la aku tak campur. Aku buat keje dalam umah saje. Time kenduri je ada kuar masuk angkut pinggan mangkuk ngan door gift.


Gambar dekat2 time Irfan kena cukur tak dapat amik. Tak sanggup aku nak nyelit amik gambar kat tengah pakcik2 yang ramai itu. Ada yang kena jeling kang...hahaha...


Boleh pulak time ni tak ada orang nak tolong amik gambar. Adik beradik lain tak datang lagi. Adik aku pulak tolong bagi bunga telur. Myo pegangkan tray nak cukur2 tu. So aku dapat snap dari jauh je la. Dah sampai separuh jalan Irfan dah start hukhek2 dah. Ngamuk sebab dah ngantuk. Elok2 dah bagi susu tetiba dah kena amik nak pegi cukur. Tak sempat nak burp kan pun.


Habis je cukur jambul tu kasi upah lagi. Kali ke 3 kasi upah. Camne la tak membesar bagai johan kan. Aku dah siap2 standby pam susu. Tak sanggup la nak selak2 kat situ. Lepas kenyang terus masuk buai. Irfan tido sampai ke petang. Bangun pun minum susu je. So orang datang jenguk dalam buaian memang dapat tengok anak teruna aku beradu je lah :P Ramai yang cakap dia besar tak macam 3 bulan...huhuhu...


Settle je cukur jambul semua keluar pegi makan. Aku tuan umah tak dapat la nak makan2 dulu. Banyak keje nak buat. Orang dah tak ramai baru dapat makan. Gambar makanan pun tak sempat nak snap. Tapi makanan memang marvellous. Sedap! Macam2 ado. Nasi putih, briyani, ayam merah, rendang daging, sayur campur, ikan masin, acar timun, sambal goreng, sambal belacan, ulam, gulai tempoyak ikan patin pun ada. Ikan patin siap amik dari Temerloh lagik. Orang cakap sedap. Aku pun tak tau la sebab tak minat tempoyak...huhuhu...Ni kalau buat kenduri cukur jambul time pantang telan air liur je la aku kot.


Dah petang sikit baru la anak teruna aku ni bangun kejap. Bagi susu pastu pass kan kat papanya tolong burp kan. Suka betul dia kalau dapat melentok kat bahu papanya =)


Sambil2 tu nyempat lagi amik gambar berdua ngan Irfan. Tak pernah lagi kot so far amik gambar proper2 dua beranak gini. Tengok la tu dia jelir lidah lagi...huhuhu..


Alang2 amik gambar snap banyak2 sikit. Susah nak adjust. Kang aku senyum Irfan toleh kot lain. Time Irfan senyum aku pulak boleh kelip mata. Lama2 pun tak boleh. Ini budak mau sambung tido lagi...


Dan buat julung2 kalinya kami amik gambar bertiga. 1 small happy family. Mintak tolong my bro tangkapkan pic. Adjust pun dah lama maka Irfan pun dah tak senang hati la kan. Terus start hukhek hukhek....


Kitorang pun beria la memujuk kasi dia cool. Sekali abang aku snap gitu la muka masing2. Antara nak senyum ngan try pujuk budak kecik tu. Muka cam hape daaa...

Bergambar ngan family Myo...


Iklan kejap. Busana muslimah...hiks! Ameera Najihah melawa ngan tudung baru. Cam best pulak tengok orang pakai tudung gini. Aku nak pakai pun rasa cam tak sesuai la pulak.


Petang lepas Asar lepas sume dah balik n siap2 kemas kitorang pun mulakan operasi membotakkan Irfan. Papanya la yang semangat. Aku bukannya reti bab2 ni. Mula2 Myo pegang Irfan sendiri je sambil cukur rambut dia. Lama sikit je Irfan dah start gerak2. So aku sambung pegang pulak.


Kejap je tahan pastu nak nangis balik...huhuhu...Asal aku pegang je mula la nak cari susu. Nak bagi susu kat depan2 umah tu cam tak logik jugak la. Dahla budak2 ngan abang ipar aku pun dok bersantai kat situ. Segan la ai :P


Dah nangis tak boleh la nak continue. Jalan2 masuk umah kua balik...dodoi2 sket baru sambung balik...


Myo pegang sendiri balik. Gitu la kena benti2 kejap. Memang tak suka betul dia orang dok godek2 atas kepala dia. Owhh sekarang ni Irfan dah pandai pandang kamera. Bulat je mata dia tengok kalau aku angkat kamera or handphone


Senyum senget...hikhikhik...


Alas tuala good morning saje. Tu je yang sempat dicapai. Last2 tak sempat nak habiskan cukur sume pun sebab Irfan pun asik tak senang duduk je. So sambung ari esoknya. 3 hari jugak la amik masa nak clearkan sebab sambung lepas balik keje.


Peralatan untuk menjayakan misi mencantas rambut Irfan. Botol susu pun termasuk sekali. Time minum susu je dia boleh dok diam tak kesah orang nak buat apa kat kepala dia.


So lebih kurang gini la hasil 1st day misi membotakkan Irfan. Belakang memang penuh lagi. Sekarang dah botak licin sudah.


Tu je la ceritanya kenduri hari tu. Alhamdulillah akhirnya selesai sudah. Memang super duper penat la hari tu ke hulu ke hilir. Parent aku lagi la penat sebab mostly kawan2 dorang n sedara mara yang datang. Kesian sangat kat mak aku sebab lepas 2 hari jugak tak sihat sebab penat sangat. Nasib baik la aku dah habis pantang. Dapat la jugak aku tolong2 mana yang patut. Tu one of the reason nape kena tangguhkan kenduri ni. Malam tu Irfan tido lena betul. Tak sempat dah nak bangun sembang2. Dia pun tau mama n papanya kepenatan kot.

Thursday, May 26, 2011

Knapsack Baru

14/05/2011 - Sat

Dah nak dekat sebulan aku kerja lepas maternity leave hari tu. Senang cerita memang aku tengah melalui hari2 yang sangat bz n penuh cabaran....huhuhu...Since Gombak ngan Damansara bukannya dekat...of coz la kat ofis aku kena pam.

Nak pam pun cabaran jugak tu. Nak pam kat tempat sendiri of coz la kerja giler coz kiri kanan cubicle aku laki. Belakang ye la pompuan. Bos pulak tu. Nak tak nak kena la turun surau kat level 5. Ofis aku dah la nun kat level 16. Memang la tak ada pape sangat setakat nak turun pakai lif tu. Tapi kalau dah bz tu setiap masa tu memang berharga sangat. Even nak pegi toilet pun kena pikir banyak kali tau...hohoho...

1st week keje 3 kali kot aku miss pam time pagi. Sebab ada discussion apa la bagai. Sedar2 dah lunch. Rugi dah di situ. Sekarang ni paling banyak pun 2 kali je dapat pam kat ofis. Before lunch n time Zohor. Itu pun segan jugak la nak pam time Zohor tu coz orang ramai kat surau. Suis nak cucuk plug pulak betul2 sebelah cermin...huhuhu...Tebalkan je la muka. I ni kan pemalu...hikhikhik...Memang sayang kalau tak pam. Sakit sengkak tu boleh ditahan2. Tapi kang kesian susu untuk Irfan membazir camtu je. Plus tak nak la susu kering before sampai masanya kan. Tu pun patut pam 3 kali kat ofis.

1st 2 weeks tu memang aku ngangkut Spectra3 yang besar gedabak itu dalam recyle bag je. Tak jumpa beg yang sesuai. Kalau boleh tak nak la beli special bag nak letak mende alah tu. Nak yang se'simple' yang mungkin je. Bukannya hari2 nak pegi ofis pun kan. Tapi yang tak hari2 tu la yang tak tahannya. Ni ha beg aku. Beg MATTA Fair je aku pakai. Muat memang la muat. Tapi nak membawaknya la satu hal. Serabut satu hal lagi sebab cam tak proper je nak letak pam ngan cooler bag dalam tu. Selama ni dok pam kat umah relax la. Sekali kena angkut hulu hilir baru ku tau betapa beratnya Spectra3 itu T_T


So Ahad lepas (bukan Ahad baru ni) aku ngan ngan excitednya pegi la terjah One Baby World ngan Myo. Terjahan yang pantas. Dah aim siap2 nak beli knapsack Autumnz. Lepas survey2 kat tenet ni je yang paling murah boleh dapat. Knapsack jenis lain semua lebih RM100 plus nak kena beli pakej sekali. Dah beli terus balik. Kalau ikutkan nak je 1 hari dok situ belek2 barang. Sume best2. Geram sampai rasa nak rembat sume :P


Knapsack ni just nice nak isi segala peralatan nak ngepam. Pam letak kat bahagian bawah. So kalau nak pam bukak je bahagian depan n bawak keluar tiub, on suis, adjust min max, tutup zip n buat je muka slumber ngepam...hahaha...Cam ada pintu rahsia gitu. Kalau knapsack biasa kat depan tu kan poket kecik je. Ni bukak poket depan terus nampak isi dalam beg tu. Senang. Tak yah nak bawak kua mesin gedabak tu or terintai2 dalam beg nak adjust min max dia.

Plastic cover yang kat tutup beg tu tempat nak letak gambar baby sebab kalau tengok gambar anak time ngepam orang cakap boleh tambahkan milk production. Aku tak letak pun. Tengok gambar kat hp saje. Siap layan video Irfan story telling lagik ;) Sambil pam pun boleh tersenyum sorang2 tengok buat hati aku tu...hikhikhik...


Kat atas tu compartment untuk cooler bag. Ekceli just letak cam alas yang keras atas Spectra3 tu je. Ngam2 je muat cooler bag aku. Cooler bag pun aku beli yang jenis Autumnz. Ekceli tote bag. Paling murah jugak aku jumpa time kat Mom & Baby expo hari tu. RM30 je. So cooler bag letak je kat bahagian atas tu. Dalam cooler beg tu dah siap 3 ketul ice pack ngan storage bottle 2 bijik.


Kat belah belakang beg tu ada lubang kecik untuk keluarkan plug. So bila dah letak knapsack depan2 suis....bukak je poket kecik tu, keluarkan kepala plug n cucuk je terus. Tak yah la nak bawak keluar wayar yang panjang tu. Baru la tak rasa serabut. Sume dalam satu compartment je. Just banyak poket2 rahsia ;) Nak bawak pun tak rasa berat coz sume mende dah padat ngam2 dalam tu.


So sekarang aku ada 2 knapsack yang harus diangkut time nak pegi keje. Satu beg laptop satu beg alatan ngepam. Handbag? Lupakan je la T_T Bawak 2 knapsack ni pun dah cukup terkial2 dah dari tempat parking nak pegi ofis. Last2 knapsack Autumnz tu aku pegang je coz beg laptop tu nak kena galas.

Tu je la cerita knapsack yang akhirnya terpaksa jugak dibeli. Kalau pam jenis lain maybe boleh la kot kalau nak sumbat mana2 beg. Tapi ngan Spectra3 yang besar godang tu susah la sikit. Tu yang aku rasa la kan. Kalau orang lain tu tak tau la camne. Yang paling best bila knapsack ni Myo yang blanjer. Suka2! Thank you papa Irfan ;)


Ohhh akhirnya Irfan dah berjaya dibotakkan sepenuhnya semalam. Dah tak cam padang bola dah. Cukur pun secara berperingkat dah ha.


Tadi pegi checkup 3 bulan. Kali ni Irfan tak tido tapi dia bad mood sebab ngantuk. Nasib baik time nak ukur n timbang2 tu dia tak nangis. Fuh legaaa...Time dok tunggu nak cucuk dia dah lelap. Tapi time masuk je jarum ngamuk jugak beberapa saat pastu tido balik....hahaha...lawak betul budak kecik ni. Irfan dah 6.4 kg sekarang. Panjang 67cm. Aku pun tak perasan dia dah besar. Just rasa tangan ni makin lenguh je time nyusu dia. Nurse pun cakap dia besar. Tak macam budak 3 bulan. Mana tak nya. Minum susu je keje nya. Maklumla....susu mamanya ni kan sodappp! (^_~)

Wednesday, May 25, 2011

Thank You Aunties!

20/05/2011 - Fri

Last Friday before kua lunch colleague aku ada kasi hamper untuk Irfan. Macam biasa of coz la mamanya yang over excited kan. Ada lagi rupanya orang nak kasi hadiah. Dorang share ramai2 beli hamper ni. Terharu i tau. Actually bukan semua yang kasi hadiah ni team aku. Ada yang team lain but kitorang team lunch memang sama. So time lunch je la boleh jumpa2 dan bergoss. Elok2 pulak sume perempuan n sume dah kawen n mostly dah ada anak. Team aku ramai Chinese. Dorang memang buat dek je...hehehe....Aku tak ada la mengharap sangat pun. Orang bagi aku terima...orang tak bagi pun no harm lah.


So moh la kita nengok apa isi hamper nih. Ada romper 3 helai for 18mths. Elok la tu. Kalau bagi newborn memang Irfan pakai pun tak muat dah. Suka2 coz dah ada standby baju time Irfan besar sikit nanti. Ada Tommee Tippee trainer cup ngan feeding n storange set. Pun boleh pakai time Irfan dah besar nanti. Ni yang makin tak sabau nak tunggu dia besar nih ;)

Dapat Huggies Ultra jugak. Kalau nak ikutkan memang Huggies lagi best la dari PetPet sebab pernah beli 2 pek awal2 hari tu. Tapi memandangkan harganya yang mahal so Irfan stick to PetPet je la. Still selesa lagi walaupun tak se'best' Huggies or Drypers kan. So kali ni dapat pakai kan Huggies for Irfan lagi =) Dapat saiz S pulak tu. Hopefully sempat la pakai sebab PetPet punya saiz S dok ada lagi 3 pek lagi tak pakai....hohohoho....

And last but not least 2 bottles feeding Tommee Tippee 90z!!! Memang sangat2 suka coz hari tu dah 2 or 3 kali belek2 tapi letak balik. Last2 amik botol Avent 4oz je sebijik. Tak sangka pulak ada orang nak kasi. Cam tau2 jek ;) Irfan pun makin kuat minum lately. Kadang2 sebotol 5 oz tu pun boleh jadi tak cukup. Sabo je la. Actually aku malas nak beli botol meriah2 sebab aku lagi suka direct BF. Sebabnya kalau selalu sangat kasi thru botol kadang2 Irfan tu dah confuse sampaikan aku nak bagi susu direct pun dia nanges. But kadang2 je la. Tengok mood dia camne. Sedey tau. Lagi suka nyusukan dia sambil peluk dia walaupun kadang2 sampai naik lenguh tanganku ini :P


Ni kad yang dorang kasi. Colourful je. Siap ada puting lagi 2 ketul...hikhikhik....

Tu yang nama sederet tu sah2 la susah nak jumpa. Biasa la. Masing2 work from home hari lain2. Orang ni datang orang tu tak datang. So memang susah nak jumpa semua sekali kat ofis tu. Sangat2 memahami dah situasi itu ;) Anyway thanks a lot aunties! Irfan sangat suka hadiah2 tu. Balik2 rumah aku terus letak depan dia. Bolat je mata nengok hamper tu (padahal mata dia memang dah bolat :P )

Ni pic kelmarin. Dah botak licin. Ahad tu kan papanya dah cukur sikit tapi tak habis. Then hari Isnin tu sambung lagi botakkan dia. Sekarang sume orang kat rumah ni panggil dia 'budak botak'....huhuhu...Makin terserlah ketembaman Irfan lepas dah botak ni...hiks!

Tapi jangan terpedaya ye korang. Tu bahagian depan saje. Pusing belakang...hahaha...kantoi...bertompok2 cam padang bola je. Tak habis lagi daaa cukurnya. Tak boleh nak abiskan terus coz anak teruna aku nih marah orang dok godek2 kepala dia lama2. Semalam tak dapat sambung coz ari Selasa tak elok kalau nak gunting rambut. So to be continued hari ni lepas papanya balik keje.



Gambar kenduri ari tu tak ter'upload' lagi. Schedule full. Bajet artis pulak kan. Tapi tu la kenyataannya. Dah ada anak ni tak sama dah cam single mingle dulu. Banyak mende nak di'settle' kan. Kat ofis sibuk ngan keje ofis, balik rumah sibuk pulak ngan hal kat umah. Update tetap update. Antara basi ngan tak je :P


Monday, May 23, 2011

Happy 3 Months Old Irfan!

Happy 3 months old to our Irfan :) Ekceli semalam dah genap 3 bulan Dah 3 bulan dah anak aku ni rupanya. Tak sempat nak screen shot ticker 3 bulan tu semalam. Super duper bz ngan kenduri dari pagi sampai la ke petang. Malam sambung kemas mengemas lagi. Tak sempat lansung nak bukak laptop. Alhamdulillah selesai sudah kenduri tahlil, kesyukuran ngan cukur jambul Irfan semalam.


Nanti la aku cerita panjang lebar pasal kenduri tu ye. Yang penting sekarang budak kecik ni sudah botak. Tapi tak berapa nak licin lagi sebab tak sempat papa dia abis cukur dia dah ngamuk...huhuhu...So to be continued lepas balik keje arini pulak la kot.


Dah botak tu harus la kitorang pakaikan dia topi. Baru nak rasmikan topi yang aku beli before bersalin aritu....Kesian nanti sejuk pulak kepala tu kan :P Bila dah botak ni rasa cam makin geram pulak tengok Irfan tau. Kesian dia ntah berapa juta kali dah aku dok kiss2 pipi yang gebus itu :D




Malam tadi Irfan adalah sangat behave. Lansung tak berjaga malam nak borak ka hape. Tido je except bangun nak susu pastu sambung tido balik. Setakat bangun nak nyusu tu aku ok je lagi. Baiknyerrrr anak mama nih! Dah la lepas je cukur jambul tu tido je sampai ke malam except time papa nya coba nak botakkan kepala dia. Time tu memang mata bulat lah =)

Baru teringat tadi dapat tau ada office mate aku yang anak dia meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh kat Hulu Langat tu. Dia memang volunteer kat situ n selalu la datang organize program2 kat sana. Kebetulan hari tu pulak anak2 dia ada la join event kat situ. Ada 2 orang but sorang terselamat. Yang meninggal tu nama dia Muhammad Iman Fahad, 9 tahun. Bayangkan la kalau kita ada kat tempat Nidzam. Anak sakit sikit pun kita dah risau. Betul la apa office mate aku, Kak Ezah cakap, anak ni hanya pinjaman je. Just tak tau berapa lama anak tu dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Alfatihah untuk semua mangsa yang terkorban dalam tragedi tu.

p/s: Oh ye, semalam genaplah 90 hari aku berpantang. Merdeka!!! Lepas ni tak payah la nak pantang makan pape dah but still kena berjaga2 jugak la takut ada effect kat Irfan kan.

Friday, May 20, 2011

Bila Sudah Rindu

Ni la masalahnya bila 2 bulan lebih mengulit Irfan kat rumah hari2. Bila kat ofis mula la. Rinduwuwuwuwu....Tu belum cuti 3 bulan lagi. Mau meroyan aku dibuatnya. Rindu betul kat anak terunaku yang sorang ni. Padahal bukan hari2 dok ofis pun. Ni tadi half day dah lari balik sambung buat kerja kat rumah. Tapi balik2 aku tak sempat pun nak ngulit Irfan. Cium2 sikit dah terus cabut naik atas sambung buat kerja. Tak sempat pun nak ilangkan rindu...huhuhu...

Disebabkan aku tengah rindu-rinduan maka nak la tepek gambar kat blog bagi korang pun rindu-rinduan sekali ngan aku...hahaha...tetiba...ting tong dah aku ni. Ohhh aku tak sempat pun nak cerita keadaan aku lepas start kerja ni. Camne kat ofis, camne kat umah, camne Irfan time aku pegi kerja, camne baby sitter....macam2...fuhhh fuhhh....tak bernafas kang kalau nak cerita sume. Lain kali la pulak kot...

Pic ni amik time pepagi buta dalam 4 or 5 pagi gitu. Haaa time ni je la dapat tengok mata dia bulat terbeliak gini. Siang agak susah sikit. Time pepagi tu la dia rancak bercerita =)


Huhuhu...muka tulus suci murni je. Time ni Irfan tengah main ngan papa dia. Pagi buta jugak. Aku dah tido kot. Lepas2 tu shift aku pulak...hohoho...nak kena ada shift2 tau jaga budak tomey lote nih (sape lagi nak puji kalo bukan mamanya sendiri kn :P ). Tu rambut dah boleh buat iklan minyak rambut kot. Ekceli before tu pakaikan dia topi. Bila tanggal topi jadi gitu pulak. Adjust2 pun rambutnya nak pacak jugak...hehehe...biorkan je laa..



Hari ni ngan esok nak nengok puas2 Irfan sementara ada rambut lagi ni. Ahad ni nak kena cantas dah rambut dia. Baru nak buat kenduri kesyukuran ngan cukur jambul sekali. Sume orang super duper bz. Aku pun dah agak huru hara ngan keje ofis ngan melayan si kecik lagi. Bos pulak bajet aku ni dah jadi superwoman ke hape lepas beranak ni. Sekali nak campak aku ke 3 projek. Serabut je rasa. Dah la lepas2 beranak ni cam makin lambat pickup...ada la tu skru loose kat mana2...huhuhu...Nak buat camne. Nama pun kerja. Mana ada kerja yang nak senang je kan.


So kendurinya ni buat lambat sikit. Elok2 nanti Irfan genap 3 bulan. Tak kesah la asalkan rambut yang sekarang ni kena buang sume. Lagipun memang tak boleh simpan rambut yang dari dalam perut nih. Nanti dah cukur baru la tumbuh rambut baru yang lagi lebat, cantik dan sihat =)

Thursday, May 19, 2011

Jom Swimming!

17/04/2011 - Sun

Entry basi dan basi lagi. Tapi nak jugak tepek kat blog sebab dah amik gambar. Baru2 lepas habis pantang hari tu kitorang bawak Irfan pegi swimming pool kat International Islamic School. Dari last year dari time Irfan dalam perut lagi nak pegi tapi tak sampai2. Last2 Irfan pun dah keluar :P Saje nak nengok anak2 sedara aku beraksi kat swimming pool.


Excited hokey nak nyibuk datang sini. Padahal bukannya anak aku pun yang pegi swimming. Saje nak survey2 keadaan kat situ. Papa Irfan pun once a week datang sini jugak blaja swimming. Baru start time aku dekat2 nak habis pantang hari tu. Memantapkan skill2 swimming la katakan. Kalau tak berenang je la sesedap rasa. Kat sini macam2 kuak dorang blaja. Time budak2 ni blaja boleh la datang nengok. Kang time Myo training confirm la pompuan tak boleh masuk.

Sampai2 dorang dah nak abis dah pun. Sempat la tengok kejap. Seronok pulak tengok budak2 kecik ni pandai berenang. Kagum pun ada. Tunggu je la Irfan besar nanti. Nak anta dia join swimming class jugak.

Anak2 sedara aku je pun dah conquer 5 orang. Abang n akak2 aku pakat hantar anak sama2 kat sini. Even adult swimming class pun abang2, abang ipar, adik aku n Myo join sama2. Meriah gitu 1 family pegi blajo swimming. Aku jugak yang tak reti2 nak pegi blajo T_T



Dorang habis class je kitorang pun beransur la jugak.Irfan tido je tak bangun2 since dari umah lagi. Sedap sangat kot tido dalam stroller tu. Orang bising ke apa memang dia buat dek je.

Putera kecikku sedang beradu....Memang susah nak nampak dia bukak mata time siang. Tunggu je la lepas 2 pagi. Mata dia la yang paling besar time tu...huhuhu...


Comey pulak budak2 ni pakai gini. Kaler biru pulak tu. Suke2. Aku pulak yang over kan :P Mula la tu dah berangan2 nak belikan untuk Irfan selai bila dia dah besar nanti...ngeeee

Kat luar tu ada la dorang sediakan minum petang. So before balik minum2 gosip2 dulu before balik....hiks! Tu yang bapak2 budak tu 1 geng swimming class ari lain pulak.

Gambar sume aku cilok dari camera ayah aku je. Ayah je yang rajin bebenor snap macam2 gambar.

Budak2 pun pandai bergosip jugak ye ;)


Aku tak boleh bergosip ngan Irfan coz dia tengah enak dibuai mimpi. So amik je la gambar ngan budak yang tengah tido nih.


Time nak balik tu dah start hujan. Nak masukkan Irfan dalam kereta pun cam dah nak anta putera raja mana je berangkat...huhuhu...balik mak aku pegang...aku angkut barang2 Irfan je.


Since kitorang tak lunch pun hari tu balik singgah lagi sekali Mali's Corner. Tak plan pun. Tapi dorang memang dah lama tak singgah. So kitorang follow saje. Padahal baru makan sini 3 hari lepas time tu ;) Actually memang jarang datang makan sini pun. Kebetulan je datang 2 kali berturut2.


Sebab dah terer terus order nasi lemak siap nasi tambah lagi. Aku 1 mangkuk Myo 1 mangkuk. Pastu makan char kuay teow jugak share....banyak betul aku makan....hahaha...Awal2 habis pantang hari tu je meriah keluar makan. Sekarang tak keluar sangat dah. Ni kali ke 5 bawak Irfan keluar. Kali ke 6 bawak balik kampung 3 minggu lepas n lepas tu lansung tak bawak dia keluar2 dah.


Irfan still lagi berjaga malam. Memang mata dia bulat time tu. Pukul 4 dah start story telling sampai la lepas Subuh. Memang hari2 pun camtu. Kalau tak layan dia siapla dia ngamuk nanti...hehehe....Suka buat bunyi macam2 time story telling tu. Geram betul nengok. Serius rasa nak cubit2 :P Akibatnya esok tu kepala aku pun pusing2 plus mata dah macam panda time nak pegi kerja coz tak cukup tido T_T