nuffnang

Friday, July 22, 2011

Happy 5 Months Old Irfan Naufal!

Alhamdulillah....hari ni Irfan dah genap 5 bulan. Bulan depan dah nak masuk 6 bulan. Dah besar dah anak aku ni. Tak sabar betul nak kasi dia solid food. Dok pikir menu apa nak masak nanti. Kasi bubur nasi cam best. Irfan pun memang kuat minum. Mesti nak makan nasik je cam aku kot :P Pape pun nak kena buat experiment dulu la nanti...Cabaran baru tuh...


Progress Irfan so far:

~ Kuat minum sudah semestinya. Dari umur 3 bulan kot sekali minum dia boleh habiskan 5oz. Sekarang kalau kasi 5oz pun belum tentu cukup. Kekadang habis 7 or 8 oz sekali minum. Selang 3 jam pulak tu...huhuhu....Kalau time keje aku kena gigih la buat stok.

~ Dia dah pandai tido malam. Kalau tak malam sampai ke Subuh tu memang mata dia terang benderang. Tak pun tido tapi tak lelap. Asik terjaga nak borak2 or bergayut :P Sekarang boleh tido 6 jam straight. Kekadang lebih. Merasa la jugak aku bangun ngepam pepagi buta =) Alhamdulillah berkat kitorang dok usung Irfan hulu hilir time wiken tak nak kasi dia tido :P

~ Irfan tak boleh meniarap sangat lagi. Ada la 3 or 4 kali je yang dia boleh meniarap n pusing balik sendiri. Bila dapat meniarap tu bukan main suka lagi dia. Kalau tak dapat hukhek la kat situ. Biasa tersangkut tangan kat bawah dada. Selalu tak lepas. Yang lawaknya ada sekali tu dia tengah ngamuk2. Entah camne tertiarap terus dia benti ngamuk. Cam terpegun. Lepas tu mulut riuh je dok cerita. "Hoyeaaa saya dah boleh meniarap!" Cerita cam ala2 kagum ngan diri sendiri gitu :D

~ Dah pandai respond ngan toys dia. Berusaha nak grab pastu mula la nak masukkan dalam mulut. Before ni letak la apa keliling dia pun buat dunno je....yang dia tau masukkan jari dalam mulut...huhuhu

~ Memang sangat suka kalau kitorang bawak kuar jenjalan. Sanggup tahan mengantuk kekadang tu sebab sibuk dok tengok orang. Jarang la dia nak ngamuk tak tentu pasal time keluar. So aunties2 out there yang nak dating ngan Irfan sila jangan malu jangan segan ye. Irfan adalah good boy. Tak ngamuk punyer....hehehe...confident je mama Irfan ni kan :P

~ Memang tak suka terlentang atas katil lama2. Nampak je orang lalu lalang depan dia mula la ngepak2 suruh angkat. Dah dapat duduk baru diam...

~ Even Irfan tak terer meniarap lagi....bab2 pusing2 memang dia laju. Letak kat tengah2 katil sedar2 dah sampai ujung katil. Dia berguling terus tak ada pause2 dah. Tu yang lansung tak jadi meniarap tu T_T

~ Mulut Irfan memang makin riuh sekarang ni. Kalau dah start sembang tu memang kemain lagi. Siap jerit2. Makin tinggi pulak pitching dia kan...hehehe

Pic budak kecik dagu berlapis...hihi...cubit kang baru tau :P


Tu je la kot yang aku dapat pikir. Seronok tengok mende2 baru yang dia boleh buat. Maklumla 1st time mom kan. Harus la excited lebih ;) Bulan depan time raya dah boleh kasi dia solid food dah. Best2. Tak ada la dia melopong je tengok orang lain makan ketupat rendang sume kan...hehe...Happy weekends korang!

p/s: Happy 5 months old Irfan. Semoga Irfan membesar sbg seorang anak yang soleh. Mama n papa luv u sooo muchhh! =)

5 comments:

Princess Cindellyna said...

Happy 5 months old Irfan!=)

cuna said...

Princess Cindellyna: thx aunty farah =)

Nanie said...

salam Cuna..
Dah 5bln Irfan..kejab jek...
Psst nak share pump yang Cuna guna tu la akak guna tak kuar ss huhuhu...Guna yang skrg baru ok 20oz sehari akak dapat...

cuna said...

salam kak nanie...mmg rase kejap je masa berlalu kn.
erk akak pn guna ss ke? nnt la kalo ada rezeki lbh nk try guna um pulak =)

Qissara said...

Jemput cuba bamboo cloth diaper seperti yg saya pakaikan kepada anak saya. Boleh contact sy untuk more info, boleh lihat di bettermoms.blogspot.com. Saya menawarkan Antara harga terendah di pasaran dengan kualiti premium.

Regards.
Nurbaiya
(nurbaiya.blogspot.com)