06/08/2011 - Sat
Ni aktiviti weekend lepas punya lepas. Tak ter'update' lagi. Sabtu tu kitorang bersantai kat rumah je. Kang keluar ada je mende yang aku nak beli. Break dulu since aku dah menggila shopping hari tu...huhu...Dah petang sikit baru keluar rumah gerak pegi Shah Alam berbuka kat sana. Sempat amik gambar Irfan tido je kat sana :P
Ahad petang kitorang keluar kejap pegi Carrefour. Ingat nak cari baju Melayu Irfan tapi tak ada pun. So beli je la barang2 dapur sikit plus aku memang nak beli stationary tier ni. Bukan nak isi stationary tapi nak letak barang2 mekap aku yang dok kat merata2 tempat tu...kekeke...Inspired by adik laki aku la ni. Nampak dia beli letak stationary dia. Tetiba terpikir cam menarik pulak kalau letak barang2 mekap aku ;)
Dah siap isi mana yang patut dah. Best ada bekas baru. Ada 5 laci. Meh aku tunjuk apa yang aku dah isi kat dalam ni. Kita start dari bawah. Bawah sekali dari kiri tu palette yang beli kat Watson, eye shadow palette Stila, eye shadow+blusher+gloss palette Stila jugak. Depan tu kiri blusher Silky Girl ngan blusher Stila.
Laci 2nd pulak yang depan belah kiri tu eye shadow palette YSL, bawah dia ada eye shadow palette Stila, yang kanan tu eye shadow+blusher Stila. Yang belakang sekali tu lotion Sarah Jessica Parker, yang kelabu tu moisturizer Stila, yang tiub kecik tu body lotion H20.
Atas tu aku letak segala lipstick ngan lip gloss. Depan sekali lipstick Rimmel London, Stage, Stila, Silky Girl, Silky Girl lagi, lip gloss Stila, lip gloss Stila lagi, lip gloss H2o. Belakang tu lens box n yang tepi depan tu lens case aku.
Atas lagi ingat nak letak segala aksesori but ni je yang ada sekarang. Yang lain MIA coz time pindah hari tu Myo yang kemaskan. Tau tau letak dalam kotak mana since kitorang pun tak bukak semua kotak lagi. Nanti la tunggu dapat dok umah sendiri baru nak selongkar n kemas sume balik.
Depan sekali tu my one n only jam tangan yang dapat time hantaran dulu. Gelang hitam tu aku dok buat pakai almost tiap2 kali keluar. Yang biru akak aku belikan kat Sabah. Dalam box kuning tu pun gelang Sabah jugak. So korang yang nak pegi Sabah tu boleh la beli gelang banyak2 sebab kat sana mende2 gini cantik2 n murah ;)
Atas sekali aku letak mende2 yang jarang pakai. Depan sekali concealer Stage, mascara Clinique, face primer Benefit, tepi tu blusher Benefit ngan night cream Clarins. Yang Benefit tu baru beli n tak pakai lagi. Dah lama nak update kat blog tapi dok terperap dalam draft je...huhuhu...Nanti kalau rajin aku update. Night cream Clarins tu dapat free time
pegi workshop Clarins suatu masa dulu :P
Cerita pasal night cream ni memang lepas dah beranak kecik ni aku dah jarang nak pakai skincare time malam. Tambah2 time bulan puasa ni. Tido pun dah tak tentu hala. Dapat tido kejap pun dah nikmat. Latest skincare yang aku pakai skincare Clarins ni. Tu pun beli yang travel size je. Toner+serum+night cream. Moisturizer tetiba sesat Anna Sui punyer sebab yang Clarins tak ada. Moisturizer tu pun dapat free
time pegi warehouse sale Anna Sui dulu.
Kadang2 tukar pakai skincare lain jugak. Saje gatal...hehe...Toner Safi yang mak beli tapi tak ada sape nak pakai...so aku la yang tukang habiskan :P Moisturizer Anna Sui yang dapat free jugak ngan night cream Anna Sui. Hmm...Ntah bila nak abis pakai pun tak tau la. Time tido Irfan pun asik terbalik je ni T_T
So tu je la mende2 yang aku dah susun. Tak susun sume dalam tu lagi pun. Ada yang dok dalam handbag, dalam almari, ada yang dok dalam beg laptop, dalam beg S3 pun ada...hahaha...But mostly aku simpan dalam pouch2 cam kat bawah ni. Kalau bawak keluar sume mau nyer bersepah2. Tunggu orang hadiahkan drawer lagi besar dulu la kots :P
Yang tak muat pouch letak diam2 dalam kotak. Since pindah bulan 2 dulu biar je dalam ni. Mana nak pakai selalu baru bawak keluar. Kalau tak kang habis bersepah bilik. Dalam bilik ni pun dah penuh barang. Muat nak jalan je kot...hahaha...Ye la semua barang nak boh dalam 1 bilik. Nanti la dah dapat dok umah sendiri baru nak kemas elok2
Aku stress betul la bila ada meeting malam ni. Memang hari2 ada pun. Memang rasa nak marah je bila time camtu sebab cam terkejar2. Time bukak puasa kena makan cepat2 pastu lari naik solat Maghrib pastu siap2kan laptop and standby nak call. Kadang2 Irfan nak susu pun tak sempat nak kasi. Kesian budak kecik tu. Nasib baik la papa dia ada tolong tengok2 kan. Tolong bagi susu je tak boleh...huhu...