nuffnang

Friday, August 12, 2011

Berbuka @ Restoran Puteri

2 minggu ni memang kitorang berbuka 2 orang je. Agak sunyi walaupun dok kat umah parent. Kalau tak meriah. Ada je adik beradik lain yang datang berbuka sama2. Since parent aku pegi umrah ni sorang pun tak nak berbuka kat sini =( Aku pun hampir tiap2 malam ada meeting. So berbuka ala kadar je la.

Jumaat lepas ingat nak la ajak akak aku n family berbuka sama kat umah. Tengok2 dorang dah plan n dah book pun nak berbuka kat Restoran Puteri TTDI. Aku pun laju je cakap nak join even dorang dah janji ngan member bro in law berbuka sama. Peduli apa. Menempel pun menempel la kan. Teringin jugak sekali sekala berbuka kat luar. Sekali lepas bro in law dah book baru aku tau rupanya kat situ buffet. RM50 sorang. Aku ingat makan cam biasa je....hahaha...

Aku memang lemah sikit part2 buffet ni. Maklum la tangki kecik. Aku banyak makan but kena makan sikit2. Tapi sebab orang dah book kan cam tak best la pulak nak cancel2 kan. Cam memain pulak. So kitorang pegi je la. Ni 2nd time kot aku pegi buffet. 1st time kat Ikea 2 tahun lepas...huhu...

Sebab nak cepat punya pasal lansung tak sempat nak salin baju Irfan. Pakai je la baju tido tu. Memang dia dah nak tido dah pun time ni...haha...


Not bad la pilihan makanan dia. Kat dalam ada 1 meja lauk pauk n 1 meja dessert. Kat luar ada lagi stall2 kecik. Kitorang dok dalam coz ada air cond ;)


Ni abang Ammar, anak akak aku. Ni la satu2nya geng Irfan kat rumah time aku kerja. Yang lain sume dah besar2. Dia ni sayang betul ngan Irfan. Kalau Irfan dok dalam rocker tu rajin je dia datang melawat :P


So ni antara makanan2 yang kitorang makan. Semua dah berbuka kan. So boleh la aku tepek gambar makanan. Kalau baca blog aku ni time siang2 pepandai la korang scroll laju2 skip gambar makanan ni ye ;)








Tu la makanannya. Ada jugak yang aku tak sempat rasa macam ABC, pulut durian n lauk pauk. Banyak sangat kot lauk2 dia. Sepanjang kitorang makan Irfan tido je. Good boy! Makanan2 kat atas tu sume aku share ngan Myo. Memang mebeles la makanan dorang especially nasi briyani, cendol, roti jala n laksa johor. Fevret aku sume tu. Laksa Johor baru je jadi fevret lepas Myo introduce kan ;)

In between tu kitorang stop makan dulu pegi solat Maghrib. Surau sebelah tu je. Balik solat je elok pulak Irfan terjaga. So kena la gilir2 pegang dia.


Aku rasa aku je yang sibuk dok ulang alik amik makanan. Akak n bro in law n kawan dorang banyak duduk je. Maybe sebab dorang amik 1 jenis makanan penuh 1 pinggan kot....huhu...Cam besar pulak tangki hari tu. Aku pun cam pelik jugak. Before balik sempat amik rojak buah...


Sebab pedas giler makan puding caramel pulak...ni bekas ke 3 aku amik. Sedappp. Ni kalau kat bazar ramadhan 1 slice pun dah mahal. Dah buffet amik la banyak mana ko nak. Tapi sebab Myo cam tetiba tak sihat kena la balik awal. Tak boleh la aku gatal2 nak tambah lagi...hehe...Gambar participants tak ada sebab aku segan nak amik. Dah la kitorang menempel kan. Lagi mau sibuk amik2 gambar orang :P Before pukul 9 dah gerak balik...Best la makan situ. Rasa nak pegi lagi. Tapi cukup la setahun sekali kot makan buffet T_T


Malam ni meeting lagi. Bosan...bosan...Tak kan la nak benti kerja pulak kan. Tak boleh...tak boleh...Tak mo fikirkan sangat lah. Yang pentingnya esok dah Sabtu. Yayyy! Hari untuk bersantai2. Happy weekends to all =)

2 comments:

Nurul said...

bestnye mkn kt sini! last nurul mkn masa kita keje kt dalas lagiii :P lamenyeeee. rinduuuuuu btolll

cuna said...

Nurul: whoaaa mkn x ajak...hahaha...jom la dtg ttdi berbuka sama ;)