nuffnang

Thursday, August 4, 2011

Hytex Warehouse Sale + 7th Parenthood Expo Haul

30/07/2011 - Sat

Hari ni alhamdulillah sempat sahur. Irfan tido pukul 5 pagi tadi...hohoho...makin lambat pulak anak teruna aku ni tido. Dah lari balik masa tido dia. Hari ni tak melepet cam semalam. Cergas sikit rasa.

Sabtu hari tu tengah hari buta sempat lagi pegi Hytex warehouse sale kat Taman Ehsan Kepong. Alaaa lupa nak snap pic tempat tu. Sale tu dorang buat kat kilang. Kat luar tu je la. Ramai gilos orang ok. Nama pun datang tengah hari. Queue bayar amat la panjang. Sampai atas jalan dah.

Tak banyak yang kitorang dapat rembat sebab orang lain yang datang awal dah sapu dulu. Ada siap yang amik satu beg plastik besar stok besar guni tu (ehhh ke lagi besar?) plus 2 bakul penuh melimpah2. Patut la aku korek2 tak jumpa baju best. Rupanya dia dah rembat sume...hahaha...Kalau datang awal mesti dapat baju cantik2. Kitorang datang pun jenuh korek2 timbunan baju tu sebab nak matchingkan baju ngan seluar. Aku siap terjumpa baju Tenderly aku beli 10ringgit kat situ 5 ringgit je. Seluar 1ringgit pun ada. Amik je buat standby kot2 seluar kotor nanti kan. Dapat la beberapa helai baju buat pakai kat umah or buat salin time hari raya nanti.

Hytex ni kilang yang keluarkan baju2 brand yang ada kat outlet World of Cartoons tu. Ada Tenderly, Looney Tunes, Disney, Winnie The Pooh. Tu yang orang berborong sakan tu. Agaknya selagi tak sampai puluh2 baju tak balik kot. Tapi kitorang memang dah surrender. Beratur nak bayar pun berzaman. Sale ni sampai 14 Aug ni time wiken je. Kot ada sesape nak pegi kan. Datang la time dia baru2 nak bukak tu. Agaknya dorang restock la kot baju2nyer. Citer2 kat korang ni membuatkan aku nak pegi lagi je wiken ni...hahaha....dushhh....tak bole tak bole...


Dari Kepong terus balik umah. Dah petang sikit baru keluar pegi Mid Valley. Nak jugak pegi 7th Parenthood kat situ. Memang dah plan nak beli beberapa barang. Tapi dekat2 nak sampai je jem adalah sangat dasyat. Sejam stuck kat area Mid tu je sementara nak masuk tempat parking....fuhhhh...Sume orang kua shopping agaknya.


So ni la hasil rembatan hari tu. Shopping laju2 lagi sebab dah tau nak beli apa. Irfan memang kena tinggal. Kesian nak bawak dia pegi tempat2 ramai orang gitu. Kitorang pegi berdua je pun tangan dah penuh kiri kanan.


Singgah booth Fabulous Mom. Memang plan nak cari manual pump kat expo ni. Ada tengok2 kat tenet Fabulous Mom ni jual Unimom Mezzo RM94.30 kot after less. Sekali tanya orang kat situ dia cakap after less dalam RM103 gitu. Apekah? Baik beli online kalau gitu. Terus tak jadi beli.

Topup lagi nursing pad sebab hari tu punya dah habis. Beli clip fan jugak nak letak kat stroller alang2 dah ada less. RM14 kot. Kalau tak biasa RM20. Tapi still tak boleh kalahkan Little Bean fan yang aku beli kat branded outlet time preggy dulu. RM10 jek. Tapi dah rosak budak buat main...huhuhu

Beli jugak bib plastik standby nak pakai time nak kasi Irfan makan nanti. Senang. Dah kotor boleh lalukan air je. Semangat nih nak kasi Irfan makan. Beli bib kain jugak 5 helai buat lap2 air liur. Budak kecik tu suka main air liur sekarang ni. Sembur2 je keje dia. Murah je bib tu. Sehelai RM3 lebih je kot after less.


Singgah booth Nestle Cerelac jugak standby untuk hari yang ditunggu2. Nak kasi Irfan makan....hehehe...Maybe ni makanan sampingan je kot. 1st food ingat nak masakkan sendiri untuk dia. Nanti kang dah agak lama sket boleh la try cerelac ni pulak. Bukan expired esok lusa pun kan. Dah beli tu siap dapat sample cerelac for Stage 2 punya. Yang kitorang beli tu Stage 1. Dapat Mangkuk, sudu makan n bib jugak free. Best2 =)


Beli feeding bottle MAM. Pakai Tommee Tippee hari tu cam tak jalan. Irfan tak minat langsung nak minum pakai botol tu. Lagipun mak aku request soh beli botol besar sket. Botol 5oz tu memang tak cukup dah sekarang. Kalau nak panaskan EBM aku tu kena panaskan 2 kali pulak. Tu yang beli jugak tu. Siap beli yang 11oz punya terus....hahaha....Dapat free sticker kereta 2. Silap sebab tak beli teats sekali. Dah la sume ada less...


Singgah beli Heinz Farley's Rusk jugak. Murah giler rasanya. 1 kotak tu RM5 kot. Aku pun tak pernah survey harga kat luar. Tapi tengok kat umah anak sedara punya kalau tak silap RM8 gitu. Tapi aku tak berani la nak beli kotak besar or beli banyak2 sebab baru nak try test kan.
Nak beli puree tu member cakap cam tak elok. So nanti masak sendiri je la kot.


Singgah booth Pureen. Beli stock wipe tissue lagi....hahaha....Time camni je boleh dapat murah. Amik je la sikit simpan buat stock. Beli liquid cleanser jugak. Ingat nak kasi baby sitter Irfan pakai. Tapi kang letak bawah anak2 sedara aku buat main je. Cam hari tu dapat free sample head to toe wash.


Jalan punya jalan ternampak booth Lunatots. Cam tau2 je aku tengah cari manual pump. Memang dah plan kalau kat Fabulous Mom tak ada yang murah nak pegi outlet Lunatots je kat Giant Kota Damansara sebab pump dia murah. RM83.90 kot. Tengok2 dah ada kat situ. Terus laju2 beli. Akhirnya ada jugak manual pump. Baru pakai sekali. Not bad la.


Singgah booth Fiffy cari baju Irfan. Geram sangat sebab tengok romper yang aku beli kat Manjaku hari tu RM30. Kat situ RM15 je....Cisss...Geram2. Last2 beli sepasang je sebab dah pening2 nak rebut2 ngan orang ramai kat situ. Dapat free mende tepek kat kereta tu. Boleh la ganti yang Anakku aku dapat free aritu. Yang tu dah meliang liuk dah sebab kena panas...huhu...

Owhhh aku pun sempat beli baju raya aku. Memang dah plan nak cari yang untuk nursing punya. Nak tempah kat tempat yang biasa aku hantar jahit memang dah tak sempat dah. Beli je la sepasang. Lain2 pakai baju tahun2 lepas pun tak pe. Beli banyak2 kang bukannya aku pakai sangat baju kurung. Membazir je.


Beli Drypers buat julung2 kalinya...huhuhu...Tak tau pun market price berapa tapi orang tu cakap around RM 37- RM39. Dorang jual RM35. Siap boleh buat photoshoot ngan baby lagi. Tapi baby kami tinggal kat umah...huhuhu...Balik2 akak aku cakap dia beli Drypers kat Manjaku RM32.90 je. Cisss! Memang Manjaku tengah sale sekarang ni sampai 21 Aug kot. Tapi tak apa la. At least kitorang ada dapat voucher RM10 KFC/Pizza Hut/Rasamas. Nanti kalau sempat boleh la pakai time nak berbuka kat luar ;)


Tu hasil rembatan hari Sabtu hari tu. So lepas ni mission cari baju Melayu Irfan ngan Myo la pulak. Giler awal2 bulan gaji dah hampir2 licin. Sempat ke nak survive sampai hujung bulan ni? Hari ni baru 4 Aug kot T_T

8 comments:

Shu @ Mrs. Hamid said...

bestnye tengok cuna bershopping. Nak jugakkkkk...
Last week tak dapat pun nak gi parenthood expo sebab shu cuti, bawak saqlain gi klinik. Kalau keje, mesti jumaat tu shu dah gi.

..izza.. said...

Heinz Farley's Rusk tu kalo aku dapat..mmg aku je yg abiskan..hahah..sedap gile..

Arya Stark said...

thanks for the info on hytex warehouse sale ya cuna! best baca blog cuna ni.. bnyk info on sales!!! hehehe =)

cuna said...

Shu: nape shu tak pegi time wiken? dh ade plan lain ke? xpe....nnt2 ada lg expo camni ;)

~YUN~ said...

cuna,yg hytex warehouse tu kt areamne?mcm nk suh hubby g,memndngkn yun stay kt kepong,dekt sgt,hehe~

ader brg ape lg ye selain bju?klu xpntng da pegi,haha!

cuna said...

izza: yesss...aku pun sama. kang nanti kalo nk suapkan irfan kang mmg konfirm aku akan tumpang sekaki...hahaha

cuna said...

dinashuz: u r welcome dinas =) bes shopping time sales. walaupun nmpk cm byk kena kua duit tp sbnrnye dpt jimat byk kat situ ;)

cuna said...

Yun: kat tmn ehsan. tp xreti nk bg direction cmne sbb hubby yg bwk. tau2 dh smpai...huhu...dia pn tgk google map je ;) ni address dia
Hytex, Lot 25 Jalan E1/5, Kawasan Perindustrian Taman Ehsan
Kepong, Kuala Lumpur
www.hytex.com.my

kat situ mmg ada baju2 je yun. soh je hubby yun rembatkan. sabo2 dulu ye yun. kang habis pantang blh la bls dendam soping..hehe..

btw congrats yun on ur new born. sori lambat wish.bz sgt. xsmpt nk drop komen kt blog yun. slamat berpantang ye. take care =)