nuffnang

Friday, May 18, 2012

Beri Hitam Ku

03/05/2012 - Thurs

Akhirnya berjaya jugak pakai smart phone. Setelah sekian lama berangan2 kan ;) Orang lain dah lama kot ber'smart phone'. Aku je yang outdated pakai handphone biasa. Sekarang BlackBerry idaman sudah berada dalam genggaman ;) Ingat lagi last year dekat entry ni time nak beli handphone bukan main lagi list nya kan. BlackBerry Torch ni memang termasuk dalam list. Tak sangka pulak sekarang dah dapat. It's just ike a dream come true =)


Actually kalau tak ber'smart phone' pun ok je. Aku jenis pakai handphone untuk call, sms and amik2 gambar je. Tapi bila boleh dapat handphone ni dengan keluarkan duit tak sampai RM 100 pun mana la boleh tahan kan. Tu pun bayar untuk registration je. BB ni free je ok! Bil pepandai la kan. Jenuh la nak bayar bil bulan2. Dah biasa pakai prepaid sebulan tak sampai RM 50 pun...huhu...


Masih lagi pakai handphone yang ber'slide'. Dah kali ke 3 berturut2 pakai hanphone slide ni. Ramai orang tak suka yang slide sebab berat and susah nak jaga. Tak tau la nape aku suka sangat yang slide2. Lagipun memang BB Torch ni je yang di'offer'. Memang kebetulan sesangat.

Sekarang ni tengah membiasakan diri pakai qwerty keypad. Nak taip sms pun selow melow je. Padahal hari2 ngadap keypad laptop tu. Dah terbiasa pakai keypad lama kan. Yang lama sambil driving pun boleh taip2 :P Tapi ok la BB ni sebab boleh pakai dua2 touch screen ngan keypad. Aku tak suka sangat pakai touch screen. Mana tau lepas berjinak2 ni jadi suka ke kan. Boleh la berangan2 nak pakai iphone pulak...hikhikhik...


Sticker belakang BB pun tak tanggal lagi...hehe...Dah pakai cover so tak nampak pun. Konon2 nak tukar housing ngan cover biru. Sekali tak jumpa. Selamat duitku. Handphone SE lama tu still pakai lagi. Untuk receive call n sms. Nombor baru bukan orang tau. Nak tukar nombor lama jadi postpaid nombor tu ada problem pulak. Dari study pakai nombor tu. So kena la pakai 2 handphone.

Dah lama dah tunggu BB ni sebenarnya. Dari bulan 3 or 4 gitu dah apply. Ada sekali tu Meor try call pakai nombor pelik. Time tu dah boleh agak BB nya dah sampai sebab memang dorang akan pos BB tu ke ofis Meor. Setia la menunggu kat rumah dengan penuh sabar. Gigih tak tido tunggu Meor balik. Last2 tertido jugak pukul 4 pagi. Tak sempat jugak sebab pukul 5 pagi baru dia balik dari ofis. Memang pekerja cemerlang lah :P Dah sesama dalam bidang IT ni kena la buat2 paham kan...huhu...Pepagi bangun2 tengok ada kotak BB atas laptop. Hip hip hooorayyy! Tapi sebab mamai2 sambung tido balik bermimpikan BB...hoho...


Al-kisahnya BB ni company Meor yang offer untuk staff dorang. Join venture ngan Maxis. Kira kalau calling2 untuk kerja ofis nanti senang la nak claim. Since Meor pun baru je ber'smart phone' last year dia malas dah la nak tukar. Aku je la yang sibuk2. Yang bestnya ada ofismate Meor dapat BB ni tak lama lepas tu bawak iphone 4s terus. Tambah duit sikit je la trade in beli handphone baru...Best kan? Tapi aku tak boleh tamak...huhu....

Kalau nak beli dengan duit sendiri memang idak ler. Coach pun lagi murah kot dari BB. Coach tu pun dapat beli sebab korbankan mende2 lain. Iye la. Aku mana ada rumah sendiri, handphone cikai saje, nak travel pun setakat yang dekat2, kereta pun kecik dari dulu sampai sekarang pakai yang itu je la.

Tetiba topik lain dah nih....hehe....Bukan apa. Just nak explain macam mana dikira orang tu mampu ke tak. Kadang2 kita beli mende sikit orang cakap ko tak pe la...mampu...duit banyak...Dalam kes aku ni tak ada la mampu sangat kot. Kalau nak something tu memang tak dapat la nak dapat semua mende dalam masa yang singkat. Pelan2 kayuh ;) Dalam kes BB ni memang boleh dikatakan rezeki. Alhamdulillah =)

p/s: Panjang pulak membebel di hari Jumaat ni kan. Cerita pun dah tunggang terbalik. Taip ikut sempat je. Weekend datang lagi esok. Nak jalan2 ke mana pulak ye?

4 comments:

Shu @ Mrs. Hamid said...

wahhhh... best nye, 1 wishlist dah boleh potong.

cuna said...

Shu: Tak pernah buat list betul2 pn. mmg berangan nk beli last year. lps tu dh beli hp biasa dh xhrpkn sgt BB sgt lps tu. alhamdulillah thn ni dpt =)wishlist yg plg pntg nk beli rmh...huhu...xtau la lg bila dpt ptg T_T

The Me said...

woweeee.... :)

cuna said...

The Me: wewuuuuu.... :)