nuffnang

Tuesday, February 14, 2012

Wedding Dr. Siti Ai'shah

28/01/2012 - Sat

Malas sebenarnya nak update pasal ni. Bukannya apa. Sentap sebab banyak gambar yang blur T_T Apa nak buat kemera buat hal. Pakai handphone gegar sket dah blur. Tapi nak jugak la update hari ni. Cam tak best rasanya tak ada catatan kat blog ni.

Well, wedding ni adalah wedding 3 minggu yang lepas. Siti ni cousin Meor. Baru je jadi Dr. She's a dentist. Sangat suwit orangnya. Pemurah dengan senyuman. Pasangan pengantin buat wedding reception belah perempuan kat Hotel UiTM.


Kitorang yang tersalah tema. Laju je pakai baju biru. Sesampai tengok memasing sume pakai merah....huhu...Dorang lupa nak bagitau n Meor pun lupa nak tanya. So aku pun set je la sendiri tema untuk kitorang....hehe...


Kitorang sampai sempat la makan2 dulu. Pengantin dekat pukul 2 kot baru sampai. Aku memang keje mengendong Irfan ke hulu ke hilir since Meor jadi bidan terjun kena standby kat tepi pelamin jaga montage. Kejap2 ada la orang datang amik main2 ngan Irfan. Boleh la aku nak stretching2 jap. Nasib baik la budak kecik ni tak memilih. Sesape nak amik pun dia tak kesah :P


Bajet dok depan pintu boleh la amik gambar pengantin. Meor pun dah pesan awal2 soh amikkan gambar since dia sibuk dok standby ngan montage dalam dewan tu.


Sudahnya ni je gambar yang aku dapat snap. Gambar orang main kompang. Intai2 tak nampak2 jugak pengantin.


Sekali pengantin lalu depan mata baru la nak hegeh nak amik handphone. Dapat gambar belakang pengantin je. Pengapit pulak yang masuk lebih...huhu...Tensi tau pakai kamera handphone ni. Time tu rasa nak baling je handphone tu kat dinding T_T


Terlebih emo sudaaa....Nanti la nak beli charger baru untuk kamera tu. Bulan ni dah ter'over' budget. Pegi Melaka hari tu, besday Irfan lagi. Pastu hari tu gatal tangan order handbag lagi...hehe... Kereta pun nak kena hantar repair. Buat hal pulak dia.

Berbalik ke cerita wedding reception tu. Memang grand abis la. I loike! Pelamin cantek. Gaun pengantin pun marvellous. Pengantin pun sama cantek. Lauk pun best. Siap ada tarian zapin lagi time pengantin bersanding tu. Lagu2 sume live sebab artis yang nyanyi. Ada la dalam 4 or 5 orang. Artis veteran. Yang aku kenal Rohana Jalil ngan Zureda saje. Dorang nyanyi non stop pulak tu.


Dah nak petang n nak habis kenduri baru la nampak Meor. Kalau tak aku ngan Irfan bawak diri berdua je. Papa dia super duper bz. Orang lain pun sume bz. Aku dah ada anak ni jaga anak sendiri sudaaa ;)


Irfan pun penat sesangat dah. Papa dia baru pegang, dia dah pejam mata. Siap boleh pass kat mama dia pun tak sedar jugak. Memang melampau punya ngantuk. Siap ada orang tegur lagi senangnya la nak tido kan dia....huhu...Memang senang. Hari tu je la. Ajaib jugak. Hari lain orang tak tau betapa susahnya nak tidokan dia T_T


Before balik harus la bergambar ngan pengantin dulu. Ada la jugak gambar kenangan kan even a bit blur. Irfan masih lagi sedap tido time ni.


Tak lupa jugak bergambar ngan pasangan pengantin baru ni. Abang kepada Dr. Siti. Wedding reception dorang a week before wedding ni. But kitorang tak dapat attend since clash ngan wedding cousin aku yang kat Raub tu.


Time nak letak je Irfan dalam car seat terus mata dia terang. Siap hepi kemain main door gift yang kitorang dapat time tu. Sepanjang jalan lansung tak nak tido dah. Itu la kisah kenduri kawen hari tu. Time aku update entry ni dah 3 kenduri kawen kitorang attend. Tinggal nak update je. Entah bila pun tak tau la.


Ni door gift time wedding dorang hari tu. Tetiba rajin pulak tangan nak snap. Suka bekas tu. Cute sangat. Dalam tu letak sweets. Tu tak penting. Yang penting bekas dia cute...hehe...Siap ada cup cake yang cute jugak. Nak makan pun sayang. Tapi dah selamat daa pun ;)


Hari ni aku cuti. Memang tak ada kena mengena lansung ngan Valentine Day ke hape. Semalam pun cuti. Cuti2 pun kalau Irfan tido curi2 jugak siapkan keje ofis yang menimbun. Penat tu memang la penat. Tapi nak buat camne kan. Dah tanggungjawab. Ikutkan hati nak aje resign T_T

Thursday, February 9, 2012

Akhirnya...

24/01/2012 - Tues

Akhirnya berjaya jugak bawak Irfan pegi Taman Layang2 kat Kepong tu. Since Irfan dalam perut lagi kot dah berangan2 nak bawak dia ke sini. Tangguh punya tangguh Irfan dah nak setahun baru la nak jejak kaki ke sini T_T


Sampai2 memang dia betul2 jejak kaki la kat taman ni. Saje kasi dia bertatih praktis2 dulu. Biasa praktis kat lantai umah je.



Aku tengok dari jauh aje. Kena jaga stroller :P Tak lama pun kitorang kat situ sebab datang pun dah petang sangat dah. Ngan jem lagi time nak sampai ke taman ni.


Irfan ngan baru bangun tidonya kitorang angkut jugak bawak ke taman. Mata pun cam berat je lagi nak bukak...huhu....


Sila abaikan Mama Irfan yang selekeh tu ye. Gosok tudung pun ikut sempat je. Tudung tak dapat approval Meor pun time nak beli....hehehe...Biasa kalau nak beli mesti tanya dia dulu dia berkenan ke tak. Sekali tudung ni aku main beli je dia tak berkenan pulak T_T Tapi dah beli kan...Pakai jugak la...


Before balik sempat beli aiskrim kon ngan satay ikan. Dah lama tak makan. Best jugak la jalan petang2 camtu sekali sekala. Tapi time sampai kereta mengah la jugak sebab dah lama gilos tak exercise :P Well, cuti CNY memang tabah la tak kua memana Isnin ngan Selasa tu. Tu yang petang Selasa tu beria nak ke taman. Sampai jugak akhirnya ;)


Update secara laju. Kang Meor sound asik dok update blog aje keje tak buat. Tengah buat keje la ni bang. Sambil tunggu system ni loading. System ni slow pulak kekadang tu. Tu yang sempat abiskan 1 entry ;)

p/s: Today is my younger bro's birthday. Happy Birthday to u!


Wednesday, February 8, 2012

Baru Nak Hapdet!

22/01/2012 - Sun

Baru nak hapdet aktiviti kitorang time cuti CNY aritu. Selain pegi kenduri kat Raub yang aku dah update before ni kitorang banyak dok umah je. Tapi sehari lepas kenduri tu kaki tetap gatal nak jalan2. Pakaikan Irfan baru lagi. Punya lama peram. Sedar2 cam dah agak kecik baju tu. Rasa hari tu beli cam besar sangat dah...huhu...


Kitorang ke OU lagi...Ada mission sket ;)


Sampai2 isi perut dulu kat Kenny Rogers. Irfan buat muka bosan lagi T_T


See...Budak kecik tu siap kasi jelingan baikkk punyer!


Amik gambar sampai bosan sebab makanan lambat sampai. Servis kat situ tersangatla lembappp ok. Dulu tak teruk gitu.


Aku order spagetti fevret. Tapi terus tak jadi fevret sebab hari tu boleh pulak spagetti dia cam something wrong. Cam tak masak betul kot. Memang out lah! Sentap sungguh! Esoknya terus aku balas dendam masak spagetti kat umah. Makan puas2 :D


Meor order ayam. Time ni nyesal jugak la sebab tak order ayam jugak. Abis ayam Meor aku pow :P


Abis makan singgah Candylicious. Saje nak cuci mata. Dah banyak kali lalu tapi tak pernah masuk.


Macam2 choc candies ado....Ni kalau Irfan dah besar bawak masuk sini memang susah dah la nak keluar agaknya T_T


Jumpa topping Hersey's ni. Topping yang wajib letak kalau pegi Tutti Frutti ;)


Ceria je kedai ni. Cam kedai toys pulak aku tengok. Actually tak boleh amik gambar dalam ni. Siap tulis besar2 depan kedai tu. Tapi aku degil...hahaha....Tu pun tak amik gambar kat pokok dia yang meriah tu. End up memang tak ada apa2 hasil pun dari sini.


Keluar Candylicious baru cepat2 pegi cari barang aku. Pukul 5 lebih orang dah sibuk2 nak tutup kedai. Baru time tu teringat Chinese nak makan besar malam tu. Giler la kena shopping laju2. Sampai pintu kedai dah tutup pun kitorang dok dalam kedai lagi...huhu...Keluar kedai pukul 6 lebih memang mostly kedai dah tutup. Dah macam dekat pukul 10 malam dah. Silap timing laaa. Kalau tau awal2 postpone dulu esok2 je shopping kan. Anyway mission accomplished! ;)

Friday, February 3, 2012

Lancome Tresor Perfume Vial + Nando's + Wang Solo

14/01/2012 - Sat

Susah sangat nak pikir tajuk kekadang tu. So aku letak plus2 gitu aje la ye ;) Harung update untuk 2 hari terus sebab makin lama makin basi dan basi lagi cerita2 ku...huhu. Sabtu tu bosan2 ajak Meor pegi ke Mid Valley. Kasi Irfan rasmi baju baru dia. Beli time raya last year lagi tapi simpan je sebab memang beli saiz besar. Tak tahan sebab kaler biru n sangat cute :P Kebetulan pulak time tu ada saiz 6-12mths je. Sekarang Irfan pakai memang ngam2 soi dah.


Sebelum keluar Irfan sempat tolong kemaskan bilik...hehehe....


Kekadang tu malas nak larang dia buat sepah. Biar dia buat sepah puas2 then nanti bila dia dah penat or tidur baru la kemas balik sume. Pastu dia buat balik...hahaha...Gitu la dok ulang buat mende yang sama hari2 T_T Tak kesah la kan asalkan dia bahagia ;)


Aku nak ke Mid Valley semata2 nak redeem sample perfume ni. Perfume baru Lancome. Tresor Midnight Rose. Suka betul bab2 freebies ni. Camne tah boleh jadi pencinta freebies. Kalau korang rajin jenguk2 la previous entries pasal freebies yang berjaya dikumpul before ni. Klik aje kat label freebies =) I luv freebies. Serius tak tipu ni :D


Ni antara perfume vials yang aku pernah redeem so far. Saje nak share ngan korang. Untuk kenangan jugak. Nanti tua2 boleh tengok balik. Ooo...Ni keje aku muda2 dulu...hahaha...Muda ke? Tetttt.....

Btw vials ni saiz nya cenonet je. Biasa dalam 1.5 ml. Kekadang tu lagi kurang. Kalau yang saiz kecik tapi botolnyer sebijik cam perfume tu baru miniature. Biasa sample dalam bentuk vial je la kan. Nama pun sample. Ciput je la dapat ;)


Dah redeem perfume tu terus balik. Cam tak best pulak nak round2 kat Mid tu. Nak makan kat Nando's pun full house pulak. Last2 kitorang ke Bangsar Shopping Center. Saje ajak Meor ke situ sebab aku tak pernah sampai lagi before ni. Dah berapa kali lalu depan tu tapi tak pernah singgah sebab Meor cakap tak ada pape sangat pun kat situ. Tapi nak la jugak mencemar duli kan ;)


Cam biasa menu kalau makan Nando's of coz la ayam walaupun before datang dah set nak try mende lain pulak. Rasa cam rugi pulak pegi Nando's tapi tapi tak makan ayam dia yang sedap itu ;) Sidelines pulak wajib mintak coleslaw ngan Peri Chips.


Meor mintak sidelines lain dari aku. So boleh la rasa mende lain2 kan. Sampai2 je Irfan kena kasi makan bubur dulu. Tu pun tak habis dan dia start buat koir kat dalam Nando's tu....huhu...Dah mengantuk sangat jadi gitu la. Last2 separuh jalan makan kitorang gilir2 bawak Irfan round2 kat luar Nando's tu T_T


Lepas dah habis makan round2 tengok ada apa lagi dalam tempat tu. Irfan suka la bila jalan2 tengok orang. Siap jerit2 excited lagi. Memang bosan pun dalam tu. Kecik aje. Tapi tak ada la sampai nyesal datang. Dok umah lagi bosan kot :P




Sila la abaikan Mama Irfan kat sebelah tu ye. Aku tepek banyak2 pun sebab ada gambar Irfan. Suka tengok gelagat dia yang macam2 tu. Time orang amik gambar la dia sibuk nak buat keje lain...hehe...



Cam dah lama rasanya tak letak gambar bertiga...huhu...


Before balik sempat singgah Toys R Us kat situ. Suka sangat pulak kekadang tu asik nak singgah Toys R Us je kan. Cuci mata je. Tak beli pape pun. Mata Irfan pun dah layu-layuan sesangat dah time ni.


Esoknya Ahad kitorang ke TTDI Jaya. Ada mission impossible sket. Then cam biasa singgah Tutti Frutti lagi.


Lepas tu terus ke Seksyen 7 cari Wang Solo. Sampai2 terus order Ayam Penyet. Tak pandang menu lain dah ;) Hasilnya lepas pinggan licin baru teringat nak amik gambar :P Sangat sedappp! I loike! Tapi Meor cakap tak boleh kalah kan ayam penyet kat Waroeng Penyet The Curve sebab situ ada kriuk2 n sambal dia lagi sedap. Pada aku dua2 pun sama sedap. Sedap ngan cara masing2 ;) Pape pun thanks to Mama Dnazz sebab recommend kan kedai ni =) Memang gerenti akan datang lagi ;) Terbaik!


Sebenarnya time makan tu bz layan Irfan. Suap makan pun gilir2. Belakang meja kitorang tu ada Maria Tunku Sabri tengah makan2 ngan kawan2 dia kot. Tak ada la aku nak amik gambar kan. Line tak clear. So buat2 cam tak ada pape terjadi pun padahal terkejut tengok dia. Sebab nampak lain...huhu...


Balik tu kitorang lepak2 kat Shah Alam umah in law sampai la ke malam. Itu la aktiviti weekend kitorang 2 minggu yang lepas. Nasib la kan update lambat pun :P Weekend ni cuti panjang. Kereta pun mesti beratur panjang kat atas jalan raya nanti kan. Happy holidays ye korang =)

Wednesday, February 1, 2012

It's Our 8th Anniversary!

Bulan Februari dimulakan dengan anniversary kitorang. Today is our 8th anniversary! 8 tahun menyulam cinta gitu...hiks! Walaupun dah kawen date ni tetap akan jadi date bersejarah kitorang. Wedding anniversary tu lagi la harus diingat kan.


Well, anniversary pun tak boleh nak celebrate pape lagi. Meor best la arini cuti sebab keje KL. Aku ni ha tengah terkial2 buat keje. Nak amik cuti pun cam susah sebab banyak keje still pending. Lagipun weekend ni kan cuti panjang lagi. So tak payah la amik cuti dah kot.

Nak keluar hari ni memang tak sempat. Keje biasa memang bawak ke malam. Sambung pulak ngan meeting. Pastu sambung lagi buat keje sebab team member orang Mexico. Nak kena ikut masa dia pulak. Tunggang terbalik dah rasa. Ehhh....ni entry anniversary ke entry ngadu nasib T_T

Maybe akan celebrate but lambat sket la kan. Tunggu weekend ke. Biasanya kitorang keluar makan2 je ;) Bulan ni jugak birthday aku n birthday Irfan. Paling saspens tunggu birthday Irfan la. 1st time ni. Terasa diri ini semakin tua....huhu...

p/s: Happy 8th Anniversary yang! I luv u =)