nuffnang

Thursday, July 5, 2012

Wedding Iena

30/06/2012 - Sat

Sabtu baru ni kitorang pegi wedding member UiTM dulu, Iena kat Sepang. Nasib baik sempat sampai sebab keluar pun dah agak lambat. Tapi pengantin dah siap makan pun. Cantek betul baju pengantin. Suka theme color dorang. Memang gojes lah.


Sebab gojes kasi close up sket ;) Selamat Pengantin Baru Iena & Hubby =)


Irfan memang sangat behave time kat kenduri tu. Boleh dok setempat. Maybe sebab baru bangun tido n still mamai lagi ;)


Before balik cam biasa harus la amik gambar. Last2 tak jumpa sesape pun member lama except Aneem n family. Tak tau la kot dorang datang time lain or memang tak datang lansung. Kitorang pun tak lama. Lepas makan then borak2 jap terus balik.


Balik tu singgah Sunway Pyramid. Nak makan kat Chicken Hartz. Actually memang tak plan. Gilo apo. Dah la makan kat situ buffet. Kitorang pulak baru balik kenduri. Celah mana pulak nak letak makanan2 tu? Masalahnya beberapa bulan lepas aku ada beli voucher Chicken Hartz ni. Menarik sebab murah dari biasa. Tapi boleh pulak aku pegi peram lama2. Sedar2 expired 30 Jun which is hari tu la. Aku bajet bulan Julai. Nasib terperasan malam before tu dah nak expired T_T


So kenyang2 pun redah jugak la dari expired camtu je kan. Aku pernah datang sini sekali je. Time bujang2 dulu. Memang banyak giler la makan. Berapa kali tukar pinggan. Awal2 tak pakai voucher tu sebab antara syarat2 dia boleh pegi time weekdays n public holidays je. So memang susah la nak cari masa. Sekali hari tu pegi weekends elok je. Cesss...Rugi tak pegi awal2 tau. Kalau tak boleh standby kasi lapar giler baru datang T_T


Mula2 makan salad2 dulu. Tips nak makan buffet gitu. Aku pun tak pernah tau. Ikutkan aje. So nanti tak ada la baru makan sikit dah rasa kenyang sesangat.


Lepas tu baru la makan mende2 lain. Nama pun dah Chicken Hartz memang mostly makanan mesti ada chicken la. Fried chicken memang wajib ada. Spagetti, mashed potato. Ada lagi la nasi putih ngan lauk2 lain tapi kitorang memang tak boleh telan dah.


Memang makan tak banyak mana pun kot. Satu sebab kenyang. Satu lagi sebab si kecik ni tak nak dok diam. Sibuk nak keluar dari kerusi dia...huhu...Suka gambar ni tapi blur la pulak. Time ni aku suruh Irfan tunjuk gigi :P Sket2 kitorang makan pun 2 meja sebelah yang datang lambat dari kitorang pun dah balik dulu...huhu...


Ayam goreng lagi dengan chicken soup kot. Balas dendam makan ayam goreng sebab ayam KFC dah tak ada hot n spicy sekarang ni. Tak suka tau kalau dorang tukar perisa yang pelik2 tu. Lepas tu ada la tambah mende lain dalam 3 or 4 pinggan lagi kot. Tapi tak koser dah nak amik2 gambar...huhu...


Memang burok bebenor amik gambar pakai BB nih. Gambar blur dan macam pecah2. Tak tau la setting tak betul ke memang kameranya hampeh. Rasanya tak banyak sangat makanan kali ni. Dulu datang memang lagi meriah pilihan makanan dia.


Habis makan jalan2 kejap je then terus balik. Memang dah berazam tak nak shopping lagi buat sementara waktu...huhu... Hari sebelumnya kan dah pegi terjah L'oreal sale. Kopak jugak la. Tapi puas hati. Nanti2 kalau ada masa boleh la update.


Wednesday, July 4, 2012

Freebies from Drypers & Female Mag

23/06/2012 - Sat

Entry basi lagi. Mood nak update blog makin ke laut nampaknya. Baca blog orang lagi best kot :P Last few weeks round2 The Curve. Singgah Kwik Cut kat Ikano semata2 nak pegi potong rambut 2 hero tu ha. 1st time bawak Irfan gunting rambut kat kedai. Bawak ke sini sebab ada kereta kecik kat situ. So potensi dia nak ngamuk agak kurang la kot sebab ada attraction lain...huhu...

Kebetulan time sampai kedai tu memang dia baru bangun. So mamai2 lagi. Memang tak berbunyi sikit pun. Just pelik sikit la tetiba ada orang dok godek2 rambut dia. Jerit pun kejap je bila nak angkat turun. So lepas ni boleh la kot pegi kedai biasa2 or kedai mamak aje gunting rambut dia. Mahal kot potong kat situ. Trim2 sikit dah RM 10 T_T


2 handsome heroes yang dah berambut pendek =) Rambut Irfan tu punya la macam malu2 kucing je nak tumbuh. Tapi potong jugak sebab dah masuk telinga. Belakang pun dah panjang sikit tapi nipis. Then cari tempat makan. Kitorang makan kat Chicken Rice Shop. Tu pun lepas wusha Waroeng Penyet 2 kali tapi asik la full house.


Next ke OU. Tak ingat kenapa pegi situ. Tapi ada mission la. Kebetulan ada pulak Drypers event kat situ. Tak beli pape pun. Just join games kat situ yang memang FOC. Lepas join siap dapat samples lagi. I loike ;)


Game yang baby boleh main sentuh2 skrin tu. Agaknya la. Irfan pegi main ngan papa dia.


Main tembak2 fruits pakai pistol air. Comel je game dia. Tapi Irfan still blur2 :D


Mama Irfan pun amik gambar blur2 :P


Round2 OU kejap then balikkk. Nak jugak amik gambar dulu before balik. Irfan cam biasa buat muka ketat dia tu.


Kitorang pun nak jugak even gambar blur aje. Kamera BB ni tak ada la bagus sangat. Sama je cam kamera handphone SE Hazel dulu. Just BB ni boleh terus capture. Yang SE dulu slow sket nak capture tu. Nak kena fokus dulu bagai.



Freebies from diapers. Dapat drypers biasa ngan drypers dry pantz. Dapat lepas join 3 games kat situ. So far tak pernah lagi pakaikan Irfan jenis pantz ni. Bertabah je pakai yang biasa even kadang2 belum pape dia dah nak bangun berpusing nak lari. Boleh survive lagi la kot. Lagi dapat vouchers, fridge magnet n form untuk redeem points once registered as a member. Free je pun. Points tu kumpul2 boleh la redeem apa2 gifts. Lagi banyak points lagi menarik la hadiahnya.


Before balik nyempat jugak beli Female Mag. Dah lama tak beli. Tu pun sebab ternampak boleh redeem L'occitane. Rupa2nya lotion untuk shaping body daa. Dah balik baru perasan. Padahal dah tulis sket punya besar. Mata nampak 1st 500 readers terus laju je nak beli T_T


Ni freebies lain yang ada dalam magazine tu. Terpusing pulak gambarnya. Korang telengkan la sket kepala ye kalau nak tengok :P Decleor skincare, perfume vial Jimmy Choo ngan Horlicks cereal. Ok la sebab dapat perfume tu. At least tak payah tayang muka pegi redeem kat kaunter.


Kelmarin baru je balik dari Morib Gold Coast Resort. Tak amik banyak gambar pun. So cam malas2 je nak update kan. Sudah2 la tu kan asik ke Morib aje. Tahun depan pulak :P

Friday, June 29, 2012

Archery Time!

10/06/2012 - Sun

Entry yang diperam sekian lama. Sempat upload gambar je lepas tu dok diam2 dalam draft. Update la kejap sebelum jadi bertambah basi. Last few weeks kitorang ke Sunway Pyramid. Lama dah rasanya tak sampai sini. Kalau tak dulu almost every week mesti nak datang punya. Kali ni nak pakai voucher archery yang aku beli 2 bulan lepas kot. Tak pakai2. Nasib tak expired lagi.


Hulur voucher aje. Dah bayo thru online time nak beli tu. Tu pun orang tu cam terkujat2 je tengok voucher yang Meor kasi. RM 25 for 78 arrows. Max person boleh main 3 orang. Kalau on the spot bayar RM 12 baru dapat 8 arrows kot. Ehhh...tak ingat dah. Tapi memang tak rasa apa la main. Tau2 je dah habis. Yang pastinya kalau bayar RM 40 baru dapat 60 arrow free 18 arrow. So agak berbaloi2 la beli voucher yang RM 25 tu.


Irfan letak dalam stroller je. Kalau letak luar jenuh la aku nak main kejar2 ngan dia sorang2. Tu pun nasib baik dia tak sempat pasang siren. Lama2 sikit dah start menggelupur nak keluar.


Ni dia 2 orang Robin Hood. Ajak adik aku sekali. Kot lenguh tangan Meor nak main sorang2 78 arrows. Aku dah sah2 la tak minat nak main. Memang beli special untuk Meor je coz dia memang minat main archery.


So before main kasi warming up dulu. Amik2 gambar :)



Salah satu sebab aku suka archery ni adalah sebab mende ni. Aku rasa bila orang yang main pakai ni nampak sangat gagah dan macho...hahaha....Dulu la...Sekarang kat mata aku nampak sorang tu je la yang gagah perkasa :P


Robin Hood in action. Paling best bila tengok part tengah dok aim tu kan. Perghhh....macam Robin Hood daaa...Meor dok main archery ni since sekolah lagi. Tapi dah lama tak main skill pun dah berkarat. Lagipun rasa cam tabur duit gitu je kalau main kat sini.


Smile.... =) Balik tu dua2 lenguh tangan. Tu pun cam kejap je dorang main. Sorang 39 arrows. Habis penuh papan tu. Aku tak amik la pulak gambarnya. Dapat la jugak bull eye memasing. Even adik aku yang 1st time main pun boleh tahan jugak laaa...


Time off for Robinhood. Next, superboy pulak nak main. Ohhh...time ni baru rasmikan baju yang Auntie Nurul kasi dulu. Auntie, Irfan dah padan pakai baju ni ;) Serius je muka budak kecik ni. Padahal excited sebenarnya tu. Excited dalam hati je kot...hahaha...


Gambar amik banyak tapi mostly blur. Tapi tepek je la alang2 dah amik tu kan...








Lepas tu singgah ke MPH. Follow adik aku buat rutin dia tiap kali singgah ke shopping mall yang ada MPH. Melawat buku2 dia yang ada dekat rak. Nak pastikan buku2 tu ada kat tempat yang strategik ;) Tu dia bukunya yang tengah2 tu.


Blur pulak gambarnya nih. Gigih dia buat buku. Memang dia jenis orang yang ber'motivasi'. Bagus2.


Next pegi cari makan. Singgah ke Manhattan Fish Market. Tetiba teringin nak makan situ. Dah lama tak makan Flaming Seafood Platter. Masam muka cik akak ni kena amik gambar...haha...Akhirnya berjaya jugak snap :P


Superboy and Superdad....


Seafood platter dah depan mata....Apa lagi...


Habis sudaaa...Alhamdulillah....Muak kalau makan selalu2 sangat. Sekali sekala boleh la...Tu pun tetiba adik aku offer nak belanja. Padahal aku yang beria nak makan situ. Alhamdulillah sekali lagi =)


Lepas makan terus balik sebab bawak adik aku sekali. Kalau tak maunya aku merayap2 lagi window shopping. Kang dia bosan pulak.


Sambil tu melayan anak bujang yang nak berlari bebas ke sana sini...




Yayyy! Esok dah weekend. Ada kenduri. Then nak cuti2 makan angin. Tak sabar pulak rasanya =)

p/s: Malam semalam berjaya rembat sehelai jeans Irfan kat Pumpkin Patch. Ada sale sampai Ahad ni kot. Esok pulak ada sale kat GAP up to 70% sampai Sabtu. Tak tau la sempat pegi ke tak. Sana sini sale woit. Kopak la wallet kalau semua pun nak beli T_T

Wednesday, June 27, 2012

L'oreal Family & Friends Sale

Tak sempat lagi nak update blog minggu ni. Kerja berdoyon2 tak siap lagi. Just nak habaq mai Jumaat ni ada L'oreal sale uols! Tau pun lepas baca blog Miu. Banner pun kidnap dari situ...hehe...Last time pegi memang queue sket punya berpusing2 panjang. Seksa jugak nak dapat masuk. Tu buat kat hotel. Boleh tengok kat entry ini.

Kali ni tak tau la camne pulak. Yang payahnya dorang buat hari Jumaat. Mana la cuti nak approve kalau apply leave last minute camni. Dah la projek tengah genting. Koman2 pun nak apply at least 2 minggu awal. Tapi biasa aku sebulan awal dah apply. Baru selamat. Ni cuti raya pun dah apply siap2. Kalau tak ada yang kena kerja time raya nanti...huhu...


Tapi kan...tapi kan...Rasa macam nak pegi jugak jenguk kejap pagi tu. Tak tau la berjaya ke idak. Kalau I pegi ada sesape nak join tak? Baru la rasa happening sket kalau ada geng. In case la kan kalau betul2 jadi pegi ada orang nak pesan apa2 tak? Biasa sale camni standard ada la perfumes, skincare, cosmetics etc.

Kalau boleh nak elakkan la beli perfumes ngan cosmetics. Nak cari skincare aje. Hari tu time kumpul2 semua tok nenek mekap untuk amik gambar pun dah urut2 dada tengok. Dah kumpul2 baru nampak banyak. Tak tau la bila boleh habis pakai...hahaha...Tapi tetap suka beli lagi. Nak buat camne. Dah addicted. Dapat tolong belikan untuk orang lain pun jadi la. Nak kena jimat2 ni. Kang raya banyak nak pakai duit kan...huhu...Panjang pulak bebelannya. Back to work...

Friday, June 22, 2012

Irfan 1 Tahun 4 Bulan

Gigih jugak nak update blog even kerja tak siap lagi. Tu pun sebab hari ni Irfan dah genap 16 bulan. Tak nak miss update hari ni...huhu...Kalau nak tunggu kerja siap sampai malam kang pun tak tentu siap lagi. Semalam Irfan demam. Akak aku cakap demam nak beralih bulan baru kot. Time tu la baru nak terperasan esoknya dah 22 hb. Dah lama Irfan tak demam since dapat kaki ni. Memang semakin hyper active. So bila dah demam memang nampak sangat bezanya. Kesian nengok. Melepet aje. Dah 2 bulan ni tak update progress Irfan. Sekali harung je la.

  • Memanjat - Mende paling fevret yang suka dipanjatnya adalah kerusi kat dalam bilik kitorang n kabinet TV. Memang jangan dihalang2. Selagi boleh dia usaha jugak nak panjat. Kalau tak sampai pepandai la dia amik apa2 jadi alas buat tangga.
  • Solat - Nampak je orang bentang sejadah memang kelam kabut je lari. Kalau dok kat sebelah ke kat belakang ok lagi. Ni nak jugak duduk tengah2 sejadah tu. Bentang sejadah lain untuk dia pun memang tak heran punya. Lagi dia nampak ada orang nak tangkap lagi dia peluk kaki mama or papa yang tengah solat tu. Siap ngekek2 lagi gelak...Sabo je la kan.

Kalau cakap kat dia 'Allahuakbar' nanti dia tau la nak cari sejadah. Lepas tu terus sujud. Sambil tu siap teleng2 kan kepala tengok ada tak mama or papa dia dok ngintai...haha....Tau sujud je. Pastu tak bangun dah. Rukuk pun tak tau lagi. Yang paling tak tahannya ada sekali dia pegi amik mousepad papa dia lepas tu letak atas lantai. Tengok2 dah tertonggeng kat situ. Ingat buat apa la bawah meja dok tenyeh muka kat mousepad. Rupanya dia dok solat. Tengah sujud. Dia bajet mousepad tu sejadah la...hahaha...


  • Azan - Kalau dengar orang azan kat TV or kat masjid nanti dia letak la tangan kat telinga. Siap aaa...aaa..aaa...Tengah azan la tu kononnya. Tengah sibuk2 main pun kalau azan kat TV dia stop kejap dengar sampai abis lepas tu sambung main balik =)
  • Faham arahan - Vocab lebih kurang pusing2 situ jugak la kot. Just sekarang dah makin paham orang cakap apa. Contohnya kalau dia nak makan biskut dia amik balang biskut tu bagi kitorang bukak then dia duduk siap2. Sebab kalau tak duduk memang tak dapat makan...hehe...Memang kalau dia nak makan cakap kat dia 'sit down'. Paham la dia nanti. Lain2 macam suruh pegi bilik air ke suruh tanggal baju seluar ke dia paham jugak. Kalau dulu dia dah pandai cakap nak. Sekarang dah jadi makin panjang sikit. Dengungnya lebih. Sekali terus nnnnnnnnnnnnakkkkk. Ha memang panjang. Kalau kat kedai makan gitu la. Berkali2 naknya. Lambat sket suap menyanyi2 la budak kecik tu...huhu....
  • Suka tiru orang - Pandai tiru orang buat apa. Memang stage sekarang ni tak boleh buat yang bukan2 depan dia. Confirm dia nak tiru. Kalau cakap jerit2 pun nanti dia ikut...huhu...So memasing kena behave okay!
  • Pencinta BB - Pantang nampak BB mama dia ni ha. Mesti nak tengok YouTube. Kalau tangan dok diam ok lagi. Ni habis ditonyoh2. Kalau biar sorang2 mau dicampak BB tu mana2. Handphone lama dah berapa kali dah kena baling. Dah immune dah. Kebal dah pun hp tu...huhu...
  • Mesra alam - Sambil jalan2 kat luar tu nampak budak kecik lain dia siap tegur2 tak kesah la boy or girl. Siap salam2 lagi. Kadang2 nampak budak dari jauh pun kemain laju lari sambil jerit kuat2. Excited la tu kan. Macam nak main sergah2. Dia buat macam cousins dia je even tak kenal pun. Budak lain yang jadi takut kekadang tu...hahaha...

Bukan setakat budak kecik. Ada sekali tengah jalan2 tetiba dia tunjuk ada akak yang dok ceruk stall baju kat situ. Siap tunjuk2 n datang dekat lagi. Orang tu pulak senyum2 balik. Suka la dia. Siap babai lagi. Memang sungguh sopan santun :P


  • Suka baca buku - Biasanya mama dia ni la yang tolong bacakan. Kalau tengah buat2 kerja tu tetiba Irfan bawak buku tu memang kena stop la dulu. Baca se'round' dua baru boleh sambung buat kerja balik. Kalau suruh dia amik buku pun dia pandai la cari buku apa dalam bekas toys dia. Biasanya memang tak kan baca sorang2 punya la. Kadang bila bacakan story book bersungguh2 dia dengar. Pandang muka mama dia ni lama2. Tak tau la apa yang dia paham...hahaha...
  • Peminat bola - Hari2 kerja dia menyepak bola. Dengan penuh semangat pulak tu. Siap lari dari jauh lepas tu sepak. Dah sepak siap jerit goalllll! Tapi dia sebut 'dol' la...hehe...
  • Suka menyepak - Dah suka sepak bola tu ada satu masalah lain pulak. Bukan setakat bola je dia nak sepak. Habis semua mende dia nampak terus nak sepak. Kadang tak ada apa pun dia nak sepak jugak. Sepak angin :))
  • Naik turun tangga - Memang makin sakan. Tapi still nak kena tengok. Tak berani nak biarkan dia sorang2 sebab kadang2 sesuka hati dia je bila nak terjun. Pernah sekali dia naik kereta mainan dia dari atas nak turun bawah terus main terbang gitu aje. Nasib la ada 2 anak tangga je kat situ. Kurus semangat!
  • Jalan - Dah pandai jalan ni memang makin panjang la langkah n akal dia. Macam2 mende dah buat. Kalau keluar lepaskan dia jalan kadang2 tu siap tarik2 lagi tangan tak nak dipegang. Nak berlari bebas la kekdahnya tu.
  • Gigi - Gigi dah 10 batang termasuk 2 batang geraham belah atas yang baru tumbuh. Yang depan tu 4 batang atas 4 batang bawah. So selagi gigi tak penuh mulut aku tak bagi lagi la makanan yang keras2. Nanti dia main telan je sume.

Tu je la yang dapat ingat. 2 bulan punya progress ni kumpul sekali. Next progress tunggu Irfan 18 bulan nanti pulak. Apa lagi yang dia boleh buat ye time tu. Seronok betul tengok dia membesar. Penat2 pun tetap seronok sebab dapat tengok dia membesar dengan sihat dan kuat! =)