nuffnang

Friday, January 25, 2013

Wedding Linda & Azmeer

19/01/2013 - Sat

Dah lama rasanya tak pegi kenduri kawen. So bila Papa Irfan dapat wedding invitation dari member dia time study dulu aku pulak yang semangat nak pegi walaupun sorang pun aku tak kenal. Jemputan dari kawan2 sendiri nampaknya dah makin slow down. Dulu rancak kemain sampai tak terkejar nak pegi semua. Maybe ramai yang dah berkeluarga sekarang.

Sampai2 bergambar dengan pengantin n kawan2 kelas Papa Irfan dulu. Kitorang baru sampai dorang dah nak balik dah pun. Kitorang terlepas tren. Pukul 3 lebih baru sampai...hehe...Mostly kawan2 dia yang datang tu single mingle lagi. Dorang dah pakat datang sama2. Sorang pun aku tak kenal tapi muka memang familiar sesangat sebab kitorang semua under same faculty. Course je lain2. So selalu la selisih tapi tak bertegur sapa.


Dah bergambar kita makan pulak. Dah berkali2 panggil Irfan pandang kamera tapi macam biasa dia buat dunno je. Oh...Kenduri ni dekat Dewan Merak Kayangan. Dah banyak kali dengar orang buat kenduri dekat sini tapi baru ni la nak sampai. Sesat barat jugak lah.



Pengantin nak naik stage potong kek. Gaun pengantin adalah sangat gojes. Pengantin tak payahla cakap la. Semua pengantin memang nampak gojes sentiasa.


Kek pengantin.


Aktiviti potong2 kek and suap2 kek.


Sementara pengantin posing2 sempat la kitorang habis makan n borak2 dulu.


Budak kecik yang buat muka. Dia nak main lari2 dekat 1 dewan tu. Nampak budak2 lari dia nak join. Siap hulur tangan nak salam tapi tak ada orang nak layan...hehe...Kesiannn....


Duduk pun tak lama lepas tu kena take turn main kejar2 dengan Irfan. Gigih ok kejar Irfan pakai heels. Dah lama tak pakai rasa macam kesian pulak heels yang dah berhabuk tu. Kalau nak pakai time jalan2 confirm kena tinggal nun jauh dekat belakang. Even pakai sandal flat pun selalu kena tinggal. Maklum la kaki tak cukup panjang. So jalan pun terkedek2 la T_T






Dah habis makan Amin n family sampai. Amin ni sekelas dengan Papa Irfan tapi kawan aku jugak sebab pernah 1 batch time dekat Perak. Anak Amin, Balqis adalah sangat comel kiut miut macam anak Cina. Dah la sopan santun je. I loike =) Dulu masa pregnant dok berangan kot dapat baby Chinese look sebab belah Papa Irfan ada Chinese. Tapi rasanya Irfan ikut muka mama dia masa kecik. Tak apa boleh cuba lagi lepas ni ;)


Cubaan nak amik gambar 2 orang budak kecik ni. Tapi tak berjaya sebab Irfan tak nak dok diam. So hasilnya dapat la gambar blur sebegini T_T


Amik gambar dengan pengantin before balik. Kali ni dekat pelamin pulak. Pelamin pun gojes. Yang laki depan tu kawan Papa Irfan jugak. Tapi aku slumber je borak sebab dia peramah sangat. Aku kalau jumpa orang peramah automatik akan jadi peramah jugak. Kalau tak memang diam membisu je lah :P


Nak balik dah. Elok je bawak keluar kamera Irfan pun elok je toleh ke lain.


Dah dapat tapi gambar pulak blur. Sudah2 la tu bergambar kan. Posing sama pulak tu. Kalau nak bergambar dengan Irfan 10x snap satu pun tak tentu jadi T_T


Esok dah weekend. Hooray2! Mau jalan2 cuti Malaysia. Hopefully menjadi la plan kami yang last minute ni. Enjoy your long weekend peeps! =)

Wednesday, January 23, 2013

Loving You


Get a free SilkyGirl Loving You EDT 50ml when you purchase the CLEO February Issue. Available at selected BORDERS only =)


I've got mine. Bab2 freebies ni memang laju je kan. Walaupun dekat rumah ada beberapa botol perfume tak bukak lagi :P Perfume SilkyGirl mengingatkan perfume pertama masa memula kerja dulu. SilkyGirl jugak tapi Forever Yours. Bau Loving You ni pun not bad. Lagi2 dah free. Bila lagi kan ;)


Ni bukti pernah pakai Forever Yours. Memang sampai licin aku kerjakan...hehe...Dah lama tak update pasal perfumes collection. Last sekali update masa dekat2 nak kawen dulu. Ada yang dah habis pakai, ada yang hilang n ada yang baru bukak. Nanti kalau rajin and ada masa nak update la. Tu hobi zaman muda remaja ;)


Aku beli dekat Borders The Curve. Borders Mid Valley pun ada. Tempat lain tak tau. To freebies freaks like me don't forget to hunt for your own Loving You =)

p/s: Salam Maulidur Rasul buat semua...

Tuesday, January 22, 2013

Irfan 23 Months

Hari ini Irfan dah genap 1 tahun 11 bulan. Maka bulan depan anak bujangku dah nak masuk 2 tahun. Birthday pun jatuh hari kerja maka nanti kena la postpone birthday party ke hari esoknya. Tak plan sangat nak buat apa. Semua dalam kepala je. Rasanya macam last year la kot buat kecil-kecilan sesama family members je.


Sekarang Irfan macam makin peramah. Semua budak yang dia jumpa kalau boleh dia nak buat kawan. Tengah2 jalan tu terus hulur tangan nak salam. Tapi biasanya orang tak layan pun sebab tak kenal kan...huhu...Sampai sekarang memang susah betul nak train Irfan suruh pandang kamera. Korang yang ada anak pandai posing depan kamera tu share la tips macam mana nak buat. Ke semulajadi je? 

Friday, January 18, 2013

Second Trial

12/01/2013 - Sat

Akhirnya berjaya keluar jalan2 di hujung minggu yang indah. After 4 weekend berturut2 bertapa di rumah bila dapat keluar tu rasa excited tu adalah terlebih sikit...hehe...Alhamdulillah Papa Irfan tak payah kerja weekend hari tu even weekdays balik lambat pukul 3 or 4 pagi tu adalah perkara biasa. Slowly aku dah boleh terima kenyataan. Rasa geram dengan bos Papa Irfan masih ada but nothing much I can do though. Biasa la kerja makan gaji kan. Ikut je la cakap bos. So macam dah immune. Immune pun tak bererti merelakan. Lebih kepada pasrah T_T Lagipun sekarang kebetulan projek tak start lagi. So aku tak payah kerja sampai malam. Boleh fokus jaga Irfan je =)

Second trial bershawl. Shawl yang aku cakap singgah beli before pegi OU tu. Beli dekat Al-Humaira Contemporary. Nak beli online macam tak konfiden sebab tak pernah beli shawl. Kena belek2 dulu. Ingat saja nak cuci mata. Tapi alang2 dah sampai rembat la sehelai kasi try test tengok.


Sori gambar blur. Tapi tepek je la. Susah2 je Papa Irfan snap kan :P


Masa bergambar adalah sangat banyak sebab tunggu makanan sampai memang agak berzaman. Biasanya kejap je. Kitorang makan dekat Nandos. Sejak bertapa dekat rumah lama2 teringin sesangat nak makan Nandos. Dah lama rasanya tak makan sini. Dah macam orang mengidam kekadang tu :D


Untuk Irfan dah belikan takoyaki fevret dia. Bila bawak keluar mende tu kemain suka dia. Siap yayy2 lagi ;)


Our family's favourite...takoyaki. Irfan pun sekali dah berjangkit suka makan takoyaki ni...huhu...


Irfan yang susah nak senyum. Pandang kamera pun sebab dekat kamera tu ada keluar gambar kartun. Beli kamera special untuk Irfan semata2 nak bagi dia pandang kamera.




Gotcha! Finally dapat tangkap gambar ni. Susah ok. Tu pun kebetulan je. Biasanya tak sempat nak snap dia dah toleh ke lain or dah tak senyum.


Actually ada style yang lagi menarik untuk pakai shawl ni sebab ada 2 colors for both sides. Tapi for new beginner like me just stick to this style je lah kan. Tu je style yang paling senang kot. Lagipun segan la kalau ada shawl expertise yang baca blog ni tengok. Saya budak baru belajar. Budak ke? Bulan depan dah nak masuk 29 oi! Neves ai!


Punya la lama tunggu makanan sampai dah kebulur. Gambar pun dah nak habis makan baru teringat nak snap. Time ni ayam dah tinggal tulang dah pun...hehe...Memang sangat menikmati makanan hari tu =) Time ni makan dengan aman damai sebab Irfan tengah khusyuk layan Upin Ipin :D


Budak kecik yang suka buat muka. Lepas tu mama dia yang geram. Rasa nak cubit2 jer!


Masa before makanan sampai tu kemain Irfan tak senang duduk. Nak jerit je kerja dia. Sampaikan ada Indian girl ni datang ke meja kitorang hulur belon dekat Irfan. Kesian dah agaknya tengok Irfan merengek je.


Pantang betul Irfan bila mama dia jadi mamarazzi. Habis disondol2 belon tu ke muka. Tak suka la tu bila amik gambar diaT_T


Dah settle makan round2 kejap then balik. Berjaya lagi untuk tidak shopping =) Tapi lepas tu duit mengalir jugak di Tesco. Beli barang2 dapur. Irfan dah sedap tido dari dalam kereta. Letak dalam troli pun tak sedar sampai la time nak bayar. Second time rasanya letak dia dalam troli yang ada baby seat camni. Sekali dulu masa kecik2. Selain tu letak dalam carrier je. Dah besar memanjang nak berdiri dalam tu.

Tido dengan muka yang serius. Muncung sedepa. Banyak masalah nampaknya...huhu...


Esoknya dapat la balik ke rumah mertua. Takut Irfan je yang tak ingat atok ngan nenek dia kat sana nanti. So, weekend hari tu adalah weekend yang sangat best. Tapi satu dugaan yang lain pulak yang datang. But bukan semua boleh dicerita dekat blog kan. Takut nanti disalahertikan. Dugaan datang dan pergi. Semoga aku diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menempuhinya. Hopefully I can still smile all day long like nothing never ever happens =)

Thursday, January 17, 2013

Bye Bye Singapore!

14/09/2012 - Fri

Sambung previous entry. Dekat tepi Merlion Park tu ada river cruise. Entah macam mana boleh pegi naik pun aku tak tau. Padahal memang sah2 bosan. Maybe masa tu tau nak luruskan kaki je. So bajet duduk dalam bot tu boleh la relaks. Dah la mahal. Sorang SGD18. Dah convert lagi la terasa mahal. Nampak Singapore Flyer dekat belakang. Pun jauh nun di sana.


Mama Irfan je yang beria pandang kamera. Irfan buat dunno je. Tak tau dah macam mana lagi nak buat bagi budak kecik ni supaya jadi pencinta kamera T_T


Rasanya tak sampai 5 minit kot berkeadaan begini. Sebab lepas tu Irfan dah start berlari ke depan ke belakang. Lompat sana sini. Siap jerit2 lagi. Halfway aku dah start pening kepala. Memang Papa Irfan je yang main kejar2 dengan dia dalam tu. Tourists lain tengok kan je la gelagat Irfan yang tak dok diam tu. 


Dah turun bot baru nak amik gambar. Dengan muka yang tengah tahan pening tu. Even Papa Irfan pun hampir2 surrender. Memang rasa nak je suruh orang bawak bot tu drop kitorang turun dekat mana2. So memang boleh agak la kalau naik Singapore Flyer macam mana kan. Tak kan nak terjun pulak dari mende tu kalau Irfan lompat2 dalam tu...huhu...Even dekat Langkawi pun memang kena lupakan je la hasrat nak bawak dia naik cable car. Tunggu besar nanti je la kot.


Dah penat beraksi dalam bot bateri pun dah kong. Penat. Masukkan dalam storoller terus terlelap. Lepas tu kitorang round nak cari next MRT station. Sampai tersesat. 


Tunggu MRT. Sangat penat, lapar dan dahaga. 1st time bawak Irfan naik MRT. Dekat KL pun tak pernah bawak dia naik LRT or komuter lagi. Tak berani nak tanggung risiko...haha...


Akhirnya sampai jugak tempat yang dituju. Bugis Village. Happy rasanya bila nampak orang Melayu especially yang pakai tudung. Susah ok nak nampak orang Melayu sepanjang kitorang sampai tu. Memang Bugis Village ni area orang Melayu. So apa lagi. Harus la diisi dulu perut yang kosong. Sampai2 terus nampak KFC. Tak sempat cari kedai lain dah. Dah petang kot time tu tak makan2 lagi. KFC pun KFC la. KFC dekat sana rasa ayam dia tak sesedap KFC dekat Malaysia ni. Tapi dah lapar telan je la asalkan halal.




Next kitorang menapak ke Masjid Sultan. Lagi satu tempat yang dicari2. Dah la toilet Singapore ni semua tak pakai paip kan. Memang menahan je la even dah jumpa toilet pun. So bila dah jumpa masjid rasa sangat heaven. 




Amik gambar background masjid. Situ ada banyak kedai2 jual souvenir. Beli fridge magnet je pun. Ingat nak pegi China Town tapi macam tak sempat plus tak larat. Nasib dah pernah pegi dulu. Papa Irfan pun bukan heran sangat nak shopping2. 

Nampak tak ada orang laki lalu tepi tu? Dia ada offer nak tolong amikkan gambar kitorang bertiga. Tapi disebabkan terkejut terus jadi blur and tolak offer dia...haha...Terkejut sebab sepanjang kitorang sampai tu dah jumpa beberapa orang yang maybe Singaporean yang sangat lah tak friendly. Not really polite though. So dah ada cop di situ :P


Then nampak tak ada sorang perempuan jalan dekat belakang tu? Ha lepas tu dia pun offer nak tolong amikkan gambar. How sweet. Dah la tengah on the phone. Sambil pegang handphone tangan lagi sebelah pegang kamera. Kali ni kitorang tak fikir banyak dah. Orang dah offer tu laju je hulur kamera.


Hasilnyaaa...nice! Entah macam mana Irfan pun siap pandang kamera dengan riangnya. I loilke =) Padahal orang tu dok sibuk cakap dekat phone je.


Before balik singgah makan murtabak Singapore dekat kedai mamak yang aku dah tak ingat namanya. Quite femes katanya. Sedap la jugak murtabak dia. Rasa pun dah tak ingat macam mana tapi memang sedap :P Tak boleh masuk banyak sebab dah full dengan ayam KFC...huhu....So yang tak habis tapau je lah. 


Before pukul 7 dah sampai depan USS balik. Sebabnya nak singgah beli souvenir dulu. Hari sebelumnya macam teragak2 nak beli. Kang ter'overspend' tak cukup pulak nak buat belanja untuk jalan2 di Singapore. So bila tengok ada duit lebih lagi mula la berkobar2 nak beli itu ini ;)


Entry last pasal USS aku mention kitorang beli fridge magnet dengan gambar je. On the 2nd day tu kitorang sampai USS ngam2 gate USS dah nak tutup. Mintak jugak Papa Irfan carikan souvenir yang aku dah wusha2 hari sebelumnya tu.


Believe it or not kitorang kena bertapa dekat depan USS tu dari pukul 7 sampai pukul 9 malam. Ni gara2 ada orang yang bersemangat tak nak balik. Actually pagi tu bas terlewat sampai sejam. Patut sampai 7.30 pagi tapi sampai 8.30 pagi. Dan patutnya pukul 7.30 malam bas dah datang ambik dekat USS. Tapi ada pulak yang cadangkan suruh bas datang lewat sebab dorang dapat masuk USS lambat. Padahal tak ada beza pun. USS tetap tutup pukul 7 malam. Ha amik nak ngadap USS globe sangat sampai 2 jam. Tak pasal2 kitorang pun terlibat sekali T_T


Akhirnya dapat jugak globe USS ni. Dah perasan lepas turun dari Transformers Ride. Mula sedapkan hati tak apa la next visit to USS nanti boleh beli lagi. Balik malam tu dok teringat2. Sebab rasa mcam susah je nak datang lagi...huhu...Cari2 dekat store luar gate USS tu tak jual pulak mende ni. Susah payah Papa Irfan pegi tanya orang yang jaga gate kot dia boleh tolong belikan. Dah la kitorang tak ada pass. Sekali orang tu bagi masuk sekejap. So dapat la rembat mende ni seketul...hehe...Thanks Papa Irfan! Susah2 aje ;)


Since store dekat luar still bukak lagi even orang dah jaga pintu tak bagi masuk kitorang sempat rembat lagi 2 mug ni. Beli pun sebab ada offer. Beli 2 dapat murah. Tak ingat sudah berapa. Lagipun memang nak habiskan sisa2 dollar yang tinggal. Rasanya tiap2 hari dorang ada offer yang lain2. Macam hari before tu beli SGD20 ke atas dapat free file holder kot. 


Beli jugak kipas air ni. Mula2 bila nampak orang kat dalam tu jual macam musykil jugak la. Ada ke orang nak beli mende ni? Dah la mahal. Last2 kitorang beli jugak. Rasa macam tak pernah jumpa. Boleh pakai kalau nak jalan tengah2 panas. Dah la 2 beranak tu orang London. Kejap je dah berpeluh. So beli je lah. Lagipun color biru. I loike!


Time nak balik tu tengok tinggal SGD1 je. Memang tak boleh habiskan. Even air pun tak lepas nak beli. Sekali dah sampai hotel Papa Irfan tengok ada lagi SGD30 terselit dalam wallet...hahaha...Nasib tak jumpa. Kalau tak mesti dah habiskan jugak. Kalau ada duit lebih memang nak datang USS lagi. Tapi nak jalan ke Singapore tu memang malas dah. Tak menarik sangat pun. Lepas tu rasa orang Singapore ni semua nak cepat je. Jalan pun kelam kelibut. Rimas aku tengok...hoho...Tahun ni tak tau la nak jalan ke mana lagi. Rasa sayang pulak kang pasport tu expired begitu saje. Tapi nak jalan pun kena tengok duit jugak kan. Kalau dok online shopping je memang tak ke mana la jawabnya :P