nuffnang

Friday, June 18, 2010

Behind The Scene: Before The Wedding

Since aku tak sempat nak upload gambar2 kawen lagi, maka cite la dulu pasal 2 hari before kenduri, hari Rabu 2hb Jun. Operasi secara besar-besaran. Dah last minute baru la umah meriah ngan adik beradik yang datang tolong. Memang aku dah standby door gift bagi dorang tolong. Tu yang paling simple and senang siap if ramai yang tolong. Kalau tak lenguh sorang2 nak masukkan door gift dalam 1000 paper bag.


Longgokan towel as one of the doorgift yang diletak dalam paper bag. Beli kat Nilai 3 dulu. Nak buat sendiri memang tak dapat la. Dulu time kakak aku kawen memang aku je yang gigih buat door gift. Siap tido pagi buta nak siapkan. Memang minat je buat mende2 gini. Dulu ok la kan ada cuti sem. Ni dah keje tak kan nak angkut buat kat ofis plak kan. Solution nya, beli pastu letak je dalam paper bag. Abis cite.

Kerepek gunting ni pun order je. Beli bungkus besar2 pastu pack kecik2. Ada la dalam 3 or 4 tong. 2 or 3 minggu before tu dah siap pack. Dah nak dekat kenduri baru masuk dalam paper bag.


Assistant kecik2 aku ramai hokay. Tu yang syok. Dorang part2 ni memang excited. Bukak2 paper bag, masukkan doorgift, susun2 paperbag. Sambil2 tu ada jugak yang geram tengok mende dalam paper bag tu terusss makan. Mana nak tahan kan tengok je. Naseb baik comel. Kalau tak aku gigit2 je tau. Hahaha



My sis. Tudung pun dah sama kaler ngan paperbag :D Malam tu ramai plak pakai baju biru. Buat door gift pun dah pakai baju ikut theme color. Hehehe...bagus2...sume pencinta biru.

Mende2 yang diisi dalam paper bag. Awal2 dulu jenuh nak pikir nak letak apa. Macam2 option dah list kan. Last2 final decision nya letak kerepek gunting, agar2 kering n towel kecik. Bahulu pandan tu backup coz agar2 kering tak cukup.


Amik masa 2 hari jugak la nak settlekan sume door gift. Dari siang ke malam. Tak cukup atas meja susun tingkat2, bawah meja pun letak. Susun dalam kotak lagi. Last2 kat bawah tu penuh ngan door gift je.

Aku turun naik buat keje. Jap siapkan doorgift jap lari naik atas hias2 bilik pengantin. Pasang cadar, backdrop, letak2 bunga. Ni bunga kat kaki katil.

Bunga belah kanan katil.

Bunga belah kiri katil. Bunga atas bawah katil je tak de :P

Backdrop belakang katil. Actually beli kain organza biru je. Tapi bila gantung nampak pulak dinding color cream kat belakang. So topup ngan kain biru gelap kat belakang plus nak matching kan ngan langsir tingkap.


Langsir tingkap. Beli color gold coz nak matching kan ngan cadar. Tambah scallop dark blue coz tak nak lari dari theme color. At least still ada biru lagi kan ;) Back drop pun amik color biru but kat sini tak nampak.

So lebih kurang gini la bilik pengantin hari tu. Disebabkan cadar dah lari theme so cover balik ngan backdrop biru. So tak de la biru je mata memandang :P


Bunga kat corner tangga...

Scallop wallop tangga. Ni kalau upah orang buat dia nak RM200. Putih je mata nak bayar. Buat sendiri sudaaa...

Langsir kat ruang tamu. Atas dah gold banyak so bawah biru banyak. Scallop n backdrop gold. Cam switch je ngan color kat langsir kat bilik pengantin :)

So tu je la kot so far behind the scene before wedding hari tu. Macam ada cite lagi but tak de pics. So malas nak cite. Lembap sket nak update coz tak de tenet. Bagi intro je la dulu kan. Kasi basi sket baru cite. Macam tak biasa. Hahaha

Monday, June 14, 2010

I'm Back!

Wahhh rasa dah berkurun tak update blog.
Banyak cite nih nak di'update'.
Aku baru masuk ofis arini. Penat.
Umah tak habes kemas lagi. Camne nak update blog?
Cam biasa kat umah baru of coz la tak de tenet lagi.
Ntah bila nak ada pun i dunno lah.
Harapkan tenet kat ofis je ni ha. Nak start ngan cite ape dulu ni ye?
Behind the scene? Ke kenduri terus? Nikah dulu?
Honeymoon dulu ok tak? Hohoho.
Ni mau lagi 2 bulan pun tak habis cite kat blog.
Bagi korang lepak2 dulu pastu baca la cite kawen aku sampai muntah.
Hahaha. Nak letak gambar banyak2. Tak kira :D

Thursday, June 3, 2010

My Wedding Preparation: Part 3

Sambung lagi cerita wed prep. Kang sambung pas wedding basi sangat pulak.

1) Bunga telur --> done!

Bunga telur ni buat sendiri special for rombongan belah laki as one of the door gift. Bunga telur untuk bunga pahar beli saje. Tak larat la nak buat sendiri. Untuk rombongan boleh la buat 50. Kalau seribu nak buat sendiri confirm tergolek2. Ni pun start buat since bulan 12 last year. Buat sikit2. Aku tak cukup tabah la nak buat direct sekaligus. Mulakan ngan rangka dulu. Bentukkan dawai jadi kelopak bunga. Ada la sume2 dalam 400 lebih aku buat. Pedih2 jugak la jari jemariku.

Dah bentukkan dawai baru la celup2 dalam pewarna biru yang macam gam. Actuall ni nak buat bunga dip. So dah celup tu cucuk2 atas polisterin nak bagi kering. Aku ni dah macam nak ajar cara2 nak buat plak. Hahaha bantai je la....

Hasil pas dah kering. Ni baru sket. Yang banyak2 tak sempat nak snap dah. Fenattt

Pastu susun2 manik kat dawai for selitkan celah2 kelopak bunga tu. Cucuk2 cam satay je :P

And hasilnya......Cantik tak? Kalau tak cantik pun korang tak yah risau. Bukan korang dapat pun. Hahahaha. Kalau cantik pun same jugak tak dapat :P Keji je kan. Bukan tak nak bagi tapi jenuh la nak buat banyak2. If beli kat kedai kos satu tu dalam RM9 gitu. Buat sendiri ada la kurang sikit.

Penat wooo buat tapi puas hati sebab buat sendiri. Aku buat yang kecik2 je. Cantum2 pass kat mak cik aku. Tangan tak cukup expert plus tak cukup masa nak buat. Ni kalau orang buang depan mata aku memang aku nanges guling2 kat situ jugak. Huhuhu over tak? Orang maybe tak nampak penat lelah nak buat tu. Orang yang tau maybe akan lebih menghargainya. Ececece. Whatever la kan. Orang nak buang belakang aku pun aku tak boleh nak buat apa jugak.


15) rumah --> done!

Baru tengah bulan lepas start cari. Susah jugak nak cari umah. Tu pun jumpa lepas round ntah bape tempat. Cari kat internet pun tak jumpa. Dah basuh and baru masuk barang 1st trip. Nanti lepas wedding baru la mengangkut ngan lori. Saje tak cari umah awal sangat. Kang tak pasal2 bayar sewa tapi barang je yang dok situ. Kalau orang banyak duit bole la buat kan pindah awal2. Dari bayar sewa sesaje baik aku pakai beli barang2 keperluan lain. Besides, before that I've faced a very2 hard time that no one can ever imagine...

16) catering for nikah and wedding--> done!

Catering memang aku tak masuk campur lansung. Parent je settle kan. Aku hulur duit je. Hopefully sedap la kan makanan nya. Risau je takut orang cakap tak sedap. Menu tak ingat la but ada nasi beriani and nasi putih. Lauk yang aku ingat ada ayam goreng berempah. Siap dorang goreng kat situ on the spot. So boleh makan panas2. Lauk2 lain maybe biasa je la cam lauk kenduri2 lain plus kuih and buah.


17) barang hantaran --> done!

Barang2 hantaran dah siap beli sume dalam bulan 2 hari tu. Lepas tunang bulan 8 dah start beli sikit2. Kena slow2. Baru la tak terasa sangat duit mengalir. Dulang pun sume beli sendiri kat Nilai 3. Dulu time bertunang sewa je. Tapi bila harga dulang dah sama ngan harga sewa baik la beli terus. So ada sape2 nak sewa kat aku tak? RM 5 satu dulang. Tetiba rasa cam nak bukak butik pengantin plak. Ahahaha.

Hantaran 7 dulang berbalas 9. Tak banyak pun. Yang penting dalam hantaran aku tu tak de mekap, skincare or perfumes. Gubah2 hantaran banyak makcik aku yang buat. Aku jadi assistant je tolong2 mana yang patut. Kiranya time dia gubah memang aku ada sekali. Tak de la bagi bulat2 pastu tau2 je dah siap. Detail pasal hantaran nanti lepas wedding la aku update kot. Tak syok la cite awal2 :P Pic kat bawah ni snap kat kedai je amik inspirasi. Buat sendiri tak de nye nak jadi camtu. Huhuhu


18) kek --> done!

Kek for hantaran baru tempah semalam. Jumaat boleh amik. Kek kawen mak andam yang provide kan. 2 tingkat aje. Kaler biru. Suke2. Patut cantik la kot sebab kaler biru ;)

19) hiasan bilik tidur --> 90% done

Tak berapa nak siap. Hias sendiri je. Tak de la gempak mana. Cadar baru pasang. . Gosok pun sampai melecet2 tangan ku. Kalah gosok baju pegi keje. Langsir dah pasang. Langsir for backdrop belakang katil pun dah pasang. Letak bunga-bungaan kat backdrop, kaki katil, kiri kanan katil, atas almari emmm dah. Duit tak yah kira la time kenduri camni. Mengalir cam sungai. Lepas ni kena start saving from zero.


20) borang nikah --> done!

Lama jugak la nak settle kan borang nikah ni. Dekat 2 bulan. Mende nye sekejap je. Tapi between tu sempat peram2 dulu. Bukan isi terus settle pun. Before tu HIV test kena settle kan dulu. Dah isi form aku kena tunggu Myo isi. Pastu dia kena jumpa jurunikah mintak sign. Bawak saksi pun nak kena ikut time dorang jugak. Pastu pegi PAID dapatkan surat kebenaran. Myo dah settle baru aku pulak anta kat jurunikah side aku. Bawak saksi n hantar form ke PAID. Dah dapat surat kebenaran baru la hantar balik bagi jurunikah. Berpusing2 dah flow nye. Patut buat flowchart nih :D

21) cat rumah --> done!

Bulan 4 dah start cat rumah. Adik beradik je tolong cat. Upah orang confirm mahal. Lagipun aku kan adik kesayangan dorang. Bila lagi nak curahkan kasih sayang. Hahaha. Ni if dorang terbaca confirm muntah biru. So dinding dah cantik but tak tau la boleh bertahan bape lama sebab anak2 sedara aku memang berjiwa seni. Masing2 nak tunjuk bakat lukis2 kat dinding :P

22) Scallop tangga --> not done

Tak siap lagi ok. Nak upah orang buat dia nak caj RM200. Tak sangguppp. So pilih buat sendiri. Try siapkan hari ni.


23) Bridesmaid --> done!

Introducing my bridesmaid, Nurul :) Seb baik sempat booking Nurul. Bridesmaid terhangat di pasaran ni. Hihihi. Nurul ni merangkap teman se'pejabat', teman se'gosip', teman se'lunch', teman se'shopping' n etc :D

24) Flower girls

Ni idea last minute. Saje nak bagi budak2 ni involve. Baru la dorang seronok kan. Ohhhh comelnya ada flower girls. Hopefully mood masing2 ok hari tu nanti :P Baju2 ni fully sponsored by my sis in law.

Ni flower girls punya bakul. Nanti letak la bunga-bungaan dalam bakul tu. Ohhh cute2. Tetiba rasa nak jadi flower girl. Nak cute jugakkkk!

Dah girls pakai baju cantik2 kesian la plak kat boys kan. So buat la ala2 tengkolok ni bagi sorang satu pakai. Again saje suka2. Yang pegang bunga manggar nanti will be the twins. Anak abang aku yang photographer tu. Actually nak buat silat but yang kecik2 susah nak pickup. So not sure yet.

That's all je la kot yang aku nak update pasal wed prep. So this will be my last entry before my status change from single to married. Wuwuwu. Betul ke ni??Sampai sekarang still tak pecaye. Debaran kian terasa. Esok dah tiba masanya. Cik nervous sila pegi main jauh2. Syuh syuh syuh. Cuna, sila maintain cool. Hohoho. Korang doakan tau :)

Tuesday, June 1, 2010

My Belated Birthday Presents

My birthday dah lepas 3 bulan dah pun. Since birthday this year pun memang suram muram akibat tragedi yang mencengkam jiwa...aku memang tak de celebrate pape pun. I've decided to keep the not so happy memory to myself. Anyway no point to remember. But my birthday become meaningful after it's already known as belated :P


I've won Ayna's blog giveaway contest. I published a post on "I Can't Live Without...". Dapat Stila mini lip glaze in Apricot. Actually I have 1 b4 but already let go to someone since dah banyak sangat lip glaze. Luckily i got it back in mini size :) Ayna aslo surprised me with my belated birthday gift. Not even expect she will post it together with the prize. Thanks Ayna! *hugs*

My belated birthday gift from Ayna. Stila Sheer Color Tinted Moisturizer. Actually dulu time sale Stila quite a few times jugak la belek2 this thing but at last tak beli pun. Tak sangka pulak finally I can have it (^__^)

Ni Stila mini lip glaze in Apricot. Cute je. But kena simpan dulu sampai lip glaze PPG and Pomegranate habes :P Dah tak banyak dah pun.


Birthday gift from Miu. RMK Herb Mist in Yuzu. We met in front of Peranakan Place Restaurant @ 1U since I've project team lunch there. The only time n place that easy to meet since at that time my schedule really packed. Macam la i ni artis kan. Lalalala

My first face mist ever....and it's from RMK...

Miu also put RMK booklet inside and leave special notes on the mist page. So cute lahhh. I luv my 1st facial mist!! Thanks Miu! *hugs*


Birthday gift from Harim....from La Senza! Tak pernah jejak kaki pun kat La Senza. Nak beli pun memang tak pernah terfikir. Jenguk2 dari luar je. Our meeting kat depan IJN. Tempat tak agak2 je. Mane2 la asalkan boleh jumpa. Time Harim hulur je box La Senza tu dah tergamam. Coz aku dah pikir lain :D

Nasib baik it's a blue sleepwear top. Boleh je pakai jalan2 if pakai inner. Cute jek. In blue plak tu. Thx Harim :) I like it so much! *hugs*


Last but not least, birthday gift from Myo. Clinique's set yang aku dah publish kat previous entry. Ok la tu kan adiah yang aku dapat dari tak dapat lansung. Still can cherish my day. Enough for me to smile from ear to ear (^__^)

*Off topic: Esok Wed, aku dah start cuti. Esok orang datang pasang pelamin kat rumah. Camne la rupenye nanti. Baju pun patutnya dah siap esok. On Thurs nak pegi spa kat Putrajaya. At last pegi jugak since dah ada orang nak sponsor :P Spa kakak ipar. Pernah pegi sekali je time awal2 bukak. Tu pun datang lawat2 saje. Tak de buat pape treatment pun. So nanti lepas aku pegi akan diupdate kat sini. Kalo tak sempat update this week tunggu lepas wedding je la yek ;) Ohh on Thurs jugak orang dah datang pasang khemah. Pakai inai pun on that Thurs nite. Jumaat tak mo cite. Nanti i nervous :P

Friday, May 28, 2010

Hari Ini Hari Jumaat

Hari ni memang ari Jumaat....
And yes hari ni jugak Hari Wesak n most of us cuti...
Hari ni hari Jumaat last aku SINGLE...
Jumaat depan DOUBLE pulak :P Insya-Allah...
Jumaat depan dah nikah...lagi 6 hari je ni...
Sangat berdebar2 plus eh betul ke ni??
Weekend kali ni bukan untuk bersantai2 or bersuka ria...
Memang sangat havoc hectic coz ni weekend yang last....
Last untuk buat last min preparation...
Siapkan doorgift for 1000 orang....
Sakit badan pinggang sume weh...
Tapi tak boleh mengeluh....
Langsir hall dah siap pasang...
Petang tadi dah pegi fitting baju yang tak berapa nak siap...
Mak andam tu memang sangat merisaukan aku...
Entry ni tak de motif sangat....
Saje je nak pot pet pot pet di hari minggu :)
Sekian...

Wednesday, May 26, 2010

My Wedding Preparation: Part 2

Sambung balik story wedding preparation. Dah tinggal lagi 9 hari baru reti nak sambung cite. Bz plus rasa cam banyak mende nak update kat blog sampai tak tau nak update yang mana satu. Before aku lupa jom mari sambung part 2.

6) cadar --> done!

Agak awal jugak la dah beli cadar. Dalam bulan dec or jan aritu. Time tu kedai ni tengah buat clearance sale sebab nak pindah. So intai2 je la apa yang ada. Last2 beli situ terus tak de nak survey2 tempat lain dah. Actually aku berkenan cadar macam dalam gambar tu. Price tu before less tau.


But mak aku cakap kain dia organza so tak tahan lama. Senang terkoyak and if simpan lama2 benang2 tu akan tercabut sendiri. Lebih kurang gitu la kan. So reject. Last2 beli cadar lain. Dalam beg atas katil tu ha cadar yang aku beli.

So ni la color nya. Tunjuk sarung bantal sudah. Tak boleh lebih2. Korang bayangkan la biru ngan gold jadi apa. Aku ni tak de la teliti sangat bab2 color ni. Nasib je la matching tak matching pun. Malas nak pusing2 cari cadar biru. Cadar weekend ni baru nak pasang. So lepas pasang tak boleh la nak tido atas katil dah. Huhuhu

7) inai --> done!

Inai hari tu baru nak sibuk2 cari kat tenet. Kol orang tanya sana sini. Sume mahal2. Nak buat henna tangan ngan kaki siap ada pakej yang sampai RM250. Huhhh sangat la mahal nye. Teringin la jugak nak buat corak2 atas tangan tu kan. Once in a life time. Saje nak try. Tapi bila tengok harga...baik pakai sendiri je tak yah lukis2. But finally aku dapat jugak yang agak murah tapi tak murah mana la. Korang tengok je la hasilnya nanti okay ;)

8) langsir --> done!

Langsir pun dah siap awal. Dalam awal bulan 2 hari tu dah siap tempah jahit sume. Cari kat Nilai Square. Memang tempat langsir sesaje. Jalan dari hujung ke hujung baru la jumpa langsir idaman hati. Masuk kedai memang tak sempat nak snap pic dah coz sibuk kaji langsir mana yang ok. Berejam jugak la nak match2 kan. Dah la susah giler nak cari kaler biru.

Last2 tempah langsir hall, bedroom n backdrop sume kat situ. More to gold. Nasib la. Memang tak koser dah nak cari yang biru jugak. Ada 3 or 4 kali jugak la berulang ke Nilai 3 ni. Nasib la dok KL. Cuba dok kat Seremban ke Nilai ke....confirmmm every weekend nak singgah situ. Bila dah nak kawen baru la nak paham nape orang suka sangat pegi situ...Semalam baru pasang langsir kat bilik. Aura pengantin baru pun dah datang. Minggu ni lansung tak de mood nak buat keje. Mood wedding dah datang :P

9) door gift --> 80% done!

Door gift dah siap beli bulan 12 last year. 1st time pegi Nilai 3 memang beli door gift berkotak2. Then bulan 4 hari tu mak pegi Nilai 3 lagi n tambah lagi berkotak2. Huhuhu. Terharu pulak sebab kadang2 mak pegi beli barang aku tak ikut pun. Bila dah nak kawen makin terasa betapa besarnya pengorbanan mak kat aku. Bukan la selama ni tak menghargai pengorbanan dia melahirkan n membesarkan aku. Just macam senang tersentuh time2 gini. Teremo gitu.

Mak la yang paling bersusah payah prepare sume2 ni. Especially time aku sangat2 bz ngan keje ofis. Adik beradik lain pun sibuk ngan family masing2. Mak jugak la yang selalu ada ngan aku time aku hepi, sedih, putus asa, jatuh tersungkur sume and selalu bagi kata2 semangat kat aku time tak de sorang pun yang pedulikan aku. Ok sudahhh tetiba aku teremo lebih2. Dah menitik2 air mata nih. Huhuhu. Patut cite door gift ni. Door gift tu aku tunjuk dalam plastik je la ek. Tu pun tak siap packing lagi. Berusaha untuk try habiskan this weekend.


10) sirih junjung --> not done

Ni memang nak kena buat lambat2 sket n of coz la bukan aku yang buat. Sangat la tak kreatif nak design2 ni. Mak cik aku jugak yang pakar. Zus zas zus zasss siappp. Aku buat zus zas zus zasss hancur bunga2 sume. Tak sempat nak jadi bunga pahar pon. Kekeke

11) kursus kahwin --> done!

Malas nak cakap sebab dah berzaman aku pegi kursus kawen. Bulan 11 2008. Nasib baik la sijil tu tak de expired date. Bukan gedik2 nak amik awal. Memang time tu dah bajet2 dah nak kawen. But kita hanya merancang Tuhan yang menentukan...Hopefully kenduri aku nanti semuanya berjalan ngan lancar. Aminnn...

12) ujian HIV --> done!

Ni buat bulan 3 hari tu kat Pusat Kesihatan Tanglin kat area Bukit Aman. Hari yang kitorang sama2 amik half day. Before tu memang dah call 2 minggu awal buat appointment. Kalau tak buat memang balik camtu je. Depend on pusat kesihatan jugak la. Tapi aku dah kaji abis dah kat tenet. Tanglin ni je senang coz dekat ngan ofis Myo. Pastu before masuk lunch dulu kat gerai ikan bakar kat depan. Quite famous jugak la. Ramai orang n sangat sedap.

Nak tunggu klinik tu bukak pukul 2 pun dah beratur panjang kat luar. Dah masuk nak isi2 form lagi baru amik nombor. Tunggu turn lagi. Jangan tak bawak IC sudah. Ada orang tak bawak IC. Kena bebel ngan makcik kaunter. Hehehe. Lepas pegi kaunter baru pegi bilik doc kat blok lain. Cek darah n sesi kaunseling sekali. Doc tu siap soh baca cam katalog kat situ pasal HIV sebab pastu dia nak tanya. Sungguh2 je aku baca siap hafal2 kot2 lupa. Hahahah.

Cucuk tu pada aku agak sakit la kan sebab aku tak pernah derma darah. So tak tau la camne rasa kena amik darah. Cucuk kat lengan dah rasa banyak kali time warded dulu. Kat jari never. Aku relax2 je doc tu amik jari. Ingat tak cucuk lagi. Sekali erkkkk cam orang stapler jari aku je rasa. Aku bajet pakai jarum ke apa. Hehehe. Lepas tu 2 3 ari jugak la jari pedih2 manja :P Yang penting aku HIV negatif :)

Lepas tu pegi bilik doc lain plak. Next doc tu cam ala2 lecturer ah tanya soklan pasal HIV. Serius giler. Dia tanya camne nak maintain HIV negatif tu. Memang tak de dalam katalog yang aku baca ok. 2 kali jugak la aku tembak tak kena. Last2 aku jawab "Amalkan gaya hidup yang sihat" baru betul. Tetiba terasa cam tengah buat iklan kesihatan time tu. Kekeke. Aku dah bagi soklan bocor ni. Myo relax je dapat doc sporting. Siap bergurau senda lagi. Nyampah i tau

13) honeymoon --> done!

Honeymoon not done yet of coz. Korang ni punnnn...Bajet2 la kan. Hehehe. Preparation je done. Booking last month. Dekat je. Tak boleh nak pegi jauh2. Dah la time cuti sekolah. Sume rate pun melambung2. Flight pun tak sempat nak book time promo. Bukannya tak nak book awal2. Keadaan yang tak mengizinkan. So korang yang tau patut tak yah tanya nape aku buat keje last minute. U should know why. Kalau tak dari awal tahun hari tu aku dah book siap2. So kitorang book hotel je. Transport pun sendiri. Of coz la dalam Malaysia ni je kan. Nanti dah balik baru la aku cite kitorang pegi mana okay :)

To be continued...

Monday, May 24, 2010

Clinique Passport to Pretty

19/05/2010

Last week lepas pegi JCard sale tu penat2 pegi jugak kaunter Clinique nak redeem freebies yang harga nya RM3.50. Bukan freebies dah tu. But still ok la kan since it's from Clinique. I don't care. Worth RM100 tau. Just sms to that number pastu dia tolak RM3.50 from ur credit. Then flash the mobile voucher that u received at their counter. Got info from Lilian's blog ;)


Sekarang ni Clinique tengah buat road show Passport to Pretty. If beli Clinique cosmetics RM120 kot boleh dapat free makeover and a copy of ur photo. Of coz la i tak beli. Saat2 genting camni memang kena pikir sejuta kali if nak beli pun.

Before dapat 2-pc gifts tu BA dia consult la sket2. Aku pun dah tersangat penat nak dengar detail yang dia cakap. Penat shopping before tu. Cite shopping tak kua lagi. Nanti cite. Banyak je rasa nak cite. Wed preparation punya post pun tak sambung2 lagi ni. Wuiiii banyak2

Yehhuuu dapat lipstick Clinique. Long Last Lipstick in Pink Spice. My 1st lipstick from Clinique. But dah tercacat sket coz aku terpusing while lipstick tu tengah tutup. The color look nice to me. Simpan dulu sebab ada 3 lipstick tengah pakai :P

Clinique Turnaround Instant Facial Masque. Scrub + masque.
Still boleh redeem lagi ni. SMS:my111(space)passport2pretty. Send to 33365. Ni last la kot aku pegi redeem2. Tinggal lagi seminggu lebih je lagi niiiii...Nervous2