nuffnang

Thursday, April 19, 2012

Dah Lama Tak Shopping Baju

10/03/2012 - Sat

Yesss...memang dah lama tak shopping baju Irfan. Baju mama Irfan laaaagiiii la dah lama tak shopping. Since kawen kot memang lansung tak shopping baju. Dekat 2 tahun dah. Seriusss lama. Macam tak percaya pun ada. Beli pun nursing wear 2 helai awal2 lepas deliver dulu. Tu pun for nursing purposes. So tak kira la kan ;)

Awal bulan Mac hari tu kan ada 3rd Maternity and Children Expo. So saje la pegi kot2 boleh shopping baju Irfan. Last shopping baju dia pun before raya last year kot. Ada baju yang dah start sendat2 dah.



Last2 kitorang tak dapat apa pun kat expo tu. Semua cam tak menarik je. Space dorang amik sikit sangat. So sangat la bersesak kat dalam tu. Kesian kat Irfan je la. Dengan tangan kosong terus keluar. Time nak keluar tu la ternampak kat hall depannya ada sale Hush Puppies. So jenguk2 la apa yang ada.



Tak sesia singgah situ sebab ada hasil rembatan...hehe...Dapat la beli baju Irfan sehelai. Beli seluar slack ngan sling bag untuk Papa Irfan jugak. Papa, tu kira hadiah anniversary bulan 6 nanti la ye ;) Jangan lupa hadiah untuk mama (^_^)


Dan yang pastinya Mama Irfan la yang over. Maklum la dah lama tak shopping baju. So dia punya aura tu lain sikit...hahaha...Pejam mata je la bayar sebab memang dah murah dah baju2 kat situ. Banyak yang 70% less. Kalau ikutkan hati mau lagi bertapa kat situ selongkar timbunan baju2 kat situ. Tapi kalau Irfan dah pasang siren tu harus la sedar diri kan ;)


Esoknya kitorang ke Mid Valley lagi. Nak tengok movie John Carter. Mula2 tak nak tengok. Tapi Meor nak sangat tengok movie tu aku follow je la. Nasib baik best. Minggu before2 tu dah tengok Ghost Rider. Nak habiskan voucher yang company aku kasi punya pasal. Tu pun 1 voucher kasi kat member ofis Meor sebab kitorang memang dah tak ada masa nak tengok2 movie dah. Dari expired camtu je baik kasi orang lain.



The best thing was kitorang pegi singgah lagi sale Hush Puppies tu after habis tengok movie tu :P Macam tak puas hati sebab tak habis belek2 semalamnya. Dah last day baju yang tinggal pun macam kureng best la jugak. Tapi tetap ada hasil...hehe...Habislaaa...Once virus shopping baju ni datang memang bahayaaaa....


Tak lupa jugak tambah baju Irfan. Beli yang besar2 je. Kang dah besar sikit boleh pakai. Stok baju beli last year pun banyak lagi boleh pakai ;)


Sori la kalau ada yang tak suka aku tepek2 hasil rembatan ye. Cam penat dah nak hipokrit kat diri sendiri tunjuk hasil rembatan dalam plastik je. Maksud aku before ni memang selalu je snap gambar hasil rembatan. Siap letak harga satu2 lagi. Orang lain masing2 punya style la kan. Korang jangan salah paham pulak tau ;) But since stalker muncul dalam hidupku macam dah teragak2 nak buat macam tu dah. Now dah penat nak pikir and jaga hati orang lain dah. Nanti aku jugak nak yang selak2 balik entry2 lama nak refer. So jangan mara aaa...Peace =)

Wednesday, April 18, 2012

2D1N Stay in Gold Coast Morib Resort Studio Suite @ RM 180

Wahhh...nak buat iklan tetiba. Korang still ingat lagi entry aku pasal resort ni? Pasal Studio Suite ngan Theme Park kat situ? And seriously memang rasa nak pegi lagi sekali sejak balik hari tu. Tambah2 tak jejak lansung kat pantai belakang resort tu.

Before ni ada rate murah untuk bulan Mei RM 160+ and Jun RM 120+. Entah macam mana tengok2 balik page tu semalam dah tak ada. Rupanya system error daaaa....Entah2 kalau book time aku tengok hari tu memang boleh dapat murah kan. Sebab memang dorang yang display rate tu. Rugi2. Sekarang dah jadi RM 250+ dah :(


Luckily kat Everyday ada voucher 2D1N stay kat situ. RM 180 sekali ngan breakfast, dinner ngan theme park pass. Boleh laaa dari tak ada lansung. Valid from 1 Julai - 17 Ogos. Dah nak dekat bulan puasa jugak tu. Sempat la lagi kalau book untuk awal2 Julai. Kitorang dah beli semalam. Korang bila lagi? Sekali sekala bersantai ngan family kat theme park dan berendam kat dalam jakuzi ;) Klik sini untuk beli voucher =)

Tuesday, April 17, 2012

Redeem Freebies

Sesi meredeem di bulan Mac dimulakan dengan redeem sample perfume. Salvatore Ferragamo ada perfume baru, Signorina. Dapat tau pun dari Cleo newsletter. Sampai kaunter SA kat situ cakap dah habis. Time nak blah dia cakap suruh tunggu kejap pulak. Dia kasi miniature perfume lain. Attimo. Agak lama sikit la dari Signorina. Amik je la kan since orang nak kasi. Miniature pulak tu. Tak pernah2 redeem perfume dapat miniature. Biasa dapat vial aje. Koman2 nak dapat miniature pun kena beli perfume dia.

Perfume Signorina tu dia letak dalam vial kosong. Siap dapat 2 vial terus. Time2 tu jugak dia isi perfume nya. Tak kesah la botol plain ke apa kan. Sebab biasanya kalau sample ada la jugak tulis nama perfume kat situ plus wrapper sekali. Tak tau la kenapa orang tu beria2 nak kasi jugak kat aku. Puas hati dapat redeem. Tak sesia aku menebalkan muka kat situ...hahaha....Selagi boleh redeem aku redeem je. Tapi nak beli kat kaunter tu memang tak koser la kan. So far tak sanggup lagi nak leburkan duit beli branded perfume kat kaunter. Time warehouse sale tak pe ;)


Next, ke kaunter Clinique. Redeem Clinique Even Better foundation. Tau thru FB kalau tak silap. Orang kat kaunter tu pun dah kenal aku sebab pernah beli skincare sekali dulu. Sampai ke sudah aku tak pakai2 lagi. Baru nak bergiat pakai skincare balik. Kalau tak dari hujung2 pregnancy sampai la Irfan dah 5 bulan kot memang tak bersentuh segala tok nenek skincare pun T_T


Lagi...Terjah Lancome. Tapi kali ni bukan kaunter. Pegi kat road show booth dia. Time ni before pegi cuti2 kat Morib. Gigih singgah Mid Valley dulu. Ingatkan kejap je.


Kat sini tak boleh redeem je. Dorang buat macam exchange program. Bagi dorang mascara yang dah pakai lepas tu baru la dapat sample mascara dorang. Lepas tu bukan boleh terus dapat. Nak kena duduk dulu pulak tunggu. SA tu pakai kan mascara baru tu plus touch up sikit2 muka ku yang dah sedia ada mekap :P Ni muka before di touch up...


After touch up...not right after la tapi...After two hours kot. Dah sampai Morib baru nak amik gambar. Dah berpeluh bagai. Macam tak ada beza pun. Maskara pun tak nampak sangat :P


Ni mascara kesayanganku yang aku korbankan. Anna Sui Volume Up mascara. My 1st mascara. Dari tak reti nak pakai lansung sampai la sekarang aku pakai. Sentimental value jugak ni. Still ada saki baki kot tapi aku lagi excited nak try mascara Lancome yang baru. Nak tak nak kena la korbankan sebab mascara must be worth RM 65 baru dapat tukar. Anna Sui confirm lepas sebab kalau tak silap kat kaunter dalam RM 90. Well of course la aku beli tak sampai RM 50 kan ;)


New mascara from Lancome...Hypnose Dolly Eyes. 2ml je. For me...boleh laaa...Lagi suka mascara Anna Sui kot. Bau pun lagi wangi. Rindunyerrr kat mascara lama. Entah bila lagi la Anna Sui nak buat warehouse sale T_T


Lepas dah touch up touch up SA tu suruh buat skin test pulak. Biasa la kan. Dorang confirm beria2 suruh beli something jugak. Dorang buat promo beli produk worth RM 250 dapat free makeover plus photoshoot sekali.


Aku pun layankan je la since tak pernah buat skin test pun before ni. Biasa harap kan SA belek2 muka aku je. Ni pakai mesin dia. Siap tonyoh2 mende tu kat muka aku then boleh nampak la struktur kulit kat komputer dia. Tau la condition kulit kita ni camne. Baru la dia recommend kena pakai apa bla bla bla. Aku boleh dengar explanation dia dalam 1st 5 mins je kot. Lepas tu bila dia masuk bab2 epidermis habis segala keluar terus lost sebab kepala dah sampai kat Morib...hahaha...

Menarik tu memang la menarik. Tapi bertabah je la kan. Kalau semua mende menarik nak beli memang parah la. Dah siap dia tick2 produk untuk aku, aku siap suruh dia tulis harga2 sekali. Banyak songeh pulak kan. Padahal bukan nak beli pun :P Sampai sekarang kalau ada masa je aku belek2 pamplet tu. Tengok la nanti2...one fine day... =)


Lepas dah dengar bebelan SA tu dapat sample free. Sample yang tak disangka2 akan dapat. Tak payah mintak pulak tu. Dorang ni banyak je sample tapi kedekut nak kasi. Antara orang rajin mintak ngan tak je. Tu pun dah mintak kekadang ada yang buat muka. Tak paham betul. Sudahnya abis masa kat Mid Valley je time tu. Tu yang lambat sampai ke Morib.


Last but not least....Sample BB Cream Estee Lauder...CyberWhite Brilliant Cells. Yang ni memang aku dah story kat previous entry. Gigih ok demam2 pegi jugak Mid Valley nak redeem time cuti pertabalan Agong hari tu. Tu pun dapat sachet kecik aje. Sambil tu jalan2 la kan.


Sempat la singgah makan kat Chicken Rice Shop.


Tak lama pun kat Mid. Setakat nak redeem sample je. Nak beli something jugak kat Guardian tapi tak jumpa. Balik sambung melepet kat rumah. Kepala berat la time demam2 kan. Kalau sihat dah merata jalan kot.


Panjang berjela pulak entry freebies aku. I just luv freebies. Rasa cam mencabar jugak pegi redeem2 ni. Tebal muka pun ada kekadang. Bak kata Meor cam peminta sedekah dah...huhu...Tapi peduli hape kan. Memang dorang yang announce boleh redeem. Aku redeem je la. Lepas redeem tu rasa cam satu perasaan puas hati...hehe...Tak tau la nak describe camne :P Well, this is only a small part of Cuna's world ;)

Monday, April 16, 2012

Sticky @ 1 Utama + Irfan's First Ride

19/02/2012 - Sun

Minggu last outing before Irfan masuk setahun. Akhirnya last entry untuk bulan Februari. Fuhhh....mengah nak habiskan. Belum update bulan Mac lagi :P Minggu tu pegi 1U sebab nak pegi MPH members sale. Tu dah update kat previous2 entry.




Penat nyopping kat MPH terus cari KFC. Masa tu rasa cam dah lama giler tak makan KFC.



Irfan macam biasa memang tak berminat nak pandang kamera. Lagi dipanggil lagi dia sibuk nak buat kerja dia :P


Tengah jalan2 tu lalu kedai Sticky ni. Dah lama tak singgah. Meor selalu ajak aku singgah tapi aku je yang malas.


Memula tengok2 je. Tak rasa nak beli pape pun. Dulu masuk pun macam tak ada perasaan nak beli. So tengok je la orang dok uli2 candies tu. Memang ramai orang dok tengok.


Tapi last2 terjebak jugak sebab ternampak candies yang ada tulis happy birthday kat situ. Tetiba terpikir nak letak time makan2 birthday Irfan.


Quite interesting jugak la tengok proses dorang buat candies tu. Dari mende tu besar gabak dorang uli2 sampai la masukkan dalam mesin jadi macam rod lepas tu potong2 jadi kecik.



Keluar dari Sticky ternampak Barney ni dok tersengih. Mama Irfan la yang tak tahan. Dari dulu dok berangan2 nak letak Irfan kat mende2 camni. Tapi papa suruh tunggu bila Irfan dah boleh jalan dulu.



Last2 mintak permission jugak kat Papa Irfan kasi Irfan naik mende ni sekali je before dia masuk setahun...huhu...Permission granted. Laju la letak Irfan sebelah Barney tu. Siap beli buah kat tepi tu nak tukar syiling :P


Mula2 tu Irfan blur je. Lepas tu bukan main lagi seronok dia. Siap gelak2 lagi. Terus berdiri tak nak duduk dah. Benda tu dah la bergoyang2. Nak pegang pun dia tak bagi...huhu...Yang paling tak tahan bila angkat nak keluar siap nangis2 lagi :P



Pujuk2 sikit ok la dia. Siap buat ombak lagi kemain hepi =) By the time aku tulis entry ni ada la 4 or 5 kali dah kot letak Irfan kat mende2 camtu. Tapi tak nak dah la naik Barney tu. Sekejap sangat. Kesian tak sempat nak amik feel dah abis lagu nya.


Nak nyelit letak gambar Irfan kat Manjaku. Ni hari lain pulak. Kemain statik dia dok dalam tu. Best sket main kat sini. Masuk seringgit lama la jugak. Sempat la keluar 4 or 5 lagu.


Pegang stereng pun macam tak nak lepas je. Memang kalau boleh dia nak bawak balik mende tu...hahaha...So lepas ni kalau pegi Manjaku memang wajib la letak dia kat situ kot. Harus standby duit syiling banyak2. Sekarang pun dia tak boleh tengok papa dia bawak kereta. Mesti nak jugak tumpang pegang stereng T_T



Last but not least tepek gambar 3 of us banyak2...hehe...Kalau rajin ada la gambar nak tepek. Kalau tak memang susah nak ada gambar bertiga.



Ni la candies Sticky yang kitorang beli hari tu. Konon2nya nak kasi budak2 makan time birthday party Irfan. Last2 aku ngan Meor yang makan sampai habis. Budak2 ada la makan sikit2. Dorang pun tak perasan sangat ada candies. Lagipun kang mak ayah dorang jugak yang bising dok jamu candies kat anak2 dorang. Abis rosak gigi. Kitorang pun kalau boleh tak nak biasakan Irfan makan mende2 camni. Tapi tak tau la kan dah besar nanti. Confirm pandai2 sendiri punya ;)


Tamat cerita untuk bulan Februari. Esok lusa boleh la sambung cerita bulan Mac pulak. Dah nak abis bulan April dah kot ni T_T

Friday, April 13, 2012

CLEO April 2012 Issue

Dah lama tak update pasal mende2 gini. Asik update pasal aktiviti weekend kitorang je. Tu pun tak habis2 :P Dulu time single mingle rajin la jugak nak update pasal magazine, freebies bagai. Cuna masih Cuna yang dulu. Masih beli Cleo. Bezanya dulu hampir tiap2 bulan kot beli. Sekarang dah jarang.


Hari tu time pegi Tesco belek2 Cleo nampak cam ada sample terselit kat dalam. Cam curious sesangat nak tau apa mende dalam tu. Esoknya terus kirim kat Meor tolong belikan since myNews tu kat bawah ofis dia je. Tengok2 dalam tu ada sample BB cream Maybelline yang baru. Terus i loike =)

Before ni beli dapat BB Cream Maybelline jugak. Tapi tu SPF 26++ kot. Sekarang dah keluar yang baru SPF 50++. Senang kan pakai BB Cream. Semua sekali harung. Cepat pun cepat nak pakai. Harus stick to BB cream je lepas ni. Tapi sebelum tu nak kena habiskan foundation yang 3 or 4 botol tu dulu T_T


Lagi satu best sebab boleh redeem BB Cream Estee Lauder. Lagi best. Yang tak bestnya kena pegi kaunter redeem sendiri. Lagi tak best kalau SA kat kaunter tu muka cam tapai basi T_T Aku dah redeem kelmarin tapi dapat 2 sachet kecik je. 1 sachet ada 1.5 ml. Kat situ tulis boleh dapat 5 ml in tube size. Nak tanya balik pun malas sebab memang elok2 SA kat EL Isetan Gardens tu buat muka kerek.

Kalau sesape nak redeem jangan pegi kat situ. Confirm tak dapat in tube. Kat Metrojaya Mid Valley pun dah habis. Tempat2 lain tak tau. Patutnya ada la kot sebab boleh redeem kat mana2 kaunter EL. Biasanya bab2 redeem ni memang kena gamble je T_T


Yang lain2 biasa je ada voucher2 discount RM 5, RM 8 foundation n mascara kat Watson. Lain2 nak kena jawab soalan bagai. Malas. Macam la menang kan :P Ada voucher Charles n Keith RM50 jugak. Tak tau kot nak beli apa kat situ. Lain2 aku lagi interested nak belek2 latest skincare, mekap ngan fashion. Saje cuci2 mata ;)


Tu hobi dolu2 kala la kan. Sekarang tak berapa nak jadi hobi dah kot baca magazine. Singkap2 kalau ada masa je especially lepas tidokan Irfan malam2 tu. Tu pun berebut2 nak siapkan keje2 lain. Kawan2 yang ada anak sure paham punya. Time anak tido la nak buat segala kerja2 rumah yang tergendala. Esok dah weekend. Dalam kepala dah set dah nak pegi mana. Hopefully dah ok la demam nanti. Happy weekends uols =)

Thursday, April 12, 2012

Wedding Paan

12/02/2012 - Sun

Next kenduri kawen adalah kenduri member UiTM kitorang, Paan. Meor kenal dua2 pengantin. Aku kenal yang laki je. Dorang buat kenduri kat masjid Menjalara Damansara. 1st time pegi kenduri kawen kat masjid. Baru tau rupanya memang ada dewan kat dalam area masjid. Semua pun sopan2 je. Tak kan nampak pompuan yang pakai dedah sana sini ;)


Cam biasa makan gilir2. Selagi tak ada orang yang nak offer nak main2 ngan Irfan memang kena gilir2 la kan...hehe...Kalau ada orang offer memang dialu2 kan sangat la. Dapat la kitorang makan sama2 =)


Sempat jumpa lagi 2 orang member laki ngan wife masing2. Meor la banyak borak sebab more tu kawan2 dia. Aku ni kalau ngan member laki ni memang berat mulut sikit. Dan2 tu tak ada idea nak borak apa....hahaha...Boleh pulak time ni sorang member pompuan pun aku tak jumpa. Tak dapat la nak gosip2 T_T


Before balik cam biasa bergambar ramai2 ngan pengantin. Tapi pic kat kamera pengantin. Yang ada gambar ni je. Tu pun jenuh jugak la tunggu sebab pengantin super duper bz. Orang depan belakang kiri kanan tegur. Kena la layan kan. Kitorang yang pernah melaluinya ni memang paham sangat dah ;)


Entah camne boleh tersama theme color ngan pengantin...huhu...Ekceli tak berapa nak sama. Sekali bila tengok gambar memang sebijik pulak. Boleh jadi pengapit dah :P



Abis je kenduri terus balik rumah. Siap2 kejap keluar balik. Pegi OU...hohoho...Sanggup ok patah balik tukar baju. Ni kat Daiso. Round2 end up tak beli apa2 pun. Rambang mata banyak sangat barang sampai tak tau nak beli apa...huhu...


Kalau tak silap pegi OU ada mission. Tapi tak ingat pegi kedai mana or beli apa sebab tak amik gambar T_T


Hari ni mode demam. Semalam memeng terkelepet aje tak larat nak bangun. Tapi dah ada anak tak boleh layankan sangat demam tu. Petang tu gigih jugak keluar pegi Mid Valley even dah pukul 4 T_T Nampaknya 2 orang hero dah pass kan virus kat aku...huhu...