nuffnang

Friday, May 18, 2012

Beri Hitam Ku

03/05/2012 - Thurs

Akhirnya berjaya jugak pakai smart phone. Setelah sekian lama berangan2 kan ;) Orang lain dah lama kot ber'smart phone'. Aku je yang outdated pakai handphone biasa. Sekarang BlackBerry idaman sudah berada dalam genggaman ;) Ingat lagi last year dekat entry ni time nak beli handphone bukan main lagi list nya kan. BlackBerry Torch ni memang termasuk dalam list. Tak sangka pulak sekarang dah dapat. It's just ike a dream come true =)


Actually kalau tak ber'smart phone' pun ok je. Aku jenis pakai handphone untuk call, sms and amik2 gambar je. Tapi bila boleh dapat handphone ni dengan keluarkan duit tak sampai RM 100 pun mana la boleh tahan kan. Tu pun bayar untuk registration je. BB ni free je ok! Bil pepandai la kan. Jenuh la nak bayar bil bulan2. Dah biasa pakai prepaid sebulan tak sampai RM 50 pun...huhu...


Masih lagi pakai handphone yang ber'slide'. Dah kali ke 3 berturut2 pakai hanphone slide ni. Ramai orang tak suka yang slide sebab berat and susah nak jaga. Tak tau la nape aku suka sangat yang slide2. Lagipun memang BB Torch ni je yang di'offer'. Memang kebetulan sesangat.

Sekarang ni tengah membiasakan diri pakai qwerty keypad. Nak taip sms pun selow melow je. Padahal hari2 ngadap keypad laptop tu. Dah terbiasa pakai keypad lama kan. Yang lama sambil driving pun boleh taip2 :P Tapi ok la BB ni sebab boleh pakai dua2 touch screen ngan keypad. Aku tak suka sangat pakai touch screen. Mana tau lepas berjinak2 ni jadi suka ke kan. Boleh la berangan2 nak pakai iphone pulak...hikhikhik...


Sticker belakang BB pun tak tanggal lagi...hehe...Dah pakai cover so tak nampak pun. Konon2 nak tukar housing ngan cover biru. Sekali tak jumpa. Selamat duitku. Handphone SE lama tu still pakai lagi. Untuk receive call n sms. Nombor baru bukan orang tau. Nak tukar nombor lama jadi postpaid nombor tu ada problem pulak. Dari study pakai nombor tu. So kena la pakai 2 handphone.

Dah lama dah tunggu BB ni sebenarnya. Dari bulan 3 or 4 gitu dah apply. Ada sekali tu Meor try call pakai nombor pelik. Time tu dah boleh agak BB nya dah sampai sebab memang dorang akan pos BB tu ke ofis Meor. Setia la menunggu kat rumah dengan penuh sabar. Gigih tak tido tunggu Meor balik. Last2 tertido jugak pukul 4 pagi. Tak sempat jugak sebab pukul 5 pagi baru dia balik dari ofis. Memang pekerja cemerlang lah :P Dah sesama dalam bidang IT ni kena la buat2 paham kan...huhu...Pepagi bangun2 tengok ada kotak BB atas laptop. Hip hip hooorayyy! Tapi sebab mamai2 sambung tido balik bermimpikan BB...hoho...


Al-kisahnya BB ni company Meor yang offer untuk staff dorang. Join venture ngan Maxis. Kira kalau calling2 untuk kerja ofis nanti senang la nak claim. Since Meor pun baru je ber'smart phone' last year dia malas dah la nak tukar. Aku je la yang sibuk2. Yang bestnya ada ofismate Meor dapat BB ni tak lama lepas tu bawak iphone 4s terus. Tambah duit sikit je la trade in beli handphone baru...Best kan? Tapi aku tak boleh tamak...huhu....

Kalau nak beli dengan duit sendiri memang idak ler. Coach pun lagi murah kot dari BB. Coach tu pun dapat beli sebab korbankan mende2 lain. Iye la. Aku mana ada rumah sendiri, handphone cikai saje, nak travel pun setakat yang dekat2, kereta pun kecik dari dulu sampai sekarang pakai yang itu je la.

Tetiba topik lain dah nih....hehe....Bukan apa. Just nak explain macam mana dikira orang tu mampu ke tak. Kadang2 kita beli mende sikit orang cakap ko tak pe la...mampu...duit banyak...Dalam kes aku ni tak ada la mampu sangat kot. Kalau nak something tu memang tak dapat la nak dapat semua mende dalam masa yang singkat. Pelan2 kayuh ;) Dalam kes BB ni memang boleh dikatakan rezeki. Alhamdulillah =)

p/s: Panjang pulak membebel di hari Jumaat ni kan. Cerita pun dah tunggang terbalik. Taip ikut sempat je. Weekend datang lagi esok. Nak jalan2 ke mana pulak ye?

Thursday, May 17, 2012

Viva Home Shopping Mall

29/04/2012 - Sun

Sambung balik previous entry. Disebabkan tak jumpa tempat makan kat Kenanga Wholesale City tu last2 kitorang ke Viva Home Shopping mall semata2 nak cari makan. Lagipun memang tak pernah sampai ke situ lagi. Unexpected plan jugak datang sini. Ingat kalau datang pun bukan on the same day lah. Before ni tak pernah tau pun pasal kewujudan tempat ni. Bila dah baca blog Azy and lepas tu ternampak pulak pasal tempat ni kat billboard rasa cam teringin pulak nak pegi.


Sampai2 terus cari changing room. Dah seharian jalan kena la tukar pampers kan. Memang luas bilik kat situ.


Sekali ngan tempat nursing. Kalau tak ada orang memang heaven la. Kalau ramai tak ada privacy jugak sebab pakai langsir gitu aje. Lagi best baby room kat JJ kot walaupun agak sempit.


Nampak Kenny Rogers je yang best kat situ. Lagipun Irfan boleh tumpang sekali. Nasi dia memang tiap kali jalan je mesti bawak. Air masak pun bawak dari rumah. So beg Irfan je dah default 2 bijik kalau keluar jalan2...huhu...Tapi bila Irfan dah nampak kitorang makan mende lain dia nak mende yang sama jugak. So kena la standby foods yang boleh suap kat dia sambil2 makan nasi bekal.


Nak cari tempat makan pun nak kena cari tempat yang luas n selesa. Aku prefer kedai yang ada kerusi panjang sebab baby chair memang dah tak boleh pakai sekarang ni.


Macam biasa laaa. Kalau nama pun dah Irfan Naufal memang tak sah kalau duduk diam aje. Ada je aksi2 dia. Kadang2 tu dah naik atas meja nak joget2 lagi :P





Suka tengok muka sendiri kat cermin...


Sekarang ni kalau tanya dia mana gigi menyengih je la tunjuk gigi dia. Gigi tajam2 pulak tu. Kadang2 cakap tunjuk gigi tak paham jugak. Tapi bila cakap 'gigit kang' terus sengih tunjuk gigi...huhu....Dah 8 batang dah gigi Irfan sekarang ni. 4 atas 4 bawah. Gigi geraham pun nampak macam dah tumbuh.


Awal2 dulu dah ajar tunjuk nose. Dah pandai dah. Lepas tu ajar tunjuk ear pulak. Pandai jugak. Tapi bila tanya nose balik dia still nak tunjuk ear dia jugak. Habis nose dilupakan...hahaha...


Lepas makan terlalu pulak tempat mainan. Kasi la Irfan testing kereta kat situ ;)



Lepas tu round2 kejap. Tak singgah mana2 kedai pun. Memang mall ni banyak kedai jual barang2 untuk home deco je. Kitorang udah ler tak ada rumah sendiri. Nak deco apanya kan...huhu...

Singgah kat kerusi kat LG floor. Yang menariknya kerusi kat sini ikut floor apa. Kalau lower ground floor paling meriah kerusinya sebab LG. Ramai sikit boleh bertenggek. Kalau 1st floor ada nombor 1 aje....hehe...Menarik sebab tak pernah jumpa ;)


Dapat belon seketul untuk Irfan. Suka betul dia. Tapi time orang tu kasi dia boleh buat muka blur. Bila dah dapat orang nak amik pun tak boleh. Time nak masukkan dalam kereta dia boleh menjerit sekuat hati sebab belon dia kena amik...huhu...



Ni hasil rembatan kat Kenanga Wholesale City. Patut beli 2 helai baju je. Tapi ada kat satu kedai tu bajunya mahal bebenor kalau beli sehelai aje. Terus pusing2 tambah lagi 2 helai baru dapat harga murah. Siap beli belt yang dorang letak kat patung depan kedai tu. Padahal kedai tu memang tak jual aksesori. 1st time beli belt. Belt yang ada before ni memang dapat sekali ngan baju. Lepas tu tak sanggup dah nak singgah mana2 kedai. Takut tergoda lagi T_T


Ni baru betul2 habis update cerita bulan April. Semalam tak jadi :P

Wednesday, May 16, 2012

Kenanga Wholesale City

29/04/2012 - Sun

Fuh...fuhhh...Entry last untuk bulan April. Mengah dah ni nak update blog. Hati meronta2 nak update cerita baru. Tak best la asik keluar cerita basi je kan. Hari tu kitorang bertiga ke Lowyat. Ikut Meor cari barang untuk ofis dia. Nama pun Lowyat. Memang tak menarik pun nak amik gambar.

Alang2 dah sampai Lowyat akhirnya berjaya jugak sampai ke Kenanga Wholesale City ni. Memang boleh nampak dah dari jauh bangunannya on the way ke Lowyat tu. Terus ajak Meor ke sini. Dah lama nak wusha2 ada apa kat sini. Tapi kalau shopping mall area KL ni memang liat sikit nak pegi. Jem sana sini.


Tak amik banyak gambar pun kedai2 dalam tu. Mata sibuk melilau je tengok ada apa dalam kedai :P Banyak sesangat kedai dalam ni. Tu pun banyak lagi yang tak bukak. Memang ada kedai yang belum start bisnes. Kalau tak silap mall ni pun siap dalam hujung tahun lepas.


Amik gambar Irfan je la. Segan la nak amik gambar kat kedai. Mostly kedai kat situ banyak baju yang berfesyen2. More to women punya baju la. Men n kids pun ada jugak. Cam ala2 kat Times Square pun ada. Bezanya kalau beli banyak sikit dapat la murah. Nama mall pun 'wholesale' kan.


Gambar bertiga pun harus ada. Macam Plaza GM pun ada jugak kat sini. Tapi kat GM macam2 jenis barang ada. Lepas tu nak kena beli borong jugak. Kat sini tak kesah. Nak beli satu pun boleh. Tapi mahal sikit la harganya. Beli minimum 3 helai dah boleh dapat murah =)


Dah nak balik. See...Kat tangan tu dah ada hasil tangkapan ;)


Actually time tu lapa. Habis tawaf pun tak jumpa tempat makan yang best. Banyak kopitiam je. Fast food restaurant lagi la tak ada.


Macam banyak sangat gambar kalau habiskan cerita ni sebab singgah 2 shopping mall. Dah taip2 berjela la pulak. Copy masuk entry lain la kan. To be continued....

Tuesday, May 15, 2012

Wedding 3 Pupu Irfan

22/04/2012 - Sun

Last few weeks kitorang ke kenduri kat Crown Princess Hotel Klang. Satu2nya harapan nak keluar rumah time weekend sebab minggu tu memang tak ke mana. Bosan giler dok rumah...huhu...Dah la time weekdays pun tak ke ofis. Asik work from home aje. Memang tak tengok dunia luar kekadang tu kan T_T


Pengantin perempuan nya 3 pupu Irfan. Dah kawen dah pun 3 pupu Irfan :P Gambar pengantin tak ada. Segan la nak bergambar. Pengantin pun tak kenal kitorang. Lagipun kitorang pegi sebab nak bawak mak. Kebetulan ayah pulak outstation. Sekadar memenuhi undangan je la =)


Iklan gigi kejap ;)


Tak dapat bergambar ngan pengantin amik gambar sendiri je la kan.


Dengan mak. Irfan seronok kemain dapat berlari bebas kat situ. Ada carpet berani la nak lepaskan dia. Habis semua budak kecik dia nak tegur. Siap main kejar2 lagi kan :P


Yang pakai tudung purple kat pintu yang tengah salam2 orang tu adalah mak pengantin which is 2 pupu aku...huhu...Cam pelik pun ada. Tu pun baru 1st time jumpa. Kalau mak tak story memang tak tau pun 2 pupu ku dah dapat menantu ;)


Bulan ni ada lagi 2 kenduri kena attend. Kalau tau ada kenduri memang akan reserve siap2 la. Plan jalan2 kena postpone dulu. Rasa nak cuti2 Malaysia tapi tak tau nak pegi mana. Balik2 round2 shopping mall je la kan T_T

Monday, May 14, 2012

Ferris Wheel @ Sunway Pyramid

15/04/2012 - Sun

Sambung balik cerita bulan April. Beberapa minggu lepas kitorang ada pergi Sunway Pyramid. Dah tak ingat apa mission kali ni. Salah satu dari nya adalah nak singgah Guardian cari skincare. Tapi tak jumpa pun. Mende lain yang dibeli :P


Sambil2 jalan tu terlalu pulak tempat mainan for kids ni. Terasa nak bawak Irfan naik ferris wheel. Dulu time mende ni baru2 siap cam tertanya2 la jugak ada ke orang nak naik mende ni. Macam bosan je. Last2 kitorang jugak yang naik. Bawak Irfan boleh la naik tanpa segan silu....hehe...Bila lagi kan ;)


Irfan yang selim melim. Sambil makan pun berlari kan. Camne la tak selim melim. Sekarang tak main dah panjat2 kerusi. Panjat meja siap joget2 lagi atas tu. Memang tak boleh lepa walau seminit. Kalau tak ada la benjol hinggap kat kepala comel tu...huhu...Blur pulak gambar ni. Time ni still pakai kamera handphone lama. Giler tak best.


Irfan tak ada la seronok sampai gelak2. Tapi boleh nampak muka dia yang terpegun tu. Habis semua mende dia tunjuk.


Tak ingat la berapa round dia pusing sekali bayar tu. Dalam 5 round kot. Tak kira pulak. Bayar pun dah lupa berapa ringgit sorang. Maybe RM6. Tu la masalahnya dah update kat blog lambat sangat kan T_T


Nasib baik la Irfan tak ngamuk time nak keluar tu. So next time boleh la bawak main mende2 lain. Nak kasi Papa Irfan main favourite sport dia pulak. Dah beli voucher nih ;)


Dah nampak Tutti Frutti singgah la kejap. Tak sampai hati rasanya kalau tak singgah...hikhikhik...Amik pun seminima yang boleh.



Kejap je kat Pyramid then singgah rumah PIL pulak kat Shah Alam. Dah dekat kena la singgah kan. Sempat pegi KLIA lagi. Pukul 12 lebih baru sampai rumah. Penat sesangat hari tu. Kalau boleh tak nak pegi Sunway Pyramid dah T_T

p/s: Happy Mother's Day to all mommies out there including to myself =)

Friday, May 11, 2012

Siri Jelajah

06/05/2012 - Sun

Skip dulu entry bulan April. Kasi publish dulu cerita weekend kitorang baru ni sebab ada nak share something. Plan asal adalah nak ke Tesco. Aktiviti bulanan lagi buat restok barang2 keperluan rumah. Park je dulu kat Tesco tapi singgah Metrojaya kat The Curve dulu. Terjumpa pulak Lilian, BA RMK yang pernah buat makeover aku 2 kali dulu. Sekarang dah kerja kat kaunter perfume kat situ pulak.

Lepas Metrojaya singgah pulak kat L'occitane. Nasib baik ada outlet dia kat situ. Kebetulan ada something yang boleh di'redeem' ;) Alang2 dah dekat dengan Ikano singgah kedai gunting rambut kat situ pulak.


Memang kedai gunting fevret Papa Irfan la ni, Kwik Cut. Dari before kawen lagi memang selalu datang gunting rambut kat sini lepas kerja. Ni 1st time kot datang sini balik lepas dah ada Irfan. Nasib baik la ada kereta mainan ni. Boleh la dia dok setempat.


Cina kedai tu siap offer nak pasang kasi kereta tu gerak2. Aku boleh cakap tak nak pulak sebab kalau kereta tu stop jenuh Irfan ngamuk. Ingat nak kena masuk syiling. Sekali mende tu free daaaa....dush dush...Dah balik tu baru tau T_T


Terasa kejap je kat situ sebab Mama Irfan dok relaks je sambil amik2 gambar...hahaha...Tak payah main kejar2 kat situ =) Tu amik gambar pakai handphone baru...hikhik...Tak sempat nak story mory kat blog lagi ;)


Keluar Ikano singgah makan kat Waroeng Penyet kat The Curve. Dah lama tak makan ayam penyet kat sini. Mama Irfan 'go green' hari tu. Terasa cam pokok pun ada. Cam menyala pulak kaler tudung tu. Biasa la beli online. Tengok gambar cam cantik tapi bila dah dapat tengok macam lain pulak. Dah lama beli baru ni nak pakai.


Lepas makan kitorang ke Cineleisure pulak. Cari booth maxis nak tanya pasal bil. Round2 sket then terus ke Tesco. Time ni Irfan memang dah start ngantuk. Cari barang pun laju2 je. Kalau lambat kang siren bunyi pulak :P



Before balik letak dulu budak kecik kat kereta mainan 50 sen ni lagi. Papa Irfan yang beria nak kasi anak dia naik ok. Suka kemain la Irfan. Terus terang benderang mata dia.


Ok...Irfan nak bawak kereta dah ni. Mama ngan papa tinggal ye...


Start enjin dulu...


Hoyeaahhhh....dah boleh jalannn...


Apa tengok2? Nak tumpang la tu kan ;) Happy sesangat budak kecik ni ok. Tapi bila kereta tu stop n papa angkat dia terus menjerit sekuat hati...huhu...Tu memang tak sempat nak snap gambar dah. Terus lari laju2 pergi parking...hahaha....


Ni sample sunblock Shiseido yang aku redeem kat kaunter Shiseido. Tau pun lepas belek2 magazine Pearl yang kitorang amik free kat JJ hari tu. 2ml je pun. Kot la ada sesape berminat nak try klik sini. Ehhh...JJ dah tukar jadi AEON kan sekarang. Tapi aku tetap nak panggil JJ. Tak pedulik. Sape suruh tukar2 nama :P


Kat L'occitane nak redeem trial kit tapi orang tu cakap dah habis. Tapi dapat la jugak 4 sachets sample. 2 brightening essence n 2 fluid apa tah. Tak tau la patutnya dapat apa kan. Boleh je la dari tak dapat apa lansung. Nak beli normal size pun tenyeh2 mata jugak tengok harganya T_T Tau pun bila terbaca status Dee kat FB. 1st 2500 registrants katanya boleh redeem. Kalau nak register klik sini.


Gitu la siri jelajah kitorang hari Ahad hari tu. The Curve-Ikano-Cineleisure-Tesco. Lenguh kaki berjalan tapi puas hati. Rasa cam terisi sikit weekend =)