nuffnang

Saturday, September 22, 2012

Irfan Sudah 1 Tahun 7 bulan


Hari ni Irfan dah genap 19 bulan. Lambat pulak update progress Irfan kat blog. Hari tu bajet 2 bulan sekali nak update ni. Ni terlajak 3 bulan dah T_T

Emmm...Irfan dah pandai apa ye sekarang?

Tiru aksi orang - Yang ni paling ketara la. Apa orang nak buat dia pun nak buat. Penat gelak tengok gelagat dia. Memang dah jadi pak lawak kekadang tu. Cute sangatttt ;)

Banyak cakap - Iye. Memang mulut riuh. Bila biar dia main sorang2 potpetpotpet la dia sorang2. Sambil main sambil cerita....hehe...Serius cute :D Banyak jugak words yang dia dah pandai sebut. Tapi mostly dia banyak ajuk apa orang cakap. Ada yang sebut betul n ada yang amik hujung2 je. Part tu la yang kelakar.

Peminat Boboiboy - Memang peminat no. 1 kartun Boboiboy dah Irfan tu. Kalau nampak BB aku je terus laju je mintak 'bobobo'. Bahasa dia la tu. Entah berapa kali ulang dah lagu Boboiboy kat YouTube. Macam2 version dah. Upin Ipin kureng sket. Hari tu raya kat TV3 kan theme Boboiboy. Lagi la suka budak kecik tu =)

Dah pandai amik gambar - Dah pandai posing sket la bila nak amik gambar. Kadang2 tu ada la jugak nak pandang kamera. Kalau mood ok siap senget2 kan badan n buat peace lagi. Tapi peace dia tu lain macam sket la kan...hahaha...


Suka melompat - Yang ni tak tau la dia belajar mana. Siap lompat angkat dua2 kaki kalau dah seronok sangat tu. Risau tengok kot2 terjatuh ke apa kan.

Memanjat - Tak payah cakap la kan. Panjat memanjat tu memang hobi dia dah. Selagi boleh dipanjat semua dia nak panjat. Tempat2 yang tak terpikir dia nak panjat pun dia boleh pegi panjat kat situ T_T

Suka menyanyi - Kalau tengok tv or dengar radio pandai pulak dia pegi ikut nyanyi....huhu...Aku tak ajar pun ye. Nyanyi nyanyi jugak. Bila dengar orang azan pun dia pandai ikut tau. Tiap kali kitorang solat ada je dia datang sujud kat depan tu :P

Ringan tangan - Ringan tangan jugak la kalau suruh amikkan apa2 barang. Kadang betul kadang tak betul. Tak kisah la tu. Tapi part tak bestnya ringan tangan bab2 nak lepuk orang tu. Memang cepat je. Kitorang dah puas dikerjakannya. Tu belum ngan cousin dia lagi sorang. Pantang lepa. Kejap2 kang baling barang la apa la...huhu...

Makin sakan naik turun tangga - Ni memang tempat fevret Irfan la ni. Kalau hilang tetiba tu cari je la kat tangga. Mesti jumpa...hahaha...Bosan2 je dia pegi tangga. Kadang2 naik separuh jalan lepas tu turun balik. Pastu naik balik...huhu...Sabo je la kan =)


Makan - Makan so far alhamdulillah Irfan ok je. Semua selera. Nampak orang bawak makanan semua nak especially buah2. Dah tak makan nasi lembik. Dah start makan mende2 keras sket2. Aku still lagi BF Irfan. But sad to say Irfan dah tak fully BF. Tapi aku cuba bertahan nak BF kan dia sampai 2 tahun. Sayang rasanya nak stop BF. Susah nak gambarkan betapa indahnya moment time BF kan dia =) Tambah2 bila dia dah besar sekarang ni. Dah pandai mintak nak nenen. Cute sangatttt! hahaha...Asik cute jek. Nak buat camne kan ;)

Makan sendiri - Budak dah besar la kata kan. Kalau boleh semua nak buat sendiri. Tapi biasa la. Yang masuk mulut tak banyak mana. Yang berterabur tu lebih. Kat rumah boleh la bagi dia buat gitu. Tapi lepas tu suapkan jugak. Kat kedai better tak la kot. Kang ada je mende2 yang terbang tetiba :D


Dah pandai tido nak pakai selimut - Ni baru terjadi time kitorang tido kat hotel last week. Bila nak tido kan dia, dia siap suruh masukkan kaki dalam selimut. Irfan jenis tido tak suka nak berselimut bagai. Kalau letak siap marah tolak2 selimut ke tepi. Tengah2 tido kalau selimutkan dia pun boleh terjaga. Punya la tak suka pakai selimut kan. Entah camne hari tu request nak masuk selimut...Serius lagi...Cute sangatttt!!! hehe...Rugi tak amik gambar time dia tido ngan aman dalam selimut tu. Lupa akibat keterujaan tengok betapa cute nya dia tido tu =)

Aktif - Itu bahasa sopan la. Senang cerita anak bujang aku yang sorang ni memang lasak sesangat sekarang ni. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi jugak la nak handle dia. Tak boleh dok diam. Tak kesah la dalam kereta ke kat kedai makan ke tengah jalan2 ke. So memang kena buat tebal muka je la kadang2 tu kalau orang tengok. Kalau kita larang lagi kuat dia jerit. Dah orang ingat kitorang dera anak pulak kang...huhu...

Itu je la yang dapat diingat kot. Memang seronok tengok gelagat dia sekarang. Tengah2 penat ke sedih ke memang boleh gelak jugak la tengok gelagat Irfan yang macam2 tu =)

Friday, September 21, 2012

6 Syawal - Ke Jabatan Imegresen Putrajaya

24/08/2012 - Fri

Pepagi kami dah keluar pegi kedai amik gambar pasport untuk 3 beranak. Tu pun lepas sakan selongkar segala ceruk kat bilik tu cari gambar lama. Punya malas nak buat baru sebab yang lama pakai 2 keping yang lain dok simpan je. Ni dah balik jalan2 dan2 tu la nak jumpa balik gambarnya...haihhh...Selalu gitu. Time tak nak pakai la asik muncul kat depan mata T_T

Irfan yang tak reti dok diam tetiba sangat behave time nak amik gambar. Memang unbelievable...hahaha...Just dia tak ada la senyum. Yang penting pandang kamera.


Habis bergambar terus gerak ke Putrajaya. Al kisahnya mak cakap kalau pasport hilang nak kena pegi Imigresen Putrajaya jugak. Kitorang pun malas la nak try Imigresen yang dekat ngan rumah dulu sebab plan lepas tu nak beraya ke rumah abang2ku kat Bangi nun. So sekali harung je la nanti. Mak n ayah pun join sekali sebab kitorang tak tau jalan...huhu...


Sudah sampai. Ramai2 naik atas sekali silap tempat daaaa...Ini tempat untuk warga asing kot. Untuk orang sini buat tempat lain. Presint bape tah. Lupa suda. So pegi pulak imigresen lagi satu. Jauh pulak tu.


Dah lama tak letak Irfan kat depan sekali sebelah papa dia. Biasa letak dalam car seat je. Tapi sebab dekat je so ok la kot. Tapi tak sampai 5 minit pun terus nak usik sana sini. Jeles jugak tengok anak2 orang dok diam je kat atas riba mak2 dorang. Irfan memang tak dapat la. Memang banyak aktiviti. Siap meleding2 tak nak duduk T_T


Sampai sudah ke tempat yang dituju. Berlari berkejaran la kami ke sini pulak. Ehhh...Baju aku pakai tu 1st time beli online. Beli kat Whitesoot. Dah 6 helai blaus kot beli kat situ tapi baru sehelai je dah rasmi raya hari tu...hehe...Cam addicted pulak shopping kat situ. Baju cantek2. Just susah sket nak cari yang long sleeves.


Tempat dah betul tapi orang2 kat situ Masya Allah ramainya. Nombor pun dah habis ok. Time tu dah dekat pukul 12. So pulang ngan perasaan kuciwa. Memang lepas tu decide pegi imigresen ofis yang kat area rumah aje la.


Sempat lagi mama nak soh bergambar tu kan. Sebenarnya kalau pasport hilang buat kat cawangan imigresen mana2 pun tak apa. Just kes mak aku dulu cam lain sket. Memang kena ke Putrajaya jugak. Dah balik tu baru tau.


Macam panjang pulak cerita 6 Syawal. Split into 2 entry je la. Kalau nak cerita pasal cabaran buat pasport hari tu memang panjang berjela. Tu yang siap buat entry Akhirnyaaa...Berjayaaa! tu....huhu...

To make story short lepas tu pegi Wangsa Maju tapi boleh pulak terlupa isi borang kaji selidik yang dah amik beberapa hari before tu. Dah ler queue panjang giler sampai ke luar. Terus give up nak queue lagi sekali. Time tu jugak baru tau pasport dah nak expired lagi 2 hari.

Lepas2 tu pegi Imigresen Subang tapi dah pindah ke KJ pulak. Dah sampai KJ dapat buat pasport Irfan n papa dia. Tu pun boleh collect lepas 2 hari. Aku punya pasport sebab kes hilang nak kena sign ngan cop Suruhanjaya Sumpah pulak. Berlari2 pulak kitorang cari ofisnya. Dah sampai n dapat cop bayo 5 hengget. Berlari balik ke Imigresen KJ. Kena pulak pegi bahagian siasatan.

Tetiba orang tu cakap pasport aku dah nak expired esok. So baik datang buat esok je sebab kalau dah expired tak payah ikut prosedur pasport hilang!!! pftttttt!!!! Huwaaaaa...Nape la tak ada orang cakap awal2? Penat je ke hulu ke hilir cam orang gila T_T

Last2 pegi Imigresen Wangsa Maju bertapa 2 jam terus dapat pasport...haihhhh...Tak payah nak ada report polis, cop or borang kaji selidik bagai dah. Kalau la ku tahu awal2 betapa senangnya keje. Tapi dah lepas pun kan. So siapa2 yang hilang pasport pasni boleh la refer kat aku je sebab aku dah expert ngan prosedure dia yang macam2 tu...hahaha! Tengokkk...Dah make story short pun still long jugak ni ha...kekeke...


Thursday, September 20, 2012

4 & 5 Syawal - Nyanyi Lagu Raya + Beraya @ Balai Polis

22/08/2012 - Wed

Masih lagi bermarathon update cerita raya. 4 Syawal kami beraya ke rumah mak cik belah aku pulak kat Gombak. Dia tengah demam pun kami datang serang beraya jugak...huhu...Time ni Irfan tengah nyanyi lagu raya. Bersungguh2 pulak tu.


Lagu raya sedih. So kepala pun lentok2 lah :P


And dia suka buat muka pelik yang membuatkan mama dia rasa nak gigit2 je budak kecik ni. Tapi nak peluk cium dia pun susah dah sekarang. Menggelupur nak lari. Pantang betul orang nak peluk cium dia....huhu....

Tak ada gambar pun kat rumah mak cik. Segan aih nak bergambar. Irfan pun bukan dok setempat T_T


Esoknya kami ke balai polis Gombak. Kekononnya nak buat report pasport hilang. Sekali kena pegi balai polis Selayang pulak. Macam2. Tu la dari dulu asal nak buat pasport je liat semacam sebab malas bebenor nak buat report polis ni.

Yang musykilnya selama ni elok je pasport aku dok diam2 dalam laci almari. Tiap kali bukak laci mesti ada. Tapi tak pakai pun since tak ke mana. So peram je la sampai sedar2 time baru lepas kawen tu tengok2 dah tak ada. Kalau tak dah lama lepas ikut parent aku ke Singapore n Bandung hari tu. So putih mata je la tak dapat pegi. Malas pegi balai polis punya pasal...huhu....

Memang leceh la prosedur pasport hilang ni. Tak sesenang nak renew or buat pasport baru. Nak kena ada 2 report pulak tu. Pastu bayar 2 hengget. Dah settle tu baru lega. Tak silap ni la 1st time jejak kaki ke balai polis. Memang tak suka la suasana kat situ walaupun aku bukan buat salah besar pun. Seriously memang tak suka deal ngan orang gomen yang jaga2 kaunter ni. Entah lah either aku yang tak bernasib baik or memang style dorang gitu. Tak berapa nak friendly.


So dah ada report polis esoknya terus la cari imegresen ofis. Tapi sekali lagi tak sesenang yang disangka...huhu...Sambung nanti =)

Wednesday, September 19, 2012

3 Syawal - Beraya Lagi

21/08/2012 - Tues

3 Syawal theme purple pulak. Irfan ngan papa dia still berbaju raya. Mama recyle sudaaa...Ehhh...Tu Papa Irfan silap pakai baju.


Ni baru betul. Boleh pulak tengah2 amik gambar tu aku perasan Papa Irfan dok pakai baju lama. Terus soh pegi tukar. Rugi la kan dah beli baju baru tak pakai.


1st time Irfan ada baju purple nih. Selalu cari tapi tak jumpa sebab asik tak berkenan. Entah camne last minute cari 2 hari before raya tu elok pulak jumpa.


Ni gambar before keluar rumah. Amik gambar sampai lebam. 1 Syawal pun tak beria bergambar camni sebab ramai orang. Segannn ;P




Kami beraya kat rumah mak cik Meor. Jumpa sekali family mertua kat sana yang baru sampai dari JB hari sebelumnya. Habis beraya kat situ terus sambung beraya kat rumah mertua sampai la malam. Sampai lunyai la senang cerita.


Habis cerita 3 Syawal. Memang kena marathon habiskan cerita raya nih. Kebetulan minggu ni tak hectic sangat sebab baby sitter Irfan dah balik lepas bercuti 5 minggu. Semput jugak la kena buat kerja ofis sambil tolong2 jagakan Irfan dari bulan puasa hari tu. Tak sampai hati pulak tengok mak jagakan Irfan ngan sorang lagi cousin dia, Ammar. Ammar pun tak boleh duduk diam. Tapi memang tak boleh kalahkan Irfan yang lasak tu...huhu...

Tuesday, September 18, 2012

2 Syawal

20/08/2012 - Mon

Boleh lagi ke ni nak update pasal cerita raya? Raya ke 2 pulak tu...huhu...Segan pulak baru nak update. Tapi kalau tak update nanti tak best pulak sebab tak ada rekod kat blog. Actually penat berjalan cuti2 4 hari 3 malam hari tu tak habis lagi ni. Tak sabar pulak rasanya nak update pasal tu. Nak tak nak kena habiskan cerita raya dulu T_T

2 Syawal...Kami beraya ke rumah Tok Dah, tok belah Meor kat Damansara. Tu pun kena tanya jugak la kenapa tak datang 1st day raya. Last year 1 Syawal kitorang beraya kat sini. 1st Syawal tahun ni bz ngan adik beradik je. Umah sedara pun tak sempat jalan. Belum balik kampung belah ayah lagi. Hurmmm...kekadang tu naik konfius jugak aku ni. Emm...tak apa la...abaikan...


Kat sini Irfan seronok la berlari sana sini sebab rumah lapang. Orang pun tak ramai. Dapat pulak naik kuda. So nak bagi makan pun kena main kejar2 jugak la.



Next beraya ke rumah makcik Meor kat Hulu Klang. Memang main redah je datang beraya.


Again Irfan berlari sakan kat rumah ni. Jatuh time nak naik tangga. Siap dapat benjol lagi. Actually benjol lama dah nak surut sekali jatuh kena tempat yang sama...Adoiii....Sian sangat kat budak kecik ni. Sekejap je tak ikut dia terus terjatuh. Rasa bersalah sesangat time tu. Dah la kat rumah orang pulak time tu T_T


Sangat jelas dan ketara benjolnya kat situ.


Tapi still boleh senyum n gelak2 lagi. Bukan senang dapat snap gambar ni. Elok2 pulak dia gelak. Kalau tak seboleh2 nak pandang ke lain sambil buat muka stone.


Irfan n papa dia yang sedondon. Baju Irfan tu memang dah lama beli. Tak plan pulak nak buat baju raya. Dah dekat nak raya tu ternampak pulak baju papa dia yang lebih kurang sama je ngan Irfan. Terus rembat sehelai. Mama Irfan recycle baju lama aje la. Baju 5 tahun lepas pakai time konvo =)



Next entry 3rd Syawal pulak ye =)

Wednesday, September 12, 2012

Irfan Dapat Adik Baru Lagi

19/08/2012 - Sun

Sambung cerita raya pertama...Lepas dah beraya sakan kat rumah, kitorang ke HKL pulak melawat Kak Long ngan baby girl dia.


Kitorang yang dah transform. Malas dah nak pakai baju raya. Kat hospital tu meriah je orang melawat ngan berbaju raya. Kalau aku kena dok hospital time2 gitu maunya sayu je hati di pagi raya T_T


Ni la adik baru Irfan. Lepas ni Irfan dah turun saham la. Kalau tak dia la paling glemer. Maklum la yang paling kecik. Sekarang Irfan dah big boy ;)


Kitorang dapat tengok kat depan pintu je. Tu pun Abang Long yang sorongkan bekas baby tu. Cam ada problem sket mula2 lepas tu kena kuning. Terus kena tahan kat wad dalam 2 or 3 hari kot.


Memasing muka khusyuk dengar Kak Long cerita...huhu...Entah bila ayah snap pun tak tau.



Baby tengah sedap tido. Time ni baru keluar dari hospital. Tak tau pun lagi nama baby apa sebab tak confirm lagi time tu. Sampai ke sudah aku tak tau nama sebab lepas tu tak tengok2 dah baby girl yang montel ni ;)


Maka genap la anak sedara ku yang ke 21 merangkap cucu Atok n Mak Tok yang ke 22. Apa yang pasti seramai mana pun cucu Atok ngan Mak Tok dari sulung sampai la yang paling kecik memang semua dapat kasih sayang sama je dari dorang. Kasih sayang yang tak berbelah bagi. Itu apa yang aku nampak la kan. Ada orang yang even ada cucu sorang pun memang buat bolayan aje. Parent aku bukan jenis kau pandai buat anak kau jaga la sendiri...wuwuwu...Tapi aku sedaya upaya cuba tak amik kesempatan dengan kasih sayang dorang tu. Tak nak la sampai menyusahkan dorang pulak kan. Ehhh...dah nak bertolak pegi coti2 ni. Babaiiiii....

Monday, September 10, 2012

Gambar Raya Family Part 2

19/08/2012 - Sun

Sambung tepek gambar raya. Hoiii...Melampau betul kan sampai hari ni tak habis2 lagi update cerita raya. Raya pertama pulak tu :P Time nak amik gambar tu paling kecoh sekali of coz la time nak kumpul semua orang. Tambah2 budak kecik yang 2 orang tu. Kemain tak dok diam kan.


Kesian Atok ngan Mak Tok yang pening. Masing2 macam2 perangai. Snap banyak2 kali tak lama lepas tu dah start buat muka bosan. Memang snap je banyak2. Aku pun tak tau mana yang betul2 jadi. So tepek je la semua. Senang ;)

1st try Irfan tak nak duduk. Nangis2 tak nak dok depan tu. Letak je terus dia lari ke depan. Padahal orang dah standby nak amik gambar dah. Bola pun boleh masuk sekali. Bola terbang lagik :D


Sudahnya Papa Irfan pun kena join sekali. Dia pegang Irfan tinggi2 then dia dok bawah. Aku pun tak terpikir nak buat gitu...Last2 abang ipar aku pun join sekali sebab yang lagi sorang, Ammar pun ngamuk2 tak nak amik gambar.


Lawak giler time ni. Kecoh je memasing. Kitorang yang tukang tengok ni gelakkan aje :P Elok pulak 2 orang budak kecik tu bila dah kena pegang camtu. Boleh pulak dok diam. Yang sengsara orang yang nak pegang tu la :P


Macam tak cukup orang. Jap nak kira. Ok betul tak cukup. Ni 18 orang. Total 21 orang ye...huhu...So tak payah la aku nak introduce kan sorang2 kot. Lenguh. Umur memasing pun ada yang dah lost track. Yang paling besar tahun ni amik UPSR.








Nampak cam lebih kurang sama je semua gambar. Tapi ada je tetiba yang dah tak dok diam. Yang hilang tetiba pun ada :P



Next amik gambar ramai2 1 family. Adik beradik dah. Family memasing dah. Budak2 dah. Now combine semua. Lagi la kecoh. Nak kena main kejar2 Irfan dulu baru dapat tangkap. Tak pasal2 kitorang jadi VIP lambat duduk...haha...Orang dah siap susun dah.


Tengok la budak comot ni tak nak duduk diam. Marah betul kena paksa duduk time dia tengah syok berlari-larian ke sana sini...huhu...


Memang pujuk pun dah tak jalan time ni. Sabo je la kan...



Sudahnya transfer ke belakang kat papa dia. Elok la tu dok ngan boyz kat belakang.




Family besar kami. Tak termasuk wife Abang Long n new born baby la kan. Hujung tahun ni tambah ahli baru lagi ;) Agak senang la nak snap banyak2 kali pun sebab abang aku just guna remote. So nak snap tu dia dok situ n tekan remote aje. Kalau tak jenuh jugak la nak ulang alik pegi kat kamera kan.


Memang malas betul nak tapis gambar2 ni. So upload je la semua k.





Sudah habis cerita bergambar2 di hari raya. Tapi belum habis cerita raya pertama lagi ni...wuwuwu...Entah bila mau sambung pun tak tau la T_T