Kan hari tu aku ada cakap nak pegi spa coz my SIL nak sponsor kan. Right before the wedding aku pun pegi ngan adik aku. Memang esok nak kawen petang tu baru nak pegi okay. Siap sesat2 lagi. Dah agak lama tak sampai Putrajaya. Kua pukul 2 sampai dalam 3 lebih.
Sampai2 je dah disambut ngan staff kat situ. Memang my SIL dah buatkan appointment siap2. Dia memang tengah tunggu aku datang. Masuk2 tu dia cite la dalam pakej tu ada treatment apa. My SIL dah pilihkan treatment for aku. Just aku buang tambah sket mana yang aku rasa malas nak buat.
Ohh kat depan tu aku nampak segala tok nenek mekap sume ada. Dorang dapat supply from Farmasi. Ntah ok ke tak. Tapi aku kalau dah nampak mekap banyak2 juling je mata.
Staff yang layan aku tu pun memang very da friendly. Tak tau la sebab dia tau aku ni adik ipar bos dia or memang dia dah originally friendly kan. Mula2 dia soh rendam kaki dalam air suam kat machine ni. Cam geli2 sket. Siap ada bunga2 lagi. Pastu dilap2nya kaki aku.
Depan tu ada la katil tempat nak buat body treatment. But aku buat kat bilik lain.
Masuk2 je bilik kena dok dalam beg kain. Buat sauna. 1st time nih bersauna2. Memang panas tak hengat. Dah la kat lua pun dah panas. Agak2 baru nak rasa aircond dah kena berpeluh. Tap tap tap tap menitik2 peluh dalam tu. Aku dok doa2 cepat la habis masa. Gamba tak clear coz gelap plus pakai camera hp saje. Tapi kan serius pasni aku tak nak masuk dalam mende tu dah.
Dah habis sauna tu kena landing atas katil sebab dia nak scrub2 satu badan. Memang serius satu badan. Time ni la kegelian mula melanda. Terlipat2 jugak la nak tahan geli. Waaaa tak suke nya datang spa. It's so not me lar going to spa. I'm not spa type person. Pastu rasa terdedah sana sini. Geli geli mat mattt...
Abis je menyental badan aku dia soh mandi bunga dalam bath tab. Yang ni sangat syok coz boleh mandi sendiri dalam bath tab yang penuh ngan bunga2an yang wangi mangi. Rasa cam tuan puteri jek. I loike!
Habis mandi siap2 pastu buat hair treatment. Sedap je kepala kena urut2 sambil baca2 mag. Heaven! Ohh sila abaikan mataku yang juling tu. Ada gamba yang ok but tak dapat approval from Myo nak letak sini :P
Habis je hair treatment sambung buat manicure n padicure pulak. Sorang buat manicure sorang lagi buat padicure. Huhh serius rasa cam tuan puteri time ni. Time ni dah nak dekat pukul 8 mlm. Tetiba ada orang kol. Rupa2 nya aku ada appointment ngan orang pakai inai malam tu pukul 8. Haihhh. Since aku nak balik pun dah amik masa sejam, aku pun mintak la dia datang lambat sket. Skali dia cakap nak datang kul 12.30 pagi daaa. Hamikkk. Pepagi buta. Aku pun ok kan je la since time tu je yang dia free.
Habis je kilat2 kuku terus kol adik soh amik. Start pukul 3.30 pm sampai 8pm baru habis treatment. Gila lama aku bertapa kat spa tu. Ohhh balik2 tu kuku aku shining2 tak ingat punyer. Agak jakun sebab tak penah buat manicure n padicure jugak :P
Dah....habis dah cite spa aku. Overall ok la coz aku ni memang tak minat sangat pegi spa. Tambah2 bila tak ada geng. Ok boleh plak lupa bagitau nama spa. Spa Suria Embun. Kot ada sape2 yang lalu dekat2 situ nak singgah ke kan. Tak pun saje nak tengok2 website dorang ;) http://www.suriaembun.com/ . Family aku memang ramai yang buat bisnes. Just aku je yang malas nak promote. Kalau rajin nak cite boleh la sekali harung.
Tak silap aku hari tu amik Suria Mempelai package (bridal package) Dalam pakej tu ada:
- foot massage (aku tak nak coz nanti geli2...hehehe)
- tangas (tak nak jugak)
- body scrub
- milk + flower bath
- hair & scalp treatment
- facial (tak buat sebab esok nya dah nak nikah...takut muka jadi merah2)
- manicure+pedicure (add RM50)
So total kalo refer kat website tu ada la dalam RM285. But aku balik lenggang kangkung mak limah je sambil bawak banner+bunting aku. Hehehe....Also sponsored by my bro n SIL :) Next nak cite pasal hasil inai yang dipakai pepagi buta ;)
No comments:
Post a Comment