nuffnang

Tuesday, July 13, 2010

Sejarah @ Ikea

Bila cerita pasal Ikea teringat dulu zaman2 study selalu dengar pasal Ikea tapi tak penah jejak kaki pun kat sini. Dah keje baru pegi tu pun semata2 nak datang makan kat atas tu. Sambil2 tu cuci mata tengok2 barang. Menu biasa of coz la spagetti ngan meatball. Lama2 dah bosan asal datang je mesti nak cari menu manager's special yang ada nasik2. Tu je motif datang ikea.

Aku tak paham nape orang suka sangat datang beli barang kat sini sebab aku sendiri pun tak de idea nak beli apa. Barang2 nya memang la menarik tapi still tak tau nak beli apa. So hari tu 1st time lepas kawen ni aku pegi ikea balik nak pegi makan. Tapi kecewa coz manager's special tak de nasik :(

Kebetulan time kitorang datang...Ikea start sale hari tu. Sampai 1 Aug nanti kot. So cuci2 la mata. Ada la nampak a few things yang berkenan. So sejarahnya aku 1st time beli barang kat Ikea nih :P Datang dah bape puloh kali tapi ni baru 1st time nak beli something. Sian kan. Huhuhu...

Tak de la beli apa sangat pun. Saje je gedik2 nak try beli. Angkut mana yang tengah sale je.

Ni la hasil rembatan. Tak boleh dok lama2. Kang banyak plak nak capai. Actually main mission nak cari penimbang berat. Dah lama nak cari kat Ikea since before kawen lagi tapi tak jumpa2. At last jumpa yang murah. Sukerr. Senang nak timbang berat aku kot2 naik or berat Myo kot2 turun :P Tu pun mission before kawen. And akan bersambung pas kawen nih... :)

Aku hutang cite kawen. Gambar nikah dah upload! Sok if ada masa kat ofis boleh la update :)

3 comments:

is-nanie said...

"Senang nak timbang berat aku kot2 naik or berat Myo kot2 turun :P "
lol.. hahahaha~

Nurul Husna said...

hihi. jumpe tak lampu tu? :P

cuna said...

Is: Hehehe...Betul la is. kitorang kan kontra. tengah dok try nak balance kan. huhuhu

Nurul: Tak pasan la plak. Lagipun lampu dah ade dah pun. Tinggal nak pasang je. Wahahaha eksyen betol!