nuffnang

Thursday, March 31, 2011

Menu Masa Berpantang

Dah nak abis pantang ni baru la nak buat entry ni kan. Dok set dalam kepala je tapi tak ada masa nak update kat blog. Well, orang dah ada anak kan. Gini la. Bukan macam dulu boleh nak update blog hari2 ;)

Time berpantang part yang paling tak best of coz la part makan. Nasibla time preggy dulu dah puas makan macam2. So bila time berpantang tak ada la kempunan or nak ngidam macam2 sangat. Kalau ada pun orang tak koser nak layan kot...huhuhu...Time preggy boleh la nak manja2 request macam2. Tu la untungnya ibu mengandung ;) Time pantang kalau aku nampak orang makan sedap2 pun pasrah je la kan T_T

1st day lepas bersalin memang aku tak makan lauk2 yang Naluri kasi. Tunggu mak aku bawak kan makanan. Lagipun aku dah biasa tengok lauk2 orang pantang time akak aku berpantang dulu. Memang kirim salam la nak makan yang sedap2.

Mak aku bawak nasi kosong yang kering kontang tak ada kuah ngan ikan haruan bakar. Tu je. Kalau bagi aku makan time peknen dulu memang aku pandang je la. Tapi dah lepas bersalin tu hadap kat aku makanan macam tu pun aku selera. Dari pagi sampai petang kot tak makan. Pukul 5 baru dapat makan.

2nd day still lagi kat Naluri. Kali ni mak aku upgrade sikit bawak sup. Kalau mak aku dulu memang makan je la nasi kering ngan ikan goreng sampai abis pantang. Aku je yang tak tahan...huhuhu...Orang dulu2 pantang kan memang strict. Kalau boleh apa2 yang berkuah memang kena letak tepi. Air masak pun tak boleh minum banyak2. Takut nanti urat2 kembang. Tambah2 baru2 lepas beranak tu.

Seminggu lebih jugak la aku ngadap lauk ikan haruan ngan sup ni. Ikan haruan mak aku cakap untuk sembuhkan luka2 luar n dalam. Luka di hati je tak boleh nak sembuhkan...hiks! Sebab tu la awal2 bersalin tu ikan ni je yang mak aku kasi makan. Nak makan pati ikan haruan lagi la tak lalu kot.


Lepas seminggu ada appoinment kat Naluri lagi. Time jumpa doc dia cakap jangan berpantang sangat. Takut nanti tak cukup vitamin dalam badan. Nak kena ada vitamin C nak sembuhkan luka. Dia suruh makan banyak sayur2 hijau ngan buah2.

Apa lagi aku pun laju je bagitau mak aku. Esoknya mak aku masak brocolli campur carrot. Dua2 sayur yang aku selalu asing2kan kalau jumpa dalam makanan aku :P Tapi time pantang ni tidak lagi. Sedap ohhh tetiba dapat makan sayur. Bertambah selera haku ;)


Kadang2 makan lobak putih jugak...Sume sedap je kat tekak aku...Makan nasi sepinggan penuh memang tak pernah tak licin la senang cerita :P


So ni la lauk lepas masuk minggu ke 2. Tahan seminggu je lepas tu selera dah kurang T_T


The following week mak aku masak sawi pulak ngan tempe goreng. Ikan pun dah tukar ngan ikan selar. Nyum nyum....Ohhh aku memang sangatla tak suka sawi. Sayur lain ok je. Sawi je sayur hijau yang paling susah nak telan. Again time pantang tetiba sawi tu jadi sedap yang amat...hahaha....


So kuah aku sampai ke sudah sup je tak tukar2. Ok la kan dari makan nasi kering...huhuhu...


Kadang2 dapat la makan bawal putih goreng. Tu la ikan yang paling sedap kot. Mahal pun mahal....Kadang2 ada la selit2 ikan tenggiri or ikan senangin. Semua pun goreng biasa je. Tu je la lauk aku. Rotate2 yang tu jugak.


Nak hujung2 pantang mak aku upgrade lagi ngan ikan bilis campur bawang goreng. Tu je la pembuka selera kot lepas dah sebulan makan rotate2 lauk sama. At least dapat la aku bertahan sampai abis pantang. So tu je la menu yang aku kena hadap sampai la minggu depan. Tak sabarnya nak tunggu...huhuhu....Kira ok la kot kena bertahan 44 hari control dari makan yang sedap2. Nasib baik upgrade sikit2. Kalau 1st day dah hadap makan yang sedap2...sampai separuh jalan tak lalu dah kot :P


Lepas makan nasi dapat la makan oren sunkist. Heaven je rasa dapat makan. Tu pun berani makan sebab doc suruh. Kalau tak aku pun tak berani makan takut tajam. Makan pun 2 or 3 slice je. Tak bole banyak2.


Selalu makan epal je. 2 buah ni je yang doc sebut. So 2 jenis ni je la aku berani makan ;) Kalau ikutkan style mak aku berpantang memang no buah2 dah. Sebab tu la mak aku sihat sampai sekarang kot. Badan pun maintain. Pantang memang strict woooo....Tak macam aku :P


Menu minum pagi, petang ngan malam memang makan biskut lutut ni je la. Geli2 tak nama dia? Aku dah tak rasa pape sebab memang kat rumah dah biasa panggil nama tu. Tak tau la orang lain panggil apa. Ni je la yang aku makan in between sementara nak makan nasi tu n before tido. Biskut ni cicah ngan milo panas. Habis sedap la tu kot :P Air memang aku minum air kosong ngan air milo sampai la sekarang. 3 hari lepas je aku berani nak minum air nescafe separuh cawan :P


Makan pun tak boleh nak main redah je time pantang ni. Silap haribulan mau nya sakit balik. Especially time awal2 lepas deliver tu. Luka pun dok pedih2 lagi. Perut pun tengah sengkak. Yang penting kena jauhkan makanan yang sejuk2 or boleh nyebabkan gatal cam telur or seafood.

Macam aku ni memang lansung tak makan mende pedas or panas macam halia, lada hitam or jamu2 semua sampai la sekarang sebab Irfan tak baik kuning lagi. Takut melarat. Harapkan telan vitamin B kompleks ngn asik folik yang aku makan time preggy dulu je. Tu pun nurse yang suruh.

Jamu pun aku tak berani nak amik. Setakat apply yang luaran je macam mandi air akar kayu n untuk luka2 pakai air manjakani. Dalam seminggu lebih macam tu dah ok. Kalau tak dok pun senget2...jalan pun terkepit2....huhuhu...Uhhh still boleh terbayang2 kepedihannya T_T Sekarang alhamdulillah semua dah ok. Just tunggu masa je nak merdeka nih...hehehe...

Monday, March 28, 2011

Kisah Jaundice

Alhamdulillah hari tu pegi cek darah Irfan kat KK Selayang Baru...kuning dia dah turun sikit. Dah 11.6. Normal 10. Tapi still kena refer ke Hospital Selayang buat kali kedua nye sebab kuning Irfan tak hilang2 even dah sebulan. Pegi Hospital Selayang doc cakap ok la kuning dia dah kurang. Teruskan je BF...huhuhu...jawapan cliche dari aritu. Dia suruh datang lagi 3 minggu. Time tu aku pun dah abis pantang.

Nurse suruh bagi susu kerap2 selang sejam. Aku pun siang malam la dok BF Irfan. Siang2 paling mencabar nk bagi sebab time tu la dia sedap tido. Susah giler nak kejut. Buat la bising macam mana pun dia tak heran. Siap basah2kan muka dia lagi. Kadang2 meleleh jugak air mata ni time nak kejut Irfan. Kadang2 dekat setengah jam jugak nak kejut dia. Sedih sebab tengok dia cam tu. Memang la dia tido nyenyak. Tapi sebenarnya dia lapar. Disebabkan jaundice la dia nak tido je. Sebab badan jadi lemah.

So siang memang kena stand by takut terlepas time minum dia. Ada gap sejam tu la aku nak buat hal aku nak pegi toilet ke, makan ke or mandi. Kalau nak tido pun kejap2. Tu baru selang sejam. Belum in between tu tetiba dia terjaga n nak susu lagi. Kalau malam memang pukul 2 lebih baru dapat tido. Pukul 3.30 pagi automatik memang Irfan akan nanges nak susu n time tu aku akan marathon BF sampai pukul 6 pagi. Memang tak sempat tido sebab tak sampai setengah jam dia nak minum susu. Time tu la aku bagi susu sampai tersengguk2. Ngantuk tok sah cakap la kan. Ngan awal2 tu sakit tak baik2 lagi. 3 minggu jugak la macam tu sampai tak larat. Last2 terpaksa campur2 bagi BF ngan formula milk. Tewas di situ sebab dah tak tahan :(

Kitorang tau Irfan kena jaundice pun time hari ke 4. Time tu nurse yang datang umah cakap dah start nampak kuning2 kat muka dia. Sibuk la suruh jemur pagi2. Lepas tu 3 or 4 kali jugak la papa n atuknya gilir2 jemur Irfan. Naik2 aku tengok anak aku tu dah macam udang bakar...huhuhu...

Minggu depannya datang pulak nurse lain cek Irfan cakap jangan jemur pulak. Kononnya zaman sekarang ni tak sesuai dah nak jemur2. Siap suruh aku BF campur bagi formula milk bagi baby cepat ilang kuning. Sorang lagi cakap bagi susu selang 15 minit. Gilo ke hapo? Selang sejam pun aku dah tak larat. Ini kan 15 minit. Mau aku yang pengsan kang. Tapi mostly memang akan cakap BF kerap2 sampai naik nyampah pulak aku dengar. Bukannya sebab apa. Sebab aku dah BF sampai rasa nak demam kot. Cara orang cakap kat aku macam aku dok goyang kaki tak BF anak aku T_T

Masa Irfan 5 hari pegi cek terus kat bhgn emergency kat Hospital Selayang sebab time tu weekend. Tinggi jugak kuning time tu tapi tak ada la sampai level kena warded. Sipi2 camtu. 13 or 14 something. Warded 15 kalau tak silap.

Lepas tu hampir hari2 jugak la berulang ke KK cek bacaan tu naik ke tak. Tiap kali cek mesti naik. Tapi tak kena warded sebab bila baby makin besar max level kena warded pun akan naik. Kira macam bila dah makin besar antibodi pun jadi kuat nak lawan penyakit tu. Gitu la kot. So gigih la aku hari2 BF Irfan sebab takut dia kena warded. Tapi tak turun2 jugak kuningnya. Just dapat maintain kan dari kena warded je...

Selain BF apa2 petua yang orang cakap boleh ilangkan kuning aku buat. Jemur dah, bagi minum air zam2 dah, mandi air herba cina dah, kasi minum susu kambing pun dah. Aku pun ada minum air glucose. Even kitorang selagi boleh jauhkan mende2 yang berwarna kuning, oren or hijau dari Irfan. Baju, cadar apa sume tak boleh pakai color tu. Nurse cakap boleh turun kuning kat baby nanti. Cam refleks gitu...huhuhu...pelik kan? Aku ikutkan je la. Mandi air inai tak buat sebab tak tau nak cari daun inai katne. Minum air sengkuang pun tak sempat nak buat sebab mak aku bz sangat tak sempat nak cari kan. Tu la sume2 petua yang orang bagitau. Hampir sume dah try. Yang penting kami dah berusaha...

Sekarang aku still gigih BF. Kadang2 ada la selit2 kasi formula milk kalo dh tak larat sangat. Tu pun kasi sekali or 2 kali je sehari. Kadang tak kasi lansung. So far aku tak ada chance lagi nak pam susu buat stok sebab Irfan dah tolong pamkan dulu dah :P Susu pulak tak boleh bagi lambat2. Every hour kena bagi. Lambat2 je mula la rasa sakit semacam. Aku dah pernah rasa bengkak susu. Sangat sakit. Lagi sakit dari sakit contraction kot....huhuhu..Tapi lepas dah tuam ngan kain yg dah direndam ngan air panas lama2 baru ok...

Irfan pun memang kerap kencing n yak yak. Lagi banyak lagi bagus sebab boleh keluarkan kuning2 dalam badan dia tu. Diapers Huggies aku beli 2 pek tak sampai sebulan dah abis kot. Memang banyak kali tukar sampai kadang2 sehari lebih 10x tukar...huhuhu...Wet tissue yang 100 helai sebungkus pun dh abis semua 4 bungkus dah. Rugi tak borong banyak2 time warehouse sale hari tu.

Tu je la kisah jaundice nya. Dah macam essay dah ni kot. Panjang berjela. Disebabkan jaundice la BF journey aku jadi lebih mencabar. Nanti bila kuning Irfan dah clear baru la boleh nak BF ngan aman damai...huhuhu


To Irfan...cepat2 sembuh ye syg...mama n papa luv u sooo muchhhh....mmmmuahhh!

p/s: Semalam dah genap 34 hari aku berpantang. Another 10 days to go! =)

Friday, March 25, 2011

Rindu Nak Shopping

Hari ni gaji bulan mac dah masuk! Sukernya aku bila tengok amount dalam account. Bukan la selama ni tak suka. Kali ni sukanya lain macam. Ye la kan. Sebulan dah aku tak pegi keje lepas tu duit masuk. Annual leave pun tak jalan. Masyukkk! Time maternity leave je la nak merasa gini kan. Nak suruh aku beranak lagi? Bawak2 la bersabar ye kawan2 ;) Nurse pun suggest kan ada jarak at least 2 tahun kalau nak peknen lagi. Lagipun morning sickness aku teruk hari tu. Plus time peknen pun ada problem tak cukup darah merah. So for now just focus nak besarkan si Irfan ni je dulu. Nanti2 kalau ada rezeki boleh la kasi Irfan adik.

Owhhh...bulan ni sebab dok diam2 kat umah aku adalah lansung tak menyopping. Tapi aku adalah 'terbeli' mekap thru online. Geram sangat dah kot :P Nanti bila dah dapat barangnya aku tepek la kat sini. Lepas ni aku pencen la kejap beli mekap sebab nak simpan duit beli barang2 for Irfan je. Kata dah ada anak. Tak boleh la pikir pasal nak beli barang sendiri je kan. Agak2 korang boleh caye tak? :P

Yang aku tau gaji bulan ni maybe akan banyak spend kat makanan....hohoho...awal2 tak kesah lagi makan tak sedap pon...dah nak ujung2 pantang ni mula la pikir nak makan macam2. Aku dah siap list ni nak makan apa ni...hahaha...

Tuesday, March 22, 2011

Irfan is Already 1 Month Old!

Hari ni dah genap sebulan Irfan lahir ke dunia. So kitorang pegi celebrate birthday Irfan yang ke sebulan ni ngan pegi KK....huhuhu...Nervous plak tetiba nak pegi KK ngan baby. Kalau tak aku je yang ulang alik pegi sorang2. Excited pun ada jugak sebab dah 3 minggu aku terperap kat bilik kat atas tu tak keluar2. Seminggu lepas deliver ada keluar pegi Naluri nak cek jahitan. Lepas tu lansung tak pegi mana. Seronok kot nak keluar tengok dunia. Before keluar bagi Irfan minum kenyang2. Risau kot2 dia ngamuk kat KK. Jenuh aku nak BF kat situ. Tak konfiden lagi kot nak BF kat public even kat situ ada bilik nak nyusu.


Lepas mandi siap nyusu semua terus anak aku ni tido. Aku turun bawah je dah rasa lain. Dapat naik kereta pun rasa best semacam...hahaha...giler jakun dah kan. Sampai KK terus amik nombor. Sistem kat situ pun dah tukar2. Bilik pun dah tukar. Baru berapa bulan banyak pulak yang dorang dah upgrade. Huru hara jugak la aku tak tau nak hala. Kalau tak setakat KK tu naik hafal dah aku. Cam umah kedua dah...hohoho...


Mula2 datang buat urine test aku n timbang berat. Tak turun pun since aku timbang lepas deliver hari tu. Then timbang n ukur panjang Irfan. Irfan dah 3.8 kg. Naik la 0.85 kg dari lahir dulu. Patut la lenguh je tangan aku kalau BF Irfan lelama T_T Part yang saspen bila nak timbang la sebab nak kena bukak semua2 termasuk diapers dia. Risau ohh kot2 nanti dia pancut kat situ. Tapi Irfan sangat behave okeh. Relax je tido. Kerut2 sikit je sebab sejuk kitorang bukak baju dia :P


Lepas timbang, masuk bilik lain pulak cek blook pressure aku. Pastu mintak refer letter nak cek level kuning Irfan. Boleh pulak mesin kat situ rosak. Jap lagi nak kena pegi KK Selayang Baru pulak cucuk kat situ. Risau jugak takut kuning dia tak turun2 lagi :(
Lepas masuk bilik tu kena pegi bilik lain pulak nak tunggu turn nak cucuk Hepatitis B.


Dan sampai ke sudah Irfan adalah tido ngan nyenyaknya even ada budak menangis kuat giler kat telinga dia. Dekat 2 jam jugak la kat KK tu.


Masuk je dalam nurse suruh kejut Irfan. Dia bukak mata sket je pastu tido balik...huhuhu...Sekali nurse cucuk kat peha dia menjerit la budak kecik tu. Aku tengok pun seriau. Giler dalam nurse tu masukkan jarum. Ni 1st time aku tengok Irfan kena cucuk. Kalau tak time nak amik darah cek kuning memang Myo je yang pegi. Kalau aku pegi ada yang meleleh air mata kang T_T


Yang kelakarnya lepas nurse cabut je jarum terus Irfan diam. Sempat lagi sambung balik tido macam tak ada pape yang jadi :D Lagi sekali nurse letak tape kat kapas kat peha dia dia ngamuk balik. Pastu diam kejap...huhuhu....

Dah balik umah baru la aku dapat isi perut. Giler lapar dari pagi tak makan pape. Dah dok bawah tengok mende makan yang best2 geram je. Selama ni Myo cakap2 je kalau kat bawah makan apa. Aku boleh la tahan lagi. Ni kalau nampak depan mata rasa meronta2 nak makan. Macam2 makanan dah terbayang dalam kepala ni....hohoho...sabar2...lagi 14 hari ni :)

Monday, March 21, 2011

Cabaran BF

Breastfeeding a.k.a BF....Nak cerita pasal experience aku since 1st day start BF sampai la ke hari ni. Actually siapa2 pun boleh cakap nak BF after deliver. Tapi kalau setakat cakap lepas tu tak buat pun tak guna jugak kan. Bukan nak cakap pasal orang lain pun. Ni aku cakap pasal diri sendiri coz aku hampir2 give up jugak la nak BF awal2 hari tu.

Bukan senang ohhh rupanya nak BF. Memang betul2 kena ada keazaman yang tinggi. Aku pun tau tak ada la senang mana nak BF ni. Even mak aku pun dah cakap awal2 kalo mula2 nak start BF memang perit. Sampai tahap rasa nak lepuk je kepala baby sendiri sebab sakit sangat. Memang la kita tak kan sampai hati kan nak buat camtu. Just nak describe keperitannya je. And lepas dah rasa sendiri baru aku paham camne sakitnya T_T Tak tau la ibu2 lain macam mana kan.

1st day baby lahir aku dah try BF tapi tak berapa nak berjaya sebab 1st day tu memang aku tak nampak lansung baby bukak mata. Tido je. Lepas tu rasa macam susu tak ada lagi. Tak reti nak bagi camne pun ada even mak aku dah guide time tu...huhuhu...Ngan duduk or baring pun tak berapa nak selesa lagi sebab time tu baru sangat lepas bersalin. Still lemah2. Perut pun still terasa merengat.

Nampak cam senang je kan nak BF. Lagipun aku bukannya tak pernah baca or dengar talk pasal BF ni. Tapi time tengok demo pun nurse pakai patung. Memang nampak senang. Sekali bila ngan baby sendiri rasa kekok giler. Baby pun time baru lahir bukan boleh nampak terus. So kita la yang nak kena adjust sendiri so baby dapat hisap ngan betul.

2nd day aku gigih2 jugak try BF lagi. Kali ni agak berjaya n dah nampak kolastrum dah start keluar. Still tak berapa reti n kadang2 Myo tolong sekali. Bersilat2 jugak la kitorang 3 beranak time tu...hehehe...Gigih ni nak BF. Tu pun terpaksa bagi baring. Sakit tak yah cakap la. Meleleh jugak la air mata. Rasa macam kena gigit2 je. Padahal baby bukan ada gigi lagi pun. 1st n 2nd week BF tu boleh kata still in learning process jugak la. Even sakit2 pun still teruskan bagi sampai luka2 n merekah jugak ler T_T

Sekarang nak cakap terer pun tak jugak. Tapi better la kan dari awal2 dulu. Still sakit tapi tahan je la kan. Tak sanggup kalau tengok Irfan nanges nak susu. Nak tak nak kena la letak tepi rasa sakit tu. Kesian betul tengok anak aku ni kalau lapar. Nak bagi susu tepung macam kena pikir banyak kali. Bukannya apa....kadang2 agak tak larat jugak la nak marathon bagi susu kat Irfan since dia kena jaundice. Nanti la aku buat entry lain pasal jaundice pulak. Entry pasal BF ni je pun dah berjela aku type sket2.

Since aku pun kena BF Irfan ngan sangat kerap sebab nak bagi dia kencing ngan yak yak banyak2 untuk buangkan kuning dia, nurse siap recommend suruh beli Medela breastpump thru dia. Boleh dapat harga staf katanya. Dia suruh pakai pump so that dapat tambahkan lagi penghasilan susu. Lagipun boleh buat stok sebab nak kena bagi susu sebanyak yang mungkin. Last2 Myo je yang belikan tapi beli Spectra3. Memang aku dah wusha dah jenis ni time tengah preggy lagi. Tapi ingat nak beli dekat2 nak start kerja. Dah nurse cakap kena pakai dah kitorang pun beli je la.


Beli sekali ngan storage bottle ni. Preparation utk nak kerja nanti buat stok susu.


1st time pump berjaya la dapat 2oz. Lepas tu nak dapatkan 1oz pun bercinta sebab Irfan dah tolong pamkan dulu dah :P Dok BF dia je bila masanya nak pam kan. Even sakit2 pun baik la bagi Irfan minum. Kalau tak bagi lagi la sakit sebab nanti bengkak. Pam pun rasa macam tak habis sakit. Lagipun bila tengok muka Irfan yang kekenyangan lepas BF tu rasa macam senang betul hati ni ;) Alhamdulillah so far aku tak ada masalah bab2 susu ni. Kadang2 rasa macam dah jadi kilang susu pulak.


Lagi satu best time BF aku boleh pot pet ngan Irfan sambil gosok2 tangan n kaki dia. Usap2 rambut dia....huhuhu...suka2....lepas tu time2 tengah menyusu pun dia sempat senyum sorang2 lagi....Saje bikin aku geram kan :P Tak sabar nak tunggu dia boleh nampak, senyum or gelak2. Sekarang ni mata je bukak tapi still tak boleh nampak. Kalau senyum pun cam tetiba je. Tido pun sempat senyum2 dulu ;)

Sampai sekarang ni pun aku still sakit2 lagi kalau Irfan nyusu kerap sangat. Tak ada la sampai2 luka2 dah. Kalau luka boleh sapu susu je kat tempat luka. Ni sakit macam berdenyut2 or melecet gitu. Makin besar makin banyak la dia nyusu kan. Tu yang asik nak bergayut je :P Dah nak masuk sebulan dah pun. Tak tau la whether Irfan yang kuat menyusu or aku ni ha yang tak tahan sakit. Tu apa yang aku rasa la kan. Ibu2 lain tak tau la camne. Sakit ke tak aku kena la jugak biasakan diri. Maybe lama2 nanti ok la kot. Lagipun memang BF ni banyak sangat faedahnya kat baby n diri aku sendiri. Sementara ni satu je aku dapat cakap kat diri sendiri "GANBATTE CUNA!" (^_^)

Harap2 Irfan tak mensia-siakankan lah pengorbanan mama nya nih. Hopefully besar nanti dia jadi seorang anak yang soleh...selalu dengar cakap mama n papanya...Amin...

Thursday, March 17, 2011

My Conditions After Delivery

Kali ni nak share conditions aku lepas bersalin ni. Ada yang best ada yang best. Tapi adat la kan orang baru lepas beranak. 1st time pulak tu. Baru nak adjust mana2 yang patut ;)

Kaki dah tak bengkak - Lepas je keluar labour room n masuk bilik aku terus belek2 kaki sendiri. Langsung dah tak bengkak. Lagi kurus dari before preggy aku rasa. Tak tau la kot tu perasaan aku je kan sebab dah lama tak tengok kaki yang asal...huhu...tapi serius time 8 bulan preggy tu kaki aku memang bengkak. Kasut pun kena beli 2 saiz yang lagi besar dari saiz yang biasa aku pakai. Bukan sebab kaki aku dah panjang. Tapi dah terlampau bengkak sampai muat sarung separuh jalan je, tak boleh sarung habis T_T Hari tu risau jugak bila kaki bengkak takut kena darah tinggi. Tapi alhamdulillah tak ada pape :) Jari tangan pun dah tak kembang dah. Hari tu lepas 8 bulan jugak abis cincin semua tak muat. Selain sakit bengkak n cramp aku akan tetap merindui kegemukan jari kaki n tangan ku...terasa diriku begitu cumil...ahaks!

Berat dah turun - Balik2 rumah hari tu aku dah cari penimbang. Berat aku sampai hujung2 pregnancy tu sume2 naik 16kg. Lepas je deliver dah turun 10kg. Berat aku sekarang dah up 6 kg dari berat aku before preggy hari tu. Tak tau la kot turun lagi lepas ni ke tak. Tapi aku ok je ngan berat sekarang. Susah tu nak dapat. Tu one of the reason nape aku excited sangat nak pregnant. Boleh gain weight yang aku tak pernah2 dapat. Dah bosan kot orang asik cakap aku kurus je. Time preggy je aku aman kejap tak ada orang nak komen2....hihihi....

Perut dah tak bulat - Lepas2 je bersalin perut terus tak bulat dah. But still not as normal la kan. Sebab tu la kena berpantang, berubat, berbengkung segala. But still akan rindu jugak bawak baby dalam perut walaupun kadang2 terasa macam mama penguin or mama bear :P Paling best bila orang lain treat aku macam orang dewasa. Kalau tak rasa macam diri ini macam budak2 je T_T

Super duper bz - Mana ada orang dapat anak boleh goyang2 kaki kan. Tu la cabarannya lepas dah ada anak. Kena la ready mentally n physically la kot. Tambah2 yang dah berazam nak BF cam aku ni. Irfan pulak kena jaundice. Lagi la kena BF kerap2 sebab susu ibu je yang boleh kurangkan or hilangkan kuning tu. Nanti la aku buat entry pasal BF pulak...

Tak cukup tido - Aku kena curi2 tido time Irfan tido sebab nak kena BF dia selang sejam. Tu pun kadang2 tak boleh tido lelap takut terbabas time dia minum susu tu. Nak kena kejut2 dia dulu. Baby yang kena kuning memang akan tido je even dia lapar. So harus la kasi gegar bagi dia bangun. Malam pulak mata dia bulat. Time tu la marathon bagi susu sampai tersengguk2....huhuhu....

Happy - Aku happy! Siapa la tak happy tengok anak depan mata kan. Dulu cakap2 ngan perut sendiri je even kadang2 tu rasa pelik :P Sekarang sambil BF pun boleh cakap2 ngan Irfan. Peluk cium. Boleh tengok dia puas2. Geram betul bila tengok dia buat muka time tido. Rasa nak gigit2 je....hehehe....Tak sangka budak kecik depan mata aku ni la yang dok tendang2 kat dalam perut aku selama ni :)

Banyak makan - Ye aku sangat banyak makan walaupun lauk time pantang balik2 rotate yang tu jugak...huhuhu....Sekali makan sepinggan penuh jugak la. Kalau tak aku ni jenis makan sikit2 tapi banyak kali. Saat2 yang paling aku tunggu adalah time lunch ngan dinner sebab tak sabar nak makan nasi. Nanti aku buat entry pasal menu pantang aku....Banyak bebenor nak story nih

Suka minum air panas or air suam - Ni memang tak terjadi sebelum aku bersalin. Aku memang sangat liat nak minum air panas or air suam. Pepagi nak habiskan air milo suku cawan pun bercinta. Susu Anmum lepas masuk fridge baru la dapat habiskan. Sekarang ni dapat milo panas 1 mug laju je aku minum. Dulu nak makan ubat pun cukup2 je air suam nak telan ubat. Sekarang lepas BF je aku akan cari air masak segelas. Kadang2 tak sempat nak tunggu abis BF pun. Time tengah2 BF tu jugak aku mintak tolong Myo or mak aku tolong amikkan air....huhuhu....Memang cepat haus time BF

Tu je la antara latest conditions aku yang dapat dipikirkan buat masa ni....Dah lama dok dalam draft entry ni tak siap2 :P

p/s: Hari ni dah masuk 24 hari aku berpantang. Another 20 days to go. Half way dah nih. Sibuk je nak countdown2 kan. Bosan kot terperap lama2 dalam umah ni. Mau tengok dunia pulak ;)

Tuesday, March 15, 2011

Today Is The Day

Curi2 update blog kejap sementara Irfan tengah tido :P Kalau ikutkan due date yang betul2 patutnya aku bersalin hari ni 15 Mac 2011. Tapi Irfan nak jugak besday dekat2 ngan mama dia. Nak buat camne kan...hiks! Alhamdulillah hari ni Irfan dah 22 hari. Best jugak baby keluar awal2 ni. Tak ada la saspen sangat dok menghitung hari nak deliver. Tau2 dah nak terberanak. Tak sempat nak takut2 sangat....huhuhu....


Berat Irfan sekarang dah 3.7 kg! Hari tu time keluar 2.95kg. Aku pun tak caye sebab hari2 tengok cam sama je. Bayangkan lah kalau aku nak beranak kan budak kecik ni hari ni. Yang 2.95 kg pun dah sesak napas kot T_T

Tau berat Irfan pun sebab petang tadi Myo n mak aku bawak Irfan pegi Hospital Selayang sebab nak tau result urine test dia. Doc kena buat urine test sebab nak tau kot2 ada penyakit lain sebab kuning dia tak turun2 lagi. Alhamdulillah tak ada apa2. Kuning pun nampak makin kurang. But still ada lagi. Selagi kuning dia tak hilang selagi tu la kitorang tak kan tido lena. Kalau malam tu memang dapat tido sejam je kot. Demi anak yang terchenta (^_^)

Friday, March 11, 2011

Pengalaman Bersalin: Full Version

Lambat sket nak siapkan entry ni. Irfan still tak sihat lagi n aku sedang gigih berusaha siang malam BF budak kecik ni. Sambung balik previous entry. Kali ni aku story sampai habis la kot. Kesian korang baca cerita sekerat jalan :P Before tu aku nak ingatkan yang entry ni tak ada niat untuk nak menunjuk2, menakutkan or memburukkan sesape. Just nak share pengalaman aku yang tak sebarapa :)

Malam 21hb tu aku sakit2 perut biasa je. Boleh ditahan lagi. Boleh tahan pun still cam biasa tak boleh tido ngan selesa. Pusing kiri kanan last2 pukul 4 pagi baru boleh tido. Tu memang standard time aku tido la time pregnant dulu. Lambat kan?

6.30 pagi - Tengah sedap2 tido tetiba terasa nak kencing. Memang sangat normal la sikit2 rasa nak kencing time preggy tambah2 time 3rd trimester tu. Kadang2 agak2 malas aku tahan je dulu :P

Pagi tu pun cam malas je nak bangun. Tetiba rasa satu macam. Nape aku rasa cam banjir je? Tetiba rasa basah. Kencing dalam seluar kah? Terus lari pegi toilet pegi cek. Tengok2 dah keluar air tanda campur darah. Ok aku dah cuak. Tapi lansung tak rasa sakit. So cam confuse. Aku dah nak bersalin dah ke ni?

Keluar toilet terus cepat2 kejut Myo. Apa lagi Myo pun sama2 gelabah ngan aku. Terus amik n campak barang apa yang patut dalam beg. Beg aku n baby memang dah siap. Tapi tinggal kat umah parent aku kat Gombak.

7.00 pagi - Well aku tak ingat sangat pukul berapa sume. Memang tak sempat nak tengok jam lansung dah. So aku agak2 je la lebih kurang eh. Dekat2 pukul 7 jugak la kitorang keluar rumah sementara nak kemas2 barang and tunggu Myo solat Subuh sekali.

Sampai je kat main road depan rumah dah start jem. Danggg! Elok pulak keluar time orang bersesak2 nak pegi kerja. Biasa kalau kitorang nak pegi kerja time pukul 8 lebih jarang la nak jem camtu.

Time2 jem tu la aku dah start rasa contraction. Call mak aku tanya camne. Mak aku suruh singgah Gombak dulu. Lagipun kalau nak pegi Naluri memang akan lalu situ jugak. Kalau hari2 biasa memang akan lalu MRR2. Tengok dah jem macam hape Myo menyimpang masuk NKVE. Nasib baik sempat lagi menyimapang celah2 kereta yang banyak tu.

Ingat NKVE tak ada orang nak lalu ke? Sepanjang jalan tu jem hokay. Dari Sg Buloh sampai kat Jalan Duta jalan slow je tapi still jalan. Kalau merangkak memang teruk la. Tak pernah aku tengok jem kat NKVE camtu sebab kitorang tak pernah lalu situ time2 gitu.

So sepanjang jalan tu la aku tahan sakit. Mengerang jugak la dalam kereta. Tak boleh dok diam. Susah nak describe sakit perut time tu. Ada rasa mengeras, menyucuk, senak semua sekali satu pakej....huhuhu...Time tu ada la dalam selang 15 minit kot aku sakit.

Lepas je tol Jalan Duta tu terus masuk Duke. Kat situ la yang boleh memecut sikit pun lepas all the way dari umah tu jem semedang. Before sampai umah parent singgah beli nasi lemak dulu buat breakfast. Ye...itu la makanan last aku makan before bersalin T_T Nasi lemak fevret pulak tu. Kena tunggu lagi sebulan ni baru boleh makan :(

9.00 pagi - Baru sampai umah. 2 jam jugak la nak sampai. Kalau biasa2 tak sampai setengah jam pun. Bukan main sakan lagi nak jem. Sampai2 terus breakfast dulu ngan Myo. Makan tak sampai separuh terus aku lari naik bilik sebab dah tak tahan sakit perut. Nak kena baring jugak.


Mak aku pun suruh rehat2 dulu. Lagipun mak aku cakap kalau turun tanda bukan terus nak beranak. Maybe malam or pagi esoknya baru baby keluar. So aku golek2 je la dulu.


Sempat lagi on Sametime (instant messenger yang kena online time kerja). Aku rasa cam boleh lagi kot kalau nak kerja time tu. Sempat jugak melayan soalan team mate aku even dok tahan2 sakit. Tapi still aku tak bagi Myo pegi kerja. Nak jugak suruh dia temankan aku. Tak ada la nak kena mengerang sorang2 kan.

10.15 pagi - Lepas puas berguling2 tahan sakit perut mak aku suruh siap2 n turun bawah. Aku pun dah start rasa sakit selang 5 minit time tu. Just aku cam tak confident betul ke camtu sakit perut nak beranak.

Kakak aku cakap pegi je hospital dulu suruh doc cek. Aku cam teragak2 jugak nak pegi sebab tak nak la nanti kang pegi rupa2nya false labour. Nak2 kalau pegi private. Tak pasal2 kena induce. Dorang nak cepat je. Kalau boleh aku nak la baby keluar naturally. Tak mo paksa2.

So angkut beg2 masuk dalam kereta lepas akak aku cakap camtu. Aku n Myo pegi la Naluri. Tak sempat nak bagitau bos kecik before keluar sebab time tu dia pun tak online lagi. Nak bagitau team mate lagi sorang pun malas sebab dia laki...hahaha....So aku biarkan je Sametime tu on. Lagipun aku bajet nak pegi cek kejap je nanti balik la semula ;)

11.00 pagi - Dekat2 pukul 11 tu sampai Naluri. Boleh pulak tak ada parking. Myo drop aku kat depan tu dia pusing2 cari parking. Aku sanggup tak nak masuk dulu. Nak jugak tunggu Myo sambil duduk2 kat luar tahan sakit.


Then bila masuk terus pegi kaunter cakap nak jumpa doc nak cek. Nurse tanya "Ada contraction tak?" Aku cakap "Ada". "Bleeding tak ada lagi kan?" Aku cakap "Ada". Bulat terus mata nurse tu. Dia suruh aku duduk dulu.

Tak lama lepas tu nama aku kena panggil. Nurse tu cakap ok terus admit. Aku dah terkezut. Cuak pun ada. Aku cakap la nak jumpa doc dulu sebab tak sure nak bersalin lagi ke tak...huhuhu...Duduk balik tunggu turn.

Time tunggu turn muka dah kelat2 tahan sakit. Agak2 sakit sangat aku pusing belakang pejam2 mata tahan sakit. Segan kot kalau orang nampak muka aku time tu :P

Pic: Time ni tengah tunggu turn nak jumpa doc ngan pregnant ladies yg lain. Tak sedar pun bila Myo snap pic sebab dok tahan sakit sambil cuba maintain kan muka :D


Tak lama lepas tu nama kena panggil. Kitorang masuk bilik doc. Doc cek blood pressure lepas tu terus kena baring. Elok je baring terus doc seluk. Pergghhh....1st time rasa kena seluk. Ngeri la jugak tapi boleh tahan lagi.

Tetiba doc cakap "Eh yang! Dah 8 cm ni!" Aku "????" Biar betul ni. Macam tak percaya pun ada. Aku dah nak bersalin ke jap lagi ni??? Doc siap cakap "U nampak relax je". Aku pun sengih2 je la. Relax la sangat kan. Sepanjang jalan aku dok tak diam kot dalam kereta. Doc: "So u terus kena admit la ni ye. Naik tingkat 2...terus pegi labour room"

Time keluar je bilik doc tu rasa seram sejuk je nak jalan pegi lif. Berdebar terus. Time tu dah pikir macam2. Rasa nak keluar jap pegi kereta tak nak naik lagi ...huhuhu....Tapi nurse dah ikut dah kat belakang nak bawak pegi waiting room.

Waiting tak berapa nak waiting jugak la. Naik2 terus dia bagi baju n kain nak tukar. Siap tukar terus inject kat bawah tu bagi rasa nak membuang. Lepas je kena inject tu terus mencicit pegi toilet. Tu pun time dalam toilet nurse sibuk dok ketuk2 pintu cakap jangan lama2 sangat. Risau kot aku terberanak kat dalam tu. Tapi serius sakit giler perut time tu. Nak membuang sangat2. Keluar je toilet terus nurse bawak pegi labour room. Tak ada nak tunggu2 dah.

11.30 pagi - Masuk je labour room terus kena baring. Nurse inject kat pergelangan tangan nak bagi drip. Lepas tu terus pecah kan air ketuban. Aku tak rasa pape pun. Rasa banjir je. Just sakit tetiba bila ada contraction. Still tak ada rasa nak meneran. Time tu bukaan dah 9cm. Kat luar dengar nurse dah bising2 "Eh Nurul Husna kat dalam tu dah 9cm" huhuhu....

Pic: Ni pemandangan yang aku nampak time nak menge'push'. Masuk2 je nurse dah cakap siap2 "Ni orang luar tak boleh nampak. Jangan risau". Tu kalau orang boleh nampak mau aku balik beranak kat umah je T_T Time nak push tu aku pandang awan je. Tak sanggup kot nak pandang bawah...huhuhu...Muka pun memang muka paling buruk dalam dunia la kot time nak meneran tu. Ada ke orang nak teran muka ayu2?

Tak lama lepas pecahkan air ketuban tu nurse dah suruh letak kaki kat tepi katil tu. Memang dah ada macam tempat nak gantung kaki. Siap ada tali nak pegang sekali kat situ. Waaaa ngeri kot time tu. Sebab semua jadi dalam sekelip mata. Terus nurse suruh start push. Pelik jugak aku sebab aku tak ada la rasa nak push sangat. Tapi dah dia suruh aku push je la kan.

Banyak kali jugak la aku try push tapi tak berjaya. Lebih 5 kali jugak la try. Tiap kali nak push jugak nurse akan seluk dulu. Banyak kali jugak la seluk sampai aku pun dah tak kuasa nak kira. Siap nurse cakap "Ha dah nampak kepala baby tu" Sikit je lagi. Sempat lagi ajak Myo join tengok kepala baby pastu motivate aku nak push kuat lagi.

Aku memang dah tak ter'motivate' dah time tu. Penat kot. Dah la aku tak boleh tahan nafas lama2. Tido pun 2 jam je. Makan pun sket je pagi tu. Bilik yang ber'air cond' tu pun dah tak terasa sejuknya. Berpeluh2 a ku time tu. Nurse tu pun macam dah fed up ngan aku agaknya. Tu kalau kat gomen harus la aku kena sound sebijik dua kalau tak bernasib baik. Kalau kat private bengang2 pun boleh lagi nak cakap lembut2. Orang cakap kalau beranak kat mana pun kalau dah sakit tu sakit jugak. Sama je sakitnya. Pada aku lain sebab aku dah pernah warded kat HKL. Nurse asik nak menengking je. Dah la sakit. Bertambah2 sakit lagi ada la.

Tapi i kut nasib jugak. Nasib tak baik kat private pun boleh dapat layanan ala kadar. Apa2 pun aku puas hati la ngan treatment dorang kat Naluri tu. Berbaloi jugak aku keluarkan duit sendiri. Just tak boleh terima style nurse tu suruh push. Patut tunggu la time betul2 aku dah rasa nak teran. Ni asik la suruh aku push even aku tak rasa sangat nak teran.

12 tgh hari - Lepas dah puas push aku dah lembik. Nurse suruh rest dulu sambil mengiring. Elok je aku mengiring terus rasa nak meneran yang teramat sangat. Boleh rasa kepala baby nak keluar sangat2. Terus aku suruh Myo panggilkan nurse sebab dia dok keluar masuk labour room tu. Nurse masuk je soh aku baring balik n push lagi. Time dah baring terus ilang rasa nak push tu. Nurse suruh mengiring balik. 2 or 3 kali jugak la camtu. Aku dah pegang tangan Myo kuat2 nak tahan sakit.

Time tu aku dah cakap kat Myo macam dah tak larat nak push. Dah give up pun ada kot. Risau jugak kot2 kena caesar kan sebab dah banyak kali push tak keluar2 jugak. Aku pernah baca tak boleh push lama2 takut baby nanti lemas. Nurse pun dah siap bawak masuk mesin nak tengok heart beat baby. Lepas tu push lagi. Time nak push tu siap dengar pompuan jerit kat labour room sebelah tengah push2 jugak. Tak lama lepas tu dah dengar suara baby dia nangis. Huhhh lagi la aku stress time tu sebab baby aku tak keluar2 lagi. Berpeluh2 sakan dah aku.

12.30 tgh hari - Dah penat2 push baru Dr. Kamaria masuk. Siap2 pakai phua chu kang ngan gloves semua. Letak kain yang ada lubang tu kat atas aku. Time tu makin berdebar la rasa. Nurse dok terpacak tunggu kat tepi doc. Doc suruh push lagi. Time ni aku dah tarik tali yang kat tempat gantung kaki tu sekuat2 hati. Rasa cam nak tercabut jugak la tali tu.

1.00 tgh hari - Myo tolong support belakang aku sebab nak kena tunduk kepala. Time tu susah giler nak tahan punggung tak nak bagi terangkat sebab cam dah sakit sangat kan. Susah nak control. Nasib baik la tak ada pape. Time tu aku tahan je nafas selama yang boleh. Tup tup dengar suara baby. Bila pandang bawah nampak doc tu campak baby gedebushhh atas perut aku.....huhuhu...Tapi aku nampak punggung baby je sebab muka dia ngadap belah lain. Memang sangat tak percaya baby dah keluar time tu sebab tak rasa pun bila baby keluar. Tau2 dah ada atas perut aku. Memang satu keajaiban lah aku rasa. Time baby keluar je dorang pasangkan azan kat luar tu.

Lepas nurse dah bersih2 kan sikit baby, Myo azan kat telinga baby. Then baru nurse hulur baby kat aku. Sempat la aku kiss pipi Irfan time tu dalam mabuk2 tu. Mabuk sebab penat sangat. Memang melepet terus. Lepas dah settle semua bukan dapat masuk ward terus.

Bertapa kat situ sampai pukul 3 lebih nak make sure tak ada bleeding pape. Nurse siap tekan2 perut aku lagi time tu. Pejam mata je la kan tahan sakit. Tak kan nak marah nurse tu pulak kan :P Meor pun sempat pegi lunch kat kedai mamak sementara tu sebab dah lapar sangat. Settle je part tu nurse bawak katil lain nak tolak aku masuk bilik.

Pic: 'V' for Victory. Peace tu Myo yang suruh buat. Aku nak senyum pun tak mampu dah. Rasa nak pitam kejap je time tu. Still in labour room tunggu nurse tolak aku masuk bilik.

Ni beg aku. Main amik je beg balik kampung kat umah parent aku. Gambar ni aku dah amik lama dah. Baru ingat nak update kat blog minggu tu listkan barang2 aku nak bawak. Sekali tak sempat n aku dah terberanak dulu :P Bila bagitau nurse aku bawak 2 beg dia cam terkejut sebab bawak barang banyak sangat. Semua hospital dah sediakan. Towel, baju aku, baju baby, toiletries, maternity pad semua dah ada. Aku just kena bawak baju aku n baby nak pakai time balik je. Tapi alang2 dah packing Myo angkut je la bawak naik.

Beg baby. Sampai penuh aku sumbat :P Last2 yang pakai baju je sepasang. Lain2 sume nurse yang siapkan.


4 ptg - Akhirnya aku masuk bilik dalam pukul 4 lebih. Elok2 je baring parent aku datang. Nurse pun datang sekali bawak baby. Aku mintak bilik single bedded. Senang sikit ada toilet sendiri plus dalam tu ada sofa. So Myo boleh tido situ temankan aku...hehehe...Tu motif utama sebenarnya ;)


Mak aku datang bawak nasi kosong ngn ikan goreng. Nikmat betul dapat makan even makan nasi kering je. Lauk orang pantang la kata kan. Bayangkan lah dari pagi aku makan nasi lemak sejemput lepas tu push tak benti2. Pukul 4 lebih baru makan.

Dekat pukul 5 tetiba baru teringat lupa nak inform orang ofis aku dah bersalin. Dah la tak offline Sametime. Memang ramai la orang cari. Siap office mate call tanya aku tak sihat ke apa. Bos kecik dah siap assign task, team mate pulak list kan mende2 yang dia nak suruh aku ajarkan, colleague tanya aku dah buat appraisal ke belum sebab bos dah suruh dia datang ofis esoknya, bos besar pun ping aku tapi tak tau nape sebab aku tak reply...rasanya dia nak suruh aku datang ofis jugak buat appraisal....huhuhu...tapi semuanya dah selamat....tak sempat dah coz aku dah terberanak dulu :P

Pic: Makanan hospital sediakan tapi semua aku pass kat Myo. Geram je tengok makanan sedap2 tapi tak berani la aku nak makan sesuka hati. Kang jadi pape diri sendiri jugak yang susah. Sedap la kalo time pantang boleh makan lauk camni. Tu bukan berpantang kot. Melantak namanya :P



Lepas2 tu tak benti2 adik beradik aku n family Myo datang melawat sampai ke malam. Nasib la aku mintak bilik single bedded sebab aku tau family kitorang memang ramai. Adik beradik aku datang sekali 2 family je dah penuh 1 bilik. Meriah hokay. Tak sempat aku nak sakit2. Sonok orang datang melawat. Orang dah balik semua baru la aku kerut2 tahan sakit. Satu hari tu tak tido lansung. Dekat pukul 12 baru tido kejap lepas tu asik terjaga sebab tak selesa. Nasib la Myo ada teman kan aku kat situ.


Esoknya kitorang bertapa sampai petang lepas tu baru dapat discharged. Seronok betul dapat balik ngan baby. Macam tak percaya dalam sekelip mata aku dah ada anak sendiri. Rasa macam semua tu jadi cepat sangat. Sedar2 dah lepas...Rasa baru semalam bawak baby dalam perut sekarang dah ada depan mata...huhuhu....

Kalau nak suruh aku push sekarang confirm aku dah terer kot. Lepas setahun dua confirmmm aku dah lupa skill2 nak menge'push' :D Tu je la pengalaman bersalin aku. Tak tau la nak kata senang ke tak time nak bersalin tu. Sakit tu memang la sakit. Kalau tak sakit bukan bersalin la namanya kan. Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Nya n tak ada sebarang complication :) Balik tu bermula la sesi berpantang yang sebenar sampai la sekarang ni. Tak sabar nak habiskan pantang ;)

Wednesday, March 9, 2011

Pengalaman Bersalin

Nak mengimbau balik detik2 bersejarah time aku nak lahirkan Irfan 22hb Feb hari tu. Aku pun agak blur nak mula dari mana. Cakap pasal contraction, aku memang dah start rasa beberapa kali before tu time nak masuk 36 weeks. Tapi kadang2 je macam yang aku pernah cerita kat entry lepas.

Macam yang korang tau aku bersalin awal 3 minggu dari due date. Tepat2 time kandungan aku 37 minggu. Bukan korang je terkejut. Aku lagi terkejut...huhuhu...Tapi memang aku selalu cakap2 ngan baby tak sabar nak jumpa dia. Siap suruh tunggu birthday aku dulu baru keluar :P Aku pun cam dah tak larat sangat hujung2 pregnancy tu. Satu badan selalu sakit2. So lagi cepat baby keluar lagi cepat la boleh habiskan sakit terus. Alhamdulillah doa aku termakbul.

Maybe ada orang pikir time tu baby tak matang lagi. NO NO NO....Korang silap. Baby yang tak matang tu baby yang lahir before 36 weeks and biasanya memang kena caesar. Alhamdulillah aku bersalin normal. Syukur sangat2 baby sihat n sempurna.

Malam 21hb, Isnin tu aku still kat umah Damansara lagi. Memang plan nak pindah Gombak Khamis tu sebab senang kalau nak terberanak dah dekat ngan Naluri tu. Malam tu siap tapau nasi goreng cili padi nak buat lunch esoknya sebab nak work from home. Nak masak memang dah tak larat kot. Seminggu before beranak tu memang aku dah stop masak2 kat rumah. Boleh pulak aku tak perasan. Memang dah lama nak bersalin la tu kan. Team mate ada jugak suruh datang office sebab nak buat discussion. Tapi aku rasa memang dah tak mampu nak drive dah kot. Nasib baik la tak pegi. Kalau tak entah la apa jadi....huhuhu...

Ermm cam terpanjang pulak aku cerita tapi tak masuk2 lagi saat2 genting nak bersalin...hehehe...sambung nanti aci tak? Tak larat la pulak nak ngadap depan laptop ni lama2. Ni pun semalam aku update sket2 T_T

To be continued....

Monday, March 7, 2011

Genap 14 Hari

Hari ni genap baby kami 14 hari. Ada apa ngan 14 hari? Well, hari ni dah 14 hari aku berpantang. Another 30 days to go! Wohoooo....tak sabarnya. Baru 14 hari kot. Sibuk dah nak buat countdown....hihihi...

Hari ni jugak last day kena register nama baby. Lepas 14 hari kalau nak register dah kena denda. Tapi Myo dah register nama baby Khamis lepas kat JPN Gombak. And nama budak kecik ni adalahhhh.....

MEOR IRFAN NAUFAL BIN MEOR MUHAMMAD YUNUS


Mati kutu jugak la kitorang nak cari nama. Kalau boleh nama tu tak nak la sama ngan orang2 terdekat. Anak sedara aku pun dah 20 orang. Sorang pun dah 2 or 3 rangkai nama. So kalau tengok2 buku pun balik2 nampak nama yang sama.

Tapi bila nampak nama Irfan macam terpanggil2 je nak letak nama tu. Ni bukan sebab pengaruh drama Hani dalam slot Lestary tu tau. Memang dah lama minat nama ni. Tapi dulu tak ada anak lagi kan nak buat camne. Tinggal ni je nama yang aku suka n abang n akak aku tak amik lagi T_T Tu pun still tersama ngan nama anak2 member n cousin Myo. Irfan je sama. Tu yang kena tambah Naufal. Kalau ikutkan hati nak letak Ahmad jugak. Tapi macam tamak sangat kot....hahaha....Nama sekarang pun dah cukup berjela. Kesian la anak aku nak tulis nama time nak exam nanti :P

So dah lega lepas settlekan part nama2 ni. Awal bulan April baru MyKid siap and boleh amik kat JPN. Surat beranak sekarang ni rupa2nya dah jadi A4 size. Dulu kan kecik je. Sekarang siap color hijau lagi. Ok lah...nak update tu je ;)

p/s: Irfan still tak sihat lagi. Jap lagi nak kena bawak dia jumpa pediatrik kat Hospital Selayang. Sangat2 sedih bila tengok anak sakit. Kalau boleh nak replace je tempat dia :(

Saturday, March 5, 2011

Budak Kecik Ni Tak Sihat

Kesian hero kitorang yang sorang ni. Kena kuning. Pic bawah ni time hari yang ke 4. Doc pun dah cakap awal2. Kalau baby kena kuning hari ke 3 dah boleh nampak. Hari ke 4 tu dah nampak kuning dah sikit2. Baby yang kena kuning memang akan tido je sebab lemah. Memang risau sangat la tengok dia hari2.

Dah anak jadi camni orang nampak nak salahkan aku je lah kan. Salahkan aku sebab tak bagi susu badan yg cukup. Lepas tu sume nak risau lebih2 macam aku ni tak risau lansung. Aku ni mama dia lagi la risau yang amat. Orang lain risau cakap mulut je. Aku ni siang malam gigih bagi susu sampai tak tido malam.


Kadang2 tu bukan aku tak nak bagi susu. Biasanya sejam sekali dah bagi. Sekali bagi pun dekat setengah jam. Tu pun bercinta jugak la nak kejutkan dia coz tido nyenyak sangat. Basuh muka, goncang2, geletek kaki, telinga sume tak bangun jugak. Mau sampai setengah jam jugak nak kejut bagi susu. Tu pun nurse suruh bagi selang 5 minit....huhhh...tak mampu kot. BF memang dah cukup memenatkan. Tapi jadi lagi stress sebab baby dah kena kuning. Susu badan je yang dapat kurangkan kuning tu.

Ni pic time baby hari ke 5....Sekarang ni dah tak nampak kuning sangat macam ni kot...Kesian betul anak mama ni...Siap kena jemur panas sebab nurse cakap boleh kurangkan kuning. Datang nurse lain cakap tak bole jemur pulak...haiihhh....dah tak pasal2 anak aku jadi gelap....huhuhu...


Sekarang ni tak kurang2 lagi level kuning tu. Sian budak kecik ni hampir hari2 kena pegi klinik cucuk amik darah. So far just dapat maintain kan level kuning tu sebab level tu depends on baby dah bape hari. Kalau tak dapat maintain and terus naik memang baby kena warded. Risau tak payah cakap la kan. Mintak2 la level kuning tu cepat turun. Korang tolong doakan baby kami cepat sembuh ye...