nuffnang

Monday, March 28, 2011

Kisah Jaundice

Alhamdulillah hari tu pegi cek darah Irfan kat KK Selayang Baru...kuning dia dah turun sikit. Dah 11.6. Normal 10. Tapi still kena refer ke Hospital Selayang buat kali kedua nye sebab kuning Irfan tak hilang2 even dah sebulan. Pegi Hospital Selayang doc cakap ok la kuning dia dah kurang. Teruskan je BF...huhuhu...jawapan cliche dari aritu. Dia suruh datang lagi 3 minggu. Time tu aku pun dah abis pantang.

Nurse suruh bagi susu kerap2 selang sejam. Aku pun siang malam la dok BF Irfan. Siang2 paling mencabar nk bagi sebab time tu la dia sedap tido. Susah giler nak kejut. Buat la bising macam mana pun dia tak heran. Siap basah2kan muka dia lagi. Kadang2 meleleh jugak air mata ni time nak kejut Irfan. Kadang2 dekat setengah jam jugak nak kejut dia. Sedih sebab tengok dia cam tu. Memang la dia tido nyenyak. Tapi sebenarnya dia lapar. Disebabkan jaundice la dia nak tido je. Sebab badan jadi lemah.

So siang memang kena stand by takut terlepas time minum dia. Ada gap sejam tu la aku nak buat hal aku nak pegi toilet ke, makan ke or mandi. Kalau nak tido pun kejap2. Tu baru selang sejam. Belum in between tu tetiba dia terjaga n nak susu lagi. Kalau malam memang pukul 2 lebih baru dapat tido. Pukul 3.30 pagi automatik memang Irfan akan nanges nak susu n time tu aku akan marathon BF sampai pukul 6 pagi. Memang tak sempat tido sebab tak sampai setengah jam dia nak minum susu. Time tu la aku bagi susu sampai tersengguk2. Ngantuk tok sah cakap la kan. Ngan awal2 tu sakit tak baik2 lagi. 3 minggu jugak la macam tu sampai tak larat. Last2 terpaksa campur2 bagi BF ngan formula milk. Tewas di situ sebab dah tak tahan :(

Kitorang tau Irfan kena jaundice pun time hari ke 4. Time tu nurse yang datang umah cakap dah start nampak kuning2 kat muka dia. Sibuk la suruh jemur pagi2. Lepas tu 3 or 4 kali jugak la papa n atuknya gilir2 jemur Irfan. Naik2 aku tengok anak aku tu dah macam udang bakar...huhuhu...

Minggu depannya datang pulak nurse lain cek Irfan cakap jangan jemur pulak. Kononnya zaman sekarang ni tak sesuai dah nak jemur2. Siap suruh aku BF campur bagi formula milk bagi baby cepat ilang kuning. Sorang lagi cakap bagi susu selang 15 minit. Gilo ke hapo? Selang sejam pun aku dah tak larat. Ini kan 15 minit. Mau aku yang pengsan kang. Tapi mostly memang akan cakap BF kerap2 sampai naik nyampah pulak aku dengar. Bukannya sebab apa. Sebab aku dah BF sampai rasa nak demam kot. Cara orang cakap kat aku macam aku dok goyang kaki tak BF anak aku T_T

Masa Irfan 5 hari pegi cek terus kat bhgn emergency kat Hospital Selayang sebab time tu weekend. Tinggi jugak kuning time tu tapi tak ada la sampai level kena warded. Sipi2 camtu. 13 or 14 something. Warded 15 kalau tak silap.

Lepas tu hampir hari2 jugak la berulang ke KK cek bacaan tu naik ke tak. Tiap kali cek mesti naik. Tapi tak kena warded sebab bila baby makin besar max level kena warded pun akan naik. Kira macam bila dah makin besar antibodi pun jadi kuat nak lawan penyakit tu. Gitu la kot. So gigih la aku hari2 BF Irfan sebab takut dia kena warded. Tapi tak turun2 jugak kuningnya. Just dapat maintain kan dari kena warded je...

Selain BF apa2 petua yang orang cakap boleh ilangkan kuning aku buat. Jemur dah, bagi minum air zam2 dah, mandi air herba cina dah, kasi minum susu kambing pun dah. Aku pun ada minum air glucose. Even kitorang selagi boleh jauhkan mende2 yang berwarna kuning, oren or hijau dari Irfan. Baju, cadar apa sume tak boleh pakai color tu. Nurse cakap boleh turun kuning kat baby nanti. Cam refleks gitu...huhuhu...pelik kan? Aku ikutkan je la. Mandi air inai tak buat sebab tak tau nak cari daun inai katne. Minum air sengkuang pun tak sempat nak buat sebab mak aku bz sangat tak sempat nak cari kan. Tu la sume2 petua yang orang bagitau. Hampir sume dah try. Yang penting kami dah berusaha...

Sekarang aku still gigih BF. Kadang2 ada la selit2 kasi formula milk kalo dh tak larat sangat. Tu pun kasi sekali or 2 kali je sehari. Kadang tak kasi lansung. So far aku tak ada chance lagi nak pam susu buat stok sebab Irfan dah tolong pamkan dulu dah :P Susu pulak tak boleh bagi lambat2. Every hour kena bagi. Lambat2 je mula la rasa sakit semacam. Aku dah pernah rasa bengkak susu. Sangat sakit. Lagi sakit dari sakit contraction kot....huhuhu..Tapi lepas dah tuam ngan kain yg dah direndam ngan air panas lama2 baru ok...

Irfan pun memang kerap kencing n yak yak. Lagi banyak lagi bagus sebab boleh keluarkan kuning2 dalam badan dia tu. Diapers Huggies aku beli 2 pek tak sampai sebulan dah abis kot. Memang banyak kali tukar sampai kadang2 sehari lebih 10x tukar...huhuhu...Wet tissue yang 100 helai sebungkus pun dh abis semua 4 bungkus dah. Rugi tak borong banyak2 time warehouse sale hari tu.

Tu je la kisah jaundice nya. Dah macam essay dah ni kot. Panjang berjela. Disebabkan jaundice la BF journey aku jadi lebih mencabar. Nanti bila kuning Irfan dah clear baru la boleh nak BF ngan aman damai...huhuhu


To Irfan...cepat2 sembuh ye syg...mama n papa luv u sooo muchhhh....mmmmuahhh!

p/s: Semalam dah genap 34 hari aku berpantang. Another 10 days to go! =)

10 comments:

Ayuraza said...

siannyer irfan kena jaundis..
take care bb..minum susu banyak2 k..hehe

Ilyani said...

Siannye irfan...lme die kne jaundice.chaiyok2 cuna.awal2 ari tu,nurse kt hospital ade ckp kemungkinan aleesya kne kuning.mse tu nk discharge dh.mmg cuak gk lh.sy n hubby pn mandi kn die dgn air daun belimbing buluh n bg die minum air sengkuang cina.alhamdulillah time nurse dtg check kt rumah,nurse ckp die xde kuning.

Cuna bersabar eh.insyaALLAH irfan akn ok.yanie doakan...

Dnazz Mary Kay said...

siannya irfan..aunty doakn irfan cpt smbuh yer..sian mama..

p/s: cuna, u kena kuat yer.insyaallah, irfan akn back to normal :)

familisihat said...

wah..dah dekat nak habis pantang pon ye..Irfan dh ok dr jaundice? comey je mata bulat..nk tanya..nasi kerabu yg paling sedap kat gombak ni kat mana? hehe

cuna said...

Ayuraza: thx auntie...irfan pn tgh bz mnm susu ni :P

cuna said...

Yanie: thx yanie.tu la.lame dh ni.igt xde la melarat smpai sebulan. tu yg risau tu.air daun belimbing buluh xtry lg. org ckp bb boy sng nk kena kuning compared to bb girl.xtau la btl ke x.nsb aleesya xkne kn :)

cuna said...

Dnazz: thx iza. hrp2 kuning tu ilg dlm mgu ni sbb sket je lg nk smpai lvl normal :)

cuna said...

fawwaznuha: iye dh xlame nk abs pntg dh :)irfan still xok lg. mata dia bulat pun time mlm...huhu..kalo siang mmg pejam je xmo celik. ermm kalo biase kt tmn melati situ ade n.kerabu sdp. row ujung2 dekat ngan 7E. ada tiap2 ari jumaat :)

Noli said...

cian mama dia..bby irfan moger cepat baik yer..aminn

cuna said...

Noli: thx auntie noli :)