nuffnang

Monday, May 23, 2011

Happy 3 Months Old Irfan!

Happy 3 months old to our Irfan :) Ekceli semalam dah genap 3 bulan Dah 3 bulan dah anak aku ni rupanya. Tak sempat nak screen shot ticker 3 bulan tu semalam. Super duper bz ngan kenduri dari pagi sampai la ke petang. Malam sambung kemas mengemas lagi. Tak sempat lansung nak bukak laptop. Alhamdulillah selesai sudah kenduri tahlil, kesyukuran ngan cukur jambul Irfan semalam.


Nanti la aku cerita panjang lebar pasal kenduri tu ye. Yang penting sekarang budak kecik ni sudah botak. Tapi tak berapa nak licin lagi sebab tak sempat papa dia abis cukur dia dah ngamuk...huhuhu...So to be continued lepas balik keje arini pulak la kot.


Dah botak tu harus la kitorang pakaikan dia topi. Baru nak rasmikan topi yang aku beli before bersalin aritu....Kesian nanti sejuk pulak kepala tu kan :P Bila dah botak ni rasa cam makin geram pulak tengok Irfan tau. Kesian dia ntah berapa juta kali dah aku dok kiss2 pipi yang gebus itu :D




Malam tadi Irfan adalah sangat behave. Lansung tak berjaga malam nak borak ka hape. Tido je except bangun nak susu pastu sambung tido balik. Setakat bangun nak nyusu tu aku ok je lagi. Baiknyerrrr anak mama nih! Dah la lepas je cukur jambul tu tido je sampai ke malam except time papa nya coba nak botakkan kepala dia. Time tu memang mata bulat lah =)

Baru teringat tadi dapat tau ada office mate aku yang anak dia meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh kat Hulu Langat tu. Dia memang volunteer kat situ n selalu la datang organize program2 kat sana. Kebetulan hari tu pulak anak2 dia ada la join event kat situ. Ada 2 orang but sorang terselamat. Yang meninggal tu nama dia Muhammad Iman Fahad, 9 tahun. Bayangkan la kalau kita ada kat tempat Nidzam. Anak sakit sikit pun kita dah risau. Betul la apa office mate aku, Kak Ezah cakap, anak ni hanya pinjaman je. Just tak tau berapa lama anak tu dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Alfatihah untuk semua mangsa yang terkorban dalam tragedi tu.

p/s: Oh ye, semalam genaplah 90 hari aku berpantang. Merdeka!!! Lepas ni tak payah la nak pantang makan pape dah but still kena berjaga2 jugak la takut ada effect kat Irfan kan.

2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Wah! Irfan dah besar yer..makin montel acik atie tgk!!

cuna said...

kak atie: hehehe bambam kan? irfan mmg kuat minum. tu yg membesar ngn jayanya tu =)