Tapi kan before nak beli kasut tu, terlalu plak depan kaunter Clinique andddd ternampak free gifts display kat depan tu. 8-pc gift free with any Clinique purchase of RM330 or more in a single receipt. Mata pun dah jeling2 dah. Ternampak pulak Super City Block tu. Haihhh parah ni. Sale before ni pun Clinique ada buat Gift With Purchase (GWP) camni jugak. Tapi ntah nape that time rasa cam sedikit tergugat. Hahaha. Tapi tak singgah pun coz memang datang nak cari kasut. Dapat kasut lalu lagi kaunter Clinique. Rasa nak buat2 pitam depan tu kot2 dorang kesian bagi sunblock free satu. Kahkahkah

Then, pegi Mid Valley sebab nak settlekan RMK dulu tu. On the way balik still terbayang Clinique GWP tu. Hahaha gila bayang. Then tak puas hati singgah 1U balik. Tak kira nak jugak GWP tu. Lagi pun memang dah lama nak ada skincare Clinique but kena pendam kan saje coz skincare lain pun tak habis pakai lagi :P
Sila abaikan muka ku yang sememeh itu. Penat balik keje n ngamuk kat kaunter RMK pun tak abis lagi pastu datang terjah Clinique plak. Sebab before ni dah try sample 3 Steps tu, aku pun laju je cakap nak beli set yang tu. Tapi still tak cukup nak dapat kan free gifts tu. Then BA tu bawak kua eye cream All About Eyes. Nak amik sunblock pun dia dah include kan dalam gifts tu. So amik je la eye cream. My 1st eye cream.


So lepas bayar dapat la redeem voucher ni. RM30 ringgit je. JJ ni cam kedekut sket kot part2 voucher2 ni. Tapi aku still pengunjung setia JJ. At least sampai tahun depan. Tengah boikot Isetan ni. Lagipun JJ je senang cari kat area ofis.
And ni la Clinique yang aku idam2 kan selama ni. Clinique 3 Steps. Ada Liquid Facial Soap, Clarifying Lotion n Moisturizing Gel. The best part is....Myo gave all these to me as my belated birthday present. Yippieee!!! At 1st pinjam duit Myo dulu coz dia tolong bayarkan. Then otw balik baru dia cakap tu besday present. Sangat terkezut tak terkata time tu. Sukeee. I lap u lah Myo :D Kene la over2 sket kan since Myo tak penah kasi birthday present since couple dulu. Hati ini tegar okay
Another one is this eye cream yang memang tak plan pun nak beli. But since set 3steps tu tak sampai RM330 so kena la add n buy something else n the BA suggest soh amik yang ni. Eye cream ni je yang aku dah pakai so far. Yang lain dok diam2 dalam almari.
The most interesting part of coz these GWP. Memang rasa macam nak melompat2 kegembiraan je bila dapat ni (sekali lagi over di situ)
From L-R: Blusher brush, Makeup remover, Brightening City Block, Foaming Cleanser, Super Rescue Night Moisturizer, Moisture Surge, Fresh Bloom blusher in Peony and Colour Surge Eye Shadow Duo in Strawberry Fudge. So total 8 gifts (^_~)Best coz finally dapat sun block tu even kecik je. At least boleh try dulu. Bertambah best bila dapat es, blusher ngan brush sekali. Cukup membuatkan aku tersenyum lebar. Ngeeee. Actually GWP yang aku dapat ni tak de la exactly yang macam dorang display. Dia bagi depends on type of skin :)
Okay fine aku tipu. Myo penah bagi Mr Bebear ni time birthday aku. Ni birthday present 1st n last before dapat Clinique tu :P Tu pun aku dengan muka tak malu nya pegi kedai pastu tunjuk2 teddy bear ni. Tapi that time lain sebab tak surprise. Terkejut terkejut baru ada umphhh. I luv surprise :) On certain occasion jugak la kan. Tak kan sume mende pun nak surprise. Tapi cute la bebear ni. Maybe sebab pakai baju biru. Ohhh cute! Dah sama color ngan katil. Lalalala
Motif entry ni nak bagitau korang hari ni 19-20 May 2010 ada JCard Members' Day kat JJ 1U :D Kot2 ada yang nak Clinique GWP tu kan coz apa yang aku survey memang akan ada each time ada JCard Day ni. Ohhh entry ni la reason nye nape aku buat entry "Sedang Menghabiskan Skincare Samples" Part 1-Part 4 hari tu. Sebab nak pakai Clinique set ni la aku ken gigih habiskan sample2 yang ada. Tak sabar nak pakai Clinique. But sampai arini sample aku tak habis2 n set Clnique tu pun lansung tak usik2 lagi. Hehehe....
p/s: This entry was written before the tragedy happened. Currently I'm still in trauma mode....












