nuffnang

Friday, June 10, 2011

RMK Makeover on My Birthday

20/02/2011 - Sun

Ni cerita paling basi antara cerita2 basi yang lain...huhuhu...Cerita 2 hari before aku deliver n that day was my birthday! Birthday aku bulan 2...ni bulan 6 baru nak story...Lupa entry ni dah lama sangat dok dalam draft tak publish2. Memang nak story minggu tu jugak ekceli tapi tup tup aku dah nak beranak dah. Really2 unexpected delivery but alhamdulillah all went smoothly =)

Kan aku ada cerita kat entry early birthday give aku tu. Dapat la voucher makeover ni. Dapat 2 voucher but lagi satu pass kat my fren. Lagipun valid until 15 mac je. Due date aku pulak tu. So 1 tu aku simpan nak pakai time birthday aku. Risau jugak kan kot tak sempat ke nak buat makeover tu. Tapi Irfan pun cam paham2 je. Dia kasi chance kat mama dia nak pegi mekap dulu :P

WARNING: Entry ni akan dipenuhi ngan muka2 aku semata. Dah lama tak interframe muka sendiri kat sini sejak dah ada anak ni. So apa la salahnya sekali sekala kan letak banyak2 muka aku dalam 1 entry ni ;)


So pagi2 tu dah bangun siap2 nak pegi buat makeover kat Isetan The Gardens. Touch up sikit2 then terus keluar. Padahal dok sakit2 badan kepala semua coz tak boleh tido sangat. Dah sarat la katakan. Tapi gigih jugak pegi sebab dah buat appoinment. Besides it's my birthday loh. Tak kan la nak dok terperap kat umah je kan. Sila abaikan lipstik aku yang merah menyala tu. Aku pun tak suka but tu sample free...so pakai je la dari membazir :P


Sampai2 ada orang lain tengah buat makeover jugak. So round2 dulu. Ehhh tak...aku cari kerusi duduk sebab time tu dah ada rasa contraction sikit2. Agak2 dah lama tunggu kitorang datang balik situ n makeup artist tu terus start mekap aku. Before tu dia ada tanya nak light or heavy makeup. Aku cakap nak heavy. Padahal bukan nak pegi mana pun. Jalan2 ngan Myo saje. Tapi saje gedik jugak nak try heavy makeup.


Macam biasa dia cuci muka dulu. Buang segala mekap yang ada. Aku pakai compact powder, blusher ngan lipstik je pun. Makeup artist ni kalau tak silap nama dia Farah kot. Hari tu aku dah ingat. Ni dah 3 bulan dah. Terus ingat2 lupa. Baik budak ni. Oppsss suka2 je aku panggil budak. Tapi memang dari start mekap sampai la siap sume dia tak habis2 dok panggil aku akak. Susah jugak nak jumpa orang yang tak kenal panggil aku akak nih. So jadi bangga kejap. Maybe sebab nampak aku sarat camtu kot. Kalau tak jangan mimpi la orang nak panggil ko akak walaupun sebenarnya ko tu dah tua...ahaks!


Part yang paling aku tak suka bila buat makeover kalau dia lentikkan bulu mata pakai eye lash curler tu. Ngeri! Tapi hasilnya aku suka ;) Time ni nak duduk pun dah tak selesa. Dah la kerusi kat situ kecik je. Tak dapat nak menampung aku yang besar time tu...Duduk pun dah tak boleh sopan2 sangat dah...huhuhu...


Part paling lama of coz la kat mata kan. Tang eye shadow tu. Tu yang mahal tu. Kalau harapkan aku, aku tonyoh je ikut sempat. Blend ikut suka aku...Ohh time ni keluar aku pinjam sandal Crocs mak aku je. Sandal putih aku tu dah tu muat dah. Even lepas tu beli sandal saiz 9 pun sempit jugak sebab dapat masuk kaki half way je. Kembang habis kaki ku T_T


Pakai eye liner....


Pakai mascara....


Done...dah habis mekap baru dia hulur kat aku cermin suruh tengok hasilnyer. Aku pun terkejut tengok sebab macam over sangat je mekap gitu nak round2 pegi window shopping. Bukan nak pegi kenduri or dinner pun. Tapi sempat lagi aku komen suruh betulkan mascara ku yang comot...hehehe....Bukan 1st time aku buat makeover. So aku tau la kan kalau ada apa2 yang tak kena. Padahal kalau buat sendiri bukan cantik sangat pun...hahaha...


Eye brow shaping...dia tak trim pun, pakai pensel je...aku tak cakap apa pun dia memang tak trim...nasib baik paham sendiri. Senang sikit. Budak ni pun sepanjang mekap tu rajin je borak2 ngan aku. So tak ada la bosan sangat. Ni 1st time aku buat makeover kat kaunter n Malay jugak yang mekap kan. Friendly pulak tu...


Tadaaa....dah siap...dinner make up...Eye shadow aku color biru. Tak payah susah2 pakai baju color biru pun dia boh color biru jugak. Suka2! Baju biru aku semua dah tak padan dah time ni. So terpaksa pakai color hitam T_T

Amik gambar dulu before balik. Farah ni siap pesan suruh call dia kalau nak suruh dia mekap. Kalau mekap free mau nyer aku call dia 10x lagi. Tapi sekali mekap RM80. Tak pe lah dik oi! Cukupla aku merasa mekap free gini sekali.

Ehhh nape tetiba dalam gambar ni aku nampak cam besar giler eh? Ke budak tu yang kecik sangat? Ohhh aku sangat merindui time ni. Mesti Irfan tengah berguling2 dalam tu kan sambil cakap "Yayyy! Mama dah siap mekap. Jap2 lagi boleh la Irfan keluar dah" :P


Habis je mekap kitorang terus keluar dari Isetan tu. Tak best la jalan2 kat Mid Valley. Bosan. Kitorang pegi tempat favret kitorang. Kat mana lagi kalau bukan Sunway Pyramid! Kawasan jajahan tu...huhuhu...

So sambil dok dalam kereta on the way tu sakan la aku amik gambar sendiri. Memang berbaloi2 la buat makeover kali ni. Biasa kalau buat pun light2 je. Natural makeup. Ni lipstik pun dah merah menyala. Memang macam nak pegi dinner mana dah. Mekap sekati :P


Sampai2 Pyramid terus cari KFC isi perut yang lapar. Tak sangka betul ni la last aku makan KFC before beranak. Nasib baik sempat makan. So tak ada la heran sangat tak dapat makan time pantang hari tu. Tapi lepas pantang pun KFC la yang aku cari dulu...hehehe

Before makan harus lah amik gambar berdua dulu before aku rosakkan lipstik itu...

Walaupun lapar kitorang order snack plate 1 je ngan nuget. Sorang 1 ayam. Perut aku dah sempit kot nak makan banyak2 sekali. Tu pun dah cukup kenyang. Dah habis makan kitorang mulakan misi tawaf 1 pyramid tu.


Merata jugak la kitorang round walaupun aku mengah2 je jalan. Jap2 bila rasa contraction mula la gelabah cari kerusi. Kerusi pulak selalu full jek. Tambah hangin satu badan bila tengok orang yang duduk tu semua kuat2 belaka. Orang2 muda lepak2 la. Laki yang tough2 tu la. Couple dating la...

Dah la kat kerusi2 kat situ ada sticker utk bagi priority kat org tua, preggy etc tu duduk. Siap ada pic lagi kan. Myo suruh je aku dok sebelah dorang sambil gosok2 perut. Kalau tak bagi duduk tu memang saje la kan...huhuhu...Tapi aku tak buat laa...Tabahkan jugak hati cari kerusi kosong. Nampak je yang kosong Myo pegi lari dulu copkan. Nak tunggu aku...sementara nak sampai orang lain dah duduk dulu...hiks!

Bila dah dapat duduk lega la dapat ilangkan kebas2 di kaki. Time kat Pyramid ni banyak kali jugak la aku rasa contraction. Tapi kejap2 je. Boleh tahan lagi sakitnya. Kalau nak diikutkan tu la 1st time aku jalan giler2 punya sejak dah sarat tu. Even sakit2 pun continue jugak jalan. Entah nape semangat sangat nak berjalan aku pun tak tau. Padahal memang lansung dah tak larat. Kat situ memang tak shopping pape pun....window shopping je. Time preggy memang aku tak banyak shopping kot. I kumpul duit you :))


Ohhh eye shadow aku memang sangat matching ngan baju Myo pakai hari tu. Sangat suka! Balik tu kitorang plan nak singgah 1 Utama. Tak puas lagi aku nak jalan2. Lagipun JJ kat situ tengah sale sebab nak tutup buat renovation. Aku bab2 sale ni memang laju je. Dapat cuci mata pun jadi la. Sekali dekat2 je nak sampai 1 Utama tu rasa sakit giler. Makin kuat pulak contractionnya. Kali ni memang macam tak boleh tahan. Menggelupur jugak la dalam kereta time tu. Myo siap dah ajak pegi Naluri terus. Time tu memang bajet aku beranak hari tu je n Irfan sama birthday ngan aku. Tapi aku pun tak sure tu contraction yang betul2 ke tak. So balik je umah terus. Cancel plan nak mengular ke 1 Utama....


Balik umah ni ha keje aku ngan Myo....hehehe....Kalau jadi pegi 1 Utama memang balik tu ingat nak singgah kat mana2 taman amik gambar sempena preggy ni kan. Nak buat photo shoot tak mampu. So ingat nak la amik sendiri buat kenangan. So bolehla bajet cam hot-mama-yang-jadi-front-cover-majalah-Pa&Ma- :D Tapi belum sempat pape perut aku dah sakit. Bergambar kat umah je la jawabnya.

Ni gambar candid...tapi aku suker. Boleh nampak color eye shadow tu. Suka sangat2 mekap artist tu buatkan especially tang mata tu ;)



Balik2 tu kaki lenguh giler tak ingat. Ngan bengkaknya lagi. Dah berjalan satu hari. Tau nak landing je. Ohhh tengok gambar ni tetiba rindu ngan bilik kitorang dulu. Ni last la kot aku bersantai2 kat sini time siang. Esoknya tido kat umah parent. Esoknya lagi sempat tido 1 malam kat sini n lepas tu dah bersalin...huhuhu...


2 hari before bersalin. Memang tak sangka ni last aku posing ngan Irfan dalam perut aku. Seriously sangat2 rindu keadaan aku time preggy. Sakit2 yang aku kena tanggung tu tak rindu la kan...hiks! Seronok mengandung ni. Tapi part morning sickness, beranak n berpantang tu kalau bole aku nak skip...nak yang kat tengah2 tu jek....hahahaha....ngaruttt!


Ni jugak last pic kami berdua before aku bersalin. Before kami jadi mama n papa. Jari2 aku pun mengembang je time ni. Pakai cincin pun dah ketat. Nasib baik la memang cincin tunang n kawen aku beli saiz besar sket. Saiz jari hantu. So bila jari kembang muat2 je jari manis. Cincin merisik memang terus out sebab memang beli ngam2 jari manis...huhuhu...Bajet2 muat la lepas beranak...Guess what? Sampai sekarang cincin risik tu memang tak muat. Cincin lagi dua tu memang lepas jari manis je T_T


Pipi hidung sume kembang time ni. Sekarang pun sama kot just tak berapa nak nampak sangat.

Ohh ye...Since kitorang tergesa2 balik sebab perut aku sakit tu maka nya tak sempat la nak singgah kedai beli kek. Dah balik tu terus malas nak keluar. Esoknya pulak aku work from home. So on the way balik sempat lagi kirim kat Myo tolong belikan Choc Indulgence 1 slice. Giler tak malu kan siap request2 belikan kek...huhuhu...Seriously Irfan cam tau2 je mama dia nak makan kek dulu. Tu la makanan last masuk dalam perut aku malam tu. Esok nya terberanak sudaa =)

So next year bulan Februari bertambah meriah la nampaknya. Anniversary kitorang couple, besday aku n besday Irfan. Jangan papa nya celebrate sekali harung sudah. Dah la besday kitorang berdua ni hujung bulan T_T Mesti best time tu nanti. Tak sabar nak tunggu Irfan wish happy besday kat aku =)

Wednesday, June 8, 2011

1st Time Dating Bertiga

05/06/2010 - Sun


Tengah hari buta Ahad ari tu kami tiga beranak pegi kua jalan2. Nasib baik tak panas sangat coz pagi tu dah hujan lebat. Tu yang sedap golek2 ngan Irfan sekali tu :P Kitorang pegi The Mines. Sekali nak keluar jauh giler okeh. Aku pernah sampai The Mines ni pun sekali je time preggy dulu. Pastu jalan sikit dah tak larat nak jalan. Terus cop tempat ni boring...hahaha....Aku lagi prefer round2 kat 1Utama kot.


Tapi kali ni excited nak pegi sebab 1st time nak keluar dating bertiga. Ekceli pernah keluar bertiga but kat kedai area2 umah je. Time tu tak sampai berapa saat dalam kedai Irfan dah hekhek dah. Nasib sempat grab barang yang nak cari tu. Kira dating kali ni spesel la sket coz nak masuk shopping complex ;)



Sepanjang jalan mata Irfan bulat je. Tido pun time dekat2 nak sampai. Suka betul dia naik kereta. Kereta berenti je mula la dia hukhek :P Hari tu keluar rasmi baju baru...hehehe...Baju jalan2 dia yang cantik ada 2 helai je pun. Banyak baju tido je. Nanti la nak kena top up lagi baju budak kecik ni ;)



Yang paling excited of coz la papa Irfan. Dia yang beria2 nak datang sini. Aku ikutkan aje. Bukan aku pun yang kena drive kan. Jauh2 datang adalah semata2 nak tengok Gundam Fair ni. Sape2 yang tak tau gundam tu menatang apa boleh dimaafkan sebab aku tau pasal mende ni pun lepas kenal Myo...hehehe...Gundam tu cam segala tok nenek robot tu. Robot yang mahal tak ingat dunia...hohoho....Ekceli kat situ ada Book Fair. Memang penuh la orang. Tempat gundam ni pun seciput je hujung sekali.



Mula2 tawaf sekali ngan papa Irfan tengok gundam2 dia. Last2 mama nya yang naik pening. Terus cari port nak parking stroller Irfan. Duduk la kami dua beranak kat celah2 kotak2 gundam tu...hahaha...Nasib baik time ni Irfan behave je =)



Lepas papa Irfan berjaya rembat sekotak gundam kitorang pun nak gerak balik dah. Irfan pun dah tak boleh dok diam. Dah start lapar even before masuk The Mines tu dah kasi susu siap2 T_T Tengah2 nak ngamuk tu nyempat lagi bergambar ngan papa kat depan robot tu.

Last2 Myo dukung je Irfan. Stroller pun dah tak laku. Tinggal la mama nya terkial2 nyorong stroller kat belakang. Dalam stroller orang lain ada baby, stroller aku ada robot T_T




On the way balik jem adalah sangat dasyat. Standard la ujung minggu plus cuti sekolah kan. Kitorang nyinggah Petronas solat n tapau McD. Makan dalam kereta je. Time tu pulak tetiba hujan lebat. Jem lagi. Time nak sampai rumah memang hujan makin lebat. Dah la payung sebijik pun tak ada dalam kereta. Maka boleh la dijadikan alasan sambung jalan2 lagi...hahaha

Next destination...Mid Valley! Kali ni mama pulak nak shopping. Singgah kat Sasa belek2 apa yang patut sebab dorang tengah buat clearance sale sekarang. Sume barang ada less. Geram haku. Memang pantang betul kalau ada less2 ni tau :D Ni pun baru 2nd time masuk Sasa. 1st time masuk memang lansung tak ada hasil. Rimas ko kalau SA nyer asik dok ikut ke hulu hilir. Nak belek barang pun susah. Time2 ada sale kan orang ramai. So dorang tak sempat sangat nak mengekor :P

Last2 beli 2 palette ni. I luv palette ;) Agak lama dah tak shopping mekap ni. Alang2 tengah sale harus la ku rembat sekotak dua. Tu pun kena belek laju2. Kesian kat Irfan cam tak selesa je sebab dalam tu baru perfume macam2. Kalau tak mau aku pegi belek satu2 barang dalam kedai tu tau...hohoho...Sume la sale. Even perfume yang branded2 tu pun sale sume. Tapi tak tau less berapa.



Beli palette Balmbini...RM130. After less RM65. Sangat2 murah. Kalau dorang tak buat clearance sale memang jangan harapla boleh dapat harga gini.



Cute hokey palette ni. Packaging yang sangat menarik. Memang kalau aku tak beli boleh nyesal kot...hahaha...ada eye shadows, blusher ngan lip gloss.



And lagi satu beli palette Red Earth ni....




Dalam tu ada clutch ngan palette.



Palette ni pun sama jugak. Ada blusher, lip gloss ngan eye shadow. Apa korang ingat lepas ada anak ni aku dah stop beli mekap ke...no no no...tidak sama sekali yer. Just kena kurangkan saje sebab sekarang ni aku mekap2 paling simple yang boleh. Maklum la time2 tengah super duper bz cam sekarang ni kan.

So if ada sesape yang minat mekap cam aku ni bolehla terjah Sasa. Sale tu sampai 12 Jun. Sesape yang tak minat tu dok diam2. Sila jangan pelik ngan kegilaan aku ngan mekap ni....hikhikhik




Before balik nyinggah Body Shop kat sini pulak. Tak puas hati sebab tak jumpa milk bath. Tanya SA kat situ dia cakap memang dorang tak jual mende tu. Tipu! Aku penah beli last year....hmmm....Tapi tetap ada hasil. Beli sebotol lagi shower gel sebab time beli kat JJ aritu mende ni dah sold out. Dapat less 30%. Sikit jer. Yang penting ada less. Mende gumpal2 tu saje beli sebab dia kaler biru...hikhikhik

Sume Myo blanjer. Adiah anniversary katanya. Gundam pulak adiah anniversary for Myo. Gitu la kitorang. Tak ada nak wrap2 surprise2 dah. Amik je apa nak then blanje la sesama sendiri ;)




Lepas tu melencong ke JJ kejap pegi tempat gundam lagi. Nengok gundam kat situ compare harga nya nak nyedapkan hati. Memang beli kat The Mines tu tersangat la murah. So dah puas hati boleh la balik. Time ni mata Irfan dah terkedip2 nak terlelap dah...



Time lalu kat tengah2 tu nampak kapal Pirates of The Caribbean ni. Cantik dorang buat. Suka tengok.



Sementara nak menghala parking tu tengok2 Irfan dah tido. Aku dah pandang2 Myo ngan muka hepi dah. Nampaknya Irfan dah kasi green light kat kitorang singgah makan dulu...hehehe...Terus singgah Kenny Rogers makan situ. Irfan still sedap tido.



Last aku makan kat Kenny Rogers of coz la before bersalin hari tu. Lama jugak dah. Myo order ni.



Aku order spagetti fevret. Tapi dorang buat tak sedap macam kat Kenny Rogers 1Utama....hukhukhuk...Sana jugak best. Elok2 je makanan sampai Irfan bangun pulak. Bangun diam tak apa. Ni dia start huk hek. Nasib bawak susu. Tu pun kena mintak mangkuk isi air panas nak rendam susu yang sejuk tu. Lepas hantar air panas tu waiter tu siap toleh2 suspen nak tengok kitorang nak buat apa ngan air tu agaknya....hahaha...Biasa orang nak jampi2 je kot mintak air dalam mangkuk :P

Dapat minum susu baru la Irfan ok. Tapi papa nya kena la pegang dia sambil makan. Habis makan terus gerak balik. Elok je Maghrib sampai umah. Siap2 mandikan Irfan terus dia tido sedap kemain. Time jalan memang mata dia bulat je seronok tengok kiri kanan. Siap tahan ngantuk lagi. Tapi pepagi buta tetap berjaga T_T

Irfan pulak time kua bukan main glemer lagi. Sambil jalan ke naik escalator ke orang dok senyum2 kat dia. Even time aku nyopping kat Sasa ngan Body Shop pun SA kat situ sibuk dok belek2 anak teruna aku tu. Standard la tu kalau orang tengok baby kan. Aku tak kesah pun. Suka hati korang la. Jangan amik anak aku sudah. Kang aku panggg baru tau :P




Yang paling penting memang seronok giler la dapat jalan2 hari tu. Susah nak describe dia punya seronok tu. Rasa cam bahagia sangat2 gitu. Irfan pun tak banyak ragam. Ada la nanges kejap2 sebab ngantuk plus lapar. Seriously anniversary kitorang sangat bermakna ngan adanya Irfan Naufal. Rasa sangat complete. Tak sabar nak tunggu weekend ni pulak. Nak bawak Irfan makan angin kat tempat yang aku nak pegi time preggy dulu tapi tak sempat ;) Hopefully jadi la kali ni...


Sunday, June 5, 2011

It's Our 1st Anniversary

Actually 1st anniversary kitorang semalam, Sabtu 4 Jun 2011. Well biasa la aku ni nak update lambat. Biasa la hari Sabtu nak bersantai2 bangun lambat. Dah la anak aku fesyen berjaga malam...siang dia tido. So time wiken je la aku nak qada' tido plus ngulit Irfan. Malas nak update blog....huhuhu...

4hb Jun 2010...hari kami selamat diijabkabulkan. Cam kejap je dah setahun. Alhamdulillah tak sampai setahun usia perkahwinan kitorang, si kecil Irfan pun dah selamat lahir ke dunia. Irfan pun dah 3 bulan sekarang. Anugerah Tuhan yang sangat berharga buat kami :)


"To Encik Meor, happy 1st anniversary. Semoga ikatan suci ni akan berkekalan ke akhir hayat. I love u so much! Nothing can describe my love for you." (^__^)

Ok dah. Tak boleh lebih2. Of coz la sayang hubby hari2 kan. Just aku tak canang hari2 kat blog je la kot. Sekali sekala boleh la. Nanti kang ada orang nyampahs pulak :P Pic pun letak gambar time kenduri je ni. Pic time nikah ada dalam CD lain yang aku pun tak tau dalam kotak mana satu. Maklum la kitorang ni kan berkampung kat umah parent aku. So unpack barang mana2 yang patut je.


Semalam pepagi keluar dating pegi tengok wayang lagi. Plan asal nak makan angin bawak Irfan sekali. Since sekarang tengah musim cuti sekolah, hotel full je kejenye. Rate pun bukan main lagi kan. So kena la tangguh dulu. Tengok wayang dulu. Ada 2 option. Antara tengok Nur Kasih ngan X-Men. Nak kena memilih jugak yang mana lagi best. Bukannya selalu pun dapat ngular nengok movie.

So of coz la kitorang tengok X-Men: First Class. Aku tak reti nak review2 ni. Yang aku tau lepas abis tengok tu serius rasa nak tengok lagi sekali. Tak puas tengok. Best giler walaupun tak ada Wolverine (ehh...ada but keluar tak sampai 5 saat je pun :P). James McAvoy a.k.a Prof X adalah sangat cute. Sape penah tengok movie Wanted familiar la ngan dia ni. Aku lagi suka cerita ni compared to Pirates of Caribbean kot. Kalau ada duit n masa lebih confirm akan tengok lagi sekali. Tapi rasanya tak kan ada chance dah kot. Baik stand by tengok Transformers pulak nanti...hohoho....

Habis tengok wayang balik singgah umah susukan Irfan dulu. Pastu sambung keluar balik pegi makan...hahaha....aci tak main sambung2 keluar? Kitorang makan kat JM Bariani kat area rumah je then terus balik. Tak sampai hati tinggalkan Irfan lama2 kat umah.


Hari ni pun kepenatan sebab seharian keluar jalan2 lagi. Akan di'update' nanti. Basi lagi la nampaknya cerita aku :P Irfan tengah sedap tido. Baik la aku join sekali sebelum dia ajak aku dengar dia bercerita pepagi buta nanti T_T

Friday, June 3, 2011

3 Months Progress

Baru nak update perkembangan Irfan dah 3 bulan ni. Cam biasa gambar2 ni terperap je dalam draft. Well kalau korang perasan entry2 kat blog aku ni memang dah dipenuhi ngan cerita pasal Irfan. Kalau tengok label kat tepi tu pun kejap je label Irfan tu dah naik mengalahkan label2 makan n cosmetics aku tu...huhuhu...Camni la orang dah ada anak ye...Si kecik dah jadi top priority.

Lepas masuk 2 bulan hari tu Irfan kalau tido memang bantal ntah ke mana dia entah ke mana. Ada jugak kadang2 tu terus terkeluar dari tilam dia. Aku pun tak sure camne dia boleh berpusing sebab time tu aku pun tengah tido. Bangun2 tengok dah gitu tidonya. Padahal tak sampai setengah jam pun. Lepas tu elok pulak dia sambung tido kat situ. Tak nangis pun....huhuhu...Time ni Irfan baru 2 bulan lebih. And aku baru nak update sekarang T_T 2 3 hari ni dah nampak Irfan dok gigih prektis nak meniarap. Lepas dah tertiarap tu terus nanges nak susu...hahaha...


Yang ni memang pic yang agak latest jugak la kot. Sebab dia dah botakkk! Dah boleh jadi geng Upin Ipin dah ha. Tukar je jadi Upin Ipan...hiks! Pipi tu yang buat aku geram. Memang saat ni la saat yang ditunggu2. Sangat sesuai untuk digomol2 :D


Tengah dok story telling. Cam tengah nyanyi pun ada gak...hehehe...luv u lah my dear botak boy =)


Yang ni tak ingat la tengah suka ke or tengah nak start ngamuk....huhuhu. Tapi dia dah pandai senyum n gelak2 dah. Ada sekali tu papa dia geletek mengekek2 dia gelak tak berenti. Suka bukan main. Elok je aku capai handphone nak amik video dia benti gelak pulak. So tak ada bahan bukti....hahaha...Yang penting sekarang ni dia dah tak senyum sorang2 kat dinding ngan siling dah. He can see us! Dulu time baru2 2 bulan bila pandang pun can tak fokus sangat. Vision still blur2 gitu. Sekarang siap boleh pandang aku sambil buat muka kesian kalo nak susu...hihihi


Pape pun aku prefer Irfan ku yang versi ada rambut. Tak sabar nak tunggu rambut baru dia tumbuh. Sure lagi encem ;)


Irfan suka sangat tegak kan kepala dia. Kalau nak burp kan dia tu melilau2 pusing kiri kanan. Time tiarapkan dia pun gigih nak tegakkan kepala. Tapi tahan kejap je lah. Kalau lama2 dia pun start tak selesa dah.


Ohh ni memang posisi fevret Irfan la nih. Terbang di awangan. Papa dia je boleh buat. Aku memang tak larat lah. 6.4 kg tau. Naik 1.4 kg dari bulan lepas. Cukup2 la aku menahan lenguh time nak nyusukan dia. Nak angkat tinggi2 memang tak terdaya. Kalau angkat cenggini time tengah nanges pun dia boleh senyap. Siap gelak2 lagi dia =)


Ni hobi baru Irfan dekat nak masuk 3 bulan hari tu. Sumbat jari jemari dalam mulut. Before ni pakai mittens memang basah lenjun jugak la mittens dia. Tapi dekat2 nak 3 bulan tu aku dah start tanggalkan dah. Biar dia tau dia ada jari jemari yang chumil :P

Time kenduri aku pakai kan balik mittens dia saje nak bagi cantik sepasang ngan booties. Gambar2 yang aku tepek kadang ada yang dia pakai mittens kadang ada yang tak pakai. Biasala lambat update. Pastu update ikut suka hati aku je mana yang sempat. Kadang update yang latest dulu lepas tu yang basi pulak. Aku jenis yang suka upload gambar banyak2 then simpan dalam draft. Pastu bila nak update main pick je mana yang aku rasa ada idea nak cerita. Memang tak konsisten lansung cam blogger lain kan. Saje bagitau kot2 korang pening baca entry aku yang tunggang terbalik nih kan =)


Memang ralit sangat dia hisap jari kadang2 tu. Kalau tengah nanges tetiba diam tu memang tengah bz hisap jari lah tu. Kadang jugak tak nyempat nak sumbat kan sume jari dalam mulut....hehehe...Tau la jari tu comel kan


Last2 bila dah jumpa jari yang sesuai yang boleh dimasukkan dalam mulut terus dok diam. Dok chot chot ngan relaxnya ;)


Dah abis hisap jari baru perasan mama dia dah macam mamarazzi dok snap gambar dia...hehehe...So sekarang ni mittens dia simpan je la diam2. Nanti dah 6 bulan boleh tanggalkan booties pulak.


Tu je la perkembangan Irfan setakat ni yang boleh aku ingat kot. Minum toksah cakap la. Memang kuat minum. Believe or not dari pukul 9 pagi sampai 1 tgh hari dia boleh habiskan 12 oz susu. Pada aku banyak la tu. Kalau direct BF memang tak kan tau la kan bape Oz dia minum. Tapi memang memanjang menempek je kat aku...huhuhu

Ni budak kecik yang tengah tido kekenyangan. Besar dah anak aku ni. Tinggi pun tinggi dah. Dah 67 cm. Terjuntai2 dah kaki time nak BF dia tu :P


Sangat seronok tengok Irfan membesar bagai johan. Tak sabar nak tunggu dia boleh meniarap, merangkak, bercakap, berjalan sume2 tu. Sementara tu nak menikmati dulu puas2 time dia still baby lagi ni. Geram2. Suka bau baby. Tak mandi pun wangi tau. Lagipun baby dok diam je lagi. Kang nanti dah besar nak kena main kejar2 pulak...hiks!

p/s: Esok 1st anniversary kitorang. Dah genap setahun kami berkawen. Ingat nak celebrate makan angin ngan Irfan sekali. Tapi kena hold dulu kot atas sebab2 yang tak dapat dielakkan T_T

Wednesday, June 1, 2011

Hujung Minggu Kami

28/05/2011 - Sat

Hujung minggu adalah hari2 yang sangat ditunggu2. Time tu la dapat nak bersantai2 kat rumah. Mengulit Irfan sepanjang hari. Lagi best weekend aritu aku sempat ber'dating' ngan Myo berdua. Pegi tengok wayang.

Dah dekat setahun kot tak tengok wayang. Cerita 1st n last kitorang tengok lepas kawen ialah Twilight Eclipse tu. Lepas tu aku pregnant terus lansung tak pernah jejak kaki dah kat mana2 wayang. Myo cakap tak elok untuk baby dalam perut time tu. Aku pun kena la dengar cakap laki kan. Geram2 pun beli pop corn je kat TGV pastu bawak balik umah T_T

So Sabtu hari tu akhirnya berjaya tengok cerita Pirates of The Caribbean: On Stranger Tides. Cam biasa of coz la best kan. Lawak. Lagipun abang Johnny Depp yang berlakon :P Next nak tengok X-Men ngan Transformers pulak. Thor dah terlepas. Tu pun kalau ada masa la kan. Kesian pulak kat Irfan kalau mama n papanya sibuk berdating je :P


Kitorang tengok kat Wangsa Walk saje. Tu je wayang yang paling dekat ngan umah. Owhh aritu 1st time dok kat twin seats ;) Baru nak merasa dok kerusi best. Abis je tengok wayang terus chow pegi JJ Wangsa Maju cari Body Shop. Sejak dah pernah beli sekali last year terus jatuh chenta nak beli something lagi kat sini.

Body Shop tengah sale sekarang ni sampai 12 Jun. Aku pun rembat la 3 botol shower gel. Yang aku beli tu ada less 60%, 40% ngan 20%. Cam biasa yang lagi banyak less tu lagi lama la MFG date dia. Sempat la kot buat stok setahun coz bukan nak pakai hari2 pun. Kadang2 bila terasa nak pakai baru pakai. Time ada less la nak merasa pakai sabun wangi mangi. Tapi agak terkilan sebab tak dapat beli milk bath ngan body scrub. Less sikit je. Cam tak berbaloi nak beli mahal2. Sale kali ni adalah kureng best kalau nak di'compare'kan ngan last year punya.



On the way nak balik pegi parking, ternampak la pulak baju baby. Tengah sale jugak. JJ kan tengah sale sekarang nih. Kitorang je yang tak ada masa nak merayap ke situ. Kebetulan dah lalu tu tangan ni laju je selak2 baju2 yang ada. Terus dapat 3 helai. 50% - 70% less tu. Mesti beli sebab tak pernah belikan Irfan baju Disney lagi. Beli baju 3-6mths. Ada selai yang 6-12mths....hehehe...beli in advance...kot2 boleh buat baju raya =)



Dah keluar pun tak sempat nak makan2 dulu. Makan kat umah je. Irfan sedang menunggu...Ahad tak keluar mana2. Ngulit Irfan puas2. Ingat nak bawak Irfan keluar jalan2 pegi taman tapi last minute cancel pulak. Hopefully plan nak bawak dia jalan weekend depan ni jadi la. Sementara tu kena tempuh 5 hari keje yang tak best ni dulu T_T