nuffnang

Friday, January 20, 2012

Opsss...I Did It Again!

02/01/2012 - Mon

Since lepas tahun baru Isnin tu cuti lagi maka panjang la langkah kitorang hari tu. Of coz la aku yang beria nak keluar kan. Meor dok rumah seminggu pun tak kesah kot...huhu...Kitorang pegi OU. Ada misi yang perlu dilaksanakan...huhh! Misi la sangat kan.

Kitorang ke kaunter F.O.X Cosmetic. Memang dah plan nak beli something kat situ setelah berpikir panjang. Ditambah pulak ngan morale support dari Meor. Makin berkobar2 la jadinya nak beli tu :P

Keluar Parkson round2 kejap cari barang2 sket then balik sebab Irfan sampai tertido2 dalam carrier. Before balik singgah dulu Tutti Frutti. Tak tahan sebab ada blueberry flavour ;)


See...Irfan tido ngan sedapnya. Sempat kitorang abiskan yogurt tu. Kalau tidak memang sangat susah dia nak tido time jalan2. Tetap akan tahan walau mengantuk camne pun. Tetiba hari tu je cam ajaib sket...hehehe...


Tapi on the way pegi parking dia terjaga balik. Memang sensitip tau ini budak. Tak boleh gerak or bising sikit memang tak lena la tido dia.


Kalau pegi OU ni rajin je nak menyinggah ke myNews sebab kalau nak bayar parking memang akan lalu situ. Biasa kalau tak lalu aku tak cari. Tapi kalau lalu mesti nak singgah belek2 magazine apa yang menarik. Bacanya tak tentu bila lagi :P


Kitorang sampai umah dah petang. Lepas tu kelam kabut siapkan apa yang patut sebab nak pegi LCCT. Iye...Hari tu last day maid yang jaga Irfan tu kat Mesia. Memang nak kena anta balik Indon jugak since tak lepas pemutihan tu. Umur dah over limit.


2nd time aku sampai LCCT. Memula ingat tak nak pegi dah since mak n ayah cakap biar dorang je hantarkan. Tapi memikirkan maid tu la yang dok jaga Irfan hari2 time kitorang kerja cam tak sampai hati pulak kalau tak join hantar sekali.


Ni la bibik yang dok jaga Irfan hari2 since Irfan 7 bulan kot. Sekarang Irfan dah nak masuk 11 bulan. Tapi ni la maid yang palik lama jaga Irfan. Ni yang ke 4 ok since Irfan lahir. Yang lain macam2 hal. Pening kepala pikir. Stress giler! Tu yang malas nak cerita bab2 maid kat blog ni. Buat meroyan je nanti...huhu...

Nasib baik la Irfan ok je even bibik tu dah tak ada. Tak ada la nak merengek ke apa. Just sehari dua tu nampak la dia cam tercari2. Then lepas2 tu ok aje. Bibik tu pun dok sedih nak balik. Sayang sangat kat Irfan. Nak keje tapi tak cukup syarat. Nak tak nak kena la balik kan. Since sekarang still tak dapat replacement. Banyak duit yang dilebur begitu saje. Susah nak amik maid ni. I have my own reason nape kena pakai maid jugak.


Balik tu kitorang singgah Tupai2 Shah Alam. Giler lapar time kat LCCT tu. Sampai kan on the way nak pegi Tupai2 tu kitorang belasah makan keropok beras Irfan tu. Kalau tak lansung tak heran. Melampau punya lapar :P

Ingat nak makan steamboat tapi ada bawak orang lain. Malas aku nak blanje kang nak malu2 bagai. Rugi amik buffet kalau nak malu2...huhu...So makan ala carte je. Boleh tahan mahal la ala carte pun. Tom yam campur untuk sorang makan pun dah RM 15. Cam over je kan? Tapi pejam mata je la bayar. Sekali sekala blanje family makan luar.


Ni adalah hasil rembatan kat kaunter F.O.X...


Ada blusher, eye shadow cream, eye shadow palette ngan lipstik. Lipstik tu free aje. Awal2 tahun dah buat spoil beli mekap kan. Kalau korang pernah baca previous entry aku, palette tu is one of my wishlist. Finally dapat jugak sebijik. Tu pun berzaman dok pikir nak beli ke tak. So tak nyesal la kot beli ni. Lepas ni nak berazam nak stop beli mekap la. Tapi sampai bulan 6 je. Bulih pecaya ke?...hahaha....Nak buat savings lebih sikit tahun ni. Caiyok2!

Maybe ada orang akan pikir...Cuna ni asik beli mekap je pakai ke tak? huhu....Nak abiskan dalam sebulan tu memang mustahil la kan. Memang akan pakai punya la. Cepat atau lambat je ;) Lagi pun this is the only way untuk kurangkan stress...Stress sangat ke aku ni asik nyopping je kan. Well, hanya Tuhan yang tahu...Kekadang bukan sume mende boleh luahkan kat blog kan. So pendamkan je la di lubuk hati yang paling dalam T_T


Pegi myNews hari tu nampak Cleo special edition ni. Memang every January akan ada versi yang kecik sikit. Lepas tu dapat pulak free sample Maybelline BB Cream. Dulu boleh dikatakan every month jugak la beli Cleo. Sekarang dah ada anak ni kena selang selikan ngan Pa& Ma ;)


Ohhh...lepas bayar mekap F.O.X tu ada dapat voucher Parkson RM30. So kitorang merayap la lagi dalam tu cari nak beli apa. Malas nak simpan2 sebab bukannya selalu sangat nak shopping kat Parkson ni. Aku lagi suka shopping kat JJ. Pusing2 last2 rembat food thermos ni.


Puas hati akhirnya dapat thermos yang dicari2. Before ni asal jumpa je mesti tak berkenan di hati. Cam ada je yang tak kena. This time memang puas hati sebab thermos ni dapat isi nasik ngan sup Irfan. Senang sikit nak bawak jalan2.


Esok dah start cuti panjang. Memang best kan kalau makan angin cuti2 gini. Pastu confirm sana sini nak jem je. Kitorang esok ada kenduri kat Raub. Then hari2 lain lepak2 je kat rumah kot. Tak pun window shopping aje. Kata nak saving2 kan. Harusla insaf sekali sekala T_T Happy holiday uols!


Thursday, January 19, 2012

Ada Udang Di Sebalik Batu

Buat julung2 kalinya update cerita fresh from oven...hahaha...Asik update cerita basi je kan. Hari ni aku pegi ofis! Pegi ofis pun nak kecoh kan :P Dah sebulan lebih kot tak jejakkan kaki ke ofis sejak kena conduct KT hari tu. Hari ni pegi ofis pun ada maksud tersirat ok :D

Pegi pun half day aje. Nampak bebenor ada udang di sebalik mee...huhu...Well, malas nak stay sampai petang. Balik dah confirm jem. Entah pukul berapa nak sampai umah. Maid pun dah blah. So balik je la senang. Lagipun projek yang aku involve sekarang tak memerlukan aku datang ofis pun. Ngadap laptop kat umah pun keje jalan jugak ye dak. Balik Meor hantarkan sebab kang petang balik dia nak pakai kereta. Kitorang sharing2 je kereta. Sharing is caring!...hahaha....tetiba :P

Opsss...1st time tepek gambar Meor botak. Tu pun nasib baik rambut dah start tumbuh sket. Botak without my approval ok...huhu...Tau2 balik kerja kepala dah licin. Aku ni pulak jenis tak suka tengok orang kepala licin. Tapi dah botak dah pun. Tak kan nak pegi amik rambut palsu tepek kat atas kepala pulak kan. Aku pasrah je la T_T


Balik umah tenyeh2 budak comot ni kejap pastu lunch then sambung keje balik. Irfan memang sibuk je sampai tak ada masa nak ngadap mama dia.


Nak bagi makan pun berzaman nak abis. Memula dok kat rocker. Dah tak nak diam letak bawah. Lepas tu main kejar2 nak kasi makan. Last2 letak kat baby chair baru nak sambung makan. Tu pun lepas dapat mende dia nak ketuk2 dulu....nak cubit...nak cubitttt n_n


Well, ini la maksud tersirat mimpi pegi ofis hari ni. Nak ngamik 2 set mekap Benefit ni ha. Pesan time bulan November kot kat colleague, Kak Zura yang kena anta pegi US buat keje kat sana. Disebabkan dia pegi sensorang plus memang dia tersangat bz sampai tak ada masa lansung nak shopping, maka musnahlah harapan nak kirim handbag Coach ke, jam tangan Fossil ke jeans Levi's ke T_T

Jadinya aku order online je mekap set ni. Actually dah lama jatuh cinta ngan Benefit ni since attend workshop kat KLCC dulu. Tapi memikirkan harganya yang tak berapa nak murah tu aku simpan je la as a wishlist. Luckily boleh order thru online. Dapat la harga murah sikit compared to harga kat Malaysia ni.


Mekap palette. As i said before, aku ni memang pencinta segala tok nenek palette. Tengok2 terus tergoda. Dah dapat approval terus laju je order. Duit? Sendiri mau ingat la kan. Pakai duit sendiri. Meor memang tak campur bab2 mekap ni. Dia kasi komen je ok ke tak. Set ni ada Girls Meet Pearl (liquid pearl), 4 eye shadows, blusher, brush, lip gloss ngan mascara.


Set lagi satu ada That Gal (face primer), mascara ngan face powder. Box dia tersangat la cute ok. Siap boleh letak gambar kat depan tu. Aku ni memang jenis suka mende yang fancy2 ni. So memang cannot resist la this kind of thing >.<


Sekali tengok macam paper bag sebenarnya. Mati2 aku ingat box tu letak dalam paperbag. Beria2 tarik nak amik box tu.


Rupa2nya memang box semata. Terus bukak je. Tu pun Meor bagitau...huhu...But really...I love the packaging! Actually aku pernah order online dah before ni. Masa tu time pantang. Ada colleague pegi US jugak time tu. Tak sempat pulak nak tepek kat blog ni. Beli That Gal ngan blusher Bella Bamba. That Gal tu dah let go to one of my fren. Yang ni pun nak pass to someone jugak.


Dapat free sample. Cenonet je. Ok la kan dari tak ada lansung ;) Actually boleh je kalau nak order then letak address kat Mesia ni but nak kena min beli USD100 la baru dapat free shipping. Kalau address US beli min USD50 dah free shipping. Jenuh la nak beli barang banyak2 kan. Bukan nak pakai sume pun. Shipping pun nak berkira kan...hehe...Alang2 boleh dapat free tu letak je address US senang ;)


Ni lagi satu mende yang aku nak amik. Eye shadow Yves Rocher yang dah berzaman Kak Ezah simpankan. Maklum la dua2 sakan work from home pastu susah bebenor nak jumpa. Hari ni pakat datang ofis ramai2. Ni antara hasil rembatan Yves Rocher yang tercicir pastu siap kirim kat orang belikan lagi :P


Last but not least nak collect movie voucher ni. Awal bulan lepas team aku ada buat makan2. Dapat duit dari company. Ada la setahun sekali nak buat makan2 gini. Nak harapkan family day jauh sekali. Kebetulan time tu pulak aku tengah senak kepala otak dok buat preparation nak conduct KT. Tak ada masa nak pikir nak makan ke apa. So boss suruh orang belikan movie voucher ni ganti duit kitorang yang tak join team lunch hari tu. Dapat la 5 keping GSC movie voucher sorang. So apa lagi...jom layan movie seround dua (sambil jeling2 kat Meor) ;)


Dah habis cerita fresh from oven. Dah petang pun. Stress sebab balik2 umah bukak laptop website tak boleh bukak pulak. Apa la nak update time meeting malam ni. Cepatla weekenddd...Nak rehatkan otak...

Wednesday, January 18, 2012

MI4 + New Born Baby + Tupai2

31/12/2011 - Sat

Ni update last untuk tahun 2011. Orang lain dah lama tinggalkan 2011 kot.Fuhh..fuhhh....semput rasanya nak curi masa update blog sekarang ni. Sempat blogwalking je kejap2 lepas tu tutup blog. Jenuh nak habiskan cerita2 basi. Hari terakhir di tahun 2011 kitorang sempat dating berdua.

Ke mana lagi kalau bukan tengok movie. Before free pass lagi 2 tu expired baik pakai cepat. Tengok MI4: Ghost Protocol. Amik twin seat tambah RM 5 je. Tengok movie berdua RM 5 je! Best2! Yang penting memang berbaloi2 la tengok MI4. Sangat best. Saspen je memanjang. I loike! =) Lepas ni tak sabar pulak nak tengok The Avengers. Superheroes reunion! Ironman, Thor, Captain America ngan sape lagi tah. Really can't wait. Tapi bulan 5 kot. Lambat lagi daaa~


Malam tahun baru tak kua memana pun. Terperap je kat rumah. Meor pun memang bukan jenis yang suka tempat yang sesak2 ramai orang. So tak ada la nak celebrate kat luar tengok bunga api ke apa. Aku ngadap TV je la tengok apa yang ada. Irfan tido 2 tahun kot punya ngantuk :D

Esoknya tahun baru kami melawat new born baby, Aidin Zafir kot namanya. Aiyakkk lupa dah. Lambat sangat update gitu la jadinya. 1st time melawat new born baby lepas beranak ni. Syok betul tengok baby. Bau baby. Memang best. Rasa nak cium2 je. Tapi anak orang kan. Bajet2 jugak. Anak sendiri bole la nak buat apa pun. Tak sampai hati nak kiss2 new born baby. Aku yang dah pernah ada baby ni sangat la memahami. Dah la new born. Kulit sensitip lagi. Kalau 5 orang datang melawat hari tu memasing nak kiss tak ke kesian kat baby kan...huhu...

Bila dah tengok baby yang kecik cenonet baru la aku sedar dah besar rupanya Irfan :P Azura ni aku kenal thru blog je. Not a blogger but we share the same interest kot. Mekap!...hahaha...Sesama menggila time Stila sale dulu. Jumpa pun dalam 2 or 3 kali je but the relationship is still remains =) Time ni Azura dah nak abis pantang dah. Dok menghitung hari je nak merdeka ;)


Kitorang keluar melawat baby pun dah petang. Borak2 potpetpotpet sampai dekat 2 jam tak sedar diri. Dekat pukul 6 jugak baru balik. Then kitorang pegi Tesco Shah Alam sebab Meor ada nak cari barang kat kedai dalam Tesco tu. End up tak beli pape pun. Nak balik terus perut pulak dah kreok2. Terus teringat kedai Tupai2 kat Seksyen 13 yang banyak kali dok jenguk2 tapi tak pernah singgah. Sejak makan steamboat kat Tupai2 Bangi tu asik la dok terbayang2 lepas tu. Kebetulan kat Shah Alam ni ada sebijik.


Irfan awal2 behave je. Letak je dia kat baby chair terus siap2 kasi bubur. So nanti boleh la kitorang makan dengan senang hatinya kan.


Antara makanan yang kitorang amik. Ada 3 or 4 kali jugak la kot ulang alik amik makanan nak celup2. Tu pun stop sebab Irfan cam dah bosan tunggu and dah start kasi hint soh makan cepat2. Kalau tak maunya kitorang tambah seround dua lagi...hehehe...


Pada aku dah cukup sedap kot sebab selain steamboat kat Tupai2 memang tak pernah try kat tempat lain pun. Biasa kedai steamboat kedai Chinese. Susah nak jumpa kedai Melayu. So dari was2 baik tak payah pegi kan walaupun logo halal nya sikit punya besar T_T


Cubaan Meor nak buat muka orang tua sebab aku cakap dia pose cam budak2...hahaha...


Memasing muka berkilat je time ni. Giler panas. Port kitorang tu kebetulan tak ada kipas. Dengan periuk yang berasap2 lagi. Ditambah ngan tom yam yang pedas berapi. Memang berdouble triple panasnya.


Memang licin licau la kitorang makan. Satu pun tak tinggal. Kat situ siap tulis kalau membazir tak habiskan kena bayar RM 10 per gram...huhu...


Aku dah dok plan dalam kepala next time nak ajak family pulak datang sini. Ramai2 meriah sket kalau nak makan steamboat ni.




Seriously rasa nak datang lagi makan sini. RM 28 per pax consider ok dah kot. Lagipun perut aku sejak dua menjak ni cam flexible sikit...huhu...So memang tak rugi la nak bawak makan buffet. Tunggu gaji la kot baru boleh datang sini lagi ;)

Friday, January 13, 2012

Weekend Datang Lagi!

24/12/2012 - Sat

Before weekend datang lagi baik la aku habiskan dulu update cerita weekend2 yang dah lepas ni. Cuti Krismas hari tu sehari je kitorang keluar jalan2. Lepas tu dok diam2 kat rumah je. Keluar rumah terus pegi OBW. Dah lama tak singgah ke situ. Dah lama jugak tak beli barang untuk Irfan. Dulu sekali beli terus beli banyak2. Beli time sale so dapat la jimat kan. Baju2 dia pun cukup stok sampai setahun lebih nanti kot. Awal2 je sibuk ke sana sini beli barang si kecik. Asal ada sale sume aku terjah. Tapi since Irfan dah 5 or 6 bulan dah slow down sikit dah.

Time kitorang singgah OBW tu ramai giler orang. Penuh kasut kat depan pintu lif tu sampai tak nampak lantai...huhu...1st time tengok orang ramai gitu. Penuh kedai. Nak jalan dalam tu pun sampai bergesel2 kot.


Niat di hati nak cari food feeder, topi ngan kasut Irfan. Boleh pulak time2 tu food feeder dah habis stock. Before ni dah penah nampak 2x tapi tak beli pun. Tetiba rasa nak beli dah tak ada pulak T_T Last2 beli milk storage, kasut ngan berus gigi Irfan je. Tu pun kasut Irfan dok ulang tayang kasut yang sama je dari dulu. Pakai sampai jadi buruk. Beli banyak2 pun kang jap2 lagi dia tak padan dah. Malas nak buat collection. Berus gigi pulak Meor yang excited nak beli. Aku boleh lupa anakku tu dah ada gigi...hehe...

Keluar OBW pegi OU pulak. Saje jalan2 sambil cari topi Irfan kat JJ. Kat OBW topi kurang menarik. Topi Irfan pun sama. Dok ulang tayang yang sama je. Saje nak kasi dia topi baru. Pakai pun bukan selalu. Time keluar weekend je la nak pakai pun. Tu pun lama sikit tangan dia laju je nak cabut topi atas kepala tu.

Jalan2 sket then singgah makan KFC. Dah lama rasa tak makan KFC sejak ada perisa tom yam pelik hari tu. Tak sedaapppp ok. Dah ada hot n spicy balik baru datang ;)


Irfan letak dalam baby chair pun tak boleh dok diam. Kasi makan cerelac je. Malas nak tapau nasi lembik ngan bubur dia. Dulu campur skali senang sikit nak bawak. Aci gitu?


Before balik singgah Toys R Us. Saje cuci mata.


Irfan ke papa yang cuci mata pun tak tau la....huhu...


Malam tu kitorang keluar lagi sebab Abang Long n family datang singgah. Makan kat kedai dekat2 rumah je.


Malam tu insap bawak segala bekal Irfan siap2. Orang baru amik order Irfan dah dapat makan dulu dah. Sempat buat kuih kat kedai tu...huhu....Tak pasal2 rasmi terus toilet kat situ.


His 1st toothbrush. Beli yang Tommee Tippee punya. Tu pun rambang mata dah nak pilih sebab banyak sangat choice. Pilih berus gigi pun nak rambang mata kan. Ntah pape...hahaha...End up beli yang ni sebab boleh pakai stage by stage.


Bukan main suka Irfan kalau papa dia gosokkan gigi. Tengah2 ngamuk pun boleh dok diam. Gosok gigi sambil gelak2 pulak.


Sekarang dah tak nak orang gosokkan. Nak buat sendiri jugak.


Penat la pulak nak ngabiskan cerita last year yang tak habis2 ni. Tak terkejar dah rasanya. Tapi kang kalau tak update macam tak best la pulak tak ada catatan kat blog ni. Lately stress sket sebab nak catch up ngan mende2 baru since dah tukar position baru di tahun baru ni....huhuh...Banyaknya baru. Nanti2 la story ye. Weekend ni mau jalan2 lagi! Hopefully plan menjadi ;)

Thursday, January 12, 2012

Dating @ Pizza Hut

21/12/2011 - Wed

Balik Cherating tu kepenatan sebab sampai pun dah malam. Esoknya kitorang still bercuti. Then pegi keluar buat apa tah. Ada la urusannya. Lepas tu melencong ke Pizza Hut singgah makan situ. Irfan tinggal jap kat rumah. Hari kerja senang la sikit kalau nak tinggalkan dia kejap. Lagipun kitorang keluar time dia tido. Ingat tak before ni aku ada cerita tapau pizza Cheesy Ultimate tu. Time tu aku sempat makan 1 or 2 slice je kot pastu terkejar2 nak susukan Irfan. Sekali bila turun balik tengok2 dah habis. So terkilan jugak la sebab tak puas makan lagi. Alang2 dah keluar tu balas dendam order pizza tu lagi...heheh...


Muka2 hepi nak makan pizza :P



All time fevret...Meatball bolognaise pastu tabur cheese powder banyak2...Best2!


Pizza yang diidam2kan. Akhirnya dapat menikmati sepuas2nya....huhu...So lepas ni tak payah la nak cari dah. Gilo apa kan asik nak makan pizza je keje. Kempis wallet kot T_T


Menggedix before balik. Tak merayap ke mana dah. Ingat nak tengok movie Mission Impossible 4 pakai complimentary pass lagi 2 tu. Tapi time tu tak jadi star lagi. Movie baru keluar kalau nak tengok pakai pass kena add RM 5. Rugi. So no movie for that day. But time aku update entry ni dah selamat tengok dah pun...huhu...Jenuh nak abiskan update cerita2 basi ni dek non...haihhh...


Malam tu pulak baru parent aku sampai. Borong keropok lekor banyak giler. Aku pun siap pesan sekali sebab tak sempat nak cari. Seminggu tu lenjan hari2 makan keropok lekor. Cicah pulak ngan sos cili dia yang sedap giler. Marvellous! Kat sini memang susah la nak jumpa kopok lekor sesedap tu. Rasa cam nak pegi lagi je sana cari keropok lekor :P