Story last week hari Selasa. Last day aku kat MyEG. Pagi2 bukak pc dah dapat email from HR pasal ada fire drill aritu kul 10.30. Aku ingat biasa2 so tak alert sangat pun. ahaha. Tapi dah member2 ajak kua aku pun join aje. Keje pun dah tak de sangat. Turun2 bwh penuh sesak dah lobby. Rupa2nya orang lain turun lagi awal. Tapi ofis kitorg seketul pun tak de. Ktorang 6 org saje.
Dah 15minit kat lobby akhirnya berbunyi pun alarm nye. Lif sume tak gerak dah. Nasib la korang2 yang dok tinggi tu menapak ikut tangga. Aku ingat camtu je. Tengok2 pastu sume gerak pegi atas jalan. Cam kene kua jauh lagi. Ambulans pun dah standby kat depan. Bomba datang siap ngan siren2 lagi. Bersungguh betul berlakon ni nampaknya. Abang2 bomba berlari2 terjun kua seyes cam real je. Tapi bleh plak yang drive tu siap bleh betul2 kan helmet dulu before kua. cehhh! buat spoil je.
Tetiba depan IBM/KPMG tower tu cam huru hara jap. Cam alien datang menyerang bumi pun ada. Penuh je orang atas jalan berkeliaran atas jalan tu. Kitorang melepak je kat tepi2 tu malas nak ganjak mana2 dah. Sorang2 kua, tapi office mate aku sorang pun tak nampak batang hidung. Agaknya time ni sume dah selamat g OU menjamu selera. Tak pun saja2 nak berlakon jadi mangsa kebakaran :D
Lame gak bomba2 tu masuk. Ntah hape dorg buat pun aku tak tau. Yang lawak nye tengah2 ramai orang tu ada 3 4 orang bawah cam papan tulis nama company. Gigih mengumpul staff masing2. Cam hari sukan je rasa nye. Ketua umah sukan dok depan. Cam orang tunggu nak jemput orang kat airport pun ade gak. Ehehehe. Company kitorang xde ape pun. Buat dek saje.
Lame gak dok lua tu. Ngan panasnye. Tu pun nasib baik xbuat pas lunch. Kalau tak lagi panas berasap. Bosan2 snap je ape yang patut. Tak tau la sempena apa dorang tetiba nak buat fire drill. Tak kan sempena aku last day kat situ kot :D
Lepas nampak bomba kua kitorang yang ramai2 tersadai kat luar tu pun berlari2 anak nak masuk building. Nak pegi berebut lif pulak. Ambulans dah jalan awal2. Tinggal lori bomba je sebijik kat situ. Tetiba nampak 3 orang akak ni bersungguh2 nak nengok lori bomba tuh. Gaya cam nak naik je dah. Huhuh.
Alang2 dah lalu sebelah abang2 bomba aku pegi snap gamba dorang. Keke. Muka penat je masing2. Bertungkus lumus agaknya memadam api yang aku pun xtau besa mana. Dah ngantuk ni mula la nak merepek. Dah seminggu entry ni dok dalam draft.
P/S: Sejak dah start keje tempat baru ni dah agak susah nak memblog =(
No comments:
Post a Comment