nuffnang

Monday, May 30, 2011

Kenduri Kesyukuran + Cukur Jambul Meor Irfan Naufal

22/05/2011 - Sun

Nak update jugak laju2 pasal kenduri Ahad lepas2 before jadi basi dan terus basi. Kitorang buat kenduri kesyukuran, tahlil ngan cukur jambul Irfan sekali. Akikah tak buat lagi. Hold dulu la kot. Out of budget dah. Nak tumbangkan sekor kambing biri2 kat KL ni pun dah terbang RM600. Anak laki nak kena tumbangkan 2 ekor...hurrmm...kenduri aritu pun makan n doorgift pun dah standby untuk 200 orang. Insya-Allah kalau ada rezeki lebih boleh la buat akikah before hujung tahun ni.

Doorgift recycle paper bag yang pakai time kenduri kawen kitorang last year. Banyak berlebih. Bunga telur pun ada sikit. Dalam paper bag tu letak telur, yasin ngan muffin. Sume ni siapkan ari Sabtu tu. Muffin je yang aku baru hegeh2 nak letak pagi Ahad tu :P


Ni ha muffin coklat ngan vanilla yang ada filling strawberry. Order kat officemate aku yang tengah sakan buat business segala muffin, cupcakes, tart ngan coklat. Order pun last minute. Khamis baru nak bagitau. Kesian dia huru hara petang Sabtu tu baru nak start buat 200 muffin. Last2 dekat pukul 11 malam baru kitorang keluar pegi amik muffinnya. Balik nak melayan Irfan pulak. Tu yang pagi esoknya baru nak nak masukkan dalam paper bag.


Pepagi siap2 kan Irfan n kasi dia kenyang2 dulu lepas tu baru turn kitorang pulak siap. Susah tau nak amik gambar budak kecik ni. Tangan tu asik nak dok kat mulut je. Sibuk nak masukkan tangan dalam mulut....hehehe...


Pastu bila aku alihkan tangan dia dah start gawang2 dah...Geram2...Nak cubit :P


Ok dah. Ni je gambar paling ensem yang aku dapat tangkap. Baru nak dok diam. Sekarang ni dah pandai jelir2 lidah :) Time ni tengah sakan sembang2. Suka ye pakai baju cantek =)


Kat luar pasang 2 khemah. Theme of coz la biru kan. Bukan default color sebab Irfan boy. Tapi aku kan giler biru. Harus la nak biru jugak. Banyak jugak la belanja kenduri ni. Total damage lebih kurang time kenduri tunang aku je. Bezanya kenduri ni tak ada hantaran ngan mini pelamin :D


Cam biasa barang2 dalam rumah kena angkut keluar. Kalau tak mana la nak muat orang masuk ramai2 kan. Tapi bab2 angkut2 barang of coz la aku tak campur. Aku buat keje dalam umah saje. Time kenduri je ada kuar masuk angkut pinggan mangkuk ngan door gift.


Gambar dekat2 time Irfan kena cukur tak dapat amik. Tak sanggup aku nak nyelit amik gambar kat tengah pakcik2 yang ramai itu. Ada yang kena jeling kang...hahaha...


Boleh pulak time ni tak ada orang nak tolong amik gambar. Adik beradik lain tak datang lagi. Adik aku pulak tolong bagi bunga telur. Myo pegangkan tray nak cukur2 tu. So aku dapat snap dari jauh je la. Dah sampai separuh jalan Irfan dah start hukhek2 dah. Ngamuk sebab dah ngantuk. Elok2 dah bagi susu tetiba dah kena amik nak pegi cukur. Tak sempat nak burp kan pun.


Habis je cukur jambul tu kasi upah lagi. Kali ke 3 kasi upah. Camne la tak membesar bagai johan kan. Aku dah siap2 standby pam susu. Tak sanggup la nak selak2 kat situ. Lepas kenyang terus masuk buai. Irfan tido sampai ke petang. Bangun pun minum susu je. So orang datang jenguk dalam buaian memang dapat tengok anak teruna aku beradu je lah :P Ramai yang cakap dia besar tak macam 3 bulan...huhuhu...


Settle je cukur jambul semua keluar pegi makan. Aku tuan umah tak dapat la nak makan2 dulu. Banyak keje nak buat. Orang dah tak ramai baru dapat makan. Gambar makanan pun tak sempat nak snap. Tapi makanan memang marvellous. Sedap! Macam2 ado. Nasi putih, briyani, ayam merah, rendang daging, sayur campur, ikan masin, acar timun, sambal goreng, sambal belacan, ulam, gulai tempoyak ikan patin pun ada. Ikan patin siap amik dari Temerloh lagik. Orang cakap sedap. Aku pun tak tau la sebab tak minat tempoyak...huhuhu...Ni kalau buat kenduri cukur jambul time pantang telan air liur je la aku kot.


Dah petang sikit baru la anak teruna aku ni bangun kejap. Bagi susu pastu pass kan kat papanya tolong burp kan. Suka betul dia kalau dapat melentok kat bahu papanya =)


Sambil2 tu nyempat lagi amik gambar berdua ngan Irfan. Tak pernah lagi kot so far amik gambar proper2 dua beranak gini. Tengok la tu dia jelir lidah lagi...huhuhu..


Alang2 amik gambar snap banyak2 sikit. Susah nak adjust. Kang aku senyum Irfan toleh kot lain. Time Irfan senyum aku pulak boleh kelip mata. Lama2 pun tak boleh. Ini budak mau sambung tido lagi...


Dan buat julung2 kalinya kami amik gambar bertiga. 1 small happy family. Mintak tolong my bro tangkapkan pic. Adjust pun dah lama maka Irfan pun dah tak senang hati la kan. Terus start hukhek hukhek....


Kitorang pun beria la memujuk kasi dia cool. Sekali abang aku snap gitu la muka masing2. Antara nak senyum ngan try pujuk budak kecik tu. Muka cam hape daaa...

Bergambar ngan family Myo...


Iklan kejap. Busana muslimah...hiks! Ameera Najihah melawa ngan tudung baru. Cam best pulak tengok orang pakai tudung gini. Aku nak pakai pun rasa cam tak sesuai la pulak.


Petang lepas Asar lepas sume dah balik n siap2 kemas kitorang pun mulakan operasi membotakkan Irfan. Papanya la yang semangat. Aku bukannya reti bab2 ni. Mula2 Myo pegang Irfan sendiri je sambil cukur rambut dia. Lama sikit je Irfan dah start gerak2. So aku sambung pegang pulak.


Kejap je tahan pastu nak nangis balik...huhuhu...Asal aku pegang je mula la nak cari susu. Nak bagi susu kat depan2 umah tu cam tak logik jugak la. Dahla budak2 ngan abang ipar aku pun dok bersantai kat situ. Segan la ai :P


Dah nangis tak boleh la nak continue. Jalan2 masuk umah kua balik...dodoi2 sket baru sambung balik...


Myo pegang sendiri balik. Gitu la kena benti2 kejap. Memang tak suka betul dia orang dok godek2 atas kepala dia. Owhh sekarang ni Irfan dah pandai pandang kamera. Bulat je mata dia tengok kalau aku angkat kamera or handphone


Senyum senget...hikhikhik...


Alas tuala good morning saje. Tu je yang sempat dicapai. Last2 tak sempat nak habiskan cukur sume pun sebab Irfan pun asik tak senang duduk je. So sambung ari esoknya. 3 hari jugak la amik masa nak clearkan sebab sambung lepas balik keje.


Peralatan untuk menjayakan misi mencantas rambut Irfan. Botol susu pun termasuk sekali. Time minum susu je dia boleh dok diam tak kesah orang nak buat apa kat kepala dia.


So lebih kurang gini la hasil 1st day misi membotakkan Irfan. Belakang memang penuh lagi. Sekarang dah botak licin sudah.


Tu je la ceritanya kenduri hari tu. Alhamdulillah akhirnya selesai sudah. Memang super duper penat la hari tu ke hulu ke hilir. Parent aku lagi la penat sebab mostly kawan2 dorang n sedara mara yang datang. Kesian sangat kat mak aku sebab lepas 2 hari jugak tak sihat sebab penat sangat. Nasib baik la aku dah habis pantang. Dapat la jugak aku tolong2 mana yang patut. Tu one of the reason nape kena tangguhkan kenduri ni. Malam tu Irfan tido lena betul. Tak sempat dah nak bangun sembang2. Dia pun tau mama n papanya kepenatan kot.

12 comments:

Ilyani said...

irfan x bkk mitten lg ke?better bkk lh cuna...bg die explore sket... :)

Princess Cindellyna said...

Irfan dah botak ye.. hehe. Teringat dlu papa Amani cukurkan Amani sampai 5 jam gak.. lama betul sebab dia tak duk diam. kene tunggu tido baru leh sambung cukur =p

cuna said...

Yanie: Ohh dah bukak dh. Esoknya mmg xpakai kn dh mitten dia. Pakai pn abs basah lenjun dia hisap :P

cuna said...

Princess Cindellyna: aah baru nk botak...lmbt sket :P xsempat nk abskn cukur ari yg same coz start cukur pn dh nk maghrib. org dtg xbenti. nk smbg mlm kang nk kene mandi blk plak. tu yg main sambung2 smpai 3 ari baru settle tu...huhuhu

Unknown said...

comel je die..susah gak nak cukur kn baby ni kan..

cuna said...

effa: aah nmpk cam ssh sbb baby lg kn. so kene hati2 sket. kalo dia gerak2 kang takut plak luka nanti. so kene tgu mood dia ok dulu :)

Nurul said...

comel je irfan walaipon botakkkkk! hihi. over tau mama die, khemah pon dah mcm kaler time kawen ari tuh :P cume takde banner jeeee. hihi

cuna said...

Nurul: dh botak lg bolat. lg rasa nk gigit2 :P hehe sume harus la biru okeh. baru la terasa cm ala2 mak pengantin gitu. banner je xde coz aunty nurul xsponsor :P

Ayuraza said...

alooooo..dah botak..:P
irfan comellll..

cuna said...

Ayuraza: tenkiu auntie ayu =)

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

cuna...ank awk nih pipi semangat ehhh..meh nakkk picit jap!!

cuna said...

Siti NurJenab: hahaha...tu la. pipi dia labuh. mmg sgt sdp utk dipicit2 pipi tu. dagu pn dah berlapis2...huhuhu...