nuffnang
Sunday, July 31, 2011
7th Parenthood Expo 2011
Semalam pegi 7th Parenthood Expo kat Mid Valley. Sangat penat tapi hasil adalah sangat memuaskan hati =) Nanti la update k. Nak keluar bawak Irfan jenjalan ni ;)
Friday, July 29, 2011
Haul from Metrojaya Mega Raya Sale
28/07/2011 - Thurs
Semalam sempat jugak aku pegi Metrojaya Mega Raya Sale kat Stadium Malawati. Gigih hokey pegi time keje. Lari kejap. Apa sangat la keluar kejap since tiap2 malam meeting sampai dekat 2 jam kan...hehehe...Misi utama...Nak rembat perfume.
Setelah sekian lama tunggu akhirnya ada pun branded perfume yang best kat MJ sale ni. Tak salah aku last sekali ada adalah 2 tahun lepas. Time tu aku siap amik cuti semata2 nak datang rembat perfume...hahaha...Time tu aku rembat perfume Nina Ricci, set perfume Davidoff Cool Water, Sarah Jessica Parker ngan Burberry The Beat. Lain2 banyak beli makeup Stila. Pasal shopping tu aku tak pernah cerita kat blog ni pun. Diam2 je :P
So ni adalah hasil rembatan semalam. Britney Spears Circus Fantasy (100ml) - RM70, JLo Still (200ml) - RM20 ngan Jlo Live (50ml) - RM40. Yang ni memang aku rembat cepat2 je. Tak ada nak bau banyak2 kali. Asal wangi kat hidung aku, rembat je la.
Ni perfume Britney aku yang ke 4...hohoho....kebetulan pulak asik beli perfume Britney je. Tapi sume jenis lain2 la. Aku memang tak suka stick to one perfume je. Nanti bosan...huhuhu...JLo Still ni memang aku pernah baca komen orang cakap best. Jlo Live pulak aku suka sebab aku pernah pakai JLo Live Luxe. Yang tu memang perfume fevret aku. Dah abis dah pun. Live ni pun tak banyak beza sangat bau dia.
Beli 2 set perfume ni jugak. Set perfume Vera Wang Rock Princess. Actually dah lama teringin nak beli perfume Vera Wang Princess tapi kat sale tu tak ada. Rock Princess pun jadi la. Yang penting bau best. 1 set tu RM90. Ada 50ml perfume+75ml body lotion+lip gloss.
Lagi satu set Cheap n Chic Moschino Happy Fizz RM118. Yang ni mahal sket maybe coz MFG date dia baru lagi. Ada 50ml perfume+pouch. Kalau korang ingat dulu aku beria nak redeem sample Moschino Happy Cloud. Kalau tak ingat meh klik sini. Ada jugak set tu kat sale MJ kali ni. RM110. Tapi last2 aku tak beli pun T_T
Sekali tengok2 bakul penuh perfume aku je daaa...Cam tak best pulak sebab biasanya kalau aku beli perfume mesti nak belikan perfume untuk Myo sekali. Terus laju2 cari perfume dia pulak. Bau2 ckIN2U Heat cam best je. 100ml RM90. Amik lagi satu Bvlgari Blv. 5oml RM50.
Balik2 tunjuk Myo rupa2nya perfume Bvlgari Blv tu women punya daaa....Adoiiii....Tu la nak cepat sangat. Myo tengok sekali pun dah tau tu perfume women....huhuhu...So ada satu je la perfume untuk Myo. Yang Bvlgari tu aku tak tau nak buat apa. Bau best tapi aku dah banyak dah perfume lain...Ada sesapa yang berminat tak nak beli? Kalau nak tengok rupa botol n baca review boleh klik sini.
Ni lagi satu silap besar. Aku sesuka hati je campak 3 mende ni dalam bakul. Mula2 ingat sume ni shower gel. Sebab aku pernah pakai shower gel JLo. Dah balik baru perasan sume tu body lotion rupanya....huhuhu....Bukannya apa. Aku ni bukannya jenis yang ber'lotion2'. Time single mingle pun tak koser nak pakai. Ni kan time dah beranak kecik ni ha. Memang lagi tak koser la kan. Satu tu aku beli RM20. Ada sesapa minat tak?
Dalam pening2 dok bau2 perfume tu sempat lagi nampak RMK. 1st time nampak RMK buat sale kat MJ tau. Tu pun kemut je sebab MFG date 2007 punya baru nak jual murah. Eye shadow palette yang aku pernah dapat free pun ada kat situ. Dorang jual RM50. Aku tak heran pon. Aku dapat free terus...hehehe....Tapi beli jugak Skintuner sebab RM25 je. Apekah? Hari tu aku beli RM130 kalau tak silap T_T
Sempat amik liquid eye liner IN2IT satu. Akhirnya berjaya jugak beli. RM9 je. Amik compact powder jugak untuk mak aku RM12. Untuk aku tak payah sebab yang Stila punya tak abis2 sampai sekarang.
Dah bayar perfume sempat lagi menyinggah kat area handbag Guess. Belek kejap terus amik handbag ni sebab aku dah pernah wusha since preggy hari tu lagi. 50% less je. Tak mampu beli Coach beli Guess pun jadik la kan. Boleh la kot nak sumbat barang2 Irfan mana yang patut...huhuhu...
1st time hokey pegi warehouse sale n rembat perfume tanpa advisor aku, Myo. Tu yang beli ikut suka hati tu. Kalo Myo ada boleh la dia tolong tapis2 mana yang patut. Biasa kalau beli perfume pun nak kena aku ngan Myo suka bau dia baru beli. Kalau tak terus reject. Ni memang ikut suka hidung aku je la kan :D Tapi...tapi...kagum jugak la ngan diri sendiri sebab pegi sorang2. Sanggup tu. Biasa kalau aku drive pun setakat pegi n balik keje je. Kalau drive merayap sorang2 memang tak koser la. Gambar kat tempat satu pun aku tak sempat snap. Kalau ngan Myo boleh la jugak curi2 snap. Ni aku la yang nak bau2 tengok harga, angkut bakul bayar sume. Ngan kejar masa lagi.
So sesape yang peminat perfume tu ni la masanya nak merembat apa yang patut ye. Ni antara perfume yang aku sempat tengok. A Scent by Issey Miyake 30ml at RM70, 50ml at RM100. Yang ni agak sakit hati jugak la tengok sebab hari tu aku beli time sale kat SaSa 30ml tu 100 lebih sket tau....geram2. Morale of the story...beli la time warehouse sale. Beli banyak2 pun tak kan menyesal punyer sebab murahh! Boleh buat stok setahun. 2 tahun pun boleh :P
Lagi ada Moschino happy cloud set (50ml perfume + pouch) RM110, Davidoff Cool Water, Wave, Game, Incanto Bliss, F by Salvatore Ferragamo, Burberry Beat men, JPG, paco rabanne, jlo deseo, Aigner, prada, Nina Ricci, Gwen Stefani, Harajuku n banyak lagi la. Kalau tak biasa memang mau pening plus rambang mata nak pilih tau.
Kalau tak minat perfume pun tak rugi pergi sebab banyak lagi barang lain kat situ. Handbag banyak giler brand lain tapi aku tak sempat nak tengok. Bedsheet langsir2 pun banyak kot. Baju cam Poney, Disney, East India, Somerset Bay, Renoma, Hush Puppies pun banyak. Kalau rajin dok sehari suntuk kat situ pun tak habis tengok kot...hahahaha...Sale tu sampai hari Ahad ni. Kalau ikutkan hati memang nak pegi lagi tengok baju bajan pulak. Tapi pikir2 balik kesian pulak kat Irfan nak bawak pegi tempat2 gitu. Takut weekend ramai sangat orang.
Anyway harga2 yang aku letak tu just for my reference n sesape yang berminat nak shopping perfume nanti. Again sesape yang tak kenal aku lagi sila refer profile cuna ye....kekeke....Happy weekends and happy shopping ye korang! Peace!
Thursday, July 28, 2011
Stage Cosmetics Lagi + Toys 'R' Us Clearance Sale
17/07/2011 - Sun
Ni entry termendap. Patut publish last week tapi tak sempat. So ni cerita last week punya last week. Sabtu tu kan pegi tengok Transformers 3 ngan pegi Mid Valley. Ahad pegi Tropicana City Mall pulak. Motif nak pegi Stage lagi. Aci x? Lagipun dah lama tak jenjalan kat situ. Plus bila dah balik Mid semalamnyer rasa cam tak puas hati sebab tak dapat beli liquid eye liner kaler hitam T_T
Time kitorang datang memang tak ada orang pun datang belek2 dalam tu. Ada sorang pun tengah make over kot. Aku datang2 je terus cari eye liner tu. Macam yang dijangka memang dah habis jugak. Memang mende yang akan habis dulu punye la. Tak dapat eye liner hitam aku pegi kebas mende lain jugak...hehehe....Hasil rembatan boleh tengok di bawah ye....scroll down saje....If tak mau nengok tak payah scroll dah n_n
Round2 kejap dalam tu lepas tu balik....Irfan tengah sibuk dok hisap jari :P
Nyempat amik gambar bertiga kat escalator. Ok fine...muka aku sorang je yang cam terlebih excited kat situ T_T
Snap balik kasi muka sopan2 =) Time ni Irfan dah ngantuk sesangat dah...
Next kitorang pegi Atria Shopping Center kat Damansara Jaya kot. Aku pun tak sure. Tau2 dah sampai je :P Saje nak nengok ada apa kat Toys 'R' Us sale kat situ. Rupa2nya Atria Shopping Center ni dah nak tutup. So banyak kedai2 kat dalam tu yang buat clearance sale. Ada yang dah tutup terus n pindah tempat lain. So cam agak lengang jugak la kat dalam tu. Kitorang pun baru 1st time sampai situ.
Toys 'R' Us clearance sale punya tempat luas giler. Lapang jugak la. Tak payah nak berhimpit2 pun. Just panas sikit je la. Bukan mainan je ada. Macam2 ada....even kasut n handbag pun ado. Tapi aku tak belek pun.
Aku sibuk dok cari mainan Irfan je. Tapi time tu Irfan dah ngantuk sesangat dah. Dah la anak aku tu ala2 omputih dah. Tak boleh panas sikit. Mula la dia tak selesa. Aku pulak rasa cam tak sedap badan je. So tak sempat la sambung belek2 sangat terus balik.
Sedih2 sebab tak dapat dok lelama kat situ. Ingat nak la beli soft toys untuk Irfan. Memang tak sempat lansung dah. Lagipun kat situ memang banyak mainan budak2 yang dah besar je. Kalau yang tu memang sedap la borong.
Nak amik gambar bertiga....last2 dua beranak tu dua2 pandang handphone kan...huhuhu
On the way balik cam biasa Irfan adalah sedap tido sampai la kitorang benti nak tapau makanan dia terjaga balik. Tak ngamuk tapi muka serius je.
Tapi tak sampai beberapa saat pon. Lepas tu mulut mula la riuh bercerita...hehehe...Layankan je laaa =) Mr Quack tu dah jadi kawan Irfan sekarang ni. Tak sesia aku beli time warehouse sale kat Bukit Jalil hari tu. Ekor itik tu boleh tarik then nanti mende tu vibrate. Kat tengah2 perut itik tu ada cam star kecik2. Then bila vibrate mende dalam tu pun vibrate la sekali. Ada la bunyi2. Kalau tak tarik ekor pun goncang2 Mr Quack tu dah bunyi2. Mende ni boleh gantung sebab ada pemegang tu...hohoho...aku pulak yang excited cerita :P
Ni hasil rembatan aku kat Stage. Total damage tak sampai RM100 pon.
Since eye liner hitam dah habis....aku amik je yang dark brown ngan silver. Silver tu cam glitter2 je. Baru try yang tu. Ni 1st time beli liquid eye liner. Before ni pakai eye liner Silky Girl tu je. Tu pun jarang2 pakai sebab malasss nak cuci lepas tu :P Liquid eyeliner ni 2 for RM20. Normal price RM52.
Beli 2 Wonderluxe Lipstick. 2 for RM20 jugak. Normal price RM48. Dua2 kaler light pink. Aku memang tak suka kaler merah mak ngah. Tak boleh nak snap gambar. Once dah bukak lagi la cepat expired. Aku beli Pixie Pink ngan Lavender Love. Lip gloss pun banyak yang cantik2. Geram2. Satu RM10 je tu. Tapi kena control sebab kat umah pun dok ada 5 lip gloss lagi kot yang tak abis pakai T_T
2 concealer in Genie Temptress. 2 for RM20. Normal price RM55. 1st time jugak beli concealer. Before ni kalau pakai foundation pun dah cukup bagus. Rasa cam tak berbaloi je beli concealer before ni. Ni dah satu tu RM10 je why not? Aku dah try. Not bad la. Boleh la jugak cover dark circle aku nih =)
Pastu gedik2 beli sharpener jugak. Dapat less 20% je pun. Harga sharpener pun dah dekat sama ngan harga sebatang lipstik....huhuhu...1st time jugak beli mende ni. Saje je dah alang2 datang situ. Once in a lifetime je kot beli ni ;) Dah...tu je hasil rembatan aku kat Stage. Kepada yang kurang mengenali diri ini sila refer profile empunya blog ye....hahaha...lagi pun ni antara terapi untuk diri sendiri. Lately ada a few things yang membuatkan aku stress. Ada yang tak sempat nak story kat blog. But bukan sume mende boleh nak cerita kat blog kan. In that case kena simpan jauh2 kat dalam hati T_T
Ni mende yang kitorang beli kat sale Toys R Us tu. Yang set lori bagai tu Myo la pilih. Nak standby untuk Irfan besar nanti katanya....huhuhu...Tu pun before tu dah angkut Lego sekali tapi aku letakkan balik. Kang takut orang lain yang tolong mainkan dulu kang :D CD tu memang aku nak beli. Tu je. Tu pun balik awal. Kalau tak tak ada maknanya beli 2 barang je kan
Banyaknya warehouse sale sekarang. Kalau melawat sume maunya kering poketku. Kalau tak melawat kang nyesal pulak. Anyway kita tunggu n lihat je la k =)
p/s: Sangat stress sebab tiap2 malam ada meting T_T Ehhh pagi tadi aku pegi Metrojaya Warehouse Sales kat Stadium Malawati. Banyak giler branded perfumes yang best2. Kopak lagi wallet ku T_T
Labels:
cosmetics,
irfan's stuffs,
just the 3 of us,
sale,
shopping
Wednesday, July 27, 2011
Contest Anak Senyum By Mamalurveirfan
Kena tag ngan Azy. Thanks ye Azy coz sudi tag. Dah last day dah pun ni ha baru hegeh2 nak join kan...hikhik...Menarik pulak contest ni. Dah la organizer nyer Mama Irfan. Yang nak join ni pun Mama Irfan jugak....hiks!
Klik sini untuk tengok syarat2 contest
Tarikh tutup penyertaan: 27/07/2011
Actually bukan banyak sangat gambar Irfan senyum sebab Irfan kalau nampak orang keluar kan handphone or camera je terus buat muka pelik. Tengah2 gelak pun tetiba boleh jadi statik. Ni je satu gambar yang dia senyum ngan ikhlas =)
Tuesday, July 26, 2011
Irfan Cucuk 5 Bulan
Pagi tadi cam biasa aktiviti bulanan bawak Irfan pegi checkup 5 bulan. Kali ni kena cucuk lagi...huhuhu....Aku pulak yang cuak. 4 bulan aritu tak payah cucuk. Before pegi Irfan tengah tido. Angkat je masuk dalam kereta mata dia bulat sampai la masuk KK. Ni muka big boy lepas baru bangun tido. Rajin menyembang sambil hisap jari ;)
Ok ok papa pun kena masuk jugak. Nasib papa ada sekali tolong temankan. Kalau tak mati kutu mama nyer pegi sorang2...huhuhu...Kesian papa Irfan kena amik EL tak pasal2. Nak amik time off slip pun tak ada makna jugak. Memang last2 kira tu cuti jugak.
Tunggu punyer tunggu mata budak kecik ni pun makin layu. Actually tak ada la ramai sangat orang. Nurse2 kat situ je yang agak slow buat keje. Kejap2 kang ilang ntah ke mana. Dekat2 nak kena timbang Irfan terjaga balik. Dia bukan boleh tido lelap sangat kalau kat luar. Irfan dah 7.3kg sekarang. Bulan lepas 7 kg. Panjang dah 70 cm. Sementara tak boleh berdiri ni pakai panjang je la kan dah terbaring gitu. Kang dah boleh berdiri baru la boleh pakai tinggi pulak =)
Lepas dah timbang tu tunggu turn nak jumpa nurse Irfan tertido lagi. Agak2 dekat2 nak kena cucuk dia terjaga balik. First time since lahir mata dia bulat time nak kena cucuk. Time tu sibuk dok hisap jari. Sekali kena cucuk meraung terus...huhuhu...Sangat tragis hokey time tengok dia nanges tu.
Kalau tak before ni mana nak nanges sangat coz sedap tido. Nangis tak sampai berapa saat je pun pastu sambung tido balik. Tapi tadi sakan. Dapat je jari benti nangis jap. Pastu nangis sikit2 sepanjang jalan nak pegi kereta. Lari2 masuk kereta bagi susu terus diam. Kesian betul.
Next appointment cucuk 6 bulan terus lompat lepas raya coz sume dah full. Lepas tu benti cucuk sampai la umur setahun baru ada balik....Yahhhuuuu...Rasa nak skip je check up yang biasa2 tu. Penat dah bertapa kat KK tu T_T
Friday, July 22, 2011
Happy 5 Months Old Irfan Naufal!
Alhamdulillah....hari ni Irfan dah genap 5 bulan. Bulan depan dah nak masuk 6 bulan. Dah besar dah anak aku ni. Tak sabar betul nak kasi dia solid food. Dok pikir menu apa nak masak nanti. Kasi bubur nasi cam best. Irfan pun memang kuat minum. Mesti nak makan nasik je cam aku kot :P Pape pun nak kena buat experiment dulu la nanti...Cabaran baru tuh...
Progress Irfan so far:
~ Kuat minum sudah semestinya. Dari umur 3 bulan kot sekali minum dia boleh habiskan 5oz. Sekarang kalau kasi 5oz pun belum tentu cukup. Kekadang habis 7 or 8 oz sekali minum. Selang 3 jam pulak tu...huhuhu....Kalau time keje aku kena gigih la buat stok.
~ Dia dah pandai tido malam. Kalau tak malam sampai ke Subuh tu memang mata dia terang benderang. Tak pun tido tapi tak lelap. Asik terjaga nak borak2 or bergayut :P Sekarang boleh tido 6 jam straight. Kekadang lebih. Merasa la jugak aku bangun ngepam pepagi buta =) Alhamdulillah berkat kitorang dok usung Irfan hulu hilir time wiken tak nak kasi dia tido :P
~ Irfan tak boleh meniarap sangat lagi. Ada la 3 or 4 kali je yang dia boleh meniarap n pusing balik sendiri. Bila dapat meniarap tu bukan main suka lagi dia. Kalau tak dapat hukhek la kat situ. Biasa tersangkut tangan kat bawah dada. Selalu tak lepas. Yang lawaknya ada sekali tu dia tengah ngamuk2. Entah camne tertiarap terus dia benti ngamuk. Cam terpegun. Lepas tu mulut riuh je dok cerita. "Hoyeaaa saya dah boleh meniarap!" Cerita cam ala2 kagum ngan diri sendiri gitu :D
~ Dah pandai respond ngan toys dia. Berusaha nak grab pastu mula la nak masukkan dalam mulut. Before ni letak la apa keliling dia pun buat dunno je....yang dia tau masukkan jari dalam mulut...huhuhu
~ Memang sangat suka kalau kitorang bawak kuar jenjalan. Sanggup tahan mengantuk kekadang tu sebab sibuk dok tengok orang. Jarang la dia nak ngamuk tak tentu pasal time keluar. So aunties2 out there yang nak dating ngan Irfan sila jangan malu jangan segan ye. Irfan adalah good boy. Tak ngamuk punyer....hehehe...confident je mama Irfan ni kan :P
~ Memang tak suka terlentang atas katil lama2. Nampak je orang lalu lalang depan dia mula la ngepak2 suruh angkat. Dah dapat duduk baru diam...
~ Even Irfan tak terer meniarap lagi....bab2 pusing2 memang dia laju. Letak kat tengah2 katil sedar2 dah sampai ujung katil. Dia berguling terus tak ada pause2 dah. Tu yang lansung tak jadi meniarap tu T_T
~ Mulut Irfan memang makin riuh sekarang ni. Kalau dah start sembang tu memang kemain lagi. Siap jerit2. Makin tinggi pulak pitching dia kan...hehehe
Pic budak kecik dagu berlapis...hihi...cubit kang baru tau :P
Tu je la kot yang aku dapat pikir. Seronok tengok mende2 baru yang dia boleh buat. Maklumla 1st time mom kan. Harus la excited lebih ;) Bulan depan time raya dah boleh kasi dia solid food dah. Best2. Tak ada la dia melopong je tengok orang lain makan ketupat rendang sume kan...hehe...Happy weekends korang!
p/s: Happy 5 months old Irfan. Semoga Irfan membesar sbg seorang anak yang soleh. Mama n papa luv u sooo muchhh! =)
Thursday, July 21, 2011
Transformers 3 + Moo Cow + Stage Cosmetics
16/07/2011 - Sat
Sabtu hari tu akhirnya berjaya jugak tengok Transformers 3. Giler haper tak tengok kan. Dari yang 1st aritu dah layan. Ralat jugak la kalau termiss yang baru ni walaupun heroin dia tak best lansung....hahaha...Serius tak best. Lansung tak ganaz. Megan Fox jugak yang sesuai kot...huhuhu...Dah macam aku pulak yang director. Suka hati dorang la kan nak soh sape jadi heroin T_T
Kira ok la at least dapat jugak tengok. Overall memang best. Bukan sebab hero bukan sebab heroin. Sebab robot2 itu. Bila transform je tak berkelip2 mata aku nengok :D Kalau nak ikutkan hati memang nak tengok lagi sekali. Nak tengok CD tak best. Sound effect tak sama. Memang feel pun dah lain. Kitorang sejak dah ada anak ni tengok wayang asik amik yang twin seats je. Maklum la dah jarang2 pegi. So sekali sekala tu nak la selesa2 sikit. Rehat2 kan badan n kepala otak yang dah penat tu kan.
Balik tu laju2 singgah A&W. Tapau je. Anak kat umah weh. Memang la ada orang jaga tapi rasa cam tak best tinggal kat orang lama2 sangat. Cukup2 la time weekdays orang jaga. Aku upah orang datang jaga ikut hari je. Cam ari Sabtu tu soh dia datang jugak sebab kitorang nak pegi dating berdua. Nak tinggal kat mak aku tu memang la boleh. Tapi nanti akan keluar ngan perasaan bersalah....huhuhu...
On the way nak balik tu ternampak booth eh ke stall jual frozen yogurt. Moo Cow namanya. Kalau tak silap baru je bukak kat Wangsa Walk tu. Kat Mid Valley pun ada. Siap penuh ngan bunga2. Camera man dok snap2 sana sini. Jangan muka kitorang kua kat memana sudah. Tak rela la glemer2 ni...hikhikhik
Ala2 Tutti Frutti jugak. Tapi ada 3 perisa je yogurt nyer. Ori, pink guava ngan lagi satu memang lansung aku lupa dah nama dia. Yang ori RM9.90 je plus 1 topping. Kitorang letak oreo je. Nak tambah lagi topping lain tambah lagi RM1. Tak cam Tutti Frutti ikut berat kan. Tapi Tutti Frutti best sebab ada perisa vanilla. Fevret aku tu ;)
Balik tu kitorang relax2 kejap lepas tu keluar lagi. Kali ni bawak Irfan sekali. Kesian kan budak busyuk ni kena tinggal. Merajuk pulak kang. Kitorang pegi Mid Valley. Saje round2. Dulu time Irfan 2 bulan gitu tak berani nak bawak dia keluar sangat. Too fragile kot. Kesian nak bawak keluar. Dah 3mths+ baru la rancak usung dia sana sini. Tak payah praktis2 pun. Budak kecik biasanya memang suka jalan2. Sekarang bawak jalan pun tak ada la keluar pagi malam baru nak balik. Bajet2 jugak la. Baby lagi kan. Dia pun penat jugak walaupun orang dukung or dok dalam stroller je ;)
Kat Mid kitorang round2 je. Ada singgah outlet Stage Cosmetics lepas baca entry Harim pasal dorang tengah buat sale. Belek2 aku beli 2 mende je. Tapi memang sale giler2 la sekarang. Tapi tapi lagi tak ada orang pun datang serbu ramai2 sebab orang cam tak tau. Dia buat sale diam2. Tulis pun kecik2 je kat pintu masuk tu. Kitorang kat Mid tak lama pun. Before Maghrib dah sampai umah. Tak sampai 3 jam keluar
Ni hasil rembatan kat Stage. Korang yang tak pernah dengar Stage ni outlet dia cam ala2 outlet MAC. Mekap2 dia pun mahal boleh tahan jugak la. Tak sure nape dorang buat sale giler2. Maybe nak rebranding or nak tutup kedai. Tak penting pun. Yang penting aku dapat merasa pakai barang mahal ngan harga yang murah ;)
Beli 2 batang lip liner je pun. RM 12 je untuk 2 tu ok. Best giler! Ni 1st time aku beli lip liner. Before ni rasa cam tak berbaloi je nak beli kalau sebatang tu belas2 or puluh2 ringgit. Time murah2 ni la nak beli mende2 gini. Sale kat Elianto pun tak boleh dapat murah camni tau. Aku siap survey kat Elianto dulu before tu :P Banyak lagi mende best tapi time tu aku rasa nak mende ni je.
Nak beli liquid eye liner hitam tapi dah habis pulak. Orang lain awal2 dah rembat. Mende2 cam lipstick, lip gloss, concealer, foundation sume buy 2 for RM20. RM10 je satu! Tak ke best tu? Mekap yang quite branded pulak tu. Best untuk orang yang giler mekap cam aku la kots :P Tapi satu je la. Manufacturing date (MFG Date) dia mostly Aug 2008. Agak lama dah. Tu la yang sakan nak clearkan stok lama tu kot. Tapi kalau pakai terus sempat la tahan sampai next year.
So sesaper yang nak restock collection mekap rerajin la singgah outlet Stage ye. Ada kat Mid Valley, Pavillion ngan Tropicana City Mall. Yang sesaje nak try n error blaja2 mekap pun boleh belek2 sebab tak la rugi sangat beli mekap memahal pastu terbiar lelama tak pakai kan. Dah panjang pulak aku bebel. Bila cerita pasal mekap mula la nak over excited....hahaha....Tu baru 1st visit. Kang bila aku up entry lagi satu confirmmm korang akan geleng2kan kepala punyer :P
p/s: This week cam bz la pulak. Nak update blog pun asik sekerat jalan. Abis basi cerita haku T_T
Tuesday, July 19, 2011
Buy 1 Get 1 Free Double Cheeseburger!
Ada sesaper tengah lapar tak petang2 gini? Aku lapar giler ni. Kan best kalau dapat double cheese burger. Lagi best kalau dapat makan free....hahaha...
Start semalam McD buat promo buy 1 get 1 free ni. Semalam Myo dah belikan dah. Aci tak kalau hari ni nak suruh dia tolong belikan lagi??? Dah la last week pun ada jugak promo ni. Sempat la beli jugak sekali double cheeese burger buy 1 free 1 nih. Minggu sebelum2 tu beli Chicken McNugget buy 1 free 1 jugak....huhuhu....So korang peminat2 double cheese beger tu sila la singgah McD ye. Sok pun boleh lagi. Print je kupon tu. Klik SINI. Selamat menjamu selera =)
Friday, July 15, 2011
Jalan2 @ The Curve
10/07/2011 - Sun
Weekend hari tu bersantai je kat umah especially hari Sabtu tu. Sebab ada BERSIH tu so malas la kang sangkut jem kat memana. Irfan dah la jenis kalau kereta benti dia resah gelisah. Yang dia tau kalau naik kereta...kereta tu kena gerak je...huhuhu....So kami bergolek2 la dua beranak kat umah. Ye 2 beranak je coz papa nya berjimba pegi main paint ball ngan geng office dia. Petang baru balik lepas tu terus terkelepet akibat ditembak sana sini :D
Ahad tu plan nak keluar cari kain buat baju raya. Plan nak ajak mak aku sekali. Last2 tak jadi sebab kereta ayah rosak tengah jalan pulak. Since kitorang 3 beranak memang dah siap n tunggu masa je nak keluar....maka aku pun ajak jugak Myo keluar pegi memana. Motif keluar? Memang tak ada motif. Ehhh ada kot. Motifnyer tak nak kasi Irfan tido. Anak aku ni memang siang keje nya tido je. Letak la camne pun. Biar dia atas katil sorang2 pun boleh tido sendiri. Tapi malam bercinta la nak tidokan dia. So demi nak elakkan dia asik tido je kena bawak jenjalan sebab kalau kat luar mata dia akan jadi bolat secara automatik :P
Anak saper la nih. Nasib baik anak teruna tau. Ni kalau anak dara dok cenggini abis jatuh saham...hikhikhik....
Sampai2 tak tau pun nak pegi mana. Singgah Mothercare japs belek2 kot ada pape yang menarik. Ni 1st time aku jenguk Mothercare. Ehhh 2nd time kot. 1st time kat OU kalau tak silap. Tapi tak pernah beli pape pun kat situ.
Belek2 tak ada yang menarik. Yang menarik mahal giler tak ada less. Kalau ada pun ciput je less nya. Still mahal lagi. Yang ada less pulak baju2nya kureng menarik. Tak ada yang berkenan di hati. Sambil2 aku dok belek2 kat Mothercare tu Myo dok layan Irfan bersembang. Entah apa yang dorang sembangkan aku pun tak tau n_n
Dah lepas Asar baru kitorang keluar. Cam biasa dalam kereta bagi susu...Irfan sedap je sambung tido. Sampai2 boh dalam stroller terang benderang terus mata dia =)
Ohhh ye...time jenjalan tu banyak kali dok lalu lalang depan Dynas Nursing Attire tu. Nak singgah tapi bila nampak Dynas dalam tu terus tak jadi. Aku pulak yang segan. Sape yang artis ntah :P
Lepas tu nampak kedai Anakku singgah jugak. Sama je. Tak ada less sangat. Tapi....aku ternampak something...hehehe....Jalan2 lagi singgah booth Maxis. Time kat situ Irfan dah start nak hukhek. Kitorang pun jalan laju2. Ingat nak pegi makan tapi tak sempat.
Singgah dulu kat nursing room. 1st time aku pegi BF kat nursing room. Biasa dalam kereta je. Lama jugak bertapa kat dalam tu sampai jenuh papa Irfan tunggu. Bila Irfan dah kenyang turn mama n papa dia pulak nak isi perut. Kalau dah kat The Curve tu of coz la kami ke Waroeng Penyet. Tempat fevret kami la tu. Yang paling sonok of coz la mama Irfan. Bab2 makan laju je. Aku memang cepat lapar. Pastu kalau lapar nak makan nasi jugak. Tu yang kekadang tu senyum pun sampai ke telinga bila dapat makan....hahaha....
Myo rasmikan baju Gundam dia =)
Irfan behave je dok dalam stroller tunggu mama n papa dia abis makan. Kitorang pun ngan confident nyer makan sesama. Tak ada nak gilir2 dah. Sambil2 makan tu Myo melayan budak kecik ni borak2. Tengah borak2 tu ada la selit2 suara Irfan yang high pitch tu. Punya excited menyembang kan. Suara kekadang tu nyaring yang amat ;)
Bosan2 hisap jari....chot chot chot.....Pastu main air liur. Suka buat buih2 sampai penuh air liur kat mulut. Tu je la keje yang dia suka buat sekarang.
Dah tak tau nak buat apa mula la toleh kiri kanan. Dah tak tau nak toleh mana apa lagi....huk hek la jawabnya. Aku pun makan secara ekspres la. Nasib sempat habiskan. Basuh tangan...riba dia....bagi susu baru la diam je....
Dah pukul 9 lebih baru balik. Masuk dalam kereta terus Irfan tertido sendiri. Tak payah dodoi2 tepuk2 ke hape. Punya la ngantuk. Terus tido sampai umah.
Ohhh...kat Anakku aku beli kasut Irfan. Dah 4mths+ baru nak ada kasut kan. Selama ni aku pakaikan Irfan booties je. Tapi sejak dua menjak ni asik berjalan je harus la nak belikan kasut cantik kan walaupun dia tak pakai kaki dia yang chumil tu :P Actually cam malas nak beli pape kat Anakku tu sebab cam tak ada less sangat. Sekali bila terpandang kasut ni terus cam excited terlebih. Kasut ni memang matching ngan seluar yang Irfan pakai.
See....sama kan. Seluar tu pun memang seluar Anakku jugak. Tapi tak bajet la pulak ada kasut yang sepasang ngan seluar tu kan. Demi Irfan tak kesah la sekali sekala beli barang yang tak ada less pun...huhuhu....hancus rule shoppaholic haku T_T
Hmmm weekend ni nak jenjalan pegi mana pulak eh? Kena jenjalan jugak spend time sesama tiga beranak. Tambah2 papa Irfan sekarang kemain lagi gigih keje. Malam baru balik. Pukul 12 pagi baru nak sampai umah. Mama Irfan pulak malam2 pun nak ada meeting T_T Pape pun enjoy your weekends ye korang =)
Subscribe to:
Posts (Atom)