nuffnang

Thursday, September 29, 2011

Bila Anak Kesayangan Sakit

Ni Irfan hari Ahad hari tu. Mula2 aku perasan ada merah2 kat pipi je. Ingat biasa je la sebab memang akan merah2 kalau dia selalu sangat masukkan jari2 dalam mulut. Sekali makin lama makin banyak pulak naik merah2. Risau jugak la. Jumpa doc then kasi makan ubat demam n gatal je. Tapi time tu Irfan tak ada la nak garu2 pun. Doc cakap kena gelgata. Isnin tu jadi makin teruk. Pipi ngan bibir pun dah start bengkak. Paling kesian bila tengok kaki dia cam ada biji2. Tak sanggup rasanya tengok dia camtu. Memang kalau boleh nak mintak sakit tu pass kat aku je. Kesian sebab dia kecik sangat n tak tau pape. Aku la yang sedih lebih2 kot...huhu...Time tu dia dah pandai garu2.


Selasa tu kat ofis kacau bilau jugak la jiwa aku. Dok pikir camne la Irfan kat rumah. Nasib parent aku tolong bawakkan pegi klinik. Memang la kalau boleh tak nak susahkan dorang. Tapi time2 genting cam sekarang ni memang susah aku nak amik2 cuti. Doc cakap allergic. Tapi lepas dah recall2 aku pun tak ingat apa yang silapnya. Nak kata makanan tu tak la kot sebab memang kasi dia makan mende yang sama je dari mula. Tak ada nak tukar2.

Selasa hari tu bengkak2 dah makin kurang. Semalam aku balik kerja pun bukan main ceria lagi dia. Terus hilang penat tengok dia dah makin sihat. Sejuk je hati ni. Lepas tu dah sakan meniarap walaupun tangan asik tersangkut je kan...huhu...Actually dulu time 4 bulan kot dia dah start meniarap. Tapi tetiba dia cam lupakan je skill tu. Terus lepas tu tak meniarap dah. Ni baru nak start balik. Boleh pulak main stop2 kan :P


Mainan fevret Irfan. Tortoise nyanyi2. Bahasa Cina pun belasah je la. Actually selang seli ngan English. Kalau tekan keluar la suara cakap nombor ngan shape. Lepas tu ada nyanyi2. Memang kalau Irfan nak start ngamuk tu aku letakkan mende ni depan dia terus diam. Suka la kan ada music. Kadang2 ngan aku pun terikut2 nyanyi lagu tu. Tapi kena monitor jugak la time dia main mende ni sebab kadang2 dia angkat tortoise tu tinggi2. Takut kang terlepas hempap muka dia pulak...huhu...


Sekarang Irfan dah pandai tido malam. Kalau tak jenuh berjaga. Cam tau2 je sekarang mamanya dah kena bangun awal nak pegi ofis. Malam2 main sampai penat. Habis sume mainan baru aku bawak keluar kasi dia main. Mula2 ingat nak keluarkan satu2. Seminggu keluarkan 1 mainan. Tapi time dia tak sihat tu memang lansung tak ada mood. Seposen je muka. Tu yang aku keluarkan semua tu kasi dia happy. Nasib baik la berkesan taktik tu ;)


Sangat lega bla Irfan dah sihat. Tinggal kesan2 kat kaki je sikit. Baru tau perasaan sebenar seorang ibu bila anak sakit. Lain macam je risaunya. Tapi tak kan la nak expect anak sihat je memanjangkan. Aku anggap ni ujian dari Nya untuk kami sekeluarga. Semoga aku diberikan kekuatan dah ketabahan untuk membesarkan anak kesayangan aku ni. Amin....

Wednesday, September 28, 2011

Hasil Rembatan @ Mattel Warehouse Sale

Baru nak letak hasil rembatan hari tu kan. Irfan dah main puas dah. Tak kesah la lambat ke tak. Janji update. Tak tentu arah je hidup aku lately. Ni la akibat work from home lebih2. Sekali kena datang ofis hari2 terkejar2 sana sini T_T

Actually tak ada la banyak mana hasil rembatannya. Nampak banyak sebab toys nyer kecik2 je. Tu je la yang sesuai ngan Irfan. Buat dia gigit2 goncang2 je. Tu pun shopping laju2 time office hour. Ngan keje banyak tak siapnya. Kalau datang santai2 tak ada kerja mau lagi banyak aku angkut...huhu...(sila abaikan mende sesat tu...biasa la main campak2 ngan Irfan :P)


Siput ni beli last minute sebab Kak Jo ngan Kak Ezah dok hasut suruh beli...hahaha...So salahkan dorang untuk ini siput :P Mainan ni biasa la yang masukkan mende tu ikut shape. Tapi siput ni ada music. Badan dia pun boleh cabut n jadi mainan lain. Tapi tu tunggu besar sikit la baru Irfan boleh main. Kalau tak jahanam lagi la kan :D So far Irfan suka bunyi music tu je la kalau siput tu gerak2. Hari tu cek kat JJ harga siput ni RM 89.90. Aku beli RM 35. Kira berbaloi2 jugak la tu kan ;)


Yang ni soft toys yang aku sempat korek2 dalam timbunan kotak2 kat situ. Price range from RM 5 - RM 15. Saje nak kasi Irfan mende gigit2. Suka sangat gigit2 kan. Abis remote TV, towel, penutup botol pun dia nak gigit.


Handphone ni aku beli sebab cute. Pastu of coz ada bunyi la kan kalau tekan2. Cek kat JJ RM 31.90 kot. Aku beli RM 10.


Ada lagi satu handphone ngan kura2 pun ada music. Tapi dalam bahasa Cina la pulak kan. Dah balik baru perasan. Tak pasal2 kena sound ngan Myo. Camtu la aku kalau shopping tanpa penasihat...huhu...Tengok laju2...tak sempat nak belek kaji satu2. Kalau belek kaji satu2 pun ntah2 lagi banyak aku beli kot sebab ada certain mende aku pun confuse camne nak mainnya. So itu la kisah seorang mama yang excited lebih dari anak. Kang bila anak yang excited dah cerita lain la pulak kan =)

Tuesday, September 27, 2011

Weekend yang Indah

Dan2 je title post weekend yang indah kan....Bukannya apa. Aku dah dapat bayangkan weekend depan ni memang tak kan indah dah coz kena kerja hari Sabtu. Dulu pun pernah kerja hari Sabtu. Tapi feel nya lain. Sebab sekarang dah ada anak. Weekend je la masa nak bergolek2 ngan Irfan. Kalau weekend pun kena kerja hari apa je yang tinggal nak mengulit budak kecik tu. Dah la sekarang hari2 kena pegi ofis. Irfan pulak tak sihat. Sangat sebak ok nak tinggalkan dia time2 dia tak sihat T_T

Sebelum aku start buat sesi luahan perasaaan, baik la aku story aktiviti kitorang weekend hari tu. Kitorang pegi beraya ke rumah office mate aku, Liza. Liza ni baru jugak dapat baby. So alang2 datang sekali la tengok baby ngan beraya kan. Nama baby ni Azreen Sophia. Kecik je Sophia ni. Baru nak masuk 3 bulan. Nangis pun sopan santun je. Antara dengar ngan tak je. Nampak senang je nak jaga.


Liza tak buat open house pun. Kitorang je yang saje2 nak datang beraya. Dah janji ngan a few office mates jugak. Azrul ex-office mate, Kak Melly n dotter n Kak Zu n hubby n dotter. Kitorang makan mi rebus ngan satay. Sedappp. Itu pun aku tengah sakit tekak. Kalau tak confirmmm terasa lagi sedap. Start Jumaat lepas aku dah start sakit tekak, selsema, batuk ngan demam. Memang lengkap 1 pakej.

Ok aku sangat rindu time ni. Irfan sangat ceria. Time ni dia sihat lagi. Esoknya entah camne badan ngan muka dia naik merah2. Memang sangat risau tengok dia camtu. Sedih sampai meleleh2 air mata =( Doc cakap maybe kena galgata. Gitu kot eja dia....huhu...Sampai sekarang still ada lagi. Badan pun dah start panas. Memang tak sanggup tengok dia yang kecik n tak tau apa2 tu sakit camtu. Bila teringat je mula la bertakung air mata ni...Haihhh...Bertambah sedih aku tak dapat nak jaga dia time2 gini. Nak work from home pun tak boleh....


Dah...dahh...tu la antara sebab aku cam berat hati je nak update blog. Ni la jadinya. Mesti nak cerita pasal tu. Pastu nanti aku sendiri yang sedih...huhuh...

Ok...sambung balik cerita beraya. Aku tak ada la beria nak amik gambar kat situ since segan kan ada orang tak kenal. Tapi rumah Liza memang cantik la. Condo la kata kan. Simple je dalam dia. Sesuai la dok bertiga kan.


Balik tu ingat nak singgah OU tapi kesian pulak bila tengok Irfan tengah sedap tido. Dia dok tahan ngantuk kat rumah orang. Balik rumah kasi Irfan makan bubur pastu siap2 pegi OU pulak. Nak cari barang Myo. Tapi tak dapat pun. Time kat JJ singgah kat bahagian toys. Saje tengok toys Fisher Price kat situ. Ingat tak laptop RM90 yang aku cerita kat previous entry tu? Kat JJ RM299.90 ok. Mahal giler. Memang berbaloi2 la kalau beli yang RM90 punya tu. Tapi 2nd day member aku pegi Mattel sale tu memang pagi2 pun dah habis....huhu...


Ni cookies yang Liza kasi. Dia kasi time Sophia cukur jambul dulu. Buat sekali ngan cousin Sophia. Cute je cookies nya. Ni pun office mate jugak yang buat. Tapi tengok la cookies yang belah kanan tu.


Haaa...yang ni. Gambar baby betul2 ok. Dah la baby cute. Cam tak sanggup je nak makan. Dok ada lagi kat rumah tak makan2. Yang cookies cam stokin purple tu dah selamat dah masuk dalam perut. Yang ni je dok ada lagi. Tapi memang akan dimakan jugak la kan. Dari terus masuk tong sampah baik masuk perut aku dulu :P


Cerita balik kampung hari tu pun tak ter'update2' lagi. Dah basi dah pon. Sekarang tengah nyesal sebab tak amik EL je pagi tadi. Terbayang2 muka kesian Irfan pagi tadi time aku nak keluar pergi kerja T_T

Friday, September 23, 2011

Mattel Warehouse Sale 2011

Hari ni bz sangat sampai tak sempat keluar lunch ok. Tapi sempat pulak pegi warehouse sale...hahaha...Actually memang dah tau pun. Kak Ezah bagitau semalam. Tapi pikir2 balik tak jadi pegi sebab banyak lagi kerja tak siap. Sekali member ofis sebelah ni letak kotak Toy Story atas meja. Tak boleh jadi ni. Terus ajak colleague, Kak Jo pegi sekali. Kak Ezah pun join. Nak tengok2 katanya.

Ni aku tepek map siap2 kot ada sesape berminat nak pegi. Sape ada anak memang rambang mata la. Tapi yang tak ada anak pun ok je pegi belikan untuk adik or anak2 sedara. Tapi yang ada anak tu dia punya nafsu nak memborong tu lagi dasat la kot...hehehe...


Tadi pegi pun cepat2 time lunch. Dekat je ngan ofis. So jalan kaki je la. Dah banyak kali dengar ada warehouse sale kat sini before ni. Tapi dulu bukan minat pun nak datang. Cam tak ada motif...huhuh...Orang pun tak ada la ramai sangat tadi. Maybe kalau weekend sesak la kot.


Seriussss....toys memang murah2. Almost semua ada 50% less. Branded toys ok. Bukannya pasar malam punya. Macam2 jenis. Tapi aku lagi interested ngan Fisher Price punya toys la kan. Barbie pun banyak. Tapi tak kan nak belikan untuk Irfan pulak kan....hiks!


Sebab toys yang sesuai ngan Irfan banyak Fisher Price punya je so gambar pun area2 tu je la. Banyak lagi jenis lain tapi tak sempat nak snap.


Tadi jumpa laptop ni. Tapi untuk budak 2yrs kot. Kak Jo, Kak Ezah ngan lagi sorang colleague David, tiga2 beli menda alah ni. RM90 je ok. Kat luar jangan mimpi la nak dapat harga gini. Aku tak beli pun. Irfan pun bukan reti lagi nak main. Lagi diketuk2 mende tu ada la. Dorang beria jugak hasut suruh beli sebab nanti boleh simpan dulu. Sekarang ni dah teringat2 la pulak kan...haihhhh....Dah la color biru T_T


Ni hasil rembatan. Nak pegang semua tak muat. Bakul ke beg memang tak ada. Sume orang amik kotak kosong je time nak letak2 barang. Mengusung la ke hulu ke hilir ngan kotak tu :P Total damage RM150. Kalau kat luar maunya dekat RM300 kot. Camne ni? Baru hari tu keluarkan statement nak stop belikan toys untuk Irfan...huhu...


Ni address dia kot ada sesape nak pegi esok or lusa. Ahad last ye ;)

1st Floor Menara Lien Hoe

Persiaran Tropicana Golf Resort

Petaling Jaya

Landmark: Tropicana Golf Resort


Happy shopping! Aku tak boleh pegi dah. Kang susah nak keluar :D


Thursday, September 22, 2011

Irfan Naufal is 7 Months Old

Bz yang amat hari ni. Dah malam baru dapat update blog. Happy 7 months old Irfan Naufal! Genap dah 7 bulan budak kecik ni. Dah sebulan dah kasi dia makan solid food. Memang sedap je tengok dia makan. Even time tengah demam2 hari tu pun nak jugak makan. Susu pulak yang tak laku time demam...huhu...So far aku bagi Irfan makan nestum cerelac, biskut rusk heinz ngan bubur nasi je. Progress so far Irfan still tak terer meniarap lagi. Tapi memang tak reti dok diam dah. Ada je mende nak buat. Kalau riba dia pun tangan tu laju je nak capai2 mende depan mata. Lepas tu sibuk menggelongsor nak turun. Kalau dok baring sesaje memang nanti tak senang hati.

Irfan dah pandai membebel dah sekarang. Yang kelakarnya time dia nak tido boleh pulak nyanyi2 untuk diri sendiri. Tengok2 dah terlelap....hahaha...Gerammmm tapi tak boleh cubit :P Ada amik video time tu but tak letak2 sampai sekarang. Kadang2 time dia tengah cakap2 ada jugak la terkeluar words papa mama...dah...nak...tapi cam ikut sempat je la.

Yesss! Bulan ni tak payah bawak Irfan pegi KK dah. Tak payah tengok dia kena cucuk sampai la umur setahun nanti. Cucuk 6 bulan hari tu pun memang nurse cakap tak kan demam. So tak ada la risau sangat. Esok dah Jumaat. Tapi tak update2 cerita pasal balik kampung hari tu. Postpone next week je la nampaknya T_T

Wednesday, September 21, 2011

A Visit to New JJ

11/09/2011 - Sun

Lately cam tak mood je nak buat pape. Tetiba rasa nak benti kerja. Tetiba rasa makin hari makin tak best kerja especially bila kena bekerja dengan orang yang tak best...Haihhh...Nak amik mood kena la bercerita pasal yang hepi2 je kan.

Baru nak update pasal jalan2 Ahad lepas punya lepas. Kitorang pergi JJ baru kat One Utama. Baru renovate. Tak silap bukak bulan lepas time dekat2 nak raya. 22 Aug kot. Memang time tu dah plan nak pegi. Tapi sibuk2 terus tak jadi.

Teringat beberapa bulan yang lepas. 20 Februari. Time besday aku. 2 hari before bersalin. Time tu berjalan sakan. Siap dah nak singgah JJ OU time tu sebab kalau tak silap dorang buat sale sebab dah nak tutup 22 Feb tu nak start renovation. Sekali elok2 dekat nak sampai OU tu tetiba contraction bukan main dasat lagi. Terus tak jadi pegi. Lepas tu elok2 pulak Irfan keluar JJ OU pun tutup...Elok2 lagi Irfan genap 6 bulan dia bukak balik...hahaha...And baru sekarang dapat rasmi JJ ni ;)

OU memang port kitorang since start keje kot. Balik kerja singgah OU, lunch pun kat OU, weekend pun OU, tengok movie pun kat OU. So memang selalu sangat la singgah JJ kat situ. Memang dah naik hafal kot setiap sudut dalam JJ tu. So sekarang nak bawak Irfan pulak datang sini. Biar dia hafal sama2 :P Sebelum sampai JJ dah nampak Toys R Us singgah situ dulu. Kedai banyak yang dah tukar2. Letak aku sorang2 kat situ confirm sesat.


Irfan sibuk toleh kiri kanan. Kat sini tak beli pape pun. Sementara dia tak pandai mintak ni tak nak la beli sangat mainan. Kang dia dah pandai mintak sampai tak terbeli pulak kan T_T Lagipun mainan yang dah ada pun cam dah cukup so far. Rasanya dia lagi suka main mende yang bukan mainan dia. Yang tu la yang nampak lagi menarik. Meja or remote control TV pun dah boleh jadi mainan dia...huhuh...


Actually sambil melawat JJ baru tu sambil jeling2 barang yang aku nak cari but tak ada kat JJ situ. End up beli mende lain...hahaha...Lepas tu singgah KFC makan. Time ni Irfan dah start ngantuk. Kitorang pulak tak bawak stroller.


Sementara ingat n tengah rajin amik la gambar ngan Irfan. Tu pun bercinta nak tunggu dia pandang kamera. Last2 tido jugak sebab dah ngantuk sangat.


Before balik singgah beli sushi. 1st time nak makan sushi lepas bersalin ni. Lama ok tak makan. Dulu time preggy control2 la jugak makan sebab tak elok. Kalau tak memang hampir tiap2 hari kot pegi cari sushi kat JJ ni. Beli takoyaki ngan cream puff jugak. Makan dalam kereta je.


Semalam lalu kat Tutti Frutti Gombak tu lagi. U know what??? Dorang dah bukak ok. Ingat ada la less ke apa sebab baru bukak kan. Sekali bila tanya cashier tu hari apa bukak dia cakap Jumaat last week. Hari tu je dapat 50% diskaun. Dorang siap buat open house raya lagi time tu. And di manakah kami time tu? Sepanjang hari tu kami kat atas jalan on the way balik kampung!!!...sob sob sob...Rasa nak pitam je dengar tau. Semalam amik flavour vanilla+guava+banana+mango. Nak makan yogurt lepas tu pun dah tak lalu T_T Dalam banyak2 hari nape hari tu yang dorang bukak. Dah la kitorang selalu lalu situ datang cek. Time tak cek tu la dia nak bukak kan. Sabo je la. Semalam pegi pun dapat 15% disc je la =(


Seriously sekarang ni perasaan tengah meronta2 nak berenti kerja. Tapi cam tak boleh. Rumah sendiri pun tak ada lagi ni. Tak kan la nak biarkan Myo sorang2 kumpul duit beli rumah kan. Hurmmm...kena simpan la dulu hasrat suci murni aku tu T_T Start esok hari2 dah kena pegi office. Tak tau sampai bila. Maybe sampai end of Oct. No work from home dah. Kalau tak ikut suka hati aku je nak work from bila2. Boleh kira kot berapa kali je pegi ofis sejak aku bersalin hari tu. Maka akan bermula la sesi rindu-rinduan kat Irfan nanti T_T

Tuesday, September 20, 2011

I'm Addicted to FroYo

08/09/2011 - Thurs

Fuhh...fuhhhh....Penat balik kampung tak habis lagi ni. Penat tapi seronok jalan2. Yang tak seronoknya hari tu Irfan demam kejap. Alhamdulillah sekarang dah ok. Nanti la cerita pasal balik kampung. Habiskan dulu cerita2 termendap ;)

Ni cerita Khamis lepas punya lepas. Hari tu cam biasa ada meeting malam. Patut setengah jam tapi meleret2 sampai sejam setengah. Dekat 10 lebih baru abis. Dah la siangnya sibuk yang amat ngan keje ofis. Sampai tak cukup tangan buat keje. Dok ngadap laptop tak gerak2. So bila malam meeting lama2 memang stress giler la time tu. Dah stress mula la angin tutti frutti aku datang...hahaha...

Dah pukul 11 baru keluar rumah. Sampai2 kosong je Tutti Frutti kat Wangsa Maju tu. Ala2 dah nak tutup je. Kitorang orang 2nd last kot datang. Bajet nak tapau je. Tapi tengok situ lengang je terus makan situ terus.


Pegi sini before Tutti Frutti yang kat Rawang tu lagi. Tapi biasa la lambat update. Irfan memang wajib bawak la kan. Lagipun mata dia memang terang tengah2 malam camtu.


Seronok bergambar sebab orang tak ada...hohoho...


Opsss...sori Irfan...salah bajet :P


Irfan tak heran pun nak bergambar...mama ngan papa dia je yang sibuk2. Kalau ada meja memang fevret dia la tu ketuk2 meja. Meja rumah ok lagi. Kalau kat luar tu yang kena jaga2 tu. Bukannya tau pun bersih ke tak. Kang tau2 tangan dia dah dalam mulut....


Dah puas bergambar boleh la makan pulak. Cam biasa yogurt vanilla harus ada ye. Standard letak topping caramel, choc chips ngan choc syrup tu. Heaven ok dapat makan frozen yogurt time2 stress gitu. Balik pun ngan hati senang...eccehhh...


Last week nampak tutti frutti kat gombak dah pasang board nama kedai tu dah. Apa daa panggilnya mende tu. Tapi cam dah nampak rupa la. Entah2 minggu ni dah bukak. Sanggup kitorang ronda2 situ selalu =)

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia 2011

Yahhhuuuu hari ni cuti. Dapatla lupakan kejap keje2 ofis yang menyerabutkan kepala otak. Gambar ni amik time kitorang stop kat RNR Sg. Buloh weekend hari tu. Elok pulak kat belakang tu ada bendera Malaysia kan.


Anyway Selamat Hari Malaysia to all. Selamat bercuti. Yang nak pegi open house tu jalan bebaik ye. Jangan makan sampai full ;) Weekend ni kitorang nak balik kampung. Dah siap2 packing dah pun ni. Tinggal nak masuk kereta je =)

Thursday, September 15, 2011

Satu Hari di Hari Raya

10/09/2011 - Sat

Still hari raya lagi kan? So boleh la amik gambar raya lagi walaupun dah lambat. Akhirnya berjaya jugak melaksanakan edisi balas dendam amik gambar raya hari tu. Kitorang amik hari Sabtu hari tu. Kan siangnya pegi open house. Ye memalam dekat pukul 12 ok kitorang bergambar ni. Giler tak? :P Actually before tu ada member2 adik aku datang beraya. Irfan pun tengah tido time tu. Dah pukul 11 lebih baru dorang balik. Lagipun memang aku dah roger2 adik aku siap2 nak mintak dia tolong amikkan gambar kami bertiga. So kena la tunggu dia jugak.


Ni la yang best nya kalau adik aku yang tolong amikkan gambar. Memang dia main snap je banyak2. Bila tengok balik cam kelakar pulak. Ni baru anak sorang. Cuba nanti dah tambah lagi sorang dua...


Budak kecik ni dah pandai tak duduk diam tau. Gerammm...Rasa nak cubit2 manja je...hehe...Bila terbaring angkat2 punggung soh angkat. Bila angkat letak atas riba dia lompat2 nak bangun. Bila berdirikan dia nak lompat2 pulak. Bila dah lompat tak mau benti pulak...huhu...Tapi tu la yang seronoknya. Kadang2 penat gelakkan dia ;)

Time nak amik gambar ni pun kaki dia dok tendang2 tak mo duduk. Nak menggelongsor turun. Cam la dah pandai jalan kan...huhu...Abis tercabut kasut comel dia tu :P Last2 Irfan sorang je yang pandang kamera. Mama n papa dia dok sibuk betulkan kasut T_T


Susah ok nak kasi gambar sume senyum elok je. Ni kira aku senyum abis elok la tu. Irfan tok sah cakap la. Memang mahal senyuman kekadang tu...huhu...Myo pulak betul2kan baju...


Tengok...tengok...Irfan tak mau dok diam. Time tu la dia nak main goyang2 kaki. Hepi sangat la tu...


Last2 ni je yang dapat. Dah tak larat dah dok ulang banyak kali. Muka pun cam hampeh je time ni. Senyum pun dah tak ikhlas...hahaha...


Amik gambar ngan Irfan berdua pulak. Irfan muka cam tak puas hati kena bergambar memalam buta. Dalam hati "Apa la mama kiter ni. Kiter dah nak tido pun nak pakaikan baju raya jugak"


With flash. Irfan tak pandang kamera.


Peace...dah lama rasanya tak buat peace2 sejak dah ada anak ni ;)


Without flash. Main amik je banyak2. Penat tu siap. Gigih tau memalam aku pegi mekap. Tak sampai berapa minit dah buang mekap tu. Kalau ada orang buat open house time tu rasa nak pegi je...hehe..


Irfan: Haihhh....Sudah2 la mama papa. Mata Irfan dah tak boleh bukak dah ni. Cukup2 la tu bergambar. Tahun depan la pulak. Irfan ngantuk sangat dah ni. Mama...nak upah pleaseee..."


Tak ada maknanya ok. Irfan kena amik gambar ngan papa dia pulak. Ni lagi satu susah sebab time ni Irfan dah tak ada mood. Asik pusing ke lain.


Irfan: Apa la papa ni dok petik2 jari. Irfan dah pandang kamera dah pun ni. Papa tu pandang kamera ke tak tu?


Irfan: Alaaa malas la. Papa lambat. Irfan tak ada mood dah...


Hehehe....ngan mama lagi. Bergambar puas2.


Aku main letak je sume gambar ni. Malas nak letak kat FB. Kat FB ada stalker. Kat sini pun maybe stalker tu singgah kot. Maybe jugak dia tak tau...huhu...


Gambar blur pun nak letak jugak....Tak kira...muahahaha....


Last but not least gambar si kenit ni sorang2. Macam2 gaya dah kitorang buat nak kasi dia senyum. Muka dia still camtu jugak tak mo senyum T_T Lepas ni entah bila dapat tengok Irfan pakai baju Melayu lagi kan. Tu yang gatal jugak nak belikan untuk dia sepasang. Excited ok 1st time beraya sedondon 3 beranak. Setahun sekali je pun kan. Lepas ni kalau rajin boleh je nak pakaikan Irfan baju ni lagi. Dia selesa je. Tak pun simpan je kot2 boleh pass kat anak2 sedara or anak2 cousin ke. Tak pun lagi simpan kot2 Irfan dapat adik boy ke nanti2...hiks!


Irfan Naufal....mama luv u so muchhh! Mmmuah...mmmuahhh! =) Itu je la sesi bergambar raya kitorang walaupun terpaksa retake kan. Tu pun kat rumah saje. Mana yang sempat je la. Morale of the story...raya next year amik gambar puas2 sampai penuh memory card kamera tu...hahaha...