nuffnang

Friday, October 15, 2010

Cerita Kenduri Kawen

10/10/10 - Sun

Hari Ahad actually ada 3 kenduri kawen. Nasib baik la aku pun tak kawen time date ni. Kalau tak... tak ada sape yang datang kot :P Even buat bulan 6 hari tu pun tak ramai yang datang. Ni pulak date cantik camni. Keluar rumah je kitorang memecut ke Gombak sebab kenduri mak cik Myo merangkap anak kepada tok sedara dia kat istu. Sampai2 terus makan sebab nak kejar masa. Padahal time tu dah kenyang sebab dah makan nasi tomato kat rumah before tu. Balance tak habis semalam nya :P


Masuk2 dewan sorang pun kitorang tak kenal. Kenal tuan rumah je. Nak amik gambar ngan pengantin pun teragak2 since pengantin pun sibuk melayan kawan2 nya. So tak ada sesi bergambar ngan pengantin. Amik gambar dari jauh je. Yang kawen nya tu mak cik Myo. Tapi mak cik jauh sikit. hehehe....tak reti nak explain la....mak cik dia ni doktor pakar bedah....kagum aku di situ


Abis je makan salam2 pastu gerak pergi Beverly Heights. Selama ni aku pun tak perasan kewujudan tempat tu even selalu lalu. So tersesat sampai masuk Ukay Perdana. Sampai2 family yang lain dah tengah makan. Kitorang adalah yang paling lambat. Lagipun memang last minute baru plan nak pergi. Time ni pasangan pengantin tengah makan beradab.


Sesi potong2 kek. Kek 3 tingkat u. Time kenduri aku 2 tingkat jek. Tu pun berminggu2 jugak nak habiskan :P Cousin Myo ialah yang laki tu. Aizat namanya. So ni baru majlis belah perempuan. Weekend ni belah laki pulak. Syok pulak pergi kenduri kawen sekarang ni. Teringat plak saat2 kenduri kitorang dulu....hikhikhik...


Bersama family Myo. Mana yang ada je amik gambar. Time ni baru lepas makan. Tu aku yang sah2 lari dari theme color :D Orang dah pakat2 pakai baju biru. Myo pulak memang kebetulan time tu pakai baju biru. So aku adalah jadi orang sesat hari tu :P Takpe2 weekend ni confirm aku ikut theme color :)


Lepas tu kitorang intai2 kat dalam nak tengok pelamin. Since kitorang pun dah sampai lambat maka memang dah termiss bergambar ramai2 ngan family n pengantin kat pelamin ni. Masuk2 orang lain pulak yang tengah sibuk berposing. Pelamin dia not bad la. Simple but nice...


Kat depan siap ada corner for guest book lagi. Cantik je design kat area situ. Rumah area Beverly Heights ni pun memang la cantekkk giler. Rumah orang2 kayo. Aku hanya mampu berangan di situ ;)


Dan part yang paling penting....harus lah bergambar ngan pengantin baru before balik. Kalau tak nanti nyesal. Cousin Myo ni pun dulu time kitorang kenduri, 3 majlis semua dia datang. So memang sangat la tak patut kalau kitorang termiss kenduri dia nih. Macam terserlah je kekerdilan ku di sisi pengantin tu kan?


Tengokkk...gambar ni lagi menyerlahkan kekerdilan ku. Dulu boleh la nak try berlawan2 tinggi kalau pakai high heels. Sekarang ni tak yah mengada la nak pakai high heels bagai. Kasut harus la flat T_T Habis kenduri je dah dekat pukul 4. Mission nak pergi the next kenduri terbantut sebab dah lambat sangat. Balik kenduri kendara tu aku adalah pengsan. Siap bangun pepagi buta muntah2 lagi.

Banyaknya benda rasa nak update kat blog ni. Cerita honeystar tak habis lagi....gambar outdoor??lagi la tak habis2....tu belum masuk cerita honeymoon ngan cerita sampingan yang lain. Problem nya hanya lah satu....malas nak upload gambar :D

Thursday, October 14, 2010

Sesi Pemanasan Rumah

09/10/2010 - Sat

Sabtu last week kitorang ada buat makan2 kat rumah. Emm bukan la open house raya kot since raya pun dah habis kan. Actually nak buat last week tapi masing2 sibuk nak pergi open house lain yang berderet2. So buat je house warming for family both side.


Lepas zohor family aku dah start datang. Selama ni dorang tak pernah jejak kaki pun kat rumah kitorang except my parent n adik yang datang tolong time pindah. So time ni la masa yang sesuai untuk meng'explore' rumah. Hehehe. Macam la rumah besar sangat kan :P


Aku masak apa? Kat umah tu aku goreng ayam goreng berempah je. Yang lain semua masak kat rumah mak. Kat rumah aku banyak lagi yang tak lengkap. Periuk besar2....bahan2 masak segala sangat la limited. Tu pun siap angkut a few things dari umah mak :)


Menunya pun tak banyak. Ada rendang daging, roti jala, kari ayam, acar timun, ayam goreng berempah, nasi tomato n agar-agar. Cukup la setakat untuk makan2 family. Siap berlebih lagi. Air pass je kat Myo buat. Bandung soda ngan sirap cocktail :)





See....kecik aje kan umah kitorang. Nanti kalau dapat umah besar sikit boleh la ajak ramai sikit datang. Tengok la kalau ada rezeki lebih next year ingat nak cari umah besar sikit. Lagipun sekarang kitorang berdua je. Plus apartment yang sekarang ni tak ada lif. Nak bawak perut yang makin memboyot ni pun dah tak larat.


Dekat pukul 5 lebih sume dah beransur balik. Masing2 ada invitation pergi tempat lain. Ada open house raya yang still tak habis2....family day pun ada. Belah malam pulak family Myo datang. Memang tak ajak sekali takut nanti sempit. So dah set belah siang n malam. Lepas family Myo balik, abang aku pulak datang sebab tak sempat datang siang. Lepas tu aku kemas2 ala kadar dannnnnn terus pengsannn. So itu la sesi 'pemanasan rumah' kitorang (^_^) Esoknya ada mission lain pulak.


Perut aku memang tak ok2 lagi sampai sekarang. Tapi kena la bertahan. Orang pun dah tak percaya kot kalau aku cakap sakit lagi since dah lama sangat. So aku pretend la yang aku ni sihat sejahtera. Bukan semua orang boleh paham. So aku kena la amik langkah berjaga2 sebelum ada orang yang berniat buruk n cuba amik kesempatan nak tuduh yang bukan2. Kat ofis pun maintain jek. Padahal nak jalan pergi toilet pun rasa nak guling2 je pergi :P

Monday, October 11, 2010

Bercanda di Tepian Pantai

Ni bukan entry honeymoon. Ermmm....honeystar boleh la kot :P At last berjaya jugak jumpa pantai setelah sekian lama. Ni la impian yang aku soh korang teka kat entry ni dulu. Actually memang teringin sangat2 nak pergi pantai since kejadian kat entry ini dan ini.


Seronok sampai rasa nak lompat2 jek dapat jumpa pantai. Tapi of coz la aku tak jerit kat tepi pantai ni kan. Kang ada orang ingat aku gila. So ada sesapa nak teka aku kat mana tak? :P


Friday, October 8, 2010

Trip to Penang : Part 2

Baru reti nak sambung cerita balik kampung hari tu. Lepas dah habis beraya kitorang gerak ke Penang. Dah lama giler tak naik feri. Time2 cuti raya lagi la ramai orang nak naik feri makan angin ngan family. Bersabar habis la nak tunggu turn naik feri tu.



Dulu aku dah pernah stay 3 tahun kat Penang time sekolah rendah. So tak heran sangat nak naik feri. Lagi malas ada la coz feri sangat lembap. Prefer naik jambatan aje ulang alik balik kampung tiap2 minggu kat Butterworth. Sekarang dah lama tak balik mau tak jakun. Excited terlampau :D


Naik plak ramai2 ngan family. Syokkk....Aku sampai2 je dalam feri tak sempat2 nak turun kete. Nak tengok laut.


Tapi kureng best sebab kereta kitorang kat belah atas. Kalau belah bawah siap boleh rasa tempias2 air lagi. Sejuk je. Geng2 laki boleh la nak turun bawah jalan2. Kitorang yang pompuan ni lepak atas je. Tambah2 aku yang tengah preggy ni. Sume kalau boleh tak bagi aku turun ikut tangga yang sempit tu. Huhuhu...

Gambar versi gelap....


Versi terang :)


Layan je tengok laut yang membiru. Orang dok borak2 pun aku dah tak dengar dah time ni.



Memang dah lama nak tengok laut. Rasa angin sejuk tiup2 kat muka. Perggghh....sangat nyaman....


Ngan SIL n mak cik....Time dalam feri ni aku bukannya sihat sangat. Tak larat nak berdiri lama2. Konon cakap kaki dah lenguh nak dok dalam kereta. Rupa2nya dah sampai dah pun. Punya la syok sampai tak sedar yang aku dah lama berdiri terpacak tengok laut :P



Sampai2 follow pak cik n mak cik pergi cari kedai makan. Kitorang pergi Penang semata2 nak makan kat Restoran Kapitan ni. Dorang cakap memang kedai ni famous ngan nasi briyani nya.





Claypot Chicken Briyani. Sedapppp tapi aku tak larat nak habiskan semua. Lepas habis makan je laju2 balik hotel. Penat. Malam ada mission nak makan kat tempat lain pulak...


Malamnya jalan2 cari makan lagi kat Kepala Batas. Pak cik n mak cik jugak yang bawak. Memang ramai orang sanggup datang jauh2 semata2 nak makan kat sini. Contohnya member2 abang aku. Orang panggil nasi sila. Dulu masa baru2 bukak orang datang makan bersila je kat atas lantai. Sekarang dah tak macam tu.
Kitorang makan lauk hidang. Lauk kampung biasa2 je tapi sedapnya tak yah cakap la. Memang marvellous! Confirm nak datang lagi. Kitorang makan bawal goreng, rendang daging, sambal sotong. sambal udang n ayam goreng. Biasa je kan? Just nikmat makan tu susah nak describe :D Memang puas hati...


Breakfast 2nd day kat Swiss Inn. Aku makan nasi lemak ngan bihun goreng. Sedap la jugak...


Lepas breakfast naik bilik kemas2 barang nak check out....

Before balik sempat duduk kat lobby kejap. Saje testing2 sebab macam kerusi pengantin :P


Lepas check out tak balik KL terus....Mission still not accomplished ;) Balik tu singgah beraya kat rumah kawan ayah but aku tido dalam kereta je sebab rasa macam nak pitam. Dari buat muka sakit depan orang baik la aku dok dalam kerete je kan. Next destination....next entry la pulak ye.

Tuesday, October 5, 2010

Trip to Penang: Part 1

Since 1st raya tak pergi mana2, raya yang ke 5 kitorang plan balik kampung kat Penang belah mak aku. Pergi 4 biji kereta but pergi asing2. Kitorang berdua singgah kat Perak kampung Myo. Sempat la singgah beraya kat 3 buah rumah. Sebab time bulan puasa aku termiss nak balik kampung ngan family Myo maka cover la balik time dah agak sihat time tu.

Tu pun orang balik Perak dari KL boleh sampai dalam 3 jam je. Kitorang 5 jam baru sampai....Gitu la bawak orang sakit....huhuhu....Sikit2 nak kena stop kat RNR. Kalau balik ramai2 habis semua sampai lambat disebabkan aku kot. Tu pun kalau orang nak tunggu :P

Lepas maghrib baru habis beraya. Terus gerak pergi Sg. Petani sebab akak dah book kan bilik kat situ. Dulu time tok n wan ada boleh la tumpang bermalam. Sekarang dah lain. So book je bilik. Sampai terus dinner dulu kat kedai mamak then check in kat Swiss Inn. Parent n family abang dah sampai dulu.


Bilik dia luas giler okay. Kalah bilik time kitorang stay time pergi honeymoon dulu....bilik ni lagi mahal kot but beza sikit je pun


1 malam RM160....Ni kalau book sendiri mau aku pikir banyak kali. Since akak yang book kan....aku ikutkan je la...Bayar sendiri2 la kan....


Dari tingkap bilik boleh nampak swimming pool kat bawah. Sian Myo kempunan tak dapat testing swimming pool tu coz schedule kitorang memang padat. Eccehhh cam artis la konon....Sebab kitorang jalan ngan family so gerak pun kena la sama2 kan...Tak boleh nak sesuka hati sangat

Esoknya breakfast kat hotel....Lansung lupa nak amik gambar. Tapi makan biasa2 je. Nampak je sedap. Aku makan nasi ngan mi goreng. Tu je yang nampak macam boleh mengenyangkan.

Sebelum kuar....pose2 gedix dulu kat entrance hotel :P

Mula2 beraya kat rumah mak cik dekat Kepala Batas. Lama sungguh tak balik kampung. Ada la 3 tahun dah. Kali ni dapat pulak balik sekali ngan Myo 1st time.


Sampai2 makcik n pakcik tak ada kat rumah. So lepak2 kat luar. Sambil2 lepak of coz la nak amik gambar kan.

Tak tau la ni cubaan nak amik gambar pelita ke amik gambar aku :D



Tengok2 mak cik n pak cik siap belikan roti canai yang paling sedap pernah aku makan setakat ni. Memang dulu tiap kali balik Penang mesti nak cari roti canai tu. Padahal roti canai cicah ngan sardin je pun...Tengok tu. Myo selalu je nampak camera. Aku sibuk makan :D

Anak2 sedaraku yang suka ber'peace2'. Macam mak cik dorang jugak ;)


Before sambung beraya rumah 2nd amik gambar ramai2 dulu. Nak tunggu kitorang datang Penang lagi entah bila.

Next....beraya kat umah Mak Ngah.....mak cik jugak...Dah lama tak lalu sawah bendang. Sian kan aku ni. Tiap2 tahun beraya kat Gombak je. So tak ada la suasana kampung tu.

Kitorang datang je dah penuh rumah. Aku nyelit2 je tu ha...


Borak2....makan2 biskut raya...salam2 terus balik. Mission beraya tak habis lagi ni...

Next sambung beraya kat umah tok sedara. Makan dan makan lagi. Perut ni memang selalu lapar saje. Lagi satu sikit2 nak cari toilet. Time preggy ni memang tak boleh simpan lama2 :P Padahal minum air tak banyak mana pun.

Next...raya umah tok sedara yang lain pulak. Kali ni tak makan dah. Masing2 dah full tank kot.


Last sekali kitorang ziarah kubur wan n tok. Sebak je rasa bila teringat kenangan dulu2 time balik kampung. Biasanya wan la paling excited bila kitorang balik. Beli macam2 seafood pastu masak sedap2. Bawak pegi tempat makan yang best2. Tapi tu semua dah jadi sejarah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin...


So habis la mission beraya kitorang. Dapat terjah 4 buah rumah. Tu pun dah petang baru habis. Sekarang nak sambung mission jalan2. Disebabkan aku rasa macam dah panjang sangat entry ni...kena la sambung Part 2.


Semalam time baring2 tiba2 perut aku rasa berdenyut2. Adakah baby telah memulakan 'flying kick' nya? Hari ni dah masuk 17 minggu dah. Perut dah start membuncit. Tapi still boleh lagi dicover dengan baju2 besar :P