nuffnang

Friday, February 4, 2011

7th Anniversary @ Manhattan

01/02/2011 - Tues

Time cuti wilayah hari tu pegi keluar makan kat Manhattan Fish Market kat Ikano. Kononnya nak celebrate anniversary. Dah 4 lebih baru keluar. Sama je lebih kurang pergi time lepas balik kerja. Orang pun ramai macam ulat. Singgah Brands Outlet pun queue sket punya panjang. Last2 kitorang terus je tuju ke Manhattan.

Kat dalam kedai ni kosong pulak. 2 meja je ada orang. Tu pun dok luar. Rasa macam Myo sewakan 1 kedai tu untuk anniversary kitorang je....hahahaha....Memang kitorang je dating makan2 dalam tu :P

Me....


And my James Bond :D


Memang kosong ok....


Betul tak tipu....hihihi....Semua orang sibuk shopping je tak nak makan kot...


Pening2 pikir selak2 menu depan belakang last2 order seafood platter jugak. Sebab dah pernah order mende lain pastu nyesal.....huhuhu....


Order air peach tea ngan air suam. Kat sini la aku start jatuh cinta ngan peach tea. Kalau tak apa2 yang berkaitan ngan teh je aku tak boleh terima. Air suam tu berlakon je sebab tak tau nak order air apa lagi satu. Lagipun peach tea boleh refill. So abis segelas mintak lagi sekali....hahaha....


Jenuh jugak la nak abiskan seafood platter tu. Share 3 orang ok sket kot. Tapi habis jugak la akhirnya. Tinggal fries je beberapa ketul. Lepas tu makan brownies with ice cream. 1st time makan brownies sebijik. Kalau tak makan brownies yang sesat2 dalam ice cream je. Best2 brownies ni. Tapi tak boleh la nak makan selalu. Mahal! Cenonet tu je dah 10 hengget...


Balik tu dua2 orang jalan tak larat bawak perut....huhuhu....Myo siap cakap tak nak datang makan situ sampai bila2 dah.....hahaha....kenyang punya pasal. Tapi aku macam nak datang lagi je :P Celebrate gitu je la anniversary pun. Lepas makan terus balik.

p/s: Bosan pulak cuti lama2 tapi tak tau nak pergi mana. Jalan sikit dah tak larat. Kalau tak panjang je langkah kaki ku ini...

6 comments:

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

nih betul2 mkn sepuas2 hati nih...
yer lah nnti dah kena pantang jgn harap dpt mkn mcm sekarang..

apa pun semoga dipermudahkan urusan kalian ya..
hati2 skg nih..
tgh sarat menunggu hari yg paling bermakna!..;)

Azian Elias said...

Tgk u makan , macam teringin lak.. dah lama tak makan kat sini.

cuna said...

Siti NurJ3nab: tu pun dpt masuk sket je coz space dh sempit :P lgpun pegi setakat nk celebrate anniversary saje. xde niat nk mkn puas2 b4 pntg ;) time ksh coz sudi doakn kami :)

cuna said...

Kak Yan: skali skala mkn mmg best. kalo slalu sgt muak jgk. lgpun mau kering jgk poket nnt :P

Harim Hamdan said...

u dpt tak yg chinese new year lucky draw tu?
kalo u lucky gile, dpt blackberry!
i dpt dessert je..tu pun okielah :D

cuna said...

Harim: ehh...ade lucky draw ke? i xtau pon. org kat situ pn xde ckp pape psl lucky draw. ke sbb i xmkn set yg blh dpt lucky draw tu?