nuffnang

Thursday, September 8, 2011

Raya Pertama Kami

30/08/2011 - Tues

Tahun ni 1st time beraya as a wife n a mama. Sehari sebelum raya tu tido kat Shah Alam, umah mertua. Dekat2 nak Maghrib baru gerak dari Gombak. Sudahnya berbuka dalam kereta je sebab tak sempat sampai. Dah sampai Shah Alam berbuka ngan nasi himpit+kuah kacang+kuah lontong. Malamnya lepak2 je. Sempat jugak la tolong2 adik2 ipar buat biskut cornflakes madu.

Pepagi raya aku rasa aku la orang 1st bangun kot. Tu pun sebab anak kesayangan aku tu yang kejut. Pukul 5 dah berbunyi. Dah hari raya la nak oiii...Tak payah bangun sahur dah...huhu...Bangun nyusukan dia sudahnya lansung tak boleh tido dah. Awal2 dah siapkan Irfan hensem2 walaupun mama dia mandi makan pun belum. Dah ada anak kecik ni camtu la. Kena settle kan dia dulu. Kang siap awal2 sekali kena pancut kena baju memang tak ada maknanya la kan nak siap lawa2 :D Time Myo pegi sembahyang raya aku kasi Irfan makan kenyang2. Kasi nestum cerelac tu je. Kalau kat umah sendiri boleh la nak masak2 bubur nasi. Dah bermusafir ni instant sudaaa. Settle Irfan aku pulak pegi lari bersiap. Kena laju2 coz tinggalkan Irfan jap kat MIL. Dah siap ala kadar lari balik tengok Irfan sebab dengar dia dah start bunyi2. Kasi dodoi2 terus tido. Maka boleh la mama nya mekap2 sket. Kalau tak skip je la part mekap tu kan :P

Elok2 orang balik sembahyang raya Irfan pun terjaga. Cam tau2 je. Sempat la aku bersalam raya ngan Myo kat dalam bilik. Tapi entah nape boleh pulak lupa nak amik gambar. Rugi2. Nyesal ni sampai sekarang....haihhhh....Gambar yang ada kat bawah ni pun aku cilok dari kamera orang je.


Ngan Aunty Dayah. See....orang lain yang ada gambar ngan Irfan. Aku nan ado. Gambar solo? Close up? Bertiga? Berdua? Sume tak ada....Huwaaaaa...Entah nape tangan cam terasa berat je nak bergambar. Bz pun ada. Ehh ke lupa? Tak pun malas...hahaha....Nyesal ni tak ada gambar sama. Dah la tahun lepas tak amik gambar berdua. Ni yang rasa nak pakai balik baju raya pastu posing bertiga ni. Aku dah kasi hint kat Myo. Myo dah kasi green light tapi entah bila nak buat pun tak tau la...huhuh...


Ngan Aunty Dayah n Aunty Dijah. Time ni aku entah kat memana je. Tak dok diam. Lagipun kat situ ramai pulak yang nak tolong pegang Irfan. Kejap2 kat orang lain. Suka la budak kecik tu orang nak pegang2 dia. Sekarang pas raya letak kejap atas katil je dah bunyi. Letak atas riba terus diam. Dah pandai la tu kan. Dah raya hari tu ramai yang nak manja2kan dia. Sekarang tinggal la mamanya yang terkontang kanting nak melayan...huhu...


In laws with day boyz....Irfan sibuk je toleh2 sebelah tengok uncle dia tau. Pelik je dia ramai2 amik gamba. Ni 1st time dia join gambar ramai2. Kalau tak biasa amik gambar dia sorang je ;)


Last2 papa dia pegang kepala dia soh pandang depan...hahaha...Kesian sume orang kena senyum lama2 sebab nak adjust kasi Irfan pandang kamera...


Ngan da gurls pulak....Ye...nampak cam aku la yang paling kecik kat belakang tu. Padahal aku la yang paling tua...sob sob sob...


Complete 1 family. Agak kekok jugak la aku sebab aku sorang je new member kan. Kalau belah aku tak heran sangat. Ipar pun dah ramai. Ni pun selain kitorang adik2 Myo sume single2 lagi. Cuba nanti dah kawen n beranak pinak cam adik beradik aku. Memang penuh la rumah. Tapi time tu nak berkumpul pun dah susah sebab ada yang beraya kat umah mertua. Terasa jugak la kelainan raya kali ni sebab belah aku, aku antara yang bongsu. Datang raya belah Myo pulak aku la yang paling tua...jadi terbalik...huhu...


Tu dia theme baju raya kami bertiga tahun ni. Kelabu...Tak pernah terlintas pun nak jadikan kelabu sebagai baju raya. Tapi baju Irfan kaler tu je yang jumpa automatik terus jadikan theme color tahun ni. Bila beraya rupa2nya ramai jugak pakai theme color ni. Glemer jugak ye kelabu2 pun. Aku kalau boleh nak la color2 yang ceria sket. Kata hari raya kan...Tak pe tak pe...Kalau panjang umur tahun depan pilih color ceria pulak =)


Ni je la gambar yang nampak baju raya kitorang. Tu pun celah2 je. Gambar close up memang tak ada. Dah habis beraya tengok2 kamera baru perasan tak ada gambar sama. Baru la nak nyesal kan...huhu...

Baju raya aku tu pun beli time last day keje hari Jumaat hari tu. Singgah kat PKNS je beli. Of coz la orang ramai giler time2 gitu. Main sambar je mana sempat. No labuci no manik no sulam2. Baju kurung biasa je. Yang penting color kelabu. Beli jugak tudung awning biru lagi untuk raya ke 2. Malam tu jugak sempat beli biskut raya 5 jenis, semperit, corn flakes, almond london, sarang semut n tart nenas. 2 kasi family aku, 2 kasi family mertua n satu lagi kasi tok belah Myo yang kat Damansara. Hajat di hati nak buat choc chips before raya memang tak kesampaian. Sibuk ngan mende lain plak. Padahal bahan2 sume dah beli. Simpan buat raya haji je la aci tak? keke...


Habis beraya kat Shah Alam kami gerak ke Damansara umah tok belah Myo. Sume adik beradik mak mertua kumpul kat situ. Irfan of coz la jadi tumpuan sebab dia je yang baby kat situ. Ramai la orang yang nak main2 ngan dia. Mama n papa Irfan bersantai je lah...Raya je kot dapat merasa gini...hehe...

Ohhh ni la buat julung2 kalinya aku pakai tudung awning ye...Amcam? Ok tak? Ke pelik? huhuh...Before ni Myo tak approve. Katanya cam tudung lap hingus. Tapi memang dulu2 time skolah agama pakai tudung gini pun. Tapi tak ada la awning2. Just tudung tu jenis kesat2. Pastu nanti balik2 je comot. Ntah lap apa...hahaha...Time raya je la kot nak beli tudung2 gini. Senang tak payah gosok2. Kata beraya di perantauan kan ;)


Lepas beraya kat Damansara kitorang ke Selayang beraya umah tok sedara pulak. Kat situ lansung tak ada gambar. Entah nape tangan tu berat sangat nak bawak keluar henfon tah. Alang2 dah kat Selayang tu aku pun nak la jugak beraya kat umah parent aku kan. Dah dekat sangat tu. Lepas mertua kasi green light kitorang pun pegi Gombak pulak. Ni memang tak plan awal2. Last minute punya plan.

Sampai Gombak family mertua singgah solat Zohor kat masjid dekat rumah tu. Aku kena singgah umah terus la buat apa yang patut. Dah la tak bagitau awal2 kan. Kesian pulak kat mak buat keje sorang2. Sampai2 terus cek apa yang ada. Clearkan meja, hantar dapur makanan mana yang nak panaskan, tambah cawan pinggan, tambah air. Sibuk je aku ke depan ke belakang sampai kan nak salam raya ngan adik beradik pun tak ada masa. Rumah memang penuh time tu. 3 beradik memang dah ada dari pagi. 2 beradik lagi petang baru sampai. So time tu memang peak hours la tu. Sume dah standby tunggu aku balik nak amik gambar 1 family. 2 beradik lagi beraya umah mertua. Mana yang sempat je la. Tu pun sambil amik gambar jap2 mata aku jeling ke luar. Tak tenteram dibuatnya. Ye la. Makanan tak siap hidang lagi time tu. Risau kot2 family mertua dah sampai.

Dapat la kumpul parent, 6 beradik ngan family masing2 except adik bujang aku la kan ;) Time ni Irfan tengah sedap tido. Ni pun abang n adik aku tak ada dalam gambar sebab jadi camera man. Gambar yang pakai timer kat kamera orang lain pulak. Abis je bergambar 2 abang aku n family balik nak beraya umah mertua kat kampung pulak. Lagipun tak nak clash ngan tetamu aku. Takut tak selesa pulak ramai2 penuh umah.


Adik beradik aku ramai lebih kurang sama je ngan adik beradik Myo. So memang tak heran dah kot kalau kitorang cepat dapat baby...huhu...Awal2 dulu ada jugak bajet nak planning. Sekali kena marah ngan mak :P Terus tak jadi. Alhamdulillah...sejak ada Irfan ni hidup terasa semakin indah =)

Ada jugak orang tanya aku best ke jadi mama? Kena lalu sendiri baru tau kot camne. Walaupun penat n susah camne pun lepas tengok anak sendiri senyum or gelak2 terus lupa sume tu. Ada orang cakap tak ready nak ada anak. Tak ready nak ada commitment. Tapi sebenarnya once dah ada anak sendiri memang automatik perasaan tu bertukar. Mende2 yang tak pernah tau tak pernah buat sume jadi tau. Macam baru start keje jugak la kan. Awal2 tu buat sume tak kena. Lama2 pandai sendiri. Dah panjang pulak aku bebel nih. Tetiba masuk topik lain :P Dahhh....tu je cerita hari raya kami...Sangat tak best sebab tak ada gambar keluarga kecil kitorang T_T Raya kedua ketiga dan seterusnya lagi la hampeh tak ada gambar lansung.

10 comments:

Nurul said...

comelnye husna pakai tudung tuu. nampak lain. nampak lagi mudaaaa. hihihi. nurul sukee <3

familisihat said...

salam

selamat hari raya mama irfan =)..
wah panjangnye cite..pinau mata eden baca hehe..rajin karang..ntah napa saya malas benor..
kiss n hug untuk irfan ye ^^

cuna said...

Nurul: comel ke? uishh nmpk lg muda cm best je tu...haha...nmpk sgt b4 ni tua T_T ni yg kena buat collection tudung awning nih :P

cuna said...

fawwaznuha: salam. slamat hari raya azy =) 2 hari tu nk mengarang azy. terpnjg la pulak kan :P sekali sekala update buat stok seminggu...hehe..

kiss n hug utk damia juge ;)

~YUN~ said...

hencem irfan pkai bju melayu and sampin!hehee~Rayyan next year bru blh pkai kot.. =)

Hasnah said...

hehe meriah juga raya kat perantau kan. tahun depan beraya dgn family kita sndiri pula hehe ;)

cuna said...

Yun: tenkiu aunty yun =) saje je sonok2 pakaikn dia bj cantek. once a year je kan ;) next year rayyan pn blh ensem2. ntah2 time tu dh dpt kaki. lg syiok berbaju raya ;)

cuna said...

asna: org sekeliling meriah la asna. tp ttp xsama ngn kt umh sendiri. luar je nmpk hepi. kt dlm xde sape yg tau T_T

dEe said...

over la yun kata tudung lap hingus. haha.

cuna said...

Dee: hahaha...tudung alas meja pn ada. tu blm lagi tudung ala2 rumpai laut bergerak. biase la org imagination tinggi ;)