nuffnang

Friday, December 16, 2011

Haul from Clarins Beauty Fair 2011

09/12/2011 - Fri


Sudah hari Jumaat. Masih lagi bekerja dengan gigih. Tapi nak jugak update blog sebab sekali je kot update hari tu dalam minggu ni. Dah la banyak lagi cerita basi tak update. Ingat nak update aktiviti time weekend 2 minggu lepas. Gambar pulak tak upload lagi. So update je la kisah Jumaat lepas. Tu pun ada orang request nak tengok hasil rembatan hari tu...huhu...Dulu kalau shopping dengan senang hati nya boleh publish kat blog. Sekarang cam kena pikir 2 or 3 kali jugak la sebab readers pun ada yang lain2 interest, lain2 umur. Dulu2 mostly readers pun among kawan2 lama n bloggers yang kaki shopping cam aku jugak. So tak ada la rasa bersalah sangat kan nak tepek kat blog :P So kali ni kira special la untuk orang itu. Sila la cuci mata ye =)


Jumaat lepas aku amik cuti. Actually memang nak kena habiskan replacement leave since dah kerja every weekend. Tapi tak tau bila nak cuti since cuti pun bukan boleh pegi jalan mana2. Tapi bila tau ada Clarins sale terus laju je apply cuti. Tu pun amik half day je lepas dapat tau next week nya aku nak kena kasi KT kat team members.


Sale tu kat Jalan Imbi, Amoda building, opposite Time Square. Ni 1st time pegi sale Clarins. So excited lebih walaupun kena pegi sorang2. Walaupun aku bukanla pengguna setia Clarins tapi pernah la jugak try a few products time pegi workshop dorang dulu (Ohhh sila abaikan entry dulu2 yang kadang2 ada yang in English. Dulu kalau nak review pasal sale, freebies, cosmetics memang aku akan update in English since time tu readers bukan sume Malay. Sekarang dah tak ada non Malay yang baca blog aku ni kot.)


Then dapat pulak try sample yang dorang kasi. Then, dapat extra sample lagi after workshop tu. Lagi aku beli pulak starter kit Clarins. Lepas tu redeem lagi free sample. So lepas dah try sana sini memang dah jatuh cinta la ngan Clarins. Just tak tahan ngan harga dia je. Tapi at last dapat jugak beli full size skincare dorang time sale. Best2 ;) Inilah hasil rembatan hari tu. Shopping laju2 je.



Nampak macam tak banyak. Tapi cukup untuk mengopakkan wallet ku...huhu...


- Eye Make-Up Remover

- Renewing Gentle Exfoliator

- Gentle Peeling

- HydraQuench Intensive Serum

- Gentle Foaming Cleanser

- Shower Scrub Men


Sume tu aku dah pernah try before ni except for shower scrub la kan. Tu yang berani beli tu. Yang 3 kotak merah tu tiga2 palette. Aku ni memang pencinta palette. Pantang nampak palette especially eye shadow palette memang rasa nak beli. Kali ni sampai 3 palette aku pegi rembat. Tak pernah ada palette collection Clarins lagi. Patut beli 2 je. Tapi lepas dah bayar nampak pulak palette yang ada eye shadow+lip gloss+mascara+foundation+pouch yang sama harga ngan palette sahaja. Macam mana la tak geram. Pejam mata je la amik jugak and bayar :P



Yang kotak kecik2 ni sume freebies in travel size. Yang merah tu je bukan. Tercicir pulak. Yang tu beli ye. Joli Rouge. Saje gatal beli nak try lipstick Clarins ;)



Overall memang puas hati jugak la walaupun lepas tu banyak kali kira balik duit dalam wallet tinggal bape...hahaha...Lepas tu sibuk tanya orang bila bonus nak masuk. Kalau tak, tak peduli pun nak tanya. Kebetulan elok2 je bonus masuk petang tu jugak. Alhamdulillah....Duit bonus nak simpan elok2. Kasi peram lama2 sikit ;)

2 comments:

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

huh!!!...eyeshadw lain buat apa? peraaamm jugak ker...

nih hari2 kompem asik kaler lain jer kan..;p

cuna said...

Elin: eyeshadow lain ada yg tgh pakai n ada yg dok tggu turn nak kena pakai...hahaha...xblh nak pakai sume serentak kang cepat expired. pelan2 kayuh. biasa pakai e/s ikut kaler baju. xpn ikut mood ;)