nuffnang

Friday, February 25, 2011

Meor Jr in Da House!

22/02/2011 - Tues

Introducing our new born lil prince charming. Dah tak berapa nak surprise la kot since dah 3 ari aku tak update blog. Maknanya dah terberanak la kan...huhuhu...Teringat lagi ayat aku kat previous entry..."Entah nape terasa macam ni last makan nasi kerabu before beranak. Apakah maksudnya??? Maksudnya aku rasa macam boleh terberanak dalam minggu ni je...." ...tup2 esok nye dah rasa nak terberanak dah :P

Macam tau2 plak...Ke baby memang tak sabar2 nak keluar or naluri seorang ibu mungkin???...eccehhh... mentang2 la nak beranak kat Naluri Medical Centre. Alhamdulillah Selasa tu 22 hb feb 2011.... Lepas berjuang sedaya upaya dekat 1 jam setengah dalam labour room, akhirnya tepat jam 1 tgh ari....Meor Jr. selamat dilahirkan ngan berat 2.95 kg....

Meor Sr. <3 Meor Jr.

Meor Jr. & Mama Cuna...muka pon kelat2 je tahan sakit...

Meor Jr. versi penyanyi Kpop..hahaha (ni ayat Myo).....Actually nama for hero kitorang ni dah ada...just tak confirm lagi....Nanti aku update lagi ok...


Meor Jr yang lahir tepat2 time kandungan aku 37 minggu...tak nak tunggu due date dah...padahal pagi selasa tu aku baru ingat nak update condition aku minggu ke-37 kat blog ni. Suka betul tgk Meor Jr. time die bukak mata. Rasa macam nak cubit2 je. Meor Jr. time ni berumur 2 hari.


Meor Jr..., 3 days old. Aku kat hospital 2 hari 1 malam je. Sok nye dalam pukul 7 malam dah balik rumah.


So far tu jela yg aku dapat update. Experience bersalin tu nanti2 la kot update. Ni pon still tak berapa ok lagi, mengharapkan belas ihsan Meor Sr. menaipkan post nih..huhuhu

P/S: Patutnya semalam aku dah sibuk2 pindah rumah. Memang dah apply annual leave siap2. Tapi apakan daya aku dah terberanak dulu. So Meor Sr. la yang bertungkus lumus mengemas rumah tu n pindah semalam sorang2 T_T Ampunkan daku wahai suamiku....

Monday, February 21, 2011

Aku Akan Merinduimu...

Nanti time pantang mesti aku akan merindui nasi kerabu yang paling sedap kat pasar Taman Melati ni. Boleh? Belum start pantang dah pikir pasal rindu nak makan itu ini. Tak dapat bayangkan nanti kena melupakan sekejap makanan yang best2. Sekejap ke?? Mcm lama je 2 bulan tu....huhuhu....satu lagi pengorbanan di situ...Cuna...sila bertahan....


Dalam banyak2 nasi kerabu yang aku pernah makan....yang kat Taman Melati tu jugak la yang paling sedap. Memang mana2 tempat pun tak boleh kalah kan so far. Tu pun aku belum try nasi kerabu yang kat Kelantan or Terengganu nun di sana. Tapi yang kat Taman Melati tu pun memang orang Kelantan yang jual. Marvellous ok nasi kerabu dia. Lepas makan tu boleh terbayang2 lagi kesedapannya :P

Jumaat hari tu berjaya makan sebungkus. Kesian Myo penat2 balik kerja kena pegi jauh2 nak cari nasi kerabu ni kat aku yang dok tunggu kat Damansara nun. Entah nape terasa macam ni last makan nasi kerabu before beranak. Apakah maksudnya??? Maksudnya aku rasa macam boleh terberanak dalam minggu ni je....huhuhu....ke perasaan aku je yang lebih2? Tak sabar kot? Besday dah selamat semalam. Emmm pindah barang belum selamat lagi T_T


Saje tepek untuk tatapan korang....hehehe....Ada orang nak tatap ke??? Ni time 34 weeks. Berat baby around 2kg. Sekarang dah nak masuk 37 weeks n baby dah 2.9. So korang boleh bayangkan sendiri sekarang dah besar mana...hohoho....Tolong jangan tanya aku tu buah tembikai or perut. Malas nak jawab :P


Tu je nak story mory. Nak bagitau korang aku masih di sini. Belum terberanak lagi. Kang agak2 aku menyepi tu haaa paham2 aje la ye ;)

Sunday, February 20, 2011

It's My Birthday!

Fuhh....fuhhhh....fuhhhhhh! Kasi tiup panjang2 sikit walaupun tak ada lilin nak tiup. Hari ni besday aku. Rasa macam baru je celebrate birthday Myo yang ke 26. bulan Nov hari tu. Aku dah 27 tahun rupanya. Rasa jugak macam baru semalam celebrate besday yang ke 17......hahaha....perasan. Even kitorang sama umur aku tetap terasa tua sebab aku lahir awal tahun, Myo pulak hujung tahun. So bila nak panggil abang tu rasa cam kelakar pulak....huhuhu...So kasi panggilan lain ;)

Walaupun dah makin tua terasa excited nak tunggu birthday tahun ni. 1st time nak sambut besday as a wife n mommy to be. Last year sambut besday berendam air mata. Besday yang sangat tragis sepanjang hidup aku. Gara2 orang yang dengki n busuk hati. Well, bukan semua orang suka tengok kita bahagia kan. Alhamdulillah....tahun ni dapat sambut besday ngan suami terchenta n tak lama lagi nak dapat baby pulak. Sekali pakej ;)


Cakap pasal umur, memang dari dulu aku dah aim nak kawen umur 25 tahun n ada baby by the time aku umur 26. Tapi kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Percintaan kitorang ni banyak sikit halangan n dugaan. Tak senang macam orang lain kenal kejap2 dah boleh kawen. Kitorang couple pun agak lama sampaikan ramai tanya bila nak kawen. Senyum je la selagi boleh. Dalam hati Tuhan je yang tau.

Alhamdulillah even lambat sikit akhirnya aku kawen jugak last year. Lambat setahun la kiranya kan. That's why la memang tak nak plan or tunggu lama2 nak dapatkan baby. Myo pulak memang suka budak2. Even kalau keluar jalan2 pun suka sangat main acah2 ngan anak orang. Risau jugak aku tengok. Kot2 tetiba budak tu nanges....ha sape nak jawab :P Lepas kawen pun anak sedara aku bukan main suka menepek kat pak cik dorang yang sorang ni. Aku pulak dah berderet anak sedara. Dari lepas form 5 dok jaga n main2 ngan anak orang je. Camne la tak teringin nak ada nak sendiri kan ;)

Ni entry besday ke entry luahan perasaan nih? huhuhu....selalu keluar track. Pape pun pada umur sekarang ni aku dah rasa cukup bersyukur ngan apa yang aku ada. Almost perfect tambah2 lepas kawen ni n tak lama lagi nak dapat baby boy yang ditunggu2 :) So sekarang just counting days ....

p/s: Hari ni Maxis bagi call free. So ada sesape nak soh aku kol korang? Meh2 boleh borak panjang2 :P

Friday, February 18, 2011

Opssss....Terbeli La Pulak

12/02/2011 - Sat

Kat previous entry aku ada cakap aku dah beli handphone baru. Ni la hp baru ku. Sony Ericsson Hazel. Iphone ngan BB tu memang berangan je la kan nak beli. Memang la aku dok bising2 cakap nak tukar hp baru. Tapi seriously tak ada la nak beli minggu tu jugak.

Sabtu hari tu entah pegi keluar makan kat Sg Buloh entah macam mana rasa nak singgah The Store kat situ tengok2 hp. Konon2 saje nak survey2. Tapi cam tak feel pulak tengok kat situ since dah biasa kalau nak wusha hp je mesti pegi PAS kat Shah Alam. Tup2 Myo pulak sanggup nak bawak pegi sana semata2 nak 'tengok2' hp. Mula2 singgah beli sandal aku dulu since sandal lama dah tak muat.


Dapat sandal baru laju je jalan cari hp. Memang tak ada booth fevret pun. Main singgah je. 1st booth tu apek tu rajin giler melayan kitorang. Siap cerita panjang2. Pasang bateri, masuk sim card. Lama jugak la dia layan aku yang mula2 nak X3 last2 tak tau nak beli mana.

Bila dah belek2 X3 tu macam keypad dia cam tak best pulak. Flat je. Yang X3 Touch n Type pulak ringan semacam. Macam mainan pulak aku rasa. Maybe sebab dah biasa pakai yang tak ringan camtu. Dah la color biru tak ada. Aku pun tanya la apek tu ada tak phone lain yang specs dia lebih kurang X3 tu. Tu yang dia bawak kua Hazel SE ni.

Aku tengok banyak2 kali cam berkenan pulak. Dah la slide, camera 5.0 megapixel sama macam X3. Agak berat tapi aku suka je. Even tak ada color biru pun aku tak kesah dah. Pastu pikir2 balik tujuan kitorang datang survey2 je. Dah la datang tak bawak cash tahap nak beli hp. Terus jeling2 kat Myo. Ingat nak beli nanti2. Kitorang pulak cepat kesian. Beria2 apek tu melayan pastu nak blah gitu je. Rasa bersalah pulak....hehehe...Last2 cakap kat dia nak jalan n pikir2 dulu. Padahal nak pegi cari ATM machine n datang balik.

On the way nak pegi booth tu terasa macam nak singgah booth lain nak make sure betul ke kitorang dapat harga yang paling murah. Sekali booth 2nd tu bagi harga mahal RM10 dr yg 1st tapi dia nak bagi memory card 4GB instead of 2Gb. Terus hilang rasa bersalah kat orang yg 1st tu n beli kat 2nd booth tu :P Untung la orang yang 2nd tu tak payah cerita panjang2 berdesup kitorang terus beli kat dia.

Since ada dua color je black n maroon....aku amik black je la. Apek tu kasi screen protector free. Buat muka kesian lagi dia bagi pouch...huhuhu....Amik...semua hitam...


Belakang je yang smart sikit sebab color silver.....Setelah sekian lama aku setia kat Nokia tetiba cinta dah beralih arah pulak. Since belajar kot pakai Nokia. Penah beli SE sekali tapi aku pass kat Myo sebab cam tak best. Model Hazel ni pun aku tak penah tau kewujudannya. Tak pernah masuk list pun. Kalau orang tu tak bawak keluar memang aku pun tak perasan.

Yang penting hp ni menepati ciri2 yang aku nak. Slide...pass. Camera 5.0...pass. And yang paling penting within budget lah. Aku beli ngan duit sendiri ni tau. Kot2 Ms ANON a.k.a STALKER singgah baca entry aku ni nak fitnah aku n reka cerita yang bukan2. Dari last year aku plan nak beli hp. So pandai2 la simpan duit sendiri. Sebab tu la kena cari yang within budget.


Dah tak dapat hp color biru, background screen harus la color biru. Nasib baik ada yang cute. Memang tersangat cute sebab ada butterfly gerak2....hehehe....Hp lama aku pulak apa cerita? Simpan je la dulu. Nak trade in pun tak sampai hati sebab orang tu nak amik RM70 je. Tu pun belum tengok screen yang dah crack tu.

Actually yang lama tu dah banyak kali rosak. Tapi each time rosak akan pegi hantar repair. Hang la, ribbon rosak, tukar memory card la. Latest sekali screen dia crack time terjatuh atas jalan. Tu pun aku bertahan jugak pakai dalam 7 bulan walaupun kadang2 geram nak baca sms ngan line2 atas tulisan tu. Nak repair kena keluar RM70 lagi. Repair 70...trade in pun 70. Sama la macam dah tak ada value hp aku tu T_T


So tu je la kisah aku yang tak sengaja 'terbeli' hp baru :P Tak sempat nak tunggu birthday dah...hihihi....Hopefully hp ni tahan la lama sikit. Lebih 3 tahun ke. So korang yang dah tengok hp baru aku ni tak payah la nak jeles2 sebab tak ada la gempak mana pun hp ni. Biasa2 saje. Tak sampai tahap Iphone or BB pun. Nak beli yang canggih2 tunggu la lagi 10 tahun kots :P

Wednesday, February 16, 2011

Already 36 Weeks!

Sedar tak sedar hari semalam dah genap 36 weeks aku preggy. Akhirnya dah masuk bulan yang ke 9. Orang kata time2 camni anytime je boleh terberanak dah. Baby pun dah matang. Saspen tok sah cakap la. Macam tak percaya pun ada. Kalau due date memang ikut betul2 40 weeks. Tinggal 27 hari lagi je pun.

Sekarang ni memang dah tak larat sangat. Badan hari2 memang sakit. Plus kaki dah makin bengkak teruk. Ni bukan bengkak sesaje. Bengkak yang sangat sakit. Rasa kaki macam lebam n berdenyut2. Bukan la nak merungut ke apa kan. Just nak share apa yang aku rasa. Peringatan untuk diri sendiri jugak in future.

Since last week jugak aku dah start rasa contraction. Braxton Hicks contraction....perghhh....siap bagi nama dia lagi....Credit to Kak Ezah ;) Contraction ni ala2 preparation or praktis before contraction yang betul2 nanti. Kira macam intro la kot. Tu pun jarang2. Tapi ada sekali tu aku dapat rasa dari pinggang sampai ke kaki sakitnya. Macam tulang nak patah je. Tapi tak lama sangat sebab lepas tu terus aku tertido. Malu nak cakap tapi nak cakap jugak. Nanges jugak la time sakit tu. Tu belum yang betul2 lagi. Moga aku diberi kekuatan time tu nanti. Amin....

Selain sakit perut, kaki bengkak, sakit pinggang....kalau aku dah duduk or baring lama2 memang sangat susah nak bangun. Kadang kena mintak tolong Myo jugak la. Kalau pagi tu rasa kaki macam tebal semacam. Even jari tangan ni nak genggam pun tak boleh sebab kebas.



Semalam pegi 2nd check up kat Naluri. This time aku jumpa doc lain pulak. Ada 2 orang doc kat sini. Nak tengok doc mana yang lagi ok. Yang bestnya doc kat situ dua2 perempuan. So tak ada la aku nak risau kot2 tetiba doc laki yang sambut baby kang. Ngeri kot :P

This time pun scan lagi. Baby dah besar. So tak berapa clear sangat. Dah 2.9 kg dah....huhuhu...bam bam jugak la Myo Jr ;) Time scan pun baby masam jek. Maybe tengah tido. Lain2 semua ok.

Susah jugak aku nak control makan sekarang. Myo pun naik risau dah. Kalau lapar nak jugak cari nasi. Memang dari dulu aku camtu. Lapar nak nasik je. Tapi dulu makan la banyak mana pun memang susah nak naik. Sekarang effectnya lain. Laju je beratku naik. Sekarang dah naik 15kg dari berat asal....banyak kan?


Abis check up pegi makan n terus singgah umah parent aku hantar barang2. Dah start angkut barang sikit2. Tu pun kat umah banyak lagi nak kena packing. Aku harapkan Myo je la. Kalau barang2 atas lantai tu bercinta aku nak angkat. Kalau apa2 terjatuh atas lantai pikir seploh kali jugak la nak amik sebab tak larat nak bongkok.

Malamnya kitorang pegi kedai gunting rambut kat Ikea. Boleh dikatakan aktiviti bulanan jugak la. Pegi kedai gunting rambut yang bulanan. Pegi Ikea entah bape kali sebulan. Umah dah dekat boleh la. Time Ikea dekat2 nak tutup pun kitorang sempat lagi keluar rumah nak pegi makan kat situ. Sampai naik bosan pun ada. Balik2 makan meatball ngan spagetti.....huhuhu....Sekarang bosan la. Jap lagi dah tak dok Damansara tak ada la sampai tahap bosan. Still boleh pegi sekali sekala since kitorang still kerja kat area Damansara lagi.

Tak tau nape mesti nak pegi kedai gunting kat sini. Dah setahun lebih jugak la kot jadi customer tetap. Tapi dorang tak kan perasan sebab ramai sangat tukang gunting nya. Asik tukar2. Tu bosan2 aku main game dalam hp baru...hehehe...Sambil tu test2 camera sekali :P


Banyaknya aku bebel kat entry kali ni. Korang pilih je la nak baca part mana :P Aku kalau dah start cerita susah sikit nak stop. Tu yang kadang2 entry dah tahap buat essay...huhuhu...

Monday, February 14, 2011

Mood Lari

Hari ni cam tak ada mood nak buat apa2....
Patut hari ni ada sesi performance appraisal ngan bos...
Tapi bos diam je aku lagi la tak kuasa nak tanya....
Even antenatal checkup kat KK pun aku tak pegi pagi tadi...
1st time ngelat tak pegi....Sakit perut...Sakit satu badan...
Tak larat dah kot bila dah jadi once a week kena pegi...
Ingat nak stop dah pegi KK...pegi private je cukup
Tapi kat private tak amik Hb la pulak kan...
Esok check up kat Naluri....
Tak nak ngelat kot sebab Myo boleh temankan :P
Psssttt...aku dah beli hp baru tu....
Nanti la cerita....Ada ke orang nak tau?...huhuhu...
Beli sandal baru jugak....
Kaki dah bengkak macam kena sengat tebuan dah T_T
Nanti la jugak cerita....
Lepas ni akan sibuk2 kemas barang...
Next week nak pindah dahhh.....
Bubbye Damansara!
Dah...dah....patut tak ada mood ni...
Tak boleh update panjang2 :P

Friday, February 11, 2011

Tangan Dah Gatal Nak Beli Handphone Baru

Dah lama rasanya nak tukar handphone zaman dinosaur aku ni ke handphone yang lebih up to date. Tapi asik la tertangguh2. Ingat nak tunggu rosak. Tapi tak rosak2 pulak T_T Rosak sikit pun aku hantar repair je. Ada ke nak suruh handphone rosak. Tu la jadinya bila dah bosan sangat pakai handphone yang sama dalam masa 3 tahun. Even budak sekolah pun pakai handphone lagi canggih dari aku. Orang kerja macam aku mostly dah pakai iphone kot. Tak pun blackberry. Aku pakai Nokia 5300 jek T_T

Adik aku dah selamat pun pakai iphone last year. Jeles je. Tak pe la. Dia lecturer. Plus businessman pulak tu. Orang cam aku tak perlu la kot handphone tu secanggih tu. Nanti tak fully utilized rugi jugak beli.

Pakai BB pun cam best je kan. Tambah2 BB torch ni sebab dia slide. Aku memang minat phone yang slide2 je sekarang ni. 5300 ni pun slide. Dah jatuh gedebuk gedebak pun aku pakai lagi. Sebab tu la aku tak sesuai pakai phone memahal kot. Tapi canteknya la wahai si BB. Semua BB pun cantek la kesimpulannya.

Myo pun tak kasi beli sebab dia tau last2 mesti aku pakai just untuk sms, call n amik gambar je. Hurmmm....ye kot. Tapi mana tau kalau dah ada BB secara automatiknya aku akan mengembangkan bakat aku kan :P



Disebabkan tak boleh nak beli phone yang mahal2 sangat, aku terberkenan ngan Nokia X3 ni. Since last year lagi. Dari baru keluar sampai la dah tak berapa nak baru sekarang ni. Sebab ada color biru ok. Slide pulak tu. Aku jumpa pic yang ada color merah je. Rasa nak je beli yang ni.


Ni Nokia X3 Touch n Type. Baru la sikit dari X3 tu kan. Of coz la lg mahal. Function pun lagi banyak. Tapi nape la bukan slide.....hurmmm....ada color biru jugak ni. Nak X3 tapi macam dah lama n camera pixel sket. Aku kan suka amik2 gambar syok sendiri. Tak best la kalau blur je cam camera kat handphone sekarang. Kalau amik X3 Touch n Type ni pulak tak ada slide2. Lagipun aku tak ada la kesah sangat pun nak touch2 bagai. Tapi camera pulak marvellous.



Kalau nak beli handphone baru pun nanti yang lama ni nak campak mana? Bukan rosak pun. Simpan pun buat tadah habuk. Kalau jual entah2 RM100 pun tak lepas. Patut ke aku beli handphone baru korang rasa? Ke tak sesuai nak beli time2 nak terberanak camni?....kena fokus kat baby je....huhuhu....Ke nak beli so that nanti time bosan2 tengah pantang boleh la aku belek2 handphone baru aku?...hahahaha....

Wahai kekandaku Meor, sudikah kekanda menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada adinda sempena hari lahir adinda yang ke tettttttttt minggu depan? ahaks! Bajet boleh dapat handphone baru la tu kan nak bermadah helah bagai :P

p/s: Tadi dah scan tengok baby. Baby dah 2.6 kg. Naik 0.6 kg dalam masa 2 minggu. Ohhh baby....jangan la besar2 sangat....nanti susah nak keluar....Mama dia punya pasal la ni kan....makan banyak sangat T_T

Thursday, February 10, 2011

Early Birthday Gift From RMK

06/02/2011 - Sun

Selasa last week time cuti wilayah...bangun pagi2 tengok2 ada message dari nombor pelik wish birthday. Rupanya dari RMK suruh amik birthday gift kat Isetan The Gardens. Terkebil2 aku baca kot2 tengah mamai. Tak cukup ngan sms dapat email pulak. Biar betul RMK ni. Teringat lagi tragedi aku ngan RMK last year sampai aku bertekad tak nak jejak dah kaki kat Isetan The Gardens lagi dah. And yesss memang lepas tu aku tak datang situ lansung dah.


Tapi sekarang ni dorang nak bagi birthday gift pulak kan. Worth RM215 pulak tu. Tak kan la aku nak tolak rezeki. Lagipun macam dah lama tak menambah collection makeup. Saspen jugak nak tau apa yang dorang nak kasi. At least kalau amik gift tu terasa berbaloi la jugak ngabiskan duit beli foundation yang mahal yang harganya RM170 sebotol. Giler kan. Maybe time tu aku terlebih stress. Tu yang buat kerja giler kot. Lagipun time tu kan single mingle. Banyak pikir pasal diri sendiri je :P Tensen sket nak shopping.

So hari Ahad tu kitorang pegi The Gardens. Lama sungguh tak jalan2 kat situ. Sampai2 kaunter tak ada orang. Nasib baik la dorang ni cuti CNY. So orang yang jaga kaunter lain yang entertain aku. Kalau orang RMK jugak confirm kenal muka aku. Muka yang pernah meroyan kat sini dulu :P Time aku tulis nama nak amik gift tu dah ada 4 orang yang lain yang lagi awal datang collect gift dorang.


Sementara tunggu orang tu cari2 gift aku nyempat lagi amik gambar. Line clear boleh la. Actually brand RMK ni tak ada la glemer sangat kat Mesia. Kat Jepun glemer la. Ada 3 kaunter je kot kat Mesia ni. Mahal pun mahal. Kaunter mekap kat dalam shopping complex ni mostly memang mahal pun. Tu yang biasanya aku akan tunggu dorang buat warehouse sale baru aku beli. Tapi RMK macam memang tak akan buat je. Aku tau pasal RMK ni pun thru beauty blogger. Dah try makeover dorang terus terjatuhhh chenta ngan foundation tu. Tu pun dah lama aim baru berani nak beli.


Lepas je amik gift tu pegi food court cari makan. Tak reti sangat la nak cari makan kat sini. Dah la orang yang jaga kaunter pun aku macam confuse2 dorang tu orang apa. Letak logo halal besar2 pun kalau orang yang jaga kaunter tu dah macam meragukan memang out lah. Last2 makan stall yang jual mknn goreng2.


Makan nasi paprik ayam. Rasanya sungguh la masam. Nampak je macam menarik. Tapi aku pegi mana2 nak jugak cari nasik. Kalau tak makan nasik lepas tu akan rasa nyesal :P



Ni chicken chop. Ni menu tekak omputih. Aku tumpang2 aje.


Before balik cari takoyaki dulu. Orang asik cerita takoyaki kat mid valley ni sedap je. Nak jugak la try. Biasa kalau beli takoyaki aku beli kat JJ OU punya je. Siap sms Dee tanya katne nak cari mende alah ni. Last2 beli je kat entrance JJ tu. Tak tau la betul ke tak yang tu. Tapi rasanya sama je ngan yang kat OU punya. Beza nya nak tunggu turn nak dapat tu agak berzaman jugak la T_T


Dalam kereta jugak kitorang makan. Myo makan 1 aku makan 2. Lagi 1 untuk baby :D


Birthday gift dalam paper bag. Lenggang kangkung je dapat barang tak payah keluar duit.


Dapat eye shadow palette, voucher makeover ngan cosmetics booklet. Best jugak la jamu mata tengok2 mekap2 yang ada dalam booklet tu. Tapi memang tak boleh shopping dah time2 cam sekarang ni.
Makeover voucher....fevret aku nih....Buat makeover free....Time orang tu bawak keluar voucher ni aku dok kira2 dah nak pegi lepas pantang nanti. Sekarang ni mekap cantik2 pun nak pegi mana. Jalan sikit dah rasa nak balik.

Voucher pulak mestila ada due date. Sekali orang tu tulis besar2 valid until 15 MARCH 2011. Aku dah jeling2 Myo. Waaaaaa....date tu memang betul2 due date aku nanti kalau on time la kan. Cam tau2 je tau. Maknanya kena la pegi dalam masa terdekat ni jugak sebelum aku terberanak kan....huhuhu....

Ni la eyeshadow palette nya. RMK Spring Modern Eyes in Goldish Blue. Suka betul la aku dapat color fevret. Cam tau2 pulak dorang nih....hikhikhik....Kalau tak silap aku pernah nampak palette ni last year time baru2 keluar. Telan air liur jugak la nak beli lepas tengok harga dia. Tak ingat dah berapa harganya. Tak sangka pulak akhirnya dapat jugak :)

Sekali ni je la kot RMK nak bagi birthday gift since lepas tu aku dah tak beli pape dah kat situ. Tak kan beli sekali je lepas tu RMK nak kasi birthday gift sampai tua kot....huhuhu....Kira ni 1st birthday gift aku la tahun ni. Padahal birthday next week. Ohhh ye...kebetulan time birthday aku nanti dah cukup 9 bulan aku preggy :)

Wednesday, February 9, 2011

Hb Dah Normal

Semalam buat checkup 35 weeks kat KK Gombak Setia. Macam biasa bercinta jugak la nak tunggu turn jumpa nurse tu. 1st round jumpa nurse yang amik berat, blood pressure, Hb ngan urine tu. 2nd round sambung tunggu turn jumpa nurse yang nak scan dengar jantung baby n pesanan penaja pulak.

Time 1st round tu nurse cam geleng2 kepala tengok Hb aku dari awal sampai ke sudah low je. Tak pernah tak merah....huhuhu...Sekali nombor kat mesin Hb tu keluar 11.2. Last checkup 10.3. Apa lagi aku pun terus rasa vangga kejap....rasa nak melonjak kegembiraan kat situ....hehehe....Over betul perasaan tu kan. Tapi perasaan tu dapat dikawal dengan baik kat depan orang ramai kat situ :P Alhamdulillah....lega rasa nya akhirnya Hb dah normal sebab lebih 11. Akhirnya Hb aku ditulis ngan pen biru...hohoho...Before ni memang 10 memanjang. Siap pernah sampai 9 something. Tu pun berkat kegigihan aku makan vitamin hari2. Demi baby dalam perut ni jugak. Seronok pun seronok jugak. Pape pun nak kena maintain or naik kan lagi sampai la hari nak deliver nanti.

Korang2 yang tak preggy lagi tu mesti bosan kan. Apa la si Cuna ni dok membebel pasal Hb pulak...huhuhu....Kalau aku tak pregnant pun aku tak pernah amik kesah pun Hb tu apa. Nak low ke high ke. Hb tu short form for hemoglobin. Bila time preggy ni nak kena tau kepekatan darah merah. Tu yang ada normal n tak normal. Tak normal tu kira darah cair je n memang sah2 la kurang darah. Even tak preggy kalau kurang darah pun dah bahaya. Ni kan bawak satu nyawa lagi dalam perut. Bukan setakat bahaya for baby tapi bahaya jugak untuk diri sendiri time nak deliver nanti. Ok dah dah abis cerita pasal Hb....

Lepas jumpa nurse tu jumpa doc pulak. Setelah sekian lama tak pernah2 jumpa doc kat KK ni. 1st time jumpa masa awal2 datang dulu. Sekali tu doc tu boleh buat lawak pulak. Dia baru start kerja kat KK kat situ. So tak biasa lagi pakai mesin nak scan. Kena belajar dulu. Then suruh aku datang balik Jumaat ni. Waaaa....malasnya nak datang lagi. So datang Jumat ni semata2 nak scan baby je. Next checkup Isnin depan. Lepas ni dah start checkup once a week. Sakan la pertapaan aku kat KK lepas ni. Selasa depan jugak checkup kat Naluri Wangsa Maju time cuti. Pegi buat checkup je la kerja aku lepas ni. Counting days...

Tuesday, February 8, 2011

No More Antenatal Class

05/02/2011 - Sat

Orang lain cuti panjang berjimba ke sana sini. Kami dok rumah je. Jumaat keluar pun pergi Tesco beli barang dapur lepas tu terus balik. Sabtu pepagi dah siap2 nak pergi Shah Alam sebab ada 2nd session antenatal class kat KPJ Selangor. Nanges jugak la kalau termiss. Duit dah bayar full pulak tu. Hasil malas2 tu kami sampai lambat 15 minit. Trainer tu dah start dah pun T_T So dok la belakang sekali. Dah dok belakang boleh la curi2 amik gambar :P


Kebetulan dok kat belakang dekat pulak ngan air cond. So aku adalah semangat nak dengar talk. Kejap je dah tea break. While nak tunggu dorang siap2 kan makanan nyempat lagi nak camwhoring ;)


Last week makan bihun goreng. This week nasi goreng pulak. Dah la aku dah breakfast nasi lemak dalam pukul 8 time on the way nak datang hospital ni. 10.30 dah tea break....huhuhu...camne la berat tak naik banyak. Bagi je makan apa semua aku makan. Seronok betul tea break untuk orang2 preggy ni. Dapat minum milo. Kalau tak nanges lagi aku nak telan air teh.


Lepas makan trainer tu ajar camne nak mandikan baby, pakaikan barut sampai la pakaikan kain bedung. Detail jugak la dia tunjuk. Tinggal boleh ingat ke tak je :P


Dah abis mandi2kan baby tu kitorang dibawak berjalan2. Lega sikit session this week. Tak macam last week sampai naikk cramp pinggang aku asik duduk je dari pagi sampai tengah hari. Trainer tu bawak jalan2 tengok labour room kat situ je pun. Tak kesah la nak beranak kat situ ke tak. At least dapat la bayangan tu sikit2 kan.


Balik2 nurse dah siapkan tempat nak exercise. Ni la main reason nape aku join class lagi sekali kat KPJ pulak. Kat Putra Medical Centre hari tu memang tak ada ajar breathing technique ngan exercise. Tu yang macam tak puas hati.

Muka excited je. Best sikit buat praktikal nih dari terpacak kat atas kerusi dengar talk. Tu belum lagi tengok Myo. Berdouble triple excited dari aku. Siap tak puas hati sebab mula2 tu macam tak ada tanda2 nak buat exercise pun.

Banyak jugak la exercise yang physiotheraphist tu ajar termasukla exercise nak kurangkan rasa sakit time cramp, elakkan sakit belakang, cara nak tido n bangun ngan betul. Aku dah merana cramp berapa bulan dah tapi baru tau nak buat exercise ni. Join lagi class lambat2....huhuhu....

Biasanya tengah2 tido memang boleh terjaga kalo kaki cramp. Jerit2 jugak la mintak tolong. Lepas Myo tolong urut2kan baru lega sikit. Tapi kalau hari2 asik la nak cramp je keje nya aku pun tak sampai hati nak kejutkan Myo. Nanges la kat situ sorang2 tahan sakit sampai ok sendiri....


Untuk baby massage, trainer tu je bagi CD ni sorang satu. Pepandai la belajar ikut video dalam ni. Aku baru tengok sikit. Nanti la dah ada baby baru massage sambil tengok CD ni :P


So tu je la cerita pasal antenatal class yang aku join. Lepas ni no more antenatal class dah. Saje je nak join bagi mengurangkan rasa risau yang melanda diri ni. Nak kata tak ada info lansung tu tak jugak coz aku dah banyak baca kat tenet, buku, magazines. Even mak n kakak pun ada bagi petua2. Officemates pun siap cerita experience dorang. So class ni kira nak lengkapkan lagi mana2 yang tak tau tu :)

p/s: Hari ni aku half day. Nak bertapa kat KK buat check up. 35 weeks dah rupa2nya. Saje apply cuti sebab hari tu bos main serang suruh apply cuti on the spot. Aku yang tengah blur time tu pun apply je la hari yang kena datang KK. Proses pertapaan akan kembali bosan seperti biasa coz Myo dah tak boleh temankan aku :(

Friday, February 4, 2011

7th Anniversary @ Manhattan

01/02/2011 - Tues

Time cuti wilayah hari tu pegi keluar makan kat Manhattan Fish Market kat Ikano. Kononnya nak celebrate anniversary. Dah 4 lebih baru keluar. Sama je lebih kurang pergi time lepas balik kerja. Orang pun ramai macam ulat. Singgah Brands Outlet pun queue sket punya panjang. Last2 kitorang terus je tuju ke Manhattan.

Kat dalam kedai ni kosong pulak. 2 meja je ada orang. Tu pun dok luar. Rasa macam Myo sewakan 1 kedai tu untuk anniversary kitorang je....hahahaha....Memang kitorang je dating makan2 dalam tu :P

Me....


And my James Bond :D


Memang kosong ok....


Betul tak tipu....hihihi....Semua orang sibuk shopping je tak nak makan kot...


Pening2 pikir selak2 menu depan belakang last2 order seafood platter jugak. Sebab dah pernah order mende lain pastu nyesal.....huhuhu....


Order air peach tea ngan air suam. Kat sini la aku start jatuh cinta ngan peach tea. Kalau tak apa2 yang berkaitan ngan teh je aku tak boleh terima. Air suam tu berlakon je sebab tak tau nak order air apa lagi satu. Lagipun peach tea boleh refill. So abis segelas mintak lagi sekali....hahaha....


Jenuh jugak la nak abiskan seafood platter tu. Share 3 orang ok sket kot. Tapi habis jugak la akhirnya. Tinggal fries je beberapa ketul. Lepas tu makan brownies with ice cream. 1st time makan brownies sebijik. Kalau tak makan brownies yang sesat2 dalam ice cream je. Best2 brownies ni. Tapi tak boleh la nak makan selalu. Mahal! Cenonet tu je dah 10 hengget...


Balik tu dua2 orang jalan tak larat bawak perut....huhuhu....Myo siap cakap tak nak datang makan situ sampai bila2 dah.....hahaha....kenyang punya pasal. Tapi aku macam nak datang lagi je :P Celebrate gitu je la anniversary pun. Lepas makan terus balik.

p/s: Bosan pulak cuti lama2 tapi tak tau nak pergi mana. Jalan sikit dah tak larat. Kalau tak panjang je langkah kaki ku ini...

Wednesday, February 2, 2011

Antenatal Class @ KPJ Selangor

Sat - 29/01/2010

Lepas aku publish je entry pasal antenatal class kat Putra Medical Centre hari tu, aku terus google2 cari class kat tempat lain. Entah macam mana terjumpa pulak yang kat KPJ Selangor. Kat website dorang siap ada schedule lagi for antenatal class untuk 2011. So senang sket nak refer. Aku pun terus call. Tapi macam dah agak terlambat sebab sampai bulan 3 semua dah full. Time call tu hari Jumaat 28/1. Since aku dah tengok schedule siap2 kat website aku mintak jugak nak join class esoknya 29/1. Terus orang tu cakap boleh....fuhhh....nasib baik.

Berakhir jugak pencarian aku selama ni. Class kali ni dah tak free. RM80 per couple. Hospital ni kat Seksyen 20 Shah Alam. Jauh tak jauh sangat la dari umah. Dalam 30min sampai. Dah dekat sangat ngan umah in law. Tak kesah sangat la sebab memang nak sangat join class2 camni. Kali ni siap ada 2 session lagi. 2nd session Sabtu ni. So 1st session dah settle.

Pepagi before 830 kitorang dah sampai terpacak depan hospital. Giler semangat ok. Senang giler aku nak bangun pagi. Kebetulan tak cramp or sakit2 badan. Dorang tak buat class kat dalam building KPJ tu. Tempatnya kat area parking. Macam dalam container...ermmm...ke cabin?? Aku pun tak tau la mende apa tu.

Sampai2 terus register n buat payment. Patutnya kena bayar 1 week in advance. Tapi aku special case sebab baru call semalamnya lepas tu nak datang terus :P Hari tu ada 13 couples yang join. Speaker dia pulak nurse trainer. Memang orang yang betul2 banyak experience. Kalau speaker yang kat Putra hari tu siap ada yang tak kawen lagi. So lain sket la cara explanationnya. More to baca slide.

Yang speaker kali ni memang based on her own experience. Seronok jugak la sebab dia banyak bercerita n buat lawak. Memang confirm tak boleh tido. Even aku tengah tahan sakit perut pun dia boleh tanya nape buat muka sedih T_T Siap tunjuk video orang tengah deliver lagi. Myo dah start loya2. Kalau nak you tube tu boleh je. Tapi nanti aku yang ngeri. Dah ada depan mata tu aku pun nengok je lah. Siap tunjuk kena gunting lagi....Hopefully time aku nanti semuanya dipermudahkan oleh Nya. Amin.....

Agak puas hati jugak la join class kat KPJ ni sebab dia ada ajar breathing technique time dalam labour room nanti. Exercise ngan baby massage pun ada tapi tu minggu depan. Hari tu trainer tu siap ajar macam mana nak urut2 lagi especially kalau kaki bengkak. Lately baru aku perasan kaki aku dah bengkak sket sebab pakai sandal pun cam dah agak ketat.

Class habis dalam pukul 1 lebih. Dorang provide kan foods time tea break je. Balik tu pepandai la nak cari lunch sendiri. Aku memang dah tak boleh dok diam dah time dekat2 nak pukul 1 tu. Pinggang dah sakit2 duduk lama sangat. Tak tau la camne orang lain boleh tahan. Sikit lagi aku nak termuntah kat situ T_T


Paperbag a.k.a doorgift from KPJ. Nak deliver kat KPJ tak mampu....dapat join antenatal class kat sini pun jadik laaa...

Berlonggok pamphlet dorang kasi. Tak sempat lagi aku nak kaji satu2.


Yang bestnya dorang kasi printed note. Agak2 tak ingat boleh belek2 balik note2 ni. Teringat zaman study dulu. Tiap2 minggu mesti ada je kena pegi kedai photostat nak photostat slide2 for each chapter. Sama je lebih kurang yang aku dapat ni. Myo cakap nanti boleh la bawak note2 ni pegi labour room kot2 tak ingat nak kena buat apa :P Bertuah sangat la kan kalau sempat nak tengok note. Nak pegang pun dah tak sempat kot. Pada aku asalkan Myo tak pengsan kat dalam labour room tu sudah :)


Ni free gift yang dorang kasi. Free ke tak pun aku tak tau. Entah2 dah sekali charge dalam RM80 tu...huhuhu...Dapat top-to-toe wash, lotion ngan powder. Bertambah lagi collection toiletries untuk baby.


Ni aku amik kat website KPJ Selangor. Actually class camni patut kena join time preggy 4 or 5 bulan gitu. Baru la boleh applykan sampai deliver. Ni aku dah menghitung hari baru nak pegi. Nasib la labu. Awal2 aku cari tak jumpa la pulak. Kat website tu ada no phone sekali. Call aje bagi nama.

Semua orang dah mood cuti panjang ni. Aku maybe stay kat umah je la nampaknya. Nak pegi mana pun. Nak shopping pun tak tau nak shopping apa dah. Bagus giler kan si Cuna ni tak tau nak shopping apa. Kalau dari dulu camni confirm sekarang dah kaya...hahaha...Nak kena terjah kaunter RMK la kejap kot pegi amik early birthday gift. Tak sabar nak tau apa mende nye ;)

p/s: My birthday is just around the corner ;) Hopefully tak ada la ter'deliver' awal :)