nuffnang

Thursday, June 30, 2011

Cerita Weekend

25/06/2011 - Sat

Esok dah hari Jumaat. Dah nak weekend dah pun. Tapi aku baru nak cerita pasal aktiviti kitorang weekend hari tu T_T Apa lagi kalau bukan pegi shopping uols. Kata baru dapat gaji. Cam biasa memang dah set nak beli barang apa. Singgah Giant dulu beli barang dapur plus topup susu Anlene aku.

Jangan terkezut ok. Aku dah pandai minum Anlene Concentrate sekarang...hahaha...rasa cam dah tua pulak kan. Memang dah pun kot. 27 tahun dah. Lagipun tak kan nak tunggu tulang ko bunyi 'krukk krakkk' baru nak minum susu kan. Tulang start mereput bila umur 30 tahun. Dah tak lama dah pun...huhuhu...Dulu time preggy ada la nak minum Anmum or makan pil kalsium/obimin ke. Tapi lepas dah bersalin ni aku selalu minum susu Dutch Lady strawberi yang dalam kotak tu je.

Tetiba last week teringin nak try Anlene Concentrate ni. Recommended by colleague aku. Tapi time tu aku buat dunno je coz kawen pun belom lagi. So budget sangat muda la time tu kan...hahaha...Ni dah beranak satu harus la pikir. Tambah2 lepas dah pregnant, deliver n menyusukan ni. Bukan susu tu senang2 je nak keluar kalau zat dalam badan pun tak cukup kan. So kena la ada supplement. Lagipun aku baca situ boleh start minum Anlene dari umur 19 tahun. Kata prevention kan. Tak kan la nak minum arini minggu depan dah nampak effect. Not bad la Anlene ni. Ada rasa vanilla ngan coklat. Kalau yang concentrate tu 1 pek ada 4 kotak. Kotak dia pun kecik aje. Kecik dari air kotak yang biasa. Dah sudahhh...Tetiba nak membebel pasal susu. Hari ni bukannya hari susu sedunia pun...hiks!


Lepas pegi Giant singgah Manjaku pulak. Nak cari 'something' tapi tak jumpa. Beli 2 botol minyak telon sebab aritu aku ada terbaca minyak yu yi tu tak halal la pulak kan. Ntah betul ke idak. Beli je la minyak lain. Minyak mana nak ada logo2 halal ni. Macam2. Ohhh beli jugak nursing pad Pigeon sebab ada buy 1 free 1 RM36. Tapi still tak semurah Bumble Bee punya.

Cakap pasal Bumble Bee hari ni Transformers dah keluar kan. Tak sabarnye nak tengok. Tapi weekend punya dah full la pulak. 3D ada la. Tak boleh aku tengok kalau 3D. Nanti pening. Tunggu next weekend je la nampaknya kan.


Sebab tak jumpa barang yang aku nak cari tu kitorang pegi One Baby World pulak. Kalau pegi sini memang susah betul nak keluar. Barang yang aku nak tu ada but tak menepati citarasa pulak. So tak beli pun. Beli extra shield untuk Spectra 3 aku. Dah lama teragak2 nak beli. Last2 beli jugak sebab lately bz sesangat. So kalau dapat buat double pumping boleh la jimatkan masa kot. Tapi dek bz sangat shield ni tak bukak2 lagi sampai hari ni...huhuhu....Nak kena sterilize dulu...Nampak mende ni cam simple je. Simple2 pun RM7o. After less pun dapat RM66 je. Tu yang berkira2 nak beli ke tak. Beli drying rack jugak.

Dah bayar nampak pulak romper Nike. Tak mahal n tak murah sangat. RM 34. Beli pun saiz 9-12months punya. Saje beli yang besar sikit. Tapi sebab murah dari romper yang aku beli kat Tesco dulu aku beli jugak sebab cantek. Dulu jahil giler beli 1 set romper RM49. Sekarang dah pandai sikit kan ;)


Al kisah drying rack ni memang dah lama aku wusha. Pun teragak2 nak beli ke tak sebab aku try meminimumkan barang2 yang kena beli. So tempat kering n susun2kan botol...aku pakai cara tradisional je lah...hehehe....Keringkan dalam bakul kecik tu then dah kering letak dalam bekas plastik. Tak ada la kemas sangat tapi still boleh kering n susun botol kan.


Last2 tak tahan jugak sebab tak berapa nak organize. Geram je. Nasib ada less. Beli la jugak. So sekarang makin senang la nak letak capai mende kat rack ni. Tu baru separuh. Letak dalam bilik. Ada yang dok dalam fridge. Lain2 memang tinggal kat rak pinggan kat dapur. Nama je rak pinggan tapi penuh botol susu je :P Dah beberapa bulan berkecimpung dalam bidang botol2 susu ni baru la hari ni nak pakai drying rack bagai kan T_T


Balik dari Manjaku singgah beli ABC fevret kat Wangsa Melawati. Tapau ayam black pepper roasted kat Ayamas pastu terus balik. Esoknya bersantai2 kat rumah qada' tido. Maklum la anak aku jenis berjaga malam. Siang tido. Kalau siang aku boleh join tido sama ok lagi. Ni siang pepagi dengan tak cukup tidonya kena pegi keje dah. Sampai ke malam. Agak2 nak tido dah nak kena bersengkang mata lagi ngan anak bujang aku tu. So gitu la hari2 sampai 5 hari. Time wiken je la ada masa sikit nak santai2. Dah petang sikit tu baru la kitorang keluar bawak Irfan balik kampung Shah Alam. Tu je la kisah weekend hari tu. Weekend ni tengok dulu camne plan menjadi ke tak ;)

Wednesday, June 29, 2011

Check Up 4 Months + Super Duper BZ

Pagi tadi bawak Irfan pegi check up 4 bulan kat KK. Lambat pulak datang. Pukul 10 baru sampai. Maka bertapa la kami tiga beranak kat situ sampai pukul 12. Irfan sempat tido dulu. Bangun2 pun still tak sampai turn dia. Bosan la dia kan. Ni pic time Irfan baru bangun tido. Tak lama lepas tu dah start tak dok diam T_T


Nasib baik bulan ni tak kena cucuk. Kang satu keje pulak nak pujuk budak tomey ni kan :P Berat Irfan dah 7kg. Bulan lepas 6.4kg. Naik la 0.6kg. Panjang 68 cm. Nurse cakap normal untuk baby 7 bulan. Ye la kot2 ada orang tengok anak aku sihat dan bowlat mula la nak reka2 cerita kan. Irfan kuat minum ok. Kadang2 dalam masa 4 jam dia boleh abiskan 12oz. EBM ye...EBM. Aku ni bukannya full time housewife pun. Sampai hati ke tak nak bagi EBM kena la tolak tepi. I kan wanita bekerjaya =)

Balik2 checkup 2 3 orang office jugak la cari aku. Ngan email yang tak reply lagi. Lately sangat2 bz. Buat keje sampai tak cukup tangan. Kadang2 sampai ke malam pun dok buat keje office lagi. Meeting sekarang sampai 3 kali seminggu. Kebetulan hari ni pulak baby sitter Irfan sakit pulak. Cabaran betul hari ni. Tak boleh nak bersantai2 je kat umah BF Irfan even hari ni aku WFH T_T Ada entry termendap nih. Tapi terpaksa biarkan entry2 tu terus termendap for the time being...

Monday, June 27, 2011

The Best Bride & Groom Pose Ever

Kena tag ngan blogger Yun untuk join contest ni. Thanks Yun coz sudi tag =) Baru nak buat kan...hiks! Nasib baik belum due date lagi contest nyer. Contest organized by emah somel. Korek2 pic wedding dulu pic ni je yang aku rasa yang agak best. Best sebab kene dukung...hahaha. Susah giler nak dapatkan pose yang betul2. Banyak kali snap baru jadi. Asik nak gelak2 je plus malu2 kucing bila ada orang lalu :P Tetiba rindu pulak nak jadi pengantin baru balik bila tengok gambar ni :D


Ni nak tepek syarat2 nyer:

1. Terbuka kepada semua..wajib menjadi follower blog emah somel
2. Menulis satu entry mengenai contest ini dah TAG 5 orang rakan anda.
.3Upload 1 gambar terbaik dalam entry anda tadi yang bertajuk "The Best Bride & Groom Pose
Ever". Tak kisah la gambar pasangan mana pun asalkan korang x copy restricted pic sesape
4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini.

Kalau bertuah dapat la hadiah2 kat bawah ni:

1st - Wang Tunai RM100
2nd - Buku 'Indahnya Hidup Bersyariat'
3rd - Buku 'Aku Terima Nikahnya'

Tarikh tutup penyertaan : 30 June 2011

Alang2 orang dah tag try je la kan kot2 bertuah ;) So nak tag la 5 orang lagi join sama tengok tuah masing2 kan =)



Jemput amik tag ye korang =)

Friday, June 24, 2011

Wedding Reception @ Taman Tasik Ampang Hilir

18/06/2011 - Sat

Sabtu malam hari tu ada kenduri cousin Myo, Abang Duan kat Taman Tasik Ampang Hilir. Actually start pukul 7mlm. Since umah kitorang dekat je ngan tempat tu, kitorang solat dulu siap2 kat umah. Pung pang pung pang siap pukul 8 jugak kitorang sampai. Irfan sedap tido dalam kereta. Elok2 je letak dia dalam stroller terus mata pun bulat. Memang pantang betul dia orang kacau2 time dia tengah tido :P


Ni 1st time aku pegi wedding orang buat kat tepi tasik. 1st time aku pegi kenduri kawen lepas abis pantang ni. 1st time jugak bawak Irfan pegi kenduri ;) Di malam hari pulak tu. Risau jugak bawak Irfan keluar malam2 pegi tempat2 gini. Tapi nak tak nak kena bawak jugak sebab tak ada orang nak jaga. Kalau tak pegi kang kenduri cousin Myo pulak tu. Sume sedara mara datang.

Memang sampai2 tu Irfan dok baik2 diam je dalam stroller. Lansung tak berbunyi. Sibuk toleh sana sini. Pelik agaknya. "Mana la mama ngan papa bawak keluar saya memalam nih. Ramai orang pulak tu kat sini." n_n


Duduk2 je amik napas kejap lepas tu bangun amik makanan. Irfan tinggal jap tak per. Aunties dia ada nak jaga ;) Makanan memang sedappp. Siap nyesal lagi tak amik banyak sket. Aku amik separuh pinggan je kot. Tapi malu lah i nak pegi tambah lagi kan...hikhikhik...Lauk cam standard la kot ada nasi briyani, ayam masak merah, rendang daging, acar buah, kuah dalca. Tapi yang pentingnya tersangat2 la sedapnya. Ke sebab aku dah lama tak makan nasi kenduri T_T

Daging kambing bakar pun ado tapi aku tak minat. Awal2 dah habis. Satay pun tak sempat rasa. Aiskrim dapat la 1 kon ;) Sementara kitorang tengah makan ada je orang nak pegang Irfan. Femes gitu ;) Kejap kat atok dia kejap kat nenek dia...kejap kat aunty pulak. Agak lama jugak la dia behave.

Kat belakang tu tasiknya. Nampak lampu2 je la. Aku pun tak pernah sampai lagi tasik ni. Irfan dapat kat mak cik dia tak ingat kat mama dia lansung dah kan T_T

Kat each table siap ada 2 ekor ikan emas lagi dalam balang tu. Bosan2 tengok ikan...hahaha...Dorang2 yang balik lambat tu siap bawak balik ikan2 tu sebab memang pengantin dah bayar sume ngan ikan2 tu sekali...

Kitorang amik je makanan pengantin pun sampai. Terus tak jadi makan sebab dok tengok pengantin pompuannye yang vogue da vasss :P

Boleh pulak aku lupa bawak kamera. Pakai handphone time gelap gelita gini sah2 la gambar tak seberapa. Ni pun kutip pics dari kamera orang T_T Ni la pengantin nyer. Tak sempat nak amik gambar ngan pengantin pun sebab lepas tu kitorang balik awal...

Cantekkk kan pelamin dorang =)


Kami pengantin lama :P Yang kecik tu adik Myo yang paling kecik. Yang tak berapa kecik tu bini Myo :D Time ni kitorang tak makan2 lagi sebab sibuk dok tengok pengantin. Sambil tu berangan2 nak jadi pengantin baru lagi sekali. Tapi ngan orang yang sama la kan ;)


Lepas dah pass sana sini Irfan pun dah start hukhek jugak la. Risau gak kot dia testing suara kat situ kang. Sampai berpeluh Myo memujuk...huhuhu...Aku baru je nak pegang pun dia dah bunyi. Kekok rasa nak pegang kalau berbaju kurung. Dah la pakai brooch. Lagi la sian kang terkena pulak kepala cumil anak aku tu T_T

Lepas dah bagi susu pun Irfan nak ngamuk jugak. Rupa2nya ada hasil dalam negeri...hehehe...Terus mama n papanya berlari cari toilet. Boleh tahan jugak la jauhnya nak berjalan. Bukannya ada changing room pun. Pandai2 adjust sendiri je la. Tukar lampin atas sinki je last2. Nasib sinki tu yang jenis flat n kering je.

Time pengantin potong2 kek pun tak sempat nengok. Maybe time tu tengah sibuk ngan Irfan. Elok je keluar toilet tetiba bunyi kebabommmm.....Bunyi bunga api rupanya. Hampehhhh...Kuat giler meletup. Banyak kali pulak tu.

Kesian aku tengok Irfan terkejut giler. Myo peluk kuat2 pun muka dia memang muka terkejut sesangat2. Tak tau nak cakap apa time tu. Tak kan nak nanges kot kan. Irfan pun tak nanges. Tapi memang sangat2 kesian. Dah la Irfan kecik sangat lagi. Sedangkan kat umah kalau bunyi bising sket pun aku dah risau ni kan mende letup2.

Tetiba time tu rasa nyesal sebab bawak Irfan sekali. Ye la kan. Mana la nak budget kat kenduri kawen ada bunga api bagai. Kalau aku tau awal2 aku sanggup tinggal kat umah berdua je ngan Irfan kot T_T Tapi dah lepas pun. Memang tak boleh nak buat apa dah.

Lepas aksi terkejut2 tu Irfan tak nangis pun. Tapi time kitorang nak duduk je dia dah tak boleh dok diam. Memang dah lama sangat tahan ngantuk. Aku nak try tido kan dia pun tak boleh sebab anak aku ni sensitip betul. Asal bunyi bising je dia terjaga balik. Panas sikit je dah susah nak tido...huhuhu...Last2 kitorang decide nak gerak awal. Tak mampu dah nak tunggu sampai abis. Sebab sedara mara lain sume stay sampai sume dah balik. So kitorang tak sempat nak bergambar ngan pengantin pun.

Masuk kereta aku nyusukan Irfan plus pekena air cond lagi...memang sedap la Irfan tido sepanjang jalan tu. Tak tau la berjaya ke tak misi kali ni bawak Irfan pegi kenduri. Ok je kot. Tapi tak boleh nak lama2 sangat. Dah la siangnya dia dah tahan ngantuk sebab kitorang dah bawak jalan2 pegi Sunway Giza. Malamnya tahan ngantuk lagi. Terus malam tu bantai tido straight 5 jam. Best giler aku tak payah stay up malam tu ;)

Door gift. Yang pompuan dapat box tu yang laki dapat bekas isi coklat.


Coklat strawberry...Sempat snap pic sample lagi before masuk mulut...hehehe...Bekas dia sangat cantekkk...Coklat pun sedappp


Yang dalam box tu dapat bekas duit syiling nih. Cantik jugak. Boleh la kumpul2 duit syiling banyak letak dalam ni. Aku ni memang jenis malas nak angkut syiling hulu hilir. Kat rumah berlambak giler syiling.


Ohhh malam tu aku berbaju kurung pink ye. Rasa cam dah lama giler tak pakai baju kurung. Pink pulak tu. Memang kami sume dah pakat pakai baju pink. Jenuh jugak la korek2 kotak cari baju kurung kaler pink. Last2 jumpa yang ni sepasang je. Baru pasan aku tak ada baju kaler pink sangat. Tak minat sangat pink kot. Biru banyak la...hihihi...Nanti la tunggu seru minat pink kot2 time dapat baby girl ke nanti2 :P

Thursday, June 23, 2011

Shopping @ Jusco

12/06/2011 - Sun

Ni adalah entry termendap. Cerita Ahad lepas2. On the way balik dari PD tu plan nak singgah JJ cari baju Irfan lagi sebab hari tu dah last day sale kat JJ. Tapi sedar2 kunci umah kitorang pegang. So kena balik umah dulu. Lepak2 jap terus keluar lepas Asar bawak Irfan sekali. Belum sempat pun nak kua jalan besar migrain Myo dah datang pulak. Terus patah balik. Last2 tiga2 beranak tido je kat umah. Malamnya kul 9 keluar jugak pegi JJ. Nyesal kang tak rembat baju untuk Irfan. Last day hokay. Sale pulak banyak last day 12 Jun tu. Sambil2 tu renew JCard Myo yang dah expired. Dapat la redeem voucher ngan dapat magazine Pearl n catalogue.


Dapat fridge magnet Happy Father's Day ni jugak. Cam tau2 je kan Myo baru jadi papa ;) Ntah2 kalau aku redeem dapat jugak Happy Mother's Day punya. Tapi aku tak pernah apply pun JCard ni. Biar kumpul point kat kad Myo je. Tak ada la point bersepah2 kan.


Baju yang kitorang amik sume yang after less 50% ngan 70%. Sepasang je yang tak ada less lansung. Kot2 korang pelik nape la tak abis2 beli baju Irfan. Actually time preggy dulu aku beli baju newborn, saiz S ngan 0-3 months je. Tapi Irfan memang cepat besar. Lepas tu dah beli baju 3-6 months pulak. Padan untuk baby yang berat 5-8 kg...panjang 58-69cm. Time Irfan 3 bulan je panjang dia dah 67 cm. Dah almost max dah panjang dia untuk baju 3-6 months punyer. So bila pakai pun ada yang agak2 sendat. So sejak dua menjak ni aku dah start belikan baju 6-12 months untuk Irfan. Even cousin Irfan yang 10 bulan pun panjang lebih kurang je ngan dia...Memang betul2 membesar bagai johan dah anak aku ni ;)


Mostly memang baju jalan2 je yang aku rembat. Cari laju2 sebab JJ pun dah nak tutup time tu. Yang kelakarnya SA kat situ sibuk lipat kemas2 nak simpan baju2 kat situ...aku ngan Myo lagi dok selongkar cari saiz...hehehe...Nasib orang tu nak layan tolong carikan sekali. Sebab dah last day sale kan. Dorang nak simpan balik la baju2 tu. Siap dah ikat2 dah.


Wet tissue pun sempat amik 2 bungkus sebab murah. Tak pernah jumpa yang Baby Kiko punyer. 1 bungkus ada 100 helai. 2 bungkus tu RM 9.90. Memang jimat dah kot kalau nak ber'wet' tissue ;)

Actually beli sume2 ni bayar separuh je. Lagi separuh pakai voucher yang baru dapat plus yang aku peram selama ni. So tak ada la rasa cam spend banyak sangat shopping hari tu ;)


Tu je la kot shopping bulan ni. Maybe ni last shopping for June...Cukup la nak rotate2 baju2 tu. Baju mama ngan papa Irfan tak payah baru2. Next month tengok la camne. Selagi tak ada sale selamat la poketku. Time tu boleh la simpan balik duit save untuk sale2 yang akan datang...hahaha...Seriously banyak pakai duit bulan ni spend kat Body Shop, SaSa, Manjaku, JJ, PD bla bla bla...Baju raya pun tak hantar tempah lagi ni T_T

Wednesday, June 22, 2011

Happy 4 Months Old Irfan Naufal!

Alhamdulillah....hari ni dah genap 4 bulan usia Irfan. Macam kejap je kan. Irfan pun dah membesar bagai johan. Baju pun banyak dah sendat2. Seksi meksi gitu :P

So far ada la beberapa kali dia meniarap sendiri tapi tak reti nak pusing balik...hehehe...Biasanya time kitorang tengah tido tu la dia bekerja keras prektis meniarap. Sedar2 dah tergolek ke lain...huhu...Anak aku ni still time tido dia terbalik. Agak menguji kesabaran jugak la di situ T_T

Sembang pun makin rancak. Layankan je la bahasa planet dia tu. Kadang2 cakap ngan dia pun dia pandai cakap balik cam paham2 je apa yang orang cakap. Kalau nampak orang senyum kat dia pun dah pandai nak senyum n gelak2 balik. Tapi depend on mood jugak la kekadang tu.


Tak sempat snap gambar Irfan lagi arini sebab dia tengah tido. Check up 4 bulan appoinment nya next week. Lambat sikit. Kali ni tak kena cucuk. Lega sikit. Kalau tak nanti aku yang berdebar lebih :P Ni pic time Irfan baru bangun tido n_n


To Irfan: Happy 4 Months Old Sayang! Mama n papa love u sooooooo muchhh!

Tuesday, June 21, 2011

Dating Ngan Aunty Ayna @ Sunway Giza

18/06/2011 - Sat

Sabtu pagi adalah hari untuk bermalas-malasan nak bangun awal2. Camne nak bangun kalau aku pun baru dapat tido dalam pukul 9 pagi tu. Irfan tido tak lelap dari pukul 3 pagi sampai la ke 9 pagi. Bagi susu pun dah angkat letak bape kali. Pampers pun sket2 cek. Clear je. Tapi mata dia kemain bulat. So buai je la. Agak2 nak lelap tetiba aku benti buai terus dia terjaga balik T_T

Bak kata orang tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia...hahaha....tetiba...Camne dunia tak goncang kalau sambil tido pun tangan dok hayun buaian kan...hikhik...Last2 aku pun tido2 ayam je la. Tido tak sampai berapa jam dah kena bangun siap2kan Irfan. Time tu la dia sedap tido pulak. Siap2 makan lunch kat umah lepas Zohor terus gerak ke Damansara. Weols ada date ngan Aunty Ayna kat Sunway Giza ;)

Lama sungguh tak jumpa Aunty Ayna ni since our wedding day last year. Dah setahun rupanya tak jumpa dan bergoss :P Kali ni bawak Irfan for sesi suai kenal ngan Aunty Ayna. Sempatla Ayna praktis pegang baby kan. Pas ni tunggu baby Ayna plak ;)


Irfan serius je time ni. Baru je bangun tido before keluar kereta. Tapi memang behave je sebab lansung tak nanges time kitorang dok borak2. Terpegun kot jumpa aunty yang sungguh chumil tu :P Cam biasa la budak kecik ni bila tau orang amik gambar dia memang susah betul nak senyum. Tapi pandai pulak pandang camera. Dah tak pasal2 orang cakap anak aku cam tak rela nak amik gambar pulak. Biasa la baby kan. Nanti lama2 dia pandai la nak senyum2. He's still in learning process la dik!


Kitorang borak tak lama pun since adik Ayna tengah tunggu. Dah ler kitorang terlambat sampai. Ohhh actually Ayna ni one of my blogger's fren since 2009. Tapi still lekat until today. Maybe coz we share the same interest kot. Satu kepala jugak la kiranya ;) Till we meet again ya Ayna ;)

Nak jalan2 kat Sunway Giza pun bukan ada pape sangat pun. Ni 2nd time kitorang datang sini. 1st time datang terus cop as tempat yang membosankan...huhuhu...Tapi ok la sebab Dataran Sunway ni dah makin meriah. Macam2 ado. Dulu time aku keje sini tahun 2007 gitu mana ada apa sangat.

On the way nak pergi kereta singgah jap kat Tutti Frutti. 2nd time nak makan eskrem Tutti Frutti ni. 1st time masa hang out ngan member2 kat Sunway Pyramid dulu. Time awal2 ngandungkan Irfan ;) Ohhh akhirnya aku dah boleh makan aiskrim balik. Tapi share2 gini je la kan. Tak ada la aku nak habiskan satu cup besar tu...huhuhu...


Banyak tu je pun dah RM13. Tu pun lepas tunjuk Jusco member card. Dapatla less 10%. Asalkan ada Jusco card tu confirm dapat diskaun. Tapi sampai 30 Jun ni je la. Kat Baskin Robbins pun sama.


Time ni Irfan memang betul2 tengah tahan ngantuk. Tapi bila sampai tempat baru memang dia akan pelik tengok sana sini. Mende fevret of coz la lampu or kipas. Lampu kat umah tu pun kalau tengok boleh gelak sorang2 :P Lansung tak heran tengok eskrem. Cuba bawak sini time dia dah besar nanti. Mau tak cukup 1 cup tu dia sorang makan...hahaha...


On the way balik Irfan punya la ngamuk sebab ngantuk sangat. Dodoi2 dia terus tertido. Memang time tido dia time siang. So bila bawak kua dia time tu agak moody jugak la kot sebab kena tahan ngantuk. Cuba kalau malam. Memang meriah. Macam2 nak cerita kan. Balik tu lepak2 kejap then siap2 pulak untuk kenduri malamnya. Sambung later2 ;)

Monday, June 20, 2011

Happy Father's Day

Tak sempat nak buat entry ni semalam sebab kepenatan. Weekend yang penat tapi menyeronokkan. Banyak mende nak cerita ni. Semalam 19 Jun, Father's Day. Happy Father's Day to papa Irfan. Ayah aku tak baca blog ni. So tak payah wish kat sini pun tak per...hihi...

Nway thanks to papa Irfan for being such a great papa to Irfan. Thank you soooo much coz sentiasa berada di sisi tak kira susah atau senang. Thank you coz sentiasa ada di sisi mama Irfan ni since Irfan dalam perut lagi sampai la di saat2 melahirkan, saat2 menempuh alam berpantang dengan Irfan yang kena jaundice, saat2 kena shift berjaga malam. Thank you coz selalu bagi support untuk mama Irfan terus BF Irfan selagi termampu, coz selalu bermain2 n buat Irfan senyum n bergelak ketawa ;) Thank you so much for giving me the strength n support! Hopefully both of us akan terus diberikan kekuatan dan kesabaran untuk membesarkan our beloved son =)


HAPPY FATHER'S DAY ENCIK MEOR! YOU ARE OUR HERO....YOU ARE...SUPERDAD! WE BOTH LOVE U VERY2 MUCHHHIE! MMMMUAHH! (^__^)

Friday, June 17, 2011

Shopping @ Manjaku + SaSa

10/06/2011 - Fri

Malam sebelum pegi PD tu nyempat lagi kitorang nyinggah Manjaku. Misi utama adalah nak beli baby carrier plus top up baju jalan2 Irfan. Opsss...before tu nak tepek gambar perfume yang aku rembat hari Khamis minggu lepas kat SaSa.

Kan time dating bertiga hari tu nak cepat2 keluar sebab takut Irfan tak tahan ngan bau perfume2 kat dalam tu. So aku pun tak sempat la nak belek satu2 perfume apa yang best. Aku ni mana boleh nak pandang perfume sebelah mata. Sape kenal aku tau la kot aku ni giler perfume ;)

Actually time tengah nak cepat2 tu terpandang perfume Vera Wang Princess. Just tak sempat nak tengok harga. Tapi yang penting perfume kat situ sume ada less. Tu yang balik dok terbayang2 lagi. Khamis tu time lepas keje memang nekad jugak nak singgah Mid.

Tapi...perfume Vera Wang yang ku idam2kan tu dah disambar orang. Myo dah ajak balik dah sebab tak ada perfume yang best dah sampai la aku ternampak perfume Britney Spears Believe ni sesat sekotak. Last piece. 50 ml n tak sampai seratus pun. Suka2! Masuk ni perfume Britney Spears aku yang ke 3 lepas Curious ngan Midnight Fantasy. Kebetulan pulak. Alang2 dah beli perfume aku nak jugak cari sebotol untuk Myo. Pusing punya pusing amik A Scent by Issey Miyake ni. Less 30% je pun. Tapi not bad la kalau nak dibandingkan beli kat kaunter2 shopping complex tu. Lagipun aku dah pernah redeem sample vial tu dulu...klik sini...


Cute jek botol Believe nih. Bersegi2. Aku suka beli perfume yang botol dia design lain dari yang lain. Tapi Issey Miyake botol dia standard je. Perfume laki biasa la kot kalau botol camni. Tapi perfume A Scent ni unisex. So kalau agak2 nak sehati sejiwa sangat boleh la pakai perfume ni sama2 kalau nak keluar...hohoho...Actually banyak lagi perfume yang best2 yang on sale. Tapi dah lambat terjah banyak yang dah dirembat orang T_T


Berbalik kepada shopping kat Manjaku. Sempat rembat beberapa helai baju jalan2 Irfan. Tak best sangat beli barang kat sini. Bukan ada sale pun. Aku ni ralat sikit kalau shopping time tak ada sale. Berkira okeh...


Tapi beli la jugak sebab esoknya nak pakaikan kat Irfan time nak pegi PD. Nak la jugak pakaikan dia baju lawa2 kan ;) So kat PD Irfan ada la rasmikan 2 or 3 pasang baju baru...


Sambil2 tu amik topi ngan baby bottle wash jugak. Rupa2nya topi tu saiz L daaa...tak perasan pun ada saiz...huhu...kepala Irfan kecik lagi kot. Simpan je la dulu. Bottle wash tu stand by kot2 yang sedia ada kat umah dah abis. Dah jatuh chenta pulak ngan mende ni since pakai sample yang Fiffy kasi time Mom & Baby Expo hari tu. Padahal elok je before tu basuh pakai air panas je...hehehe...Rasanya cam mempercepatkan lagi keje plus dpt menjadikan aktiviti membasuh botol susu sbg satu aktiviti yang menyeronokkan...hiks!


Last but not least amik baby carrier My Dear ni. Tu pun lepas pening2 pilih2 compare2 ngan My Dear lagi satu n BabyLove. Takut beli2 kang Irfan tak selesa pulak nak dok dalam tu plus takut carrier tu tak boleh support belakang kepala dia. Kalau ikutkan yang best mesti la carrier yang mahal2 cam Bjorn tu. Tapi mahal bebenor la pulak.

Actually aku dah beli carrier Pureen time preggy aritu. Tengok2 rupa2nya carrier tu suitable untuk baby yang 12kg-14kg...huhuhu...Dulu rembat mana la nak paham sangat. Main amik je ikut sempat. So beli la jugak yang My Dear ni. Not bad la kot. Kalau letak mengadap ke dada still kena support kepala baby ngan tangan jugak. So kena bawak horizontal style. Beli kat Manjaku sket pun tak ada less. Nak jadi member pun nak kena preggy baru boleh. Takkan nak preggy lagi sekali kot...hehehe...Rugi coz time preggy aku lansung tak pernah jejak kaki kat Manjaku pun T_T Ni kalau rembat time My Dear warehouse sale confirm murah giler nih. Dah 2x aku termiss warehouse sale tu. Tak ada rezeki nampaknya di situ T_T


Pandangan belakang...Ok la...Aku suka coz ada warna biru even birunya dok belah dalam...hehehe...

Pandangan depan....Eh ke ni belakang??? :P


Yang romper biru tu memang cannot resist lah. Sebab color biru plus ada teddy bear terjongoi kat situ...hehehe....sooo cute ;) Time ni dah bayar so kena bayar lagi sekali....hikhikhik...Beli jugak mende untuk Irfan pegang2 n masukkan dalam mulut dia. Asik masuk jari dalam mulut je. Tapi so far dia tak heran pun ngan mende ni. Jari jemari dia lagi menarik...huhuhu


Tu je la kisah shopping kat Manjaku. Lepas tu aku ada shopping lagi. Maybe yang last untuk bulan ni kot. Nanti2 la pulak story mory. Yesss! Hari ni dah ari Jumaat. Weekend ni boleh ronda2. No shopping dah kot T_T Esok ada kenduri cousin Myo. 1st time nak bawak Irfan pegi kenduri =)

Wednesday, June 15, 2011

Makan Angin @ PD

11/06/2011 - Sat

Sabtu baru ni akhirnya berjaya sampai ke Port Dickson. Dari aku tengah preggy dulu lagi teringin nak pegi ngan Myo. Time tu tengah sarat 8 bulan. Plan punya plan lansung tak jadi. Nak pegi time anniversary pun tak jadi sebab berebut ngan orang cuti sekolah. Ngan hotel full nyer ngan rate bukan main melambung2 lagi. Kali ni baru dapat pegi.

Dekat2 pukul 12 baru kitorang gerak dari Gombak. Lunch pun tapau McD je makan dalam kereta. Irfan dalam kereta behave jek sebab dia memang suka naik kereta. Mata pun bulat. Tido pun kejap2 je. Sepanjang jalan aku pangku dia. Kang agak2 lenguh letak dia kat sebelah.


Pukul 2 lebih gitu dah sampai PD. Tapi tak boleh check in lagi sebab belum pukul 3 plus sume bilik penuh lagi. Keluar masuk kereta pun tak dapat check in jugak. Memang tak sabar betul nak masuk bilik. Kami kepanasan. Memang panas terik time tu.


Bergolek2 Irfan kat belakang tu tunggu nak check in. Kitorang siap round2 jap area2 situ nak hilangkan bosan menunggu. Nak pegi pantai pun panas. Kesian pulak kat Irfan. Tempat makan pun banyak gerai2 n tepi jalan. Pun panas jugak. So dok bertapa dalam kereta la ada air cond.


Lepas dah beberapa kali tanya akhirnya dapat jugak bilik before pukul 3. Masuk bilik terus cari air cond...hahaha...tapi hampeh sebab air cond nya tak boleh idup pulak. Panggil orang dia adjust2 baru ok. So bersantai la kitorang 3 beranak di bawah angin air cond yang sejuk tu :P


Budak kecik yang terdampar kat hujung katil kepenatan. Masuk je bilik lansung tak bunyi. Sunyi sepi je dia. Stunt beberapa saat jugak la. Padahal before tu rajin betul sembang2. Pelik kot datang tempat baru.


Lepas dah angkut2 barang masuk bilik Myo keluar pulak tapau kan lunch. Lunch kat bilik je lagi best. Aku dok kat bilik ngulit Irfan sambil golek2....hehehe...Sonok golek2 kat katil besar. Irfan sekarang makin rajin bersembang, senyum2 plus gelak2. Tapi bila aku angkat je handphone nak amik gambar terus muka dia jadi serius. Mata pun bulat jek...huhuhu...Susah betul nak amik gambar dia senyum...


Petang lepas Asar, sambung ngulit Irfan lagi. Punya la siapkan dia ensem2 last2 dok kat bilik je. Papa dia pegi swimming kat swimming pool bawah ngan adik aku. Siap main water slide lagi kan. Aku intai2 dari tingkap hotel je la. Nak follow kang sian pulak kat Irfan. Last2 tido kan je budak kecik ni dulu.

Rocker pun kitorang angkut sekali. Nasib baik boleh dilipat2. Senang nak dodoi dia kalau susah nak tido. Dah lelap sket baru aku angkat letak atas katil. So ngan aku2 sekali la hanyut tido. Nak tengok TV pun bosan. Tido la kami dua beranak. Ekceli parent and adik aku pun join sekali. Saje nak sponsor dorang jalan2. Lagipun parent aku ada kenduri kat Melaka. So singgah la sekali kat PD.


Malamnya lepas Isyak kitorang keluar makan. Banyak jugak kedai makan area Teluk Kemang tu. So singgah je kedai yang ramai orang. Mak aku time ni tak sihat pulak. Demam. Kesian demam2 pun kena datang coz kitorang dah book bilik...huhuhu...


Adik aku datang pun lepak bilik je. Pastu pegi swimming pool. Cam bosan jek datang PD. Tapi aku tetap suka coz dapat pegi pantai ;)


Hoyeahhh...kami tiga beranak. Chef Irfan yang bermata bulat. Jarang pakaikan topi biru ni. Sekali pakai nampak cam topi chef la pulak kan :P Irfan bertahan kejap je sebab lepas tu dia ngamuk. Ngantuk. Letak dalam stroller pun ngamuk jugak.


Pegi amik carrier dalam kereta dodoi2 sket sedap je dia tido dalam tu. Tak sesia kami beli carrier malam sebelum tu. Sempat lagi singgah kat Manjaku malam tu beli carrier semata2 nak pakai kat PD ;)


Tido kejap pastu sampai bilik je terjaga. Sembang2 dulu ngan mama n papa dia. Last2 aku tak larat bersembang tertido dulu. Tinggal Myo dok dodoikan budak kecik ni sorang2...hohoho...Dekat pukul 2 baru tido kot.


Sok paginya lepas nyusukan Irfan aku lansung tak boleh tido dah. Padahal Irfan memang nyenyak giler tido. Patutnya time2 gitu la aku nak tumpang tido sekali. Terus ajak Myo pegi pantai kejap jalan2. Pesan je kat mak aku tolong tengok2 kan kalau dengar Irfan nanges. Bilik kitorang memang ada pintu kat tengah2 tu. So bukak je pintu tu kejap2 aku pegi sebelah. Bawak Irfan main2 ngan mak tok, atok ngan pak su dia.


Since kitorang keluar pagi sangat dalam pukul 8 gitu memang tak ada apa pun nak dibuat. Pantai pun lengang je. So kitorang bercanda di tepian pantai je lah...hahaha...Jalan2 tepi2 air tu. Aku memang suka tengok laut. Rasa aman damai jek. Myo sempat berenang2 kejap n then kitorang balik bilik takut Irfan terjaga.

Sekali balik2 bilik Irfan dok sedap lagi tido. Lansung tak bangun2. Mula2 ingat lepas naik tu nak turun balik main jet ski ngan Myo. Sekali tengok Irfan tido terus mama n papanya terbabas tido sekali sampai la 11 lebih. Terus kemas laju2 sebab kul 12 dah nak kena check out T_T


Before balik singgah pantai kejap bawak Irfan. Nak jugak tunjuk kat Irfan pantai kan...hehehe...Padahal dia bukan kesah pon. Tak sempat nak bawak dia jalan2 sangat sebab time tu dah panas terik.


So amik la gambar bertiga before balik. Time ni parent n adik aku dah gerak dah. Susah gak nak adjust amik gambar bertiga sendiri. Dah agak2 elok muka Irfan pulak kena cover ngan tali carrier tu...huhuhu...


Tadaaaa...dah masuk sume. Kesian budak kecik tu silau. Abis amik gambar terus chow balik...


Seronok la jugak walaupun penat. Memang tak ada apa sangat kat PD except pantai nyer. Memang betul2 makan angin je. Pegi pun kejap. Ngan anak kecik pulak tu. So tak banyak aktiviti sangat boleh buat. Saje nak bawak Irfan jalan2. Lepas ni tak ada la nak jalan2 jauh dah kot sampai la raya nanti =)