nuffnang

Monday, January 31, 2011

Set Bersalin

Nak share pasal set bersalin yang mak aku belikan hari tu. Actually awal2 memang dah plan nak survey set bersalin ngan mak kat Chow Kit lepas pegi checkup kat Naluri Medical Centre tu. Last2 aku balik tengok mak dah belikan. Lega jugak la. Sebab aku ni memang liat sikit nak pegi KL tu. Rimas semacam.

Ni ha mendenya....Jamu Mak Dara....


Actually Set Bersalin Ibu Halimah....Jamu Mak Dara tu cam nama produk la kot. Ada macam2 jenis lagi produk lain selain set bersalin ni. Semua under Jamu Mak Dara. Agak nya la kan :P Entah korang paham ke tak apa yang aku dok merepek ni T_T Aku pun tak paham....hahahaha....


Kat belakang kotak tu ada tulis detail pasal barang2 yang ada dalam set tu. Aku memang tak pernah dengar lansung pun pasal Jamu Mak Dara nih. Memang tak masuk dalam list. Yang aku tau Nona Roguy, Mustika Ratu, Leesa Formula bla bla bla...Lagi pun memang tak ada nak survey beria2 sangat pun.


Ni ha isi dalam kotak. Telan air liur jugak la aku tengok. Tak dapat nak bayangkan aku kena pakai or telan mende2 ni. Bau pun tak hengattt.....huhuhu....Pasni jadi mak dara la aku nampaknya... ahaks!


Aku snap satu2 la apa yang ada. Special untuk mommy to be yang tengah tercari2 lagi nak beli set bersalin apa. Nak kata bagus ke tak tu susah la kan. Aku pun tengah culture shock lagi tengok mende2 gini :P
Jamu Mak Dara (Serbuk) - Utk tingkatkan daya sistem tubuh

Yang ni la yang aku paling gerun sekali. Nak kena minum koooo....Aku nak minum ubat batuk pun ngelat. Memang kena ada keazaman yang tinggi tu nak abiskan ;)

Jamu Mak Dara (Kapsul) - Buang toksik dalam badan, buang angin, bakar lemak, atasi masalah sakit pinggang n lemah badan

Kapsul ni penyelamat jugak la kot kalau tak boleh telan lansung serbuk tu.


Bedak Sejuk - Hilangkan ruam, bersihkan liang2 kulit n kesan2 hitam

Wohhhoooo....Cuna pakai bedak sejuk. Dulu last pakai pun time kecik2. Tu pun saja gatal main2 bedak sejuk mak aku. Akhirnya jumpa balik mende alah ni. So Clarins ke Clinique apa sila campak ke tepi la nanti :P


Pilis - Legakan sakit2 bahagian ubun n pening kepala, kurangkan gelap mata....


Rempah Mandi - Kekalkan kehangatan badan, singkirkan sel2 kulit mati, elakkan angin....


Losyen Ibu Halimah - stabilkan suhu badan, kurangkan rasa sejuk, kebas


Bengkung - kembalikan bentuk tubuh


Tungku Kukus Berherba - Buka liang2 roma, mudahkan penyerapan herba n rempah ratus oleh tubuh

Ni la main reason nape mak aku belikan set ni. Lepas dah survey2 set bersalin ni je yang ada tungku sekali. Bengkung pun ada. Kira lengkap semua la kot. Kat Chow Kit tu pun memang banyak kedai2 jual set bersalin. Sebut je nak set jenis apa semua ada. Kalau aku mau pitam nak pilih mana satu. Bukan reti sangat pun.

Bauan Herba.


Harga Set Bersalin Ibu Halimah ni RM350. Lepas mak aku tawar2 dapat la RM300. Kalau harapkan aku beli memang senang je. Aku cari je set yang paling murah sekali....hahahaha...Time sihat senang la cakap kan. Mak aku pun cakap tak boleh la nak samakan time sekarang ngan lepas deliver nanti. Bayangkan hari ni elok2 je sihat2 boleh buat semua keje lepas tu tetiba nak beranak. Lepas je beranak tu badan dah totally jadi lain. Sakit luar dalam dari atas sampai bawah. Aku pun tak dapat nak bayangkan camne (-_-)

Harap2 kena la ngan aku set ni. Yang penting dapat la pulihkan keadaan aku lepas deliver nanti....Mommy to be yang baca entry ni pun boleh la compare2 kan ngan set lain jugak. Maybe ada lagi set lain yang bagus ;)

Saturday, January 29, 2011

My Wedding Pics: Flower Galz + Silat Boyz

Mengimbau kembali saat2 indah di hari bahagia beberapa bulan lepas ;) Well, aku tak pernah bayangkan pun time wedding aku ada flower girls or ada silat bagai. Semua ni idea my sis n sis in law. Last minute baru idea datang. Kalau harapkan aku semua nak simple je. Janji kenduri jalan. Lagipun saje nak bagi budak2 rasa seronok involve sekali time kenduri tu. Aku on je lah. Semua dorang yang settle kan. Sebab time tu kalau nak pikir sendiri pun dah tak sempat.


Gurls ada 5 orang. Beberapa minggu before kenduri dah beli gaun putih siap2 kat Nilai 3. Sampai ke hari ni gaun2 tu dok diam2 dalam almari kat rumah. Time bila je boleh pakai kan lepas jadi flower girl. Nak jual kat sape pun tak tau. On that day akak aku je tolong mekapkan flower gurls. Aku hulur je makeup palette aku yang gedabak tu. Tu kalau muka manis macam tu jangan salahkan aku ok. Aku tak paksa pun dorang jadi flower gurls tau. Maybe nervous kots....ahaks!


Tadaaaa.....Cuna n her 6 flower gurls. Comel2. I loike! Awal2 semangat betul budak2 ni nak jadi flower girls. Sekali hari kenduri aku masing2 nak malu2 kucing. Nak senyum pun susahhhh....Segan kot orang ramai sangat. Bukan dorang je segan. Mak cik nya lagi la segannnn...hihihi....


Gambar2 ngan anak2 sedara aku ni semua amik time tengah tunggu rombongan laki datang....




Ni flower gurl yang paling kecik sekali, Ameera Najihah. Pastu time jalan kena dok depan sekali pulak tu. Terus blur. Kesian dia :P


Ni silat boyz. Tak best la kan gurls je involve. Gurls punya la moden siap pakai gaun. Yang laki tradisional sikit. Sis in law siap jahitkan tengkolok tu. Terserlah ciri2 kemelayuan gitu :P Actually mula2 macam tak jadi nak buat silat ni. Sebab yang pandai silat tu sorang je yang tengah tu, Arif Fahim. Dia dah try ajar2 cousins dia yang lain but dorang tak dapat pick up. Maklum laaa masing2 kecik2 dalam 4 sampai 6 tahun gitu. Ikut pun main2.


Tapi last minute jugak si kembar, Hadif n Haris datang menyelamat. Dorang dah besar sket. Time aku tengah dok mekap2 kat dalam bilik tu dorang dok praktis step2 silat kat luar. Serius aku pun tak tau pun hari tu jadi buat silat. Tau pun time rombongan laki dah datang n tetiba dorang bersilat2 depan kitorang. Ohhhh aku sungguh terharuuuuu.....sob sob sob....Tu next2 entry la aku letak gambar ;)




Jiran yang geram nak amik gambar tengok ada flower gurls yang comel2 tu.






Hebat tak aku? Mempergunakan anak sedara sendiri sebaik mungkin....muahahaha....Tak ada la. Dorang pun hepi je kumpul ramai2 camni. Aku pun tak kesah sangat kalau dorang nak buat main2 ke apa. Tu pun dah cukup bagus n memang salah satu saat2 manis di hari kenduri kami. Bila teringat balik boleh senyum sorang2 :D

Friday, January 28, 2011

Antenatal Class @ Putra Medical Centre

Sun - 23/01/2010

Ahad lepas akhirnya kitorang berjaya join antenatal class. Ingat macam dah lambat n tak sempat dah nak join. Ye laa...perut dah boyot baru nak hegeh2 pegi class. Actually aku dah start survey antenatal class since weeks 26 lagi. Class organized by PPUM ngan Hospital Putrajaya nampak macam menarik. Tu pun aku tau thru blogwalking. Tapi tak tau pulak pasal details n camne nak contact.

Last2 pegi tanya kat Hospital Tawakal. Dorang just suruh aku tinggalkan contact number then dorang contact balik sebab sekali session tu ada 2 couple je RM60. Aku pun tunggu la. Bila kitorang on je couple lagi satu plak tak on. Each time dorang call je sure handphone tak ada ngan aku. Pastu bila aku call balik je orang tu pulak tak ada. Last2 terus diam camtu je. Aku pun give up dah.


Entah macam mana 2 minggu lepas boleh rajin google2 terjumpa contact details Putra Medical Centre Sg Buloh ni. Dekat je ngan rumah kitorang. Tak sampai 15 minit pun nak pegi situ. Call2 je orang tu cakap ada class 23hb. Free pulak tu! Aku macam confuse sampai tanya 2 kali. Ye la. Biasa fee paling koman pun RM60. Ada yang sampai 100 lebih.

Hari tu kitorang sampai lambat 10 minit tapi still tak start lagi. Memang ramai la couple2 yang datang. Mula2 dok belakang sekali. Tengok ada kosong terus pegi depan. Aku dah la rabun. Pandai2 la kan :P


Session nya tak lama pun. Start 2.30 n habis 5.30. Tak ada praktikal. Memang dari awal sampai habis dengar talk je. Tapi tak ngantuk lansung sebab semua speaker pandai buat lawak. Nak tido pun tak sempat...sibuk nak gelak2 je :D 1st speaker dari Friso Mum cakap pasal nutritions during pregnancy. Ni patut awal2 memang dah kena amik tau. Tapi still berguna untuk beberapa minggu yang tinggal ni. Lagipun aku dah ada baca kat magazine before ni sket2. Dapat goodies bag from Friso. Color biru!


Dalam tu ada pamphlet Friso, sample susu, mug, air mineral ngan muffin. Lepas habis session ngan Friso tu sempat la rasa susu vanilla Friso. Ok laaa...tapi aku malas dah nak tukar2 susu. Anmum kat rumah pun ada banyak lagi.


Lepas tu speaker from StemLife pulak bagi talk pasal Stem Cell Banking. Aku baru je tau time talk hari tu. Bagus jugak la buat mende ni. Dorang simpankan darah baby tu so that in future boleh guna in case ada penyakit kronik ke. Dorang siap tunjuk video lagi camne proses nak amik darah tu. Nampak macam senang je. Amik darah pastu simpan. Tapi nak membayo nyeee jenuhhh...Sampai 2k jugak lah. Kalau ada duit lebih confirm aku pun nak buat.


Next talk from Dr. Zarul, gynae kat situ. Part ni la yang paling menarik. Dia cerita satu2 phase time pregnancy. Macam mana nak tau rasa contraction. Macam mana nak teran time dalam labour room. Phase dari start sakit sampai la doc keluarkan uri. Time tengok gambar aku dah nak start nangis dah. Tapi tak sempat la nak leleh2. Bertakung kat mata je :P Terbayang time baby aku nak keluar nanti camne la agaknya.

Lepas tu talk from orang Alpha-Health pulak pasal Post Maternity Garments. Bengkung yang ada unsur medical. 1 helai je dah 5 ratus lebih. Tapi bengkung ni memang special untuk orang yang cesarean delivery. Sakit orang yang kena ceaser memang la tak sama ngan normal. So kena la ada support lebih. Mana la ada orang nak kena ceaser. Tapi kalau dah kena tu mende ni help a lot.

Alpha Health bagi voucher RM50. Bengkung untuk deliver normal pun ada tapi aku dah beli sekali ngan set bersalin. Dapat BabyBook sekali. Bagus giler buku ni. Lengkap semua info ada. Khatam 1 buku ni pun dah kira ok. Kalau beli Pa&Ma or Mami&Baby tu info macam sket2. Ada la kot kat kedai2 buku. Harga kat buku tu RM18.

Last talk pasal breastfeeding. Part ni pun menarik. Speaker tu siap bawak patung lagi tunjuk demo. Memang useful betul lah info dia untuk aku yang berazam nak breastfeed nanti. Memang dia tunjukkan cara2 nak breastfeed ngan betul, posisi sume. Ada jugak dia explain pasal benefits n recommend a few breast pumps.

Overall antenatal class ni ok la kot. Nak expect macam mana lagi untuk free class. Sekurang2nya menurunkan percentage kerisauan aku yang makin bertambah2 time dekat2 nak due date ni. Tipu la kan kalau 1st timer yang tak ada experience nak deliver macam aku ni tak risau lansung. Aku tak puas hati sebab dia tak ajar breathing technique ngan exercise je la. Nak join class lain pun macam dah tak sempat. So untuk sekarang ni it's better than nothing :)

Thursday, January 27, 2011

Kick Off & Appreciation Day

Isnin hari tu company aku ada buat event kat Tropicana Golf & Country Resort. Baru 1st time nak masuk sini. Padahal hari2 nak pegi keje memang lalu depan ni. Entah bape puluh kali dah lalu. Tapi kalau tak ada pape pehal pulak kan nak masuk tetiba....

So pepagi Isnin tu siap bangun awal lagi. Padahal awal 10minit je pun :P Tapi 10minit awal pun still tak ada effect since keluar je depan umah dah start jem. Jem kat tol LDP effect sampai kat area umah la pulak. Abis je jem kat situ jem lagi kat Jalan Duta. Boleh kata lepas tu jem je sepanjang jalan nak pegi Damansara Heights. Dasat bukan main jem hari tu. Dah la kalau hari Isnin memang aku akan work from je. Tetiba nak datang ofis nak malang pulak jem sakan. Jenuhhh bertapa dalam kereta. Nasib bukan aku yang drive. Kalau tak lagi la meroyan.

Lepas drop Myo terus aku memecut pegi ofis. Otw pegi ofis aku memang selalunya clear je. Sampai2 ofis dah 9.30 kot. Tu pun ramai yang dah pegi. Nasib baik ada sorang lagi colleague, Kak Jo time tu. Tu pun tengah tunggu lagi sorang, Kak Ezah. So lepak2 dulu. Last2 Kak Ezah pun sama stuck kat jem. Sejam jugak kot tunggu. Sampai2 kat clubhouse tu orang dah start berucap dah pun.

Ada 7 orang bos2 besar datang dari US sempena event ni. Since aku kerja kat sini dalam setahun lebih ni la 1st time kot tengok dorang live depan mata. Tu pun dari jauh. Ehhh tapi time nak balik kerja aku selisih ngan dorang. Sorang2 say hello kat aku....hehehe....tu pun nak bagitau :D

Mostly event ni just nak celebrate director kitorang yang dah nak retire. Grand jugak la buat event tu semata2 utk dia. Aku dok tunggu2 la kot dorang nak announce salary increment ke this year. Nan ado nyer. Lagi diharap lagi la tak ada. Ada lucky draw je dapat ipod. Tapi as usual aku tak ada luck T_T Pukul 12 je dah abis event nya. Terus lunch. Buffet. Bosan. Kena beratur panjang. Time nak makan je semua berdesup laju je. Aku jugak yang lambat.


Lauknya tak ada la hebat mana pun. More to Chinese style. Tapi dah free tu telan je la kan. Ada boneless fried fish, mix vege, fried chicken....sume yang kering2 je. Sekali aku nampak ada kari daging...waaaaa sedap je aku tabur atas nasik. Excited kot tetiba nampak mende berkuah. Padahal aku tak ada la minat daging sangat. Sekali bila dah nak makan baru ku tahu rupanya tu daging kambing. Huwaaaaa...terus out. Nak ngap je dah bau kambing. Last2 suku je nasi yang aku makan coz lain2 tu dah tercemar ngan kuah kari T_T


Minum len chi kang. Dah lama tak minum air ni. Layan je la. Lepas makan terus balik ofis.


Dah petang mata mula la berat semacam. Perut dah start lapar balik. Dah la makin lama makin susah nak tido malam. Kalau tido pun asik terjaga je. Even hari pegi event tu aku tido 2 jam je. Memang time petang tu rasa nak tersembam kat atas meja. Ngan sakit2 satu badan lagi. Dok tengok jam nak balik je. Ni muka aku memang tengah ngantuk giler2 punya. Lagipun tak kan la nak senyum sorang2 kat ofis kan. Dah la bos kat belakang. Kang tak pasal2 tengah2 amik gambar bos masuk sekali....haaaa...sape nak jawab? :P

Tapi sampai je masa yang ditunggu2 sharp 5.30 aku still tak balik lagi. Myo boleh pulak ada meeting start pukul 6 T_T So aku kena la lepak2 jap kat ofis. Tapi dek tak tahan dok ngan bos berdua je kul 6 lebih dah siap2 nak keluar. Tu pun Myo tak start2 meeting lagi. Dekat pukul 7 baru sampai ofis dia. Lepas tu sesi bertapa pun bermula. Aku siap tido bangun balik tido balik pun Myo tak datang2. Last2 sampai pukul 8 lebih jugak aku dok dalam kereta ngan sakit2 badan ngan lapar nya.....So tu la cerita hari Isnin aku yang tak berapa best (-_-)

Wednesday, January 26, 2011

Check Up @ 33 Weeks

Ngadap la korang cerita pasal pregnancy kan. Nak buat camne. Dah tuan punya blog tengah pregnant. Tambah2 dekat nak due date ni. Semalam aku ngan Myo dua2 cuti. Pepagi dah sampai kat klinik kesihatan ni. Dah ramai orang dah pun. Nak tunggu timbang berat ngan amik darah pun bercinta. Hb aku dah naik :) Suka!Suka! Hari tu 9.7. Now dah jadi 10.3. Hb dah turun banyak baru nak gigih telan vitamin tambah darah hari2 :P Normal Hb 11. Tapi still meningkat la kan...


Habis je cek darah tu terus pegi breakfast. Makan roti bom n nasi lemak. Lepas tu nak tunggu turn jumpa nurse pulak. Part ni lagi bercinta nak tunggu. Nasib baik keluar breakfast dulu. Tak la bosan sangat. 1st time datang KK ngan Myo. Syiokkk woooo....Kalau tak aku makan hati jugak aku tengok pompuan lain datang ngan laki dorang....Berkurang lagi bosan di situ sebab aku dah ada geng ;) Settle pun pukul 12 jugak la. Tapi tak rasa lama macam biasa...


Petang tu lepas Zohor kitorang pegi Naluri Medical Centre kat Wangsa Maju. Aku dah decide nak deliver kat sini je nanti. Dalam 15 minit je nak sampai dari umah parent aku. Doc cakap2 sikit pastu scan. Best dapat tengok baby lagi. Last scan time nak tengok gender baby hari tu. Time tu baby 700gm. Now dah 2kg :) Myo cakap baby kami comel :P Aku pun tak perasan la pulak. Kot2 ilusi Myo je ke kan...Tapi doc cakap semua ok. Baby pun sihat :)

Kali ni scan memang dah confirm baby boy. Hari tu macam tak berapa clear. Alhamdulillah.... termakbul jugak doa kami :) Dulu masa awal2 pregnancy hari2 memang akan letak tangan kat perut n baca doa untuk dapat baby boy. Memang ada doanya aku jumpa dalam buku. Biasanya before tido memang Myo akan bacakan. Bukan la aku tak nak baby girl. Just yang sulong aku mengharapkan boy so that nanti boleh jaga family n sementara tu boleh jadi geng papa dia :P


Actually kalau boleh tak nak start check up kat private lagi. Lagipun kalau nak deliver kat sini pun paling kurang kena 2x check up je. Kalau pegi awal2 banyak kali la pulak check up nya nanti. Duit pun laju jugak la keluar. Tapi since orang sekeliling aku lagi cuak dari tuan punya badan, maka aku pun sekali cuak. Semua cakap dah lambat. Tak pe laaa...semua prihatin kat aku la tu kan....hikhikhik.....lagipun ni anak sulong....semalam check up je dah RM85. So lepas2 ni duit memang kena stand by untuk check up n nak deliver nanti je. Tak boleh nak shopping2 dah T_T

p/s: Semalam balik umah parent aku tengok2 mak dah belikan set bersalin. Since mak dah pilihkan aku ok je la ;)

Tuesday, January 25, 2011

Siapkan Homework

Hari ni dah genap 33 weeks. Last check up 2 minggu lepas. Start 28 weeks appointment dah tukar jadi 2 minggu sekali. Kalau tak sebulan sekali je. So esok adalah next check up. Lepas tu aku baru la nak siapkan homework pukul 5 pagi ni. Biasa la tak boleh tido.


Homeworknya adalah tick kan baby movement chart nih. Nurse dah suruh start kira baby movement since 28 weeks. Kena kira sehari baby tendang 10x. Patutnya time baby tendang terus tick. Tapi aku kan terlebih rajin. Time nak pegi checkup baru sibuk2 nak tick :D Lagipun malas nak angkut buku pink ni hulu hilir. Kang hilang tengah jalan je.


Yang penting hari2 aku akan make sure baby ada tendang2. Kira lebih kurang la kot. Agak2 baby dok diam je aku kejut2 baby soh tendang :P Kekadang tak payah suruh. Tendang tak benti. Yang part buat ombak tu yang paling tak tahan....Myo siap huiyooo2 dah tengok. Nak buat camne. Baby boy la katakan ;) Ada jugak time baby tendang sakan aku panggil Myo. Bila Myo dah datang baby behave je tetiba :P

p/s: Suspen nak pegi check up arini coz nak tengok Hb aku naik ke tak...Hari tu low sangat....9.7 je T_T

Monday, January 24, 2011

Lagi 50 Hari Je Beb!

Rasa nya macam baru hari tu buat entry countdown 100 hari. Ni dah tinggal lagi 50 hari je nak deliver. Tu pun kalau on time. Just cepat or lambat je. Sekarang ni memang sibuk dok buat countdown je. Excited nak jumpa baby. Sambil2 dok excited tu macam2 terbayang dalam kepala nih.

Bila dok sorang2 ada mula la nak start pikir itu ini. Dok pikir camne kang sakit nak beranak tu, kang time dlm labor room tu boleh ke aku nak jerit kuat2 time nak push or nak maintain cool je....hahahaha....nak push tu camne la pulak kan....mampukah aku??? Rupa baby camne pulak nanti? Ada comel cam aku ke tak?....hikhikhik....sihat ke dia? Mesti sakit kan nanti pas deliver....camne la sakit tu ekkk...ohhhh dan memang macam2 lagi la yang aku pikir. Memang orang akan cakap jangan dipikir sangat. Tapi camne la tak terpikir time2 nak dekat due date ni. Macam dah automatik terpikir :P


Whatever it is....aku sangat la tak sabar nak tengok baby dalam perut ni. Baby yang aku bawak ke hulu hilir dalam beberapa bulan ni. Agak2 nya dia pun tak sabar nak jumpa aku tak?....Even tak sabar tunggu baby kuar nanti mesti aku still akan rindu saat2 indah baby dalam perut ni dok kick2 perut aku. Siap kadang2 sampai buat ombak kat dalam tu ;) Nanti mesti rindu perut bulatku ini. Even Myo siap ejek2 aku buncit. Takpe2. Kasi chance dia ejek puas2. Tak lama dah pun :P

Actually semalam kitorang baru je join antenatal class. Tapi tak sempat nak update coz internet kat rumah buat hal lagi. Esok pulak ada check up kat klinik kesihatan. Aku siap amik cuti lagi coz nak start checkup kat private clinic. Lagipun memang kena habiskan cuti 1 hari tu before abis bulan Jan ni. Cuti Msia menang bola hari tu tapi aku dah memang cuti. So ni nak ganti balik cutiku itu ;) Tadi pulak baru balik dari Tropicana Golf & Country Resort coz company buat event kat sana. Tak amik gambar pun. So malas jugak nak update :D

p/s: Ngantuknya la petang2 camni. Dah la semalam tido pun tak sampai 3 jam. Tu pun tak lelap sangat T_T

Friday, January 21, 2011

BabyLove Warehouse Sales

20/01/2011 - Thurs

Semalam gigih jugak bangun nak pegi BabyLove warehouse sales even idung tersumbat plus batuk kong2 lagi. Ingat nak sampai sharp2 pukul 11 pg sebab bukak time tu. Sekali singgah sana sini pukul 12 lebih baru sampai. Tak susah pun nak cari Kompleks 3K ni since dah pernah pegi last year time Anna Sui warehouse sale.


Boleh tahan ramai jugak la orang kat dalam tu. But still boleh survive lagi. Sale barang2 baby tak macam cosmetic or perfume crowded nya. Kalau sale camtu boleh lemas jugak la orang ramai giler. Nak beratur masuk pun berzaman nak tunggu.

Warehouse sale ni pun not bad la. Macam2 ada. Stroller, walker, baju2, baby cot, playpen, tilam, bedding set, car seat, toys n macam2 lagi la kot yang aku tak sempat nak belek semua. Ohh ye...kat sini sempat lagi jumpa member blogger a.k.a ex-ofismate Myo, Cik Shu. Tau pasal sale ni pun thru her blog ;)


Kitorang cari barang pun laju2 sebab dah tau nak beli apa. Lagipun barang2 baby dah almost complete. Memang aim nak cari tilam baby. Before ni memang ingat dah tak nak beli coz mak aku suruh pakai je tilam yang ada kat umah. Alang2 dah ada sale ni nak jugak la jenguk2 kot2 ada tilam yang best :P

Queue nak bayar boleh tahan jugak la panjangnya. Lenguh kaki ku kejap. Tapi ok lagi even panjang pun 1 line je. Kalau cam sale Anna Sui aku pegi last year siap berlingkar2 line nya. Tetap diredah. Lagipun time tu aku tak boyot cam sekarang ;)

Time masuk2 je dah nampak masing2 dok kendong bath tub sorang satu. Aku makan hati je la kan since dah beli kat Tesco hari tu. Brand BabyLove jugak. Tapi lagi sentap bila nampak ada tub yang color biru T_T

Dah la biruuuu...murah pulak tu. Aku beli dalam RM25. Tapi kat sale ni kalau tak silap RM18 gitu. Nak buat camne kan. Dah terbeli. Lagipun memang aku dah plan nak stop shopping barang baby. Tetiba ada lagi warehouse sale n aku larat lagi nak jenguk2.

Balik tu singgah Sunway Pyramid. Saje dah lama tak jalan2 situ. Tak sampai berapa minit dah cari kerusi nak duduk. Nampak je kerusi kosong terus nak duduk. Susah dating ngan mama buyung ni :P Myo siap kasi idea pegi sewa kerusi roda kat situ.
Jalan2 lagi kejap lepas tu singgah kat A&W. Padahal A&W ada je kat sebelah Kompleks 3K tu. Sampai sini baru teringin nak makan sini. Makan ciken burger ngan coney dog n then terus balik.


Ni hasil rembatan kat warehouse sale tu. Tapi tak termasuk kaki kat tepi tu :P Tak banyak pun kan? Memang berusaha keras mengawal diri. Lalu tempat baju pun tak belek2 sangat sebab takut terbeli. Kang beli banyak2 pun baby kejap je dah besar. So cukup2 la ngan apa yang aku dah beli hari tu kot. Jom tengok satu2 apa yang aku dapat beli ;)


Playmat RM59. Dah beberapa kali jugak nampak mende alah ni time shopping barang2 baby. Tapi macam teragak2 nak beli sebab rasa tak penting sangat. Tapi bila nampak semalam cam nak beli jugak sebab comel sangat :P Nampaknya mama n papa baby yang over excited ni. Balik tu siap bukak pasang n aku dah try picit2 n goncang2 testing apa yang patut :D Mula la tu nak berangan lebih2 kan.....hahahaha....


Comforter set. RM49.90. Actually mula2 amik bedding set yang ada tilam, bantal n bantal peluk. Tapi time tengah beratur boleh pulak tukar pikiran nak amik comforter ni. Sebab tilam yang mula2 cam tak rata. So takut nanti baby tak selesa plak. Padahal bedding set memula tu RM28 je...


Kepala singa ni pun amik time tengah beratur. Tak pernah masuk pun dalam list nak beli mainan baby. Tapi geram plak tengok. RM7. Bila picit ada la kua bunyi. Comel2. Mesti baby suker :) Tak pun mama nya je yang syok sendiri....hohoho...


Mitten n booties. Beli 2 pasang. Before ni pun memang aku beli sepasang je. Besar pulak tu. Tapi mak aku suruh je pakai mitten n booties yang dah berlambak kat rumah. Tapiiii aku gatal jugak nak beli lagi 2 pasang :D Nak biru jugakkk tak kira!


Adjustable Infant Wraps. RM28. Ni kain bedung. Yang ni aku memang nak cari sebab dia pakai zap on tu. So kalau baby nak ek ek boleh bukak part bawah je. Tak payah nak bukak terus kain bedung tu.


Tadaaa....dan akhirnya aku beli jugak tilam. Tu pun datang 2nd round lepas balik dari Sunway Pyramid. Memang awal2 dah nampak tilam ni. Tapi macam besar sangat. Yang dalam gambar tu lipat dua. Aku nak cari yang kecik n tak payah lipat2.

Tilam ni RM79. Tak tau la murah ke mahal. Sebab before ni dah nampak tilam macam yang aku nak kat Toys R Us RM85. Tapi since ada orang dah book nak tido sekali ngan baby kat tilam ni kitorang singgah je lagi sekali beli tilam ni. Nasib baik time singgah tu dah tak ramai orang. Nak bayar pun tak payah beratur. Terus bayar je ;)


Ok dah dah shopping barang baby. Seronok ok shopping brg2 baby ni. Agak2 nya ibu2 memang akan ada perasaan macam ni. Tambah2 yang nak dapat 1st baby macam aku ni. Nak beli barang sendiri pun macam malas2 je :P