Semalam pulak pegi jumpa dentist. Time preggy ni at least kena la sekali pegi check gigi. Kot2 ada gigi yang infected sebab baby nak membesar dalam perut tu memang pakai banyak kalsium. Nasib baik sume ok je. Ada gigi bongsu nak kena cabut tapi boleh postpone lepas deliver nanti je.
So ni pic aku yang latest. Ingat nak letak kat blog minggu lepas sebab dah genap 7 bulan. Tapi asik dok umah je. Nak amik gambar pakai tshirt pun macam sarung nangka dah. So ni gambar 29 weeks. Still 7 bulan. Ada beza ke ngan previous pic?
Kebetulan time amik gambar pakai baju jalur2. Bukan maternity blouse jugak. Sekali tengok dah macam buah tembikai daaa...Dah lepas 6 bulan ni pakai baju besar camne pun confirm nampak perut jugak. Anak buah aku siap tanya..."Mak cik na, nape perut mak cik na buncit?" Aku cakap je "Ohh...mak cik na tengah kenyang ni" :P
2 kali tengok memang tak syak lagi....tu la perut haku...huhuhu...Kalau turun tangga nak tengok anak tangga tu confirm tak nampak....nampak perut je :P So far dah 2 kali mimpi aku dah deliver. Sekali tu mimpi deliver sambil duduk je. Melampau betul. Lagi sekali tau2 dah ada baby depan mata. Baby girl pulak tu ;) Nama baby boy still tak jumpa lagi yang sesuai ni.
Ada sesape ada idea tak? Tolong kasi nama yg ada makna yang best bole? Dah 2 buku aku belek dari depan ke belakang...belakang ke depan....tak jumpa2 jugak....kalau la bole tanya baby dalam perut ni dia nak nama apa ;)
p/s: Sume mesti seronok sakan kan Jumaat ni public holiday. Aku ni lagi ber'double' triple seronoknya. Mana tak seronoknya...memang sepanjang minggu ni aku dah cuti. Seronok kan? Lepas tu balance cuti memang ngam2 10 hari nak carry forward. Tetiba ada lagi 1 hari cuti datang segedebuk n dah tak ada tempat nak letak atau ngan kata lain akan burn gitu je :( So korang berseronok la ngan cuti korang tu ye....hepi holiday....aku nak pegi membawa diri nih T_T